Anda di halaman 1dari 4

Modul Kepimpinan

Tajuk : Ibu jariku Ibu jarimu Jua Masa : 20 hingga 30 minit Alatan : Kertas A4 Langkah Pelaksanaan : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Peserta diberikan kepada beberapa kumpulan mengikut kesesuaian fasilitator. Setiap peserta diminta duduk di dalam bulatan. Setiap peserta diberikan sehelai kertas A4 Setiap Peserta diminta untuk menutup mata dan mengikut segala arahan yang diberikan oleh fasilitator. Setiap peserta diminta untuk melibat Kertas A4 tersebut kepada 2 bahagian dan mengoyakkan salah satu bucu kertas tersebut dengan kadar keluasan sebesar ibu jari. Seterusnya peserta diminta untuk mengulangi langkah tersebut sehingga beberapa kali lipatan. Selepas beberapa kali lipatan dan koyakan peserta diminta untuk membuka lipatan tersebut. Fasilitator meminta untuk setiap ahli melihat hasil koyakan tersebut dan meminta mereka memberikan rifleksi terhadap aktiviti tersebut dengan kepimpinan. Fasilitator membimbing perbincangan.

Falsafah dan Pengajaran : 1. Setiap manusia mempunyai keunikan dan keistimewaan untuk menjadi seorang pemimpin. 2. Pemimpin yang baik seharusnya peka dengan perbezaan ini untuk menerima segala perbezaan ini sebagai kekuatan dalam organisasi dan sebagainya 3. Setiap manusia berhak memberikan pendapat dan pandangan. p/s : pengajaran dan falsafah masih boleh dibincangkan....

MODUL ' Ice-breaking ' Tajuk : Roda Impian Masa : 20 minit Alatan : Wisel Bilangan Ahli : Tiada had Langkah Pelaksanaan : 1. Semua peserta diminta untuk mendengar arahan fasilitator. 2. Peserta diminta untuk duduk mengikut jantina yang berlainan dalam 2 kelompok besar. 3. Peserta diminta membuat bulatan, lelaki dibahagian dalam dan perempuan dibahagian luar. Peserta mesti selesai membuat bulatan dalam tempoh 10 saat, jika tidak berjaya peserta lelaki atau perempuan yang tidak berjaya akan dikenekan denda seperti menyanyi dan sebagainya ( mengikut kesesuaian ). 4. Contoh seperti gambarrajah di bawah. 5. Selepas itu peserta lelaki dan perempuan diminta untuk berhadapan di antara satu dengan yang lain, kemudian berkenalan mengikut krateria yang dikehendaki dan menghafalnya....contohnya ialah nama, nama ayah, nama ibu, pekerjaan ayah, hobi dan sebagainya. 6. Selepas 10 saat, fasilitator akan meniup wisel dan peserta perlu bergerak ke kanan dan teruskan aktiviti berkenalan dengan orang berbeza. 7. Fasilitator akan meniup wisel beberapa kali supaya peserta dapat berkenalan dengan beberapa orang. 8. Selepas selesai aktiviti fasilitator meminta atau memilih pseserta kehadapan dan memperkenalkan rakan yang baru dikenalinya.... 9. Fasilitator membimbing perbincangan.

kedudukan peserta

Falsafah dan pengajaran : 1. Setiap manusia mampu mengenali diantara satu dengan yang lain. 2. Setiap menusia perlu berkomunikasi dengan baik bagi tujuan berkenalan. Falsafah dan pengajaran boleh dibincangkan lagi....sila buat homework untuk falsafah dan pengajaran yang lebih baik dan banyak.....tq...

Modul Komunikasi.
Oleh : Abu and the Team Tajuk : Teater Bisu Masa : 20 hingge 30 minit Alatan : Tiada Langkah Pelaksanaan : 1. Setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mengikut jumlah peserta, sebaik2nye 7 kumpulan dah le... 2. Setiap kumpulan diberikan sehelai kertas yang didalamnya mempunyai situasi2 tertentu...contohnya : rempit, buli, samseng, rompakan dan sebagainya.............. note :
Fasilitator boleh pilih situasi yang lebih baik tetapi prktikal untuk dilakonkan...

3. Setiap kumpulan diberikan 5 minit untuk berbincang bagi melakonkan situasi tersebut dan syaratnya tanpa mengeluarkan suara. Peserta lain pula perlu meneka situasi tersebut.... 4. Setiap kumpulan diminta untuk melakonkan situasi yang diberikan... 5. Fasilitor membimbing perbincangan..... Falsafah dan pengajaran : 1. Komunikasi amat penting bagi menyampaikan maklumat dan maksud sesuatu perkara. 2. Komunikasi bukan sahaja boleh disampaikan secara lisan tetapi juga bukan lisan seperti bahasa badan

Anda mungkin juga menyukai