Anda di halaman 1dari 4

ISL MINGGU 3

MENUKAR ARAH Jika pemain bergerak dengan langkah pendek dan lutut dibengkokkan sedikit, dia boleh menukar arah dengan lebih cepat.Lebih cepat seseorang pemain menukar arah, lebih sukar untuk pemain lawan mengawalnya.

MEMUTAR Putaran boleh menjadi cara yang paling berkesan untuk mengelak seseorang penahan yang cuba menghalang balingan pemain semasa dia mempunyaibola.Apabila memutar, pastikan bebola kaki yang mendarat terus bearada di atas tanah.Kaki lain menggerakkan badan dengan tolakkan pendek ke arah yang diperlukan.

PERATURAN PERATURAN BERKENAAN GERAK KAKI Peraturan peraturan berkaitan dengan gerak kaki menghadkan pergerakan seorang pemain semasa dia mempunyai bola. Peraturan peraturannya ialah : Selepas menangkap bola, pemain dibenarkan mendarat di atas mana mana satu kaki atau kedua dua kaki dan kemudiannya melakukan pelbagai pergerakan. Kaki pertama yang mendarat selepas pemain menangkap bola dipanggil kaki mendarat. Jika pemain mendarat di atas kedua dua kaki serentak, ia akan dipanggil kaki mendarat.

ISL MINGGU 3 Jika pergerakan kaki pemain melanggar peraturan peraturan gerak kaki, kesalahan ini dipanggil melangkah langkah atau stepping.

KAKI MENDARAT Untuk satu balingan tangan kanan, kaki mendarat haruslah dengan kaki kanan dan sebaliknya.Sebaik sahaja kaki menyentuh tanah diikuti oleh kaki dengan berat badan diatas kaki mendarat ; kaki kedua hendaklah diletakkan dengan jarak satu langkah di depan kaki yang mendarat.Kaki ini (kaki kedua) harus diletakkan untuk menunjukkan arah balingan yang dikehendaki.Jarak diatas tanah di antara kaki mendarat dengan kaki kedua, dinamakan bes kaki (foot base). Jika berat badan terletak dihadapan dan kaki mendarat tidak seluruhnya menyentuh tanah, akan terdapat kecenderungan untuk mengheret kaki; dan pemain itu akan didenda kerana melanggar peraturan gerak kaki.Untuk membetulkan keadaan bes kaki yang luas dan tidak seimbang, kaki kedua boleh digunakan sebagai brek.Gunakan pergerakan pergerakn menikam ringkas ke tanah. Cara kedua untuk membetulkan bes kaki yang luas adalah dengan menggunakan langkah langkah pendek tolakan untuk membetulkan posisi badan dan membawa kedua dua kaki lebih dekat.Pergerakan pergerakan dalam permainan bola jaring ialah : 1. Permulaan 2. Berhenti 3. Menukar arah Pada masa yang sama, pemain akan bergerak menghala ke: 1. Hadapan 2. Belakang 3. Sisi 4. Pepenjuru Pemain harus berlatih berbagai bagai corak pergerakan kaki.

ISL MINGGU 3

MENANGKAP/MENERIMA BOLA

Dalam permainan bola jaring, pemain boleh menyambut atau menangkap bola dengan keduadua belah tangan ataupun dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja. Kecekapan menyambut bola yang dihantar kepada seseorang pemain itu adalah penting untuk membantu sesebuah pasukan melakukan serangan ke kawasan lawan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya. Proses menyambut atau menerima bola terbahagi kepada tiga fasa yang umum:

(a) Fasa I: Persediaan untuk menyambut hantaran Pemain memerhatikan gerak-geri kawannya yang memiliki bola yang akan membuat hantaran. Sekiranya pemain itu pasti bahawa pemilik bola itu akan menghantar bola kepadanya, pemain itu hendaklah: Melepaskan diri dari kawalan lawan, jika perlu Mencari ruang untuk bergerak dan berkomunikasi dengan pemilik bola supaya hantaran dibuat dengan cepat kepadanya.

(b) Fasa II: Penghantaran bola oleh penghantar

ISL MINGGU 3 Pemain memerhati perjalanan bola yang dilepaskan oleh pemain yang melakukan hantaran. Dengan serta merta pemain dikehendaki memutuskan bagaimana cara untuk menyambut bola yang hendak dicapainya. (c) Fasa III: kontek bola dengan tangan (tangkapan) Pemain menyambut bola dengan menghulurkan tangan ke arah bola. Bola dipegang kemas dengan jari-jari. Pada masa yang sama, siku dibengkokkan untuk menyerap daya bola supaya tidak melantun keluar dari tangan.

Teknik menyambut bola: 4.1.1 Bola aras dada Kedua-dua belah tangan dihulur lurus ke arah bola. Tangan terbuka dan semasa menyambut bola, jari direnggangkan. Sebaik sahaja bola disambut, siku tangan dibengkokkan dan bola dirapatkan dengan badan. Kedudukan kaki dijarakkan untuk mengimbangi badan. 4.1.2 Bola lantun (aras pinggang)

Sambut bola menggunakan kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan pada aras pinggang. Pastikan bola disambut dengan jari-jari, bukan dengan menggunakan tapak tangan. 4.1.3 Bola tinggi Boleh disambut dengan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Jika perlu, pemain hendaklah melompat sambil mengangkat sebelah atau kedua-dua belah tangannya ke atas untuk menangkap bola. Ketika mendarat, lutut dibengkokkan sedikit dan mengawal bola dengan merapatkannya ke badan. 4.1.3 Mengambil bola lambung Semasa persediaan, kedudukan badan berada dalam keseimbangan dan letakkan kaki yang bukan dominan di hadapan sementara mata melihat bola. Tangan diluruskan di sisi dan pengadil akan meletakkan bola di posisinya. Apabila pengadil melepaskan bola, angkat tangan dengan cepat dan berat badan mestilah berada ddi hujung tapak kaki. Tangkap bola dengan jari-jari, kemudian tarik bola ke badan dengan kemas. Kawal pergerakan kaki dan luaskan tapak tangan.

Anda mungkin juga menyukai