Anda di halaman 1dari 36

Topik

Pedagogi Bestari

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teras utama Pedagogi Bestari; 2. Membincangkan teori-teori pembelajaran; 3. Menghubungkaitkan kecerdasan pelbagai dengan kemahiran generik; 4. Menghubungkaitkan teori pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai; dan 5. Mengintegrasikan kemahiran generik dalam pengurusan P & P Bestari.

X PENGENALAN
Tahukah anda bahawa dalam usaha seseorang guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya, beliau harus memahami dan mengenal pasti potensi yang ada pada murid-muridnya? Setiap murid atau individu yang dilahirkan itu telah dianugerahkan oleh Tuhan dengan pelbagai kecerdasan. Dari perspektif Islam, kecerdasan pelbagai ini disamakan dengan akal. Menurut Imam Al-Ghazali, kualiti dan kuantiti akal berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain, di mana ada yang lebih dan ada yang kurang cerdas. Kekurangan dan kelebihan inilah yang dikatakan sebagai kecerdasan yang pelbagai kerana tiada manusia yang sempurna iaitu memiliki semua jenis kecerdasan itu. Dalam erti kata lain, setiap individu itu pasti ada kelemahan dan kekuatan dalam dirinya yang berpunca daripada kualiti akal. Walau bagaimanapun, guru-guru dan ibu bapalah yang bertanggungjawab mengembangkan potensi murid-murid ini seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

55

4.1

KOMPONEN TERAS PEDAGOGI BESTARI

Komponen teras pedagogi bestari merangkumi teori pembelajaran, kemahiran generik, ciri-ciri pelajar, strategi pengajaran dan jenis pembelajaran. Mari kita lihat satu persatu dengan lebih lanjut.

4.1.1

Teori Pembelajaran

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pembelajaran murid-murid dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Pada asasnya, konsep pembelajaran yang berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini terbahagi kepada empat, iaitu: (a) Teori Pembelajaran Mazhab Behavioris Antara tokoh terpengaruh ialah Pavlov, Thorndike serta Skinner (Rajah 4.1). Mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku hasil daripada rangsangan dan tindak balas. Oleh itu, teori pembelajaran ini disebut juga sebagai Teori Rangsangan-Tindak Balas.

Rajah 4.1: Tokoh-tokoh Teori Pembelajaran Mazhab Behavioris

Mereka terkenal dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov, Teori Pelaziman Watson, Teori Pelaziman Thorndike serta Teori Pelaziman Skinner. Teori Pembelajaran Pelaziman Pavlov mula digunakan dalam bidang fisiologi. Teori Pelaziman Watson terkenal dengan kajian tentang pembelajaran emosi manusia. Mengikut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi, iaitu takut, marah atau kasih sayang. Manakala, implikasi Teori Pelaziman

56 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Thorndike dalam pengajaran dan pembelajaran ialah meningkatkan tahap persediaan untuk belajar melalui motivasi dan ganjaran. Terdapat dua kategori Teori Pembelajaran Behavioris iaitu: (i) Teori Pelaziman Klasik yang dipelopori oleh Pavlov dan Watson yang menekankan pembelajaran melalui hubungan antara rangsangan dengan gerak balas; dan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh Thorndike dan Skinner yang mementingkan pembelajaran melalui peneguhan.

(ii)

(b)

Teori Pembelajaran Mazhab Kognitif Antara tokoh penting ialah Kohler, Gagne (Rajah 4.2) serta Ausubel. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran. Teori ini ditumpukan kepada cara pembelajaran pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan serta kategori pembelajaran.

Rajah 4.2: Gagne

Implikasi Teori Pembelajaran Kognitif terhadap pengajaran dan pembelajaran adalah menggalakkan murid menggunakan celik akal, mengaitkan pengalaman sedia ada dengan pembelajaran baharu, mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan, memupuk motivasi intrinsik, membangkitkan naluri ingin tahu dengan kaedah inkuiri-penemuan dan induktif serta menyusun isi pelajaran secara sistematik mengikut tahap perkembangan kognitif murid. (c) Teori Pembelajaran Mazhab Sosial Teori ini melibatkan tiga unsur asas, iaitu individu, persekitaran serta tingkah laku. Individu dirujuk sebagai motivasi intrinsik, persekitaran sebagai rangsangan luaran serta tingkah laku sebagai perlakuannya.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

57

Berdasarkan teori ini, pembelajaran merupakan interaksi antara motivasi intrinsik dan tingkah laku individu dengan persekitaran. Ia juga dikenali sebagai Teori Permodelan Bandura yang diasaskan oleh Albert Bandura (Rajah 4.3) yang menekankan aspek perhatian, mengingat, reproduksi serta peneguhan atau motivasi.

Rajah 4.3: Albert Bandura

Implikasi Teori Permodelan Bandura terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru boleh menjadi rakan sebaya yang cemerlang sebagai role model dan mengajar nilai-nilai murni melalui teknik main peranan dan simulasi. (d) Teori Pembelajaran Mazhab Humanis Teori ini terkenal dengan Teori Pembelajaran Carl Rogers dan Teori Pembelajaran Maslow. Mengikut kajian, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik. Individu itu akan membesar secara semula jadi dalam persekitaran yang sesuai. Oleh itu, guru harus memenuhi keperluan murid dan membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang digemari dan bermakna. Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan perasaan iaitu setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah mengikut perkembangan emosi pelajar. Mengikut Carl Rogers (Rajah 4.4) dan Maslow, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Justeru itu, guru hendaklah menjaga murid-murid dan memberi bimbingan agar potensi mereka dapat dikembangkan dan dipertingkatkan ke tahap yang optimum. Aktiviti pembelajaran harus berasaskan kehidupan harian. Pembelajaran

58 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

yang paling berkesan ialah belajar bagaimana untuk belajar atau learn to learn.

