Anda di halaman 1dari 25

HBAE4303 APRESIASI SENI

1
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

PENGENALAN

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan

yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kraftangan telah diterima sebagai hasil asas daripada masyarakat di Malaysia.Tukang-tukang


yang mahir dalam bidang tertentu akan menghasilkan karya seni mengikut kreativiti tersendiri.
Setiap kraftangan yang terhasil akan dihiasi dengan ragam hias yang unik berdasarkan alam
sekitar. Namun, setiap ragam hias berbeza-beza antara satu dengan yang lain.
Pengenalan kepada seni kraf pula dapat memberi pendedahan kepada pelajar sekolah sama ada
Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah mengenai budaya dan tradisi rakyat Malaysia. Melalui
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual di Sekolah juga,pelajar diterapkan dengan unsur-unsur
kraf tradisional seperti songket ,anyaman dan penghasilan karya seni di Negara kita.
Antara kain tenunan tradisional Melayu seperti kain tenun Pahang, kain ikat loseng, kain ikat
pakan dan kain limar, kain songketlah merupakan kain yang paling popular dan masih digunakan
oleh masyarakat Melayu sehingga hari ini.
HBAE4303 APRESIASI SENI
2
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

A. SONGKET MALAYSIA

i. SEJARAH SONGKET MALAYSIA


Songket terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau.Berkembang pesat di pantai timur
terutama di Terengganu dan Kelantan.
Kedatangan seni kraf tenunan berkait rapat dengan sejarah perdagangan. Di Asia, seni tekstil
dikatakan berkembang dengan pesat setelah perhubungan dagangan dengan negara luar terjalin.
Manakala di Tanah Melayu, ianya hasil kedatangan pedagang dari Jawa, Pulau Maluku, Borneo
dan Bugis.
Menurut sejarah, kain tenun telah ditemui di Langgar, Kedah. Kain tenun pada waktu itu tidak
menggunakan motif emas atau songket. Selain daripada itu, kain tenun juga ditemui ketika
zaman Che Siti Wan Kembang (1610-1677). Perkembangan kain tenun di Kelantan juga telah
ditemui di Kota Kubang Labu ketika zaman pemerintahan Long Pandak, manakala tenunan
songket bermula di perkampungan Gerung, Tumpat. Kebiasaannya kain tenunan ini halus
pembuatannya.
Nama “kain songket” berasal daripada teknik membuat songket, iaitu menyongket atau
menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera. Pada amnya songket terbahagi kepada dua jenis,
iaitu tekat tiga dan tekat lima. Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran
benang sutera dan jarak antara lembaran benang emas yang disongket. Tekat tiga lebih sukar dan
rumit daripada tekat lima dan hasilnya lebih halus. Penggunaan benang emas yang dikembar dua
yang dilakukan dengan selembar benang sutera akan menghasilkan tenunan yang lebih bermutu
dari segi teknik dan kesan.

proses tenunan
HBAE4303 APRESIASI SENI
3
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Dalam proses menenun kain, benang loseng perlu disediakan di dalam alat tenun kek. Kemudian
benang pakan akan disusuli dari kiri dan kanan penenun untuk dijadikan kain. Dalam proses
membuat motif pada kain, benang loseng perlu diangkat supaya benang emas dapat ditenun
mengikut motif dan proses ini dipanggil 'angkat butang'.

Dengan kata lain, benang emas atau perak merupakan benang tambahan untuk menghasilkan
corak-corak atas permukaan kain tenun tersebut. Dengan ini, kain songket adalah kain yang
dihasilkan secara tenunan pakan tambahan (extra weft weave).

Corak kain songket masa kini sudah banyak perbezaannya dari segi pengolahan susun atur dan
motif yang digunakan mengikut kehendak pengguna. Zaman sekarang pengusaha kain songket
lebih mengutamakan citarasa pelanggan mereka. Pelanggan boleh menempah motif-motif yang
mereka minati. Bagi pengguna kain songket ini konsep keindahan dapat dinikmati pada sesuatu
motif itu berdasarkan citarasa dan selera si pemakai. Begitu juga dengan syarikat-syarikat dan
badan-badan tertentu yang menjadikan motif tulisan atau logo mereka untuk dijadikan motif
pada kain songket sebagai pakaian rasmi syarikat mereka. Jelas di sini menunjukkan bahawa
penggunaan motif kain songket kini mendapat satu era pembaharuan tentang pengaplikasiannya.

ii. MOTIF SONGKET

Kecantikan songket terletak pada reka corak yang halus dan rumit, serta motif yang dihasilkan di
atas kain tenunan tangan. Terdapat lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain
songket sarung. Penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di kampung-kampung yang
dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan
HBAE4303 APRESIASI SENI
4
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang
kuat dan pemerhatian yang tajam.

Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama-nama pokok dan sesetengah motif songket
datangnya daripada nama kuih Melayu dan dipercayai kuih-kuih ini adalah kesukaan raja-raja
seperti ‘seri kaya’, ‘wajik’ dan ‘tepung talam’.

Terdapat banyak corak dan motif pada kain songket. Kadang-kadang motif yang sama tetapi
mempunyai nama yang berbeza. Sebagai contoh motif ‘bunga bintang’ di negeri Kelantan, ‘tapak
sulaiman’ di negeri Sarawak.

Sesuai dengan cita rasa masyarakat hari ini, fabrik songket mengalami evolusi tersendiri
terutamanya pada rekaan motifnya yang lebih segar. Sering kali kain songket dipandang sebagai
kain mewah yang penuh dengan benang emas. Songket moden Melayu kini telah berubah selera
daripada motif-motif lama yang ditiru dari zaman-berzaman kepada rekaan baru.

Bermulanya corak dan motif songket diubahsuai sejak tahun 1980-an di mana Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) membuat rekaan-rekaan baru supaya pengusaha
songket mendapat idea-idea baru untuk dijadikan pakaian serta barangan kraf.

Antara motif songket yang diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan ialah pucuk rebung, bunga
lawi ayam, bunga baling, tapak kecupu, bunga tanjung, bunga cermai, bunga setelop, tampuk
kesemak, tampuk manggis, dan buah delima. Manakala corak-corak songket yang abstrak
dinamakan kasap, pecah lapan, tapak kacip, potong wajik, bunga tiga dara, bunga logam, bunga
kerongsang, dan jong sarat.

Motif yang diilhamkan daripada alam sekitar pula dinamakan bintang buta, air molek, awan
larat, dan teluk berantai. Yang diilhamkan daripada haiwan ialah bunga lawi ayam, unduk-
unduk, bunga hati, dan sisik kelah.
HBAE4303 APRESIASI SENI
5
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Motif kain tenunan


Sumber: Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

Motif yang terdapat dalam kain tenunan dipengaruhi elemen alam. Namun begitu, dalam
penghasilan tenunan ini telah menyebabkan semua bentuk motif dilahirkan dalam gaya
geometrik. Motif tumbuhan songket meliputi bentukbentuk bunga, daun atau pucuk dan
bahagian buah yang disebut sebagai tampuk.

Motif bunga yang disusun adalah dalam motif pucuk rebung.Manakala motif bunga yang
dijadikan susunan corak bertabur adalah seperti motif bunga pecah lapan, bunga tanjung atau
bunga berembang.

Motif burung merak dan ayam adalah di antara motif menarik dan biasanya besar. Pada susunan
corak bunga bertabur, motif ini sering ditempatkan pada bahagian kaki kain.

Motif siku keluang menjadi hiasan untuk songket corak melintang sama ada mengikut kelebaran
kain atau bahagian kaki kain.

Menjelang tahun 2000, daripada penilaian yang dibuat ke atas kerja-kerja pelatih
Kraftangan Malaysia, didapati mereka telah berani untuk melahirkan idea-idea baru bagi
mencorakkan songket.
HBAE4303 APRESIASI SENI
6
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Contohnya, motif seperti bunga sejambak dengan daun dan


ranting yang diulang mengikut susunan blok atau separuh
blok.

Di samping itu, benang metalik telah digunakan dengan


pelbagai warna dan ia telah mendapat perhatian orang
Terdapat juga songket moden
ramai.Namun begitu bagi pereka-pereka yang kurang mahir,
yang ditenun dengan motif baru
mereka akan melahirkan corak-corak yang keras dan warna
dan diselang-seli dengan motif
yang 'sumbang'.
lama.

Bagaimanapun, mereka masih mengekalkan struktur kain sarung dan kain selendang seperti asal.
Hanya motifnya digubah secara bebas daripada corak tradisional dan warna yang pelbagai.

Ini adalah inovasi dari segi bahan yang digunakan semasa menenun kain songket. Jika dahulu
coraknya banyak menggunakan corak teluk berantai, bunga tampuk manggis atau bunga bintang,
kini motif-motifnya telah bertukar kepada motif-motif kontemporari.

Di samping itu, terdapat juga songket moden yang ditenun


dengan motif baru dan diselang-seli dengan motif lama.

Pembaharuan songket berlaku mungkin kerana saingan


dengan kemunculan kain-kain batik yang turut berkembang.

Kebanyakan motif songket yang baru, terpengaruh dengan


rekaan batik yang banyak menggunakan motif bunga-bunga
dan daun. Selain itu teknik ikat loseng atau ikat pakan digunakan sebagai warna latar kain ntuk
menampakkan kelainan dan eksklusif.

Kain songket yang kelihatan mewah dengan motif-motif benang emas, tidak sesuai dipakai pada
sebarangan tempat, tambahan pula dengan warna dan motif-motif tradisional hanya elok sebagai
pakaian pengantin serta pakaian tradisional.
HBAE4303 APRESIASI SENI
7
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Namun begitu, songket moden yang direka oleh pereka mahir mampu membawa tekstil ini ke
peringkat yang lebih tinggi. Songket yang direka dengan warna-warna lembut, terang atau gelap
perlu bersesuaian dengan motif dan gaya fesyen yang ditentukan.

Songket kotemporari

Bagaimanapun, kain songket tradisional masih mempunyai identiti yang menampakkan


kehalusan serta keasliannya. Di sini dapat kita melihat perbezaan antara yang lama dan yang
baru. Bagi songket moden, ini adalah satu perubahan yang boleh diketengahkan untuk pasaran
dalaman dan jika pandai memilih kesesuaian warna dan corak, ia boleh dijual sehingga ke
pasaran global.

Motif Bunga Pecah Lapan


HBAE4303 APRESIASI SENI
8
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

MOTIF PUCUK REBUNG


HBAE4303 APRESIASI SENI
9
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

iii. FUNGSI SONGKET

Di Malaysia,songket menjadi satu simbol kemegahan dan kebanggaan kepada si pemakainya


terutama pada majlis-majlis besar terutama perkahwinan serta majlis pertabalan dan
penganugerahan sesuatu darjah kebesaran.pada majlis-majlis begini,pemakaian songket sudah
menjadi satu kemestian kepada mereka yang terlibat.
Berbeza jika dibandingkan zaman dahulu,sonket hanya dipakai oleh golongan bangsawan dan
istana sahaja.Mereka menggunakan songket untuk membuat tanjak,samping,kain selendang dan
persalinan diraja.
Pada zaman sekarang,songket mampu dimiliki oleh semua orang.Penggunaan songket lebih
meluas terutama untuk membuat pakaian pengantin,perhiasan dinding,alas meja,beg
tangan,barangan kraftangan dan sebagai cenderamata.

iv. STRUKTUR KAIN SONGKET

Struktur kain songket terdiri daripada:


a) Badan kain
b) Kepala kain / petak kain
c) Tepi kain / kaki kain
d) Pengapit kepala kain
e) Tanah kain
f) Punca
g) Pengapit badan kain
h) Kaki punca
i) Kendik
HBAE4303 APRESIASI SENI
10
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

v. KUPASAN FALSAFAH

Di dalam setiap motif songket terkandung kupasan falsafah tertentu yang disampaikan melalui
hasil kraf tersebut.

Falsafah yang terkandung didalam motif songket dihuraikan seperti dibawah :

1.Motif Bunga Raya :

melambangkan perpaduan rakyat Malaysia kerana mempunyai lima kelopak yang


melambangkan prinsip rukun negara iaitu:

• Kepercayaan kepada Tuhan

• Kesetiaan kepada Raja dan Negara

• Keluhuran Perlembagaan

• Kedaulatan Undang-undang

• Kesopanan dan kesusilaan

o menaikkan semangat perpaduan sesama manusia.

2.Motif Bunga Teratai :

Bunga Teratai digambarkan sebagai bunga suci bagi sesuatu agama seperti Hindu /
Budha.Motif bunga tersebut digunakan dalam pembuatan songket untuk menunjukkan tumbuhan
teratai amat jelas kelihatan.

3.Motif Lawi Ayam :

Menggambarkan kemegahan sesuatu tekstil masyarakat Melayu.Pada masa dahulu,lawi ayam


dikagumi kerana kepanjangan dan kecantikkan yang terdapat pada bulu ayam itu melambangkan
kebanggaan dan kemegahan ayam tersebut.Motif lawi ayam pada songket digunakan bagi
menggambarkan kegagahan dan kemegahan apabila pasangan pengantin memakainya.
HBAE4303 APRESIASI SENI
11
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Songket tersebut menggambarkan kepeliharaan maruah si pemakainya.Penciptaan lawi secara


semulajadi pada ayam menggambarkan dakwah islam kadangkala disampaikan secara tersurat
dan tersirat.

4.Motif Bunga Bintang :

Bintang dari sudut falsafah ,seperti yang kita tahu, bintang mempunyai lima bucu.Setiap bucu-
bucunya mempunyai makna tersendiri antaranya melambangkan keagamaan, kebudayaan,
kesenian,tradisi,dan perkauman.

Bentuk bucu bintang yang saling mencakupi juga menggambarkan semangat perpaduan si
pemakai.Manakala bintang itu sendiri juga melambangkan peningkatan jiwa dari alam.

5.Motif Bunga Sireh :

Etimologi melalui motif ini melambangkan ketinggian dan penghormatan orang melayu.Melalui
motif yang diterapkan dalam tenunan songket menggambarkan bahawa warisan melayu masih
wujud dan disemai dalam kehidupan masyarakat melayu.

Penenun songket menggunakan motif bunga sirih untuk menggambarkan ketinggian kesucian
adat melayu yang harus dipertahankan .

Jika dikaji dengan mendalam mengenai motif tersebut kita akan mendapati bahawa ia
mempunyai makna yang tersirat yang cuba disampaikan kepada masyarakat sekarang.

6.Motif Rumah atau Bangunan :

Bangunan dari sudut falsafah menunjukkan bentuk-bentuk binaan yang ada pada tempat tinggal
untuk berlindung dan menjamin keselamatan manakala bangunan dijadikan sebagai mercu tanda.

Terdapat beberapa bangunan pencakar langit telah diterapkan dengan corak songket seperti
bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.Struktur bangunan yang bertiang lurus dan tegak
melambangkan masyarakat mementingkan keteguhan dan ketahanan bagi rumah atau bangunan
tersebut untuk digunakan dalam jangka masa yang lama.
HBAE4303 APRESIASI SENI
12
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Membuktikan kebolehan manusia mencipta pelbagai bentuk binaan rumah atau bangunan
tersebut dan digambarkan melalui songket agar orang yang memakai dan melihat si pemakai
berasa kagum dengan struktur dan kecantikkan songket tersebut(terutamanya bagi pelancong)

Rumah atau bangunan dianggap penting dalam masyarakat Melayu,oleh itu ia dijadikan motif
dalam penghasilan kain songket.

B. HASIL CATAN SEBELUM MERDEKA

Seni itu indah. Seni itu halus. Seni itu mempunyai nilai estetika yang tinggi. Seni adalah pelbagai
bidang. Dari sudut psikologi seni dinyatakan sebagai santapan jiwa. Tanggapan masyarakat pada
zaman prasejarah menganggap seni sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manuia. Untuk
berkomunikasi, berionteraksi dan berhubung sesama manusia. Seni tampak atau seni visual telah
lama bertapak di negara ini. Kita mengagungi karya-karya seni daripada tokoh-tokoh terkenal
tanah air seperti Dato Syed Ahmad Jamal, Hossein Enas, Mazli Mat Som dan Chuah Tian Theng.
Karya mereka memberikan gambaran secara realiti mengenai Malaysia dari tahun 1930an
sehinggalah ke hari ini. Perasaan dan ekspresi mereka diluahkan dalam coretan-coretan di atas
kanvas mahupun di media-media lain.

Seni halus bermula pada tahun 1930-an dengan terciptanya catan awal oleh Yong Mun Sen,
Abdullah Ariff. Pelukis Malaysia bebas daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah
kepada aliran dari barat. Pendedahan hanya tertumpu kepada penghasilan rakan seperjuangan.
Karya mereka mentah dan tidak halus kerana tiada bimbingan.

Awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan dedikasi
seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia. Alam seni halus Malaysia
masih suram dan kurang memberangsangkan. Ketibaan Mohammed Hoessein Enas dari
Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis dengan melukis figura manusia kepada
HBAE4303 APRESIASI SENI
13
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

pelukis tempatan.Tay Hooi Keat yang baru pulang dari United Kingdom memperkenalkan asas
seni lukis seperti bentuk, garisan, rupa, warna, jalinan dan sebagainya.

i. LATAR BELAKANG DATO MOHD HOESSEIN ENAS (1924 -1995 )

Dato Hoessein Enas merupakan lagenda seni tampak Malaysia dan


juga dikenali sebagai Bapa Potret Malaysia.Dilahirkan pada tahun
1924 di Kepulauan Jawa Indonesia.Pada tahun 1947,beliau telah
memasuki Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah
Melayu atau Malaya menyeberangi Selat Melaka dan mendarat di
Ayer Hitam,Pulau Pinang. Ketibaan Mohammed Hoessein Enas
dari Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis
dengan melukis figura manusia kepada pelukis tempatan.

Sebelum memulakan perjalanan sebagai insan seni,beliau telah


melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara kehidupan
beliau.salah satunya menjadi penarik beca.Beliau juga menjadi
pelukis jalanan.Sewaktu itu,Malaya di bawah jajahan British.

Pameran pertama beliau di Pusat British Council,Kuala Lumpur sangat memberangsangkan.


Semua hasil seni beliau terjual.Selepas Berjaya pada pameran pertamanya,atas pengaruh
daripada Frank Sullivan iaitu Pengarah British Council pada waktu itu,beliau telah diserapkan
untuk menjadi pegawai dan ditempatkan di Jabatan Orang Asli Malaya.Oleh kerana beliau
bekerja dengan Jabatan Orang Asli,banyak karya-karya beliau menggambarkan orang-orang
HBAE4303 APRESIASI SENI
14
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

peribumi Sabah dan Serawak. Antara lain ia menampilkan wajah pahlawan Bajau, wanita Serani
di Melaka, penoreh getah, penari Sumazau dan nelayan di Terengganu.

Beliau dianggap ikon dalam bidang seni lukis tempatan banyak menampilkan ciri-ciri unik
Malaysia.Bukti yang menunjukkan beliau seorang pengkarya tersohor dapat dilihat di dalam
petikan yang diambil daripada berita di bawah :

(petikan akhbar )

PUTRAJAYA: Koleksi 18 lukisan bernilai lebih RM1 juta karya pelukis tersohor, Datuk Hoessein Enas yang
disumbangkan Shell Malaysia kepada kerajaan akan terus dipulihara sebagai warisan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata karya Hoessein yang dianggap ikon dalam bidang
seni lukis tempatan banyak menampilkan ciri-ciri unik Malaysia.
"Tentu sekali karya Hoessein adalah hasil yang cukup tinggi mutunya dan sudah tentu pada hari ini bernilai
tinggi... bukan itu saja, ini sebenarnya sudah menjadi koleksi yang boleh dianggap warisan negara kita," katanya
pada majlis penyerahan koleksi itu di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam. Koleksi 18 lukisan karya Hoessein
bertemakan Rakyat Malaysia itu diserahkan Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Saw Choo Boon.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan, Datuk Zakiah Ahmad; Pengerusi Balai Seni Lukis Negara, Wairah Marzuki, serta dua anak
perempuan Hoessein, Tuty Sumarni, 52, dan Sulastri, 50.

Allahyarham Hoessein meninggal dunia akibat masalah jantung pada 1995. Koleksi lukisan potret Rakyat Malaysia
yang dihasilkan Hoessein pada 1963 sebagai memperingati pembentukan negara oleh Shell Malaysia terdiri
daripada sembilan lukisan cat minyak, dua lukisan cat air dan tujuh lukisan pastil. Antara lain ia menampilkan
wajah pahlawan Bajau, wanita Serani di Melaka, penoreh getah, penari Sumazau dan nelayan di Terengganu.

Perdana Menteri berkata, beliau amat terharu dan berterima kasih atas kesudian Shell Malaysia menyerahkan
koleksi lukisan yang amat bernilai itu kepada kerajaan. Katanya, lukisan dihasilkan Hoessