Anda di halaman 1dari 9

Kualiti Pengajaran Menurut Glasser (1993), guru boleh meningkatkan mutu pengajaran melalui cara-cara berikut: 1.

Persekitaran bilik darjah yang tenang dan kondusif -Bantu murid mengenali guru -Tunjukkan murid anda sentiasa ingin membantu mereka 2. Guru perlu lebih bersifat sebagai pembimbing bukan pengarah -Berikan galakan kepada murid -Elakkan paksaan dan hanya memberikan arahan 3. Tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid -Kaitkan topik-topik pengajaran dengan pengalaman murid dan kegunaannya

4. Berikan galakan kepada murid untuk memberikan murid yang terbaik -Bimbing dan bantu murid 5. Beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masingmasing dan memperbaikinya -Ciri pembelajaran yang berkualiti -Suruh mereka fikir cara untuk meningkatkan lagi hasil kerja -Proses menilai sendiri, memperbaiki dan mengulang semula, boleh menghasilkan pembelajaran yang berkualiti

Cara Lain...... 1. Memotivasikan murid dengan memberikan perhatian dan menarik minat murid untuk belajar 2. Menjalankan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan 3. Berbincang dengan murid-murid tentang topik-topik yang diajar dan mengenalpasti bahagian-bahagian yang menarik minat murid 4. Menggalakkan murid-murid meneroka mana-mana bahagian pengajaran dengan lebih mendalam 5. Mencari bahan bantu belajar 6. Menunjukkan kaedah yang terbaik

7. Bekerjasama dengan murid untuk membina satu piawaian tingkah laku yang diingini -Menurut Canter (1990), guru boleh berbincang dengan murid tentang kepentingan untuk mendapat corak persekitaran pembelajaran yang berkualiti -Berbincang tentang tingkah laku yang sepatutnya ditunjukkan

8. Berbincang tentang akibat yang patut diberikan apabila perjanjian tingkah laku dilanggar -Dendaan bukan penyelesaian kepada masalah tingkah laku -Bertanyakan murid perkara yang boleh dilakukan untuk menolong mereka yang melanggar peratuan -Selepas perjanjian dan akibat daripada salah laku dipersetujui, murid diminta menandatangani

Contoh Situasi: Arif datang ke kelas marah-marah. Dia mengamuk dan bergaduh dengan Kevin. Cadangan Glasser: -Guru cuba menenangkan perasaannya dan selesaikan masalah bersama-sama. -Sekiranya Arif masih tidak boleh mengawal diri, guru bercakap dengan tegas bahawa dia tidak dapat membantunya sehingga dia dapat bertenang. Cadangan Canter: -Guru memberikan masa lebih kurang 20 saat kepada murid untuk bertenang. -Beri dia time out (masa untuk bersendirian dan memikirkan semula kesalahan yang telah dilakukan). -Apabila keadaan mula tenang, bincang situasi dengan Arif.

-Sekiranya masalah melibatkan Kevin (murid lain), jangan menyalahkan sesiapa atau menghabiskan masa untuk menentukan siapa yang bersalah. -Ingatkan murid-murid tersebut anda hanya ingin penyelesaian supaya masalah ini tidak berulang lagi. -Mengambil berat terhadap masalah murid-murid, tidak menghukum dan mendenda, masalah salah laku dapat dibendung.

Menurut Glasser, terdapat 7 tabiat buruk guru yang boleh merosakkan hubungan yang baik antara guru dengan murid:

Mengkritik

Kerap memberikan ganjaran

Mencari kesalahan murid

Mendenda

Tabiat Buruk Guru

Merungut

Berleter

Mengugut

Untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan murid, guru hendak menggantikan dengan tabiat-tabiat yang ditunjukkan di bawah:

Mengambil berat

Saling percaya dan mesra

Mengalakkan

Tabiat Baik Guru


Membantu

Mendengar

Menyokong