Rajah 4.4: Carl Rogers

SEMAK KENDIRI 4.1


1. Jelaskan komponen teras Pedagogi Bestari. 2. Huraikan dengan ringkas teori pembelajaran behavioris, kognitif, sosialis serta humanis. 3. Buat perbandingan antara teori pembelajaran behavioris dengan kognitif, sosial serta humanis.

AKTIVITI 4.1
1. Sebagai seorang guru, adakah anda pernah mengaplikasikan teori Behavioris dalam P & P Bahasa Melayu. 2. Jelaskan bagaimanakah Teori Pelaziman Klasik dapat diaplikasikan dalam P & P Bahasa Melayu.

4.1.2

Kemahiran Generik

Adakah anda masih ingat tentang Pedagogi Bestari? Pedagogi Bestari ialah satu pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan elemenelemen bestari dalam aktiviti P & P sesuatu tajuk pelajaran. Jika anda masih ingat juga, dalam Topik 2 di bawah perkara 2.1.1 Pengendalian Pembelajaran Bestari, ada dibincangkan tentang komponen-komponen Pengurusan Pembelajaran Bestari. Satu daripada komponen tersebut ialah kemahiran generik. Seperti yang

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

59

dibincangkan dalam Topik 2, lima elemen bestari dalam kemahiran generik ialah seperti yang dapat dilihat dalam Rajah 4.5.

Rajah 4.5: Kemahiran generik

Mari kita lihat kemahiran tersebut satu persatu. (a) Kemahiran Berfikir Penerapan kemahiran berfikir dalam P & P amat penting selaras dengan tuntutan FPK dan keperluan negara ke arah K-Ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, kemahiran berfikir merupakan unsur utama yang diberikan penekanan. Tahukah anda apa itu berfikir? Berfikir melibatkan operasi mental yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah. Pendapat lain mengatakan bahawa berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Berdasarkan beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, meneroka pelbagai idea, membuat pertimbangan atau keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran Berfikir terbahagi kepada dua, iaitu: (i) Kritis Keupayaan minda menilai kemusabahan dan kewajaran sesuatu hujah membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti. Kreatif Kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan atau mencipta idea baharu dan mencari makna serta penyelesaian masalah secara inovatif.

(ii)

60 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Rajah 4.6 menunjukkan jenis-jenis kemahiran berfikir.

Rajah 4.6: Jenis-jenis kemahiran berfikir

Contoh-contoh kemahiran berfikir kritis adalah seperti berikut: (i) (ii) Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan; Membanding dan membeza;

(iii) Mencirikan dan mengelas; (iv) Membuat urutan; (v) Menyusun mengikut keutamaan;

(vi) Menerangkan sebab; (vii) Membuat ramalan; (viii) Mengusul periksa andaian; (ix) Mengesahkan sumber maklumat; dan (x) Membuat inferens.

Manakala, berikut ialah beberapa contoh kemahiran berfikir kreatif: (i) (ii) Menjana dan menghasilkan idea baharu; Menghubung kait;

(iii) Mengimlak; (iv) Mencipta metafora; dan (v) Mencipta analogi.

Mari kita lihat jenis-jenis alat berfikir pula seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.7.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

61

Rajah 4.7: Jenis-jenis alat berfikir

Berikut pula ialah komponen CoRT1: (i) (ii) PMI (Plus, Minus and Interesting) atau kelebihan, kekurangan serta menarik atau istimewa. CAF (Consider All Factors) atau mengambil kira semua faktor.

(iii) C & S (Consequence and Sequel) atau kesan dan akibat. (iv) AGO (Aims, Goals and Objectives) atau tujuan, matlamat serta objektif. (v) (vi) FIP (First Important Priorities) atau mengikut keutamaan. APC (Alternatives, Possibilities and Choices) atau alternatif kemungkinan dan pilihan.

(vii) OPV (Other Peoples Views) atau sudut pandangan orang lain. Kejayaan guru-guru mengintegrasikan kemahiran berfikir secara terancang dalam setiap mata pelajaran yang diajar akan melahirkan murid-murid yang berfikiran kritis dan kreatif serta berpandangan jauh yang mempunyai visi dan misi serta bersifat optimistik. (b) Kemahiran Belajar Kemahiran belajar adalah kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan memproses maklumat. Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk membantu menambah ilmu dan kemahiran untuk berjaya

62 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

dalam pembelajaran dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1: Kemahiran Belajar
Kemahiran Belajar Mendengar Aktif Membaca Mencatat Nota Menulis Laporan Cepat Mengingat Memproses Maklumat Menemu ramah Membuat Rujukan

Skimming
Mengimbas Intensif Laju

Mari kita baca mengenai setiap kemahiran dengan lebih lanjut. (i) Kemahiran Mendengar Aktif Mendengar aktif ialah proses mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan proses maklumat yang didengar. Kemahiran ini melibatkan apa yang didengar dan mengapa seseorang mendengar seperti dalam Jadual 4.2.
Jadual 4.2: Kemahiran Mendengar Aktif Apa yang didengar daripada teks? x Muzik. x Puisi (pantun, syair, gurindam, seloka, sajak, bahasa berirama). x Ucapan, syarahan, ceramah. x Lagu/nyanyian. x Arahan. x Pengumuman. x Taklimat. Mengapa mendengar x Mendapat maklumat, penjelasan, fakta, data dan pengetahuan. x Menghayati keindahan dan kesantunan berbahasa. x Mengetahui perkembangan semasa.

(ii)

Kemahiran Membaca Kemahiran membaca bertujuan untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan serta fakta sesuatu perkara. Membaca merupakan satu proses yang kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan. Terdapat empat jenis bacaan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

63

Jadual 4.3: Jenis-jenis Bacaan


Jenis-jenis Luncuran (skimming) x Penjelasan Membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas tetapi menyeluruh tentang sesuatu perkara atau maklumat daripada bahan yang dibaca. sesuatu perkara dengan segera. Imbasan (scanning) x Membaca untuk mendapat maklumat berdasarkan persoalan yang dikemukakan. x Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam. x Cara Membaca tajuk, pendahuluan, dan rumusan sesuatu bahan/dokumen. pergerakan mata yang cepat.

x Membaca dengan

x Mendapat pandangan umum tentang

x Membaca kandungan bab dengan pantas dan mencatat kata kunci dan konsep.

x Memberi perhatian kepada


rajah dan grafik. Bacaan intensif x Membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci teks yang panjangnya terhad dalam masa yang ditetapkan.

x Memberikan tumpuan dan


fokus sesuatu isu/ permasalahan.

x Mencatat maklumat penting.


Bacaan laju x x Membaca dengan laju/lancar Membaca dan memahami dengan serentak x Menggunakan masa tertentu/terbatas

x Menjimatkan masa

(iii) Kemahiran Mencatat Nota Kemahiran mencatat nota adalah aktiviti merekodkan fakta, maklumat dan isi-isi penting daripada bahan yang dibaca, didengar serta dilihat. Semua maklumat dan fakta ini diterjemahkan dalam bentuk tulisan yang kemas, teratur dan tersusun dengan sistematik, supaya mudah dibaca, difahami serta diingat. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi seperti kuliah, ceramah, penerangan, membaca buku serta bahan lain. Catatan nota ini merupakan bahan rujukan tambahan. Cara mencatat nota dan ciri-ciri nota yang berkesan diterangkan dalam Jadual 4.4.

64 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Jadual 4.4: Cara Mencatat Nota dan Kriteria Nota yang Berkesan Cara Mencatat Nota x Beri tumpuan terhadap tajuk. x Pilih isi penting/utama dan tafsirkan maklumat tersebut. x Baca dan susun semula catatan dengan menggunakan bahasa sendiri yang mudah difahami. x Catat nota dalam bentuk grafik, kata kunci, simbol serta singkatan. Kriteria Nota yang Berkesan x Mengandungi isi utama dan kerangka isi. x Catatan mudah dan jelas dari segi bahasa dan gambar rajah. x Menggunakan kata kunci, simbol serta singkatan yang mudah difahami. x Mengandungi lakaran grafik.

(iv) Kemahiran Menulis Kemahiran menulis terbahagi kepada dua jenis, iaitu menulis cepat dan menulis laporan. Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur: x x x Kelajuan menulis; Tulisan yang boleh dibaca; dan Kandungannya difahami.

Menulis laporan pula terdiri daripada: x x x x x x (v) Menyediakan kerangka laporan; Menulis draf pertama dan sumber yang diperoleh; Melengkapkan penulisan dengan grafik dan jadual jika ada; Menyemak draf dan pemurnian; Penggunaan bahasa dan laras yang sesuai; dan Menerbitkan laporan.

Kemahiran Mengingat Kemahiran mengingat ialah proses yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria serta melihat dengan baik. Kemahiran ini juga berkaitan dengan proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan peristiwa yang berlaku selepas beberapa lama. Jenis ingatan terbahagi kepada dua, iaitu: x x Jangka pendek maklumat disimpan sekejap dalam ingatan; dan Jangka panjang maklumat kekal dalam ingatan.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

65

Cara mengingat boleh dilakukan dalam pelbagai kaedah seperti dalam Rajah 4.8.

Rajah 4.8: Cara-cara mengingat

(vi) Kemahiran Memproses Maklumat Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. Kemahiran memproses maklumat ialah keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat, mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah serta membekalkan atau menyampaikan maklumat tersebut bagi memenuhi keperluan tertentu. Sumber maklumat boleh diperoleh daripada pelbagai bahan, iaitu: x x x x x Sumber berasaskan maklumat yang didengar, ditonton dan dibaca; Sumber berasaskan manusia; Sumber berasaskan bahan bercetak; Bahan audiovisual; dan Sumber berasaskan komputer seperti Internet.

(vii) Kemahiran Menemuramah Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu seperti tokoh, pakar dalam bidang tertentu, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa. Kemahiran menemu ramah seseorang tokoh memerlukan persediaan pada peringkat awal, semasa pelaksanaan dan selepas. Rajah 4.9 menerangkan secara ringkas peringkat-peringkat yang perlu dilalui untuk mengadakan sesi temu ramah.

66 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Rajah 4.9: Peringkat-peringkat dalam sesi temuramah

(viii) Kemahiran Membuat Rujukan Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya. Kemahiran membuat rujukan merupakan satu kaedah untuk mengesan maklumat. Kemahiran membuat rujukan meliputi beberapa perkara, iaitu: x x x x x x x Maklumat daripada pusat sumber; Maklumat daripada buku; Ensiklopedia; Kamus; Internet; Laman web; dan Kaedah tradisional dan moden untuk mengesan maklumat dan merujuk kepada bahan di pusat sumber iaitu dengan menggunakan kad katalog komputer OPAC dan dengan membaca mikrofis.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

67

Kemahiran membuat rujukan dihuraikan dengan ringkas seperti dalam Jadual 4.5.
Jadual 4.5: Kemahiran Membuat Rujukan
Kemahiran Kemahiran merujuk Ensiklopedia Penjelasan Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku atau CD ROM) yang mengandungi maklumat bagi semua bidang ilmu pengetahuan. Cara Menggunakan Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang dicap dengan huruf besar yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan seperti TOKOH, TEMPAT, PERISTIWA dan lain-lain. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah mendapat halaman, maka cari perkataannya.

Kemahiran merujuk Kamus

Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa yang disusun mengikut abjad. Terdapat dua jenis kamus: x x Kamus umum Kamus khas atau kamus istilah

Kemahiran mencari maklumat melalui Internet

Senarai enjin pencarian: x x x x x Alta Vista (http://www.altavista.com) Yahoo (http://www.yahoo.com) Google (http://www.google.com) Lycos (http://www.lycos.com) Cari (http://www.cari.com.my)

(c)

Kemahiran Mentaksir dan Menilai Kemahiran mentaksir dan menilai bestari merupakan kaedah penilaian yang menyeluruh dan holistik. Tujuannya adalah untuk mengesan kemajuan pelajar secara lebih fleksibel. Kaedah penilaian ini mengambil kira tahap kesediaan dan kecerdasan pelajar supaya penilaian dapat dilaksanakan dengan adil dan berkesan. Komponen mentaksir dan menilai bestari adalah seperti yang berikut:

68 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

(i) (ii)

Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran; Penilaian Portfolio;

(iii) Penilaian Kendiri; (iv) Penilaian Melalui Pemerhatian; (v) Penilaian Projek;

(vi) Ujian; (vii) Penilaian Perisian Kursus; dan (viii) Pentaksiran Modular. Mari kita lihat ciri-ciri komponen mentaksir dan menilai bestari dengan lebih lanjut dalam Jadual 4.6, 4.7 dan 4.8.
Jadual 4.6: Ciri-ciri Penilaian Projek
Penilaian Projek Maksud x Aktiviti pembelajaran yang dijalankan secara individu atau kumpulan dalam tempoh masa tertentu yang melibatkan kutipan dan analisis data serta menyediakan laporan projek. Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, keterampilan serta kebolehan berfikiran reflektif. x Objektif Memberi kebebasan kepada pelajar menunjukkan kreativiti dan inovasi serta keyakinan diri. Menggunakan resos atau sumber di luar kelas. Memotivasikan pelajar untuk belajar, berperanan serta menyemai semangat kepimpinan. Belajar mengikut kepimpinan. Mengaplikasi pengetahuan dalam situasi sebenar. x Penilaian Projek Sahsiah, iaitu sikap, kerjasama serta kolaboratif. Proses, iaitu perancangan pelaksanaan, unsur inovasi dan kreativiti serta menepati masa. Hasil, iaitu persembahan dapatan, kualiti produk serta penggunaan produk. x x x Instrumen Senarai semak. Kontrak pembelajaran. Penilaian kendiri. kerja.

x Borang rekod

x x

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

69

Jadual 4.7: Ciri-ciri Penilaian Kendiri (PK)


Penilaian Kendiri (PK) Maksud x Satu kaedah penilaian yang pelajar sendiri menilai dan mengawal diri sendiri bagi melihat pencapaian hasil pembelajaran mereka. Senarai semak dan rubrik digunakan sebagai instrumen penilaian. x Fungsi Membolehkan pelajar mengukur dan membuat refleksi kekuatan dan kelemahan kendiri dalam pembelajaran individu. Memandu pelajar merancang penilaian bagi pembelajaran berikut. Pelajar sendiri berperanan dalam penilaian perkembangan diri. Mengurangkan pergantungan kepada guru untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. x x Kaedah Penilaian Meyakinkan pelajar bahawa PK adalah sebahagian daripada proses pembelajaran. Menyediakan soalan PK, prosedur pelaksanaan serta refleksi. Melatih pelajar membuat penilaian pembelajaran mereka dengan menggunakan senarai semak dan rubrik, iaitu set peraturan yang digunakan untuk mengukur kadar kemahiran individu dalam melaksanakan tugasan atau pembelajaran kendiri. Membimbing pelajar dengan kaedah membuat penilaian dan melaporkan dapatan. Membantu pelajar menstrukturkan aspek yang hendak dinilai sama ada sendiri atau rakan sebaya. Menyediakan soalansoalan refleksi dan metakognitif.

70 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Jadual 4.8: Ciri-ciri Penilaian Portfolio


Penilaian Portfolio Maksud x Dokumen berstruktur yang dibina melalui perancangan, pelaksanaan serta penilaian yang teliti dan holistik. Menggalakkan pembelajaran interaktif melalui bantuan semua pihak. Mengandungi maklumat yang disusun mengikut urutan. Berfokus kepada proses bukan hasil. Pemantauan melalui peta perkembangan. Penilaian berterusan. x Jenis Portfolio Portfolio kerja harian di mana bahan dikumpul untuk tugasan dalam masa tertentu. Portfolio hasil terbaik daripada hasil kerja seharian. Portfolio dokumentari hasil tugasan yang dijalankan semasa mengumpul bahan dalam jangka masa tertentu. x Kegunaan Membolehkan guru membuat penilaian holistik. Menggalakkan murid mengawal dan memantau perkembangan diri. Memberi ruang refleksi dan penilaian kendiri. Guru memantau perkembangan. Menilai bidang afektif seperti kelakuan, inisiatif, kerjasama serta komitmen. Guru, pelajar serta ibu bapa bagi memantau perkembangan. x Menentukan Aspek dan Kriteria Penilaian Fokus penilaian sama ada keseluruhan atau hasil. Kriteria mudah dan jelas. Kriteria telus dan adil. Menyemak huraian supaya sesuai dengan objektif. Membuat refleksi.

x x x

x x

x x

(d)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kemahiran TMK ialah teknologi yang melibatkan pengumpulan, penyimpanan serta penyebaran maklumat dalam pelbagai bentuk, contohnya cakera padat (CD), disket, laman web, software serta desktop komputer. Dalam pendidikan, TMK berperanan sebagai: (i) (ii) Alat bantu dalam semua urusan; Medium pengajaran dan pembelajaran yang berkesan; dan

(iii) Alat dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

71

Dalam P & P, TMK sesuai digunakan melalui cara yang berikut: (i) (ii) Tutorial; Eksploratori/penerokaan;

(iii) Aplikasi; dan (iv) Komunikasi. TMK dapat membantu guru-guru mempertingkat keberkesanan P & P di bilik darjah. Melalui TMK, guru-guru dapat menjimatkan masa, pembelajaran lebih terbuka dan bebas serta fleksibel. Guru tidak terlalu terikat atau dikongkong dengan kurikulum yang rigid. Ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik, mencabar dan menyeronokkan para pelajar. Selain guru, para pelajar juga mendapat banyak manfaat daripada TMK. Melalui TMK, pelajar dapat: (i) (ii) Mengakses maklumat yang sukar diperoleh. Mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

(iii) Meningkatkan kreativiti dan imaginasi para pelajar. (iv) Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dengan berkesan melalui bimbingan yang minimum. (v) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

(vi) Meningkatkan kemahiran TMK. (e) Kemahiran Fasilitator Fasilitator merupakan guru atau mentor yang membantu pelajar mencapai hasil dan matlamat pembelajaran melalui aktiviti individu atau kumpulan. Fasilitator berperanan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Semasa berinteraksi, seseorang fasilitator haruslah memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi diri. Teknik-teknik yang boleh digunakan oleh fasilitator untuk membantu pelajar-pelajar semasa pembelajaran ialah:

72 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

(i) (ii)

Penyoalan; Percontohan atau model;

(iii) Penstrukturan kognitif, iaitu memberi penerangan secara berstruktur atau tersusun sebagai panduan untuk melaksanakan aktiviti; (iv) Memberi maklum balas; (v) Pengarahan/instructing;

(vi) Memberi perhatian; (vii) Renungan; (viii) Penentuan tema; (ix) Fokus; (x) Mencabar;

(xi) Pendedahan; (xii) Penentuan matlamat; dan (xiii) Menjejak.

AKTIVITI 4.2
1. Bincangkan bersama rakan sekelas anda, bagaimanakah alat berfikir dapat diaplikasikan dalam P&P Bahasa Melayu? 2. Kemahiran memproses maklumat sangat penting dalam pembelajaran. Bagaimanakah bahan Internet dapat dinilai kesahannya?

4.1.3

Ciri-ciri Pelajar

Satu lagi komponen ciri-ciri pelajar dalam Pedagogi Bestari ialah Kecerdasan Pelbagai atau Multiple Intelligences (MI). Terdapat sembilan MI seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 4.9.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

73

Jadual 4.9: Sembilan Kecerdasan Pelbagai


Kecerdasan Verbal Linguistik x Penjelasan Kebolehan menggunakan bahasa atau kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan, termasuklah kebolehan mengingat maklumat, meyakini orang lain serta bercakap (berbicara) tentang bahasa itu sendiri. Suka berkomunikasi melalui lisan, pembacaan serta penulisan. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah termasuklah memahami kelompok nombor asas prinsip sebab-akibat serta kebolehan menjangka. Cekap menyelesaikan masalah, suka meneroka dan menganalisis, mengemukakan soalan dan jawapan logik, boleh menguji hipotesis serta berfikir secara heuristik. Minat terhadap komputer dan media teknologi serta suka melakukan eksperimen. x x x x Meramal cerita atau peristiwa. Belajar membaca, menulis serta mengingat bahasa isyarat. Membuat perbandingan dan inferens. Mengkaji teks atau meneroka maklumat dan sebab. x x x Aktiviti Pembelajaran Pemetaan konsep. Mengarang esei, cerita serta karya kreatif. Pengucapan awam.

Logik Matematik

74 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Visual-Ruang

Kemampuan mengamati dunia visual dan ruang serta melahirkan pengamatan tersebut dalam bentuk imaginasi yang diterjemahkan dalam bentuk lakaran grafik. Peka terhadap warna, garis, bentuk serta hubung kait yang terdapat antara unsurunsur itu. Suka melukis, membaca peta, carta, jadual, puzzle, video, foto serta bahan-bahan multimedia. Sukakan muzium dan planetarium. Kemampuan menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Ada kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dalam ketangkasan, kekuatan, keanjalan serta kelenturan anggota badan suka bergerak (sukar duduk diam), belajar secara hands-on terutama kraf yang melakukan dengan tangan. Minat terhadap sukan, drama serta tarian. Banyak menggunakan pergerakan badan (gestures) untuk berkomunikasi.

x x x x

Melakar jalan cerita/peristiwa. Berlakon menggunakan bahasa isyarat. Mencatat nota dalam bentuk pemetaan minda. Menggunakan pen warna untuk menandakan bahagian penting dalam teks/cerita.

x Kinestetik x

x x x

Main peranan. Melakonkan cerita. Mimos dan pantomin.

x x

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

75

Muzik

Kemampuan untuk mendiskriminasikan ritma, kelangsingan dan melodi dalam hasilan muzik mudah mengingat melodi serta suka bernyanyi. Suka instrumen muzik, kedai muzik dan konsert. Mudah belajar dan mengingat melalui lirik lagu serta suka belajar sambil mendengar muzik. Kemampuan mengamati dan memahami mud atau mood, kehendak serta perasaan lain. Berkebolehan bertindak dengan bijak terhadap petanda-petanda interpersonal seperti mimik muka, suara serta lenggok badan. Mempunyai kemahiran bergaul dengan berkesan, memimpin dan mengurus manusia, menjadi pendengar dan perunding yang baik serta suka belajar dan bekerjasama dalam kumpulan.

x x x x

Belajar kod morse. Berpuisi dengan iringan muzik. Menggunakan lirik lagu untuk mengajar tatabahasa. Menggunakan muzik yang berbeza untuk mengajar kemahiran yang berbeza.

Interpersonal

x x x

Bercerita secara round robin. Menganalisis cerita, berbincang serta merumus. Perbincangan dalam kumpulan untuk menganalisis serta merumus cerita/fakta.

76 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Intrapersonal

Mempunyai kesedaran kendiri, iaitu berupaya memberi gambaran yang tepat tentang kekuatan dan kelemahan diri, emosi, kehendak serta kemampuan mendisiplinkan diri sendiri. Ada keyakinan diri. Suka bekerja secara sendirian dan mampu mengurus perasaan sendiri. Memohon bantuan sekiranya amat diperlukan untuk mencapai impian. Melayani minat, hobi dan matlamat sendiri serta suka bersendirian untuk berfikir dan bermuhasabah diri. Mempunyai kecenderungan terhadap alam sekitar, iaitu boleh mengenali pelbagai jenis haiwan, pokok dan tanaman serta boleh mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai spesis flora dan fauna serta membuat hubungan ekologi. Memahami alam semula jadi dan kaitan saintifik. Mengambil berat tentang kelakuan, ciri serta keperluan binatang. Suka berkebun sayur, menanam bunga serta hortikultur.

x x x x

Menulis karangan autobiografi. Menulis/mengarang/membuat ramalan tentang masa depan. Apresiasi teks yang ada kaitan dengan pengalaman hidup. Menulis puisi/prosa tentang diri sendiri Siapa Saya? Siapa Kita.

x x

Naturalis

x x x x

Membaca, mengkaji serta mengkategorikan fauna. Aktiviti lawatan. Kerja lapangan. Melaksanakan projek atau kajian yang berkaitan dengan alam semesta.

x x

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

77

Kerohanian

Mempunyai kecenderungan terhadap perkaraperkara keagamaan dan kerohanian atau spiritual, iaitu yang berkaitan dengan hati dan jiwa. Mempunyai kecintaan terhadap Tuhan dan suka kepada perkaraperkara yang berkaitan dengan alam dan kehidupan.

x x x

Menganalisis nilai-nilai murni dalam petikan/cerita. Membuat kajian tentang gejala sosial dalam masyarakat. Mengumpul bahan bercetak dan elektronik yang berkaitan dengan agama dan pembangunan insan. Menulis karangan yang bertemakan jati diri.

Sebagai guru, anda harus merancang dan melaksanakan aktiviti P & P bagi mencungkil, menyubur, mengembang serta menyerlahkan kecerdasan murid.

SEMAK KENDIRI 4.2


Berikan contoh aktiviti setiap kecerdasan pelbagai yang anda telah pelajari.

AKTIVITI 4.3
1. Tunjukkan bagaimanakah sembilan Kecerdasan diaplikasikan dalam P & P Bahasa Melayu? Pelbagai dapat

2. Jika dalam aktiviti drama, apakah jenis kecerdasan pelbagai yang dapat diaplikasikan?

4.1.4

Strategi Pengajaran

Dalam Topik 2, ada dibincangkan tentang strategi Pembelajaran Bestari. Topik 4 ini pula akan membincangkan mengenai strategi Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) bestari. Jadual 4.10 menunjukkan strategi P & P bestari.

78 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Jadual 4.10: Strategi P & P Bestari


Strategi Strategi P & P Direktif x Penjelasan Strategi pemerolehan dan penguasaan ilmu pengetahuan oleh pelajar secara langsung dengan guru sebagai sumber maklumat. Kaedah tradisional berpusatkan guru. Kaedah Kaedah pembelajaran berdasarkan Model Robert Salvin x x x Menetapkan objektif pembelajaran. Mengimbas kembali pengetahuan sedia ada. Menyampaikan bahan pengajaran yang baharu. Memberi latihan kendiri. Menilai prestasi dan memberi maklum balas. Memberi latihan tambahan yang memerlukan pelajar menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi yang berbeza. Aktiviti menarik yang boleh diperhatikan dengan jelas oleh pelajar. Menyediakan senarai semak. Menyoal pelajar semasa pelajar membuat pemerhatian. Memastikan pelajar mencatat nota atau membuat laporan semasa membuat pemerhatian. Mengadakan perbincangan selepas pemerhatian. x x x x x x Tunjuk ajar. Simulasi. Eksperimen. Permainan. Lakonan. Belajar tentang alam sekitar. x Contoh Aktiviti Penerangan secara langsung oleh guru. Demonstrasi atau tunjuk cara. Latih tubi.

x x

x x

Strategi P & P Pemerhatian

Pembelajaran melalui pemerhatian dan meniru perlakuan seorang guru atau model. Boleh diamalkan sepanjang masa.

x x

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

79

Strategi P & P Generatif

Proses pembelajaran dengan menjana idea baharu berasaskan pengalaman sedia ada. Menjurus ke arah pemikiran yang menggunakan metafora dan analogi. Pemikiran pelajar diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan kreatif serta melahirkan individu yang bersifat intuitif dan celik akal dalam melihat sesuatu situasi.

x x

Mengimbas semula ulangan. Mengintegrasikan pengetahuan baharu dengan lama. Penyusunan iaitu menghubung kaitkan pengetahuan lama dengan baharu dengan cara yang bermakna, misalnya menganalisis isi penting, mengkategorikan serta menggunakan peta konsep. Mengembangkan lagi pengetahuan baharu melalui kaedah percambahan fikiran, melukis gambar rajah serta menyediakan slaid. Kaedah perbincangan terbuka. Pembinaan konsep. Inkuiri. x x x x x Menyimpan jurnal reflektif. Penggunaan pelbagai media. Sesi dialog. Perbengkelan. Baca-bandingbincang.

Strategi P & P Mediatif

Proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat andaian, membuat inferens serta hipotesis. Membantu pelajar belajar menilai dari pelbagai sudut pandangan dan menggunakan pelbagai alternatif dalam proses penyelesaian masalah.

x x x

80 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Strategi P & P Koperatif dan Kolaboratif

Proses yang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang sama. Elemen Koperatif akauntabiliti individu, interaksi bersemuka, peluang untuk bekerjasama serta peluang mengembangkan kemahiran sosial. Pembelajaran Kolaboratifmembantu murid menggunakan kemahiran interpersonal untuk melaksanakan tugas. Berasaskan aktiviti kerja praktik, seminar, bengkel serta projek. Guru menentukan matlamat, tujuan serta tempat aktiviti. Contoh premis yang dapat meningkatkan pengetahuan pelajar ialah seperti hospital.

Sebelum pelajaran. x Tentukan matlamat, saiz kumpulan serta cara mengintegrasikan elemen pembelajaran koperatif. Semasa pelajaran x Terangkan struktur dan matlamat pelajaran, mengintegrasikan elemen dan memperuntukkan masa kepada pelajar membuat kesimpulan dan refleksi.

Strategi P & P Konteks Luar

Sebelum x Menentukan tujuan aktiviti luar. x x Pilih objektif kurikulum. Sediakan pelajar dan beri taklimat.

Semasa x Memantau pelajar. x Merekod aktiviti.

Selepas x Pelajar buat refleksi. x x Membuat aktiviti susulan. Libatkan pelajar untuk penilaian kendiri.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

81

Strategi P & P Metakognitif

Proses murid belajar melalui berfikir untuk merancang apa yang hendak dipelajari, memantau kemajuan diri serta menilai apa yang dipelajari.

x x

Menyoal pada semua peringkat. Elakkan daripada berkata Saya tidak boleh. Galakkan lontaran idea daripada pelajar. Memberikan label bagi tindakan positif. Menghubung kaitkan pengalaman baharu dengan lama. Bekerjasama memberi maklum balas dan berkomunikasi. Mengalami sendiri supaya pelajar boleh meneroka dan mereka cipta. Mengaplikasikan konsep dan maklumat yang dipelajari.

x x

Strategi P & P Kontektual

Menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian. Melibatkan aktiviti hands-on dan mind-on. Unsur penting kepelbagaian konteks (budaya dan sosial), persekitaran (bilik darjah, makmal, tempat kerja) serta kepelbagaian disiplin ilmu (sains, komunikasi, teknikal dan vokasional). Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi cabaran hidup. Penting untuk membina generasi masa depan, menghasilkan tenaga manusia yang berfikir serta membawa anjakan paradigma.

Strategi P & P Masa Depan

x x x

Berfikir secara kritis dan kreatif. Berkomunikasi secara berkesan. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang masa depan. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan. Membina sikap dan menilai tentang masa depan.

82 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

4.1.5

Jenis Pembelajaran

Jenis pembelajaran ialah penglibatan murid mengikut aktiviti pembelajaran secara berterusan mengikut keperluan, minat serta kebolehan murid. Ada empat jenis pembelajaran iaitu: (a) (b) (c) (d) Pembelajaran Masteri; Pembelajaran Kadar Kendiri; Pembelajaran Akses Kendiri; dan Pembelajaran Terarah Kendiri.

Tajuk ini akan dihurai dengan lebih mendalam dalam Topik 7 (Pedagogi Bestari).

SEMAK KENDIRI 4.3


1. Apakah kelebihan strategi P & P Metakognitif dan konteks luar? 2. Bagaimanakah penilaian secara Project Based Learning (PBL) dikatakan sesuai dengan strategi P & P Kajian Masa Depan? 3. Aplikasikan kemahiran berfikir mencipta metafora dan analogi dalam kehidupan harian.

AKTIVITI 4.4
1. Bagaimanakah strategi P & P Bestari dapat melahirkan murid yang berwibawa pada masa hadapan? 2. Rancangkan satu aktiviti P & P yang menggunakan strategi pembelajaran Kajian Masa Depan. 3. Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang menunjukkan bagaimana anda mengintegrasikan Kemahiran Generik dalam P & P Bahasa Melayu. 4. Berdasarkan pemahaman anda, jelaskan tentang gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

83

4.2

KONSEP PENGAJARAN PEMBELAJARAN BESTARI

Konsep pengajaran pembelajaran bestari adalah berdasarkan teori konstruktivisme. Maksud konstruktivisme ialah membina. Idea konstruktivisme berasal daripada Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori Zon Perkembangan Proksimal atau Termampu (Zone of Proximal Development, ZPD) oleh Vygotsky.

4.2.1

Konstruktivisme

Dalam konteks pembelajaran, teori konstruktivisme menekankan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina di dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Asas kepada konsep konstruktivisme adalah seperti yang berikut: (a) (b) (c) Pemerolehan ilmu pengetahuan oleh individu adalah melalui inisiatifnya sendiri; Tujuan pemerolehan ilmu adalah untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik; dan Proses pemerolehan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu.

Dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di bawah teori konstruktivisme, guru berperanan sebagai perancang dan pemudah cara manakala pelajar memainkan peranan penting dalam aktiviti P & P. Kaedah dan teknik tradisional seperti syarahan dan menghafal tidak sesuai lagi; sebaliknya, model pembelajaran koperatif dan kolaboratif amat dititikberatkan. Pengalaman dan kesediaan pelajar amat penting yang mempengaruhi pemerolehan ilmu. Alat penilaian terhadap pemerolehan ilmu dibentuk oleh guru-guru dan muridmurid. Keutamaan pembelajaran ditumpukan kepada hasil pemerolehan. Berikut adalah penyumbang-penyumbang idea konstruktivisme: (a) Piaget Berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970) yang diasaskan oleh Piaget (Rajah 4.10), terdapat lima asas yang berkaitan dengan Pembelajaran Kognitif seseorang individu seperti dalam Rajah 4.11.

84 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Rajah 4.10: Piaget

Rajah 4.11: Lima asas berkaitan dengan Pembelajaran Kognitif

(i)

Skema Skema yang ditonjolkan seperti aksi, bahasa, pemikiran, pandangan serta idea mewakili ciri tingkah laku seseorang individu itu. Skema tingkah laku ini berubah mengikut peringkat perkembangan, iaitu daripada mudah kepada yang lebih kompleks dan daripada kecil kepada yang lebih besar. Adaptasi dan Keseimbangan Adaptasi dan keseimbangan saling berkait dan saling mempengaruhi. Proses perubahan tingkah laku individu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran merupakan proses pembelajaran. Proses ini merupakan kuasa penggerak atau motivasi diri untuk individu itu mengubah suai diri dalam alam persekitarannya.

(ii)

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

85

(iii) Asimilasi dan Akomodasi Untuk mengekalkan keseimbangan dan kepuasan, individu itu perlu melalui proses adaptasi yang merangkumi proses asimilasi dan akomodasi, iaitu menerapkan pengalaman sedia ada dengan pengalaman baharu. Mengikut teori Piaget, isi pelajaran hendaklah disampaikan mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu konkrit kepada abtsrak, pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu serta dekat kepada yang jauh. Pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku. Oleh itu, proses akomodasi bergantung pada motivasi intrinsik. (b) Bruner Bruner (Rajah 4.12), berpendapat bahawa bahasa ialah elemen penting dalam perkembangan kognitif manusia. Manusia menggunakan simbol bahasa untuk berfikir dan menyelesaikan masalah seperti membentuk konsep dan membuat generalisasi.

Rajah 4.12: Bruner

Bruner mengklasifikasikan konsep kepada tiga kategori seperti dalam Rajah 4.13. Contoh konsep rumah ada dua atribut, iaitu berbumbung dan berdinding dan digunakan sebagai tempat tinggal.

86 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Rajah 4.13: Klasifikasi konsep

(c)

Vygotsky Vygotsky (Rajah 4.14) iaitu seorang sarjana Rusia mengemukakan tiga konsep teras konstruktivisme iaitu Zone of Proximal Development (ZPD) atau Zon Perkembangan Termampu, Scaffolding/sokongan serta pembelajaran yang bersifat sosiobudaya. Mengikut Vygosky, ZPD ialah jarak di antara potensi atau kemampuan seseorang murid menyelesaikan masalah atau tugasan secara sendiri dengan bimbingan pakar.

Rajah 4.14: Vygotsky

Scaffolding ialah proses menyediakan sokongan sementara semasa proses


pembelajaran. Sokongan akan berkurangan apabila murid dapat mengawal sendiri dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri. Manakala, pembelajaran bersifat sosiobudaya bermaksud pelajar membawa bersamanya pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada keluarga dan budayanya. Ini bermakna pembelajaran berlaku

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

87

melalui interaksi sosial yang dibina antara pembelajaran di sekolah dengan di luar sekolah.

SEMAK KENDIRI 4.4


Hubungkaitkan Teori Konstruktivisme dengan keupayaan berfikir murid untuk membangunkan ilmu pengetahuan.

x x x

Komponen teras Pedagogi Bestari ialah teori pembelajaran, kemahiran generik, ciri-ciri pelajar, strategi P & P serta jenis pembelajaran. Konsep pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berdasarkan teori konstruktivisme Piaget, Bruner dan Vygotsky. Kemahiran generik pula terdiri daripada kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai, kemahiran fasilitator dan kemahiran teknologi maklumat serta komunikasi (ICT). Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari ialah generatif, direktif, mediatif, koperatif dan kolaboratif, konteks luar, pemerhatian, metakognitif serta kajian masa depan. Kecerdasan Pelbagai (KP) atau Multiple Intelligence (MI) merupakan komponen ciri-ciri pelajar. Sembilan KP iaitu verbal linguistik, logik matematik, kinestetik, musik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, naturalis serta kerohanian. Jenis-jenis pembelajaran ialah pembelajaran masteri, pembelajaran kadar kendiri, pembelajaran akses kendiri serta pembelajaran terarah kendiri. Konsep pengajaran dan pembelajaran bestari adalah berdasarkan teori konstruktivisme yang berasal daripada teori perkembangan kognitif Piaget dan zon perkembangan proksimal/termampu oleh Vygotsky. Teori konstruktivisme menekankan bahawa ilmu wujud dalam minda iaitu akal manusia. Pengajaran Bestari menekankan kepada keupayaan akal manusia untuk berfikir bagi membangunkan ilmu dan ummah.

x x

x x

88 X

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

Elemen-elemen bestari Kecerdasan pelbagai Kemahiran generik Komponen Teras Pedagogi Bestari

Konstruktivisme Strategi P & P Bestari Teori Pembelajaran Teori Perkembangan Kognitif

Abdulah Hassan., & Ainon Mohd. (2000). Kemahiran interpersonal untuk guru bestari. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Ainon Mohd., & Abdullah Hassan. (1996). Berfikir dalam darjah: Panduan mengajar kemahiran berfikir di sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Banks, O. Penterjemah: Robiah Sidin., & Zaiton Sidin. (1989). Sosiologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Habibah Elias., & Ruhil Hj. Mahyuddin. (1990). Psikologi pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Howard, G. (1991). Multiple intelligence: The theory in practice. New York. Basic Book. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Integrasi kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Piaget, J. (1923). The language and the thought of the child. Penterjemah: Worden, M. (1955). Cirvelan: Meridin.

TOPIK 4

PEDAGOGI BESTARI

89

Riley, J. (2004). Teaching reading at key stage one and before. United Kingdom: Stanley Thornes. Salhah Abdullah., & Ainon Mohd. (2005). Guru sebagai mentor. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Vygotsky, L. (1988). Thought and language. Massachusetts: MIT Press.