Anda di halaman 1dari 2

MEMBUAT BAJA ORGANIK Samada untuk kegunaan sendiri dirumah atau ada diantara anda yang ingin menjadik

annya sebagai alternatif perniagaan bagi produk komersial atau sambilan. * Begitu mudah sekali untuk membuat baja Organik. Biasanya baja organik terhasil daripada proses kitar semua bahan-bahan buangan y ang dikategorikan mengandungi kandungan Nitrogen,kalsium, phosphate, serta molik ul lain yang tersedia didalamnya. Antara bahan sisa buangan tersebut seperti najis ternakan, sayuran, buahan, sisa makanan, sisa tumbuhan yang sentiasa kita buang setiap hari. MEMBUAT BAJA ORGANIK DIRUMAH - Untuk Kegunaan Sendiri. * Sediakan sebuah tong yang lengkap dengan penutupnya supaya tidak mengeluarkan bau sewaktu proses pemeraman. Letakkan dibelakang rumah. Masukkan bahagian bawah sekali dengan 20% kandungan tanah biasa yang terdapat dihalaman rumah anda, mas ukkan sedikit air melepasi paras tanah tersebut, kemudian anda boleh memasukkan segala sisa dapur anda, samada nasi, sisa sayuran, sisa buahan, sisa makanan dll . Jika terdapat rumput-rumput atau daun-daun kering juga boleh dimasukkan sekali kedalam tong pemeraman tersebut. Apabila pemeraman mencapai tempuh 14 hari masu kkan sebotol Yakuth dan tambahkan air serta campurkan dengan 1 - 2 kg gula merah . Peram sehingga beberapa lama, namun ianya boleh digunakan untuk pembajaan tana man halaman rumah anda selepas 7 hari anda memasukkan campuran yakuth dan gula m erah. Simpan pemeraman tersebut. Semakin lama ianya diperam maka semakin tinggi nilai organik anda. Jika anda inginkan organik anda kering, campurkan ianya deng an tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan. MEMBUAT BAJA ORGANIK SECARA KOMERSIAL * Untuk penyediaan secara berpukal anda memerlukan kawasan dumping dan memerluka n sisa najis ternakan samada sisa najis ayam, kambing arnab dll. Anda boleh melo nggokkan kesemua sisa tumbuhan,rumput, daun, batang-batang pisang yang dicincang kecil, dahan-dahan kecil dan apa sahaja sumber tumbuhan. Timbuskan dengan tanah dan najis ternakan. Korekkan lubang ditengah-tengah untuk anda mencurahkan Yaku th dan gula merah mengikut kadar keperluannya berdasarkan besarnya jumlah dumpin g yang dibina. Timbuskan semula lubang yang telah disiram dengan Yakuth dan gula merah. Peram s ehingga 2 -3 bulan kemudian di balik-balikkan menggunakan cangkul atau jentera. Peram lagi 1 -2 bulan sebelum dikeringkan dan ditapis untuk pembungkusan. Jangan anda takut dan terkejut atau merasa geli apabila anda membalikkan dumping organik tersebut apabila anda akan menemui beribu-ribu cacing tanah dan ulat pu tih, kerana ianya adalah diantara proses pemecahan dan peneutralisasi asid dalam kandungan organik sebelum Organik asli terjadi hasil tahi cacing dan tahi ulat tersebut. Enzim Yakuth dan gula merah akan membekalkan mikoganisma dalam kandungan Organik manakala nitrogen dan kandungan lainnya terhasil daripada sumber tumbuhan yang tersedia pada asalnya. - Beginilah serba sedikit maklumat asas berkaitan penyediaan organik, yang boleh anda hasilkan sendiri dirumah disamping menjimatkan kos pembajaan tanaman anda dirumah. Ia juga tidak membazirkan segala sisa buangan dapur anda. kerana boleh dikitar semula menjadi baja organik. CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK | daun sayur Baja Organik 1

BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar 1. Pelbagai jenis daun sayur atau satu jenis daun hijau secukupnya. 2. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang itu apabila daun-daun itu digaul. 3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupny a . 4. Sebotol minuman Yakult Nota: 1. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil d engan percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan. 2. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria berti ndak cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun y ang diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terl alu banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja. 3. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan. 4. Tong takungan pemeraman daun-daun sayur yang dicincang hendaklah diletak di t empat yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata har i boleh mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-dau n yang dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam i tu akan lebih berkualiti baja itu. Cara Memproses: 1. Semua daun sayur dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan. 2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini. 3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur Kalsium Karbonat . 4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata. 5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari. 6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis unt uk dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar. Cara Penggunaan: Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air; dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi, memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau po kok getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.

Anda mungkin juga menyukai