Anda di halaman 1dari 14

Latihan Kemahiran dan Keusahawanan

Sejak Negara kita mencapai kemerderkaan, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu, dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153

Hal ini bermakna, agenda untuk memajukan Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.

Pihak Kerajaan akan meningkatkan lebih banyak program latihan kemahiran sejajar dengan keperluan pasaran semasa. Peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan. Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif.

Program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah. RMK 10: RM500 juta akan disediakan melalui Perbadanan Kemahiran dalam bentuk pinjaman kepada pekerja bagi mengikuti latihan untuk peningkatan kelayakan dan kemahiran. Dianggarkan seramai 38,000 pekerja akan menikmati peluang ini. Kerajaan juga melalui Tabung Pembangunan Sumber Manusia serta Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana akan menyediakan geran sepadan untuk membangunkan latihan kemahiran kepada pekerja. Melalui geran ini kerajaan membantu majikan dan industri untuk melatih pekerja bersesuaian dengan keperluan semasa.

Sijil Kemahiran Malaysia akan diiktiraf sebagai kesesuaian kepada pasaran kerja dan keperluan masa depan. Seramai 60,000 pekerja yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman akan diiktiraf oleh kerajaan melalui pemberian Sijil Kemahiran Malaysia. Langkah ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat terutama golongan muda berminat dengan bidang kemahiran.

Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah: 1) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) 2)Majlis Amanah Rakyat (MARA) 3) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad 4) Tabung Ekonomi Belia

Pinjaman dengan TEKUN bermula serendah RM 500.00 sehingga RM 50,000.00 dan tempoh bayaran balik adalah antara sebulan hingga lima tahun. Antara syarat-syarat utama untuk membuat permohonan dengan TEKUN adalah pemohon mesti terdiri daripada kaum Bumiputera yang berumur seawal 16 65 tahun. Pemohon mesti mempunyai cadangan dan rancangan perniagaan yang berpotensi untuk terus maju. Antara syarat-syarat yang seterusnya, pemohon harus mempunyai lesen atau permit pendaftaran perniagaan yang sah. Bagi pembiayaan di bawah pinjaman RM 5000.00, pemohon tidak perlukan Pendaftaran Perniagaan (SSM). Seterusnya, pemohon mesti mempunyai lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak. Selain itu, pemohon mesti terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan.

Dua skim utama untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dengan MARA adalah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) dan Skim Pembiyaaan Peningkatan Perniagaan (SPPP). Pinjaman dengan MARA adalah serendah RM 5000.00 sehingga RM 250,000.00. Syarat utama untuk memohon adalah kaum Bumiputera atau berketurunan Melayu berumur 18 tahun ke atas. Pemohon mesti mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Selain itu, pemohon mesti menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Syarat yang seterusnya, pemohon hendaklah memberikan sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek. Tambahan lagi, pemohon harus mempunyai lesen atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa dan mengemukan cagaran atau jaminan yang mencukupi. Pemohon dikehendaki mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada enam bulan dan menjalani ujian Psikometri yang telah ditetapkan pihak MARA.

Kerajaan Negeri merancang untuk membina tiga buah sekolah teknikal pada masa akan datang Kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) berkaitan latihan kemahiran.

Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga dengan sokongan Kesatuan Miskin Bandar Kuching (SKUP) menubuhkan Pusat Latihan Kemahiran 1AZAM untuk menangani masalah kemiskinan di bandar raya ini. SKUP telah diberi sasaran atau KPI untuk melatih 400 peserta Latihan kemahiran jahitan dan pembuatan kek dan pastri.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/ek onomi/7433-rmk-10-kemakmuranekonomi-dan-keadilan-sosial.html http://www.theborneopost.com/2013/10/24 /tingkatkan-program-pendidikan-teknikal/ http://www.1malaysia.com.my/blog/ucapanbajet-tahun-2014-memperteguhketahanan-ekonomi-memperkasatransformasi-dan-melaksana-janji/

http://www.1malaysia.com.my/blog/majlispemerkasaan-ekonomi-bumiputera/ http://www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam http://www.theborneopost.com/2013/11/15 /pusat-latihan-kemahiran-tanganikemiskinan-bandar-raya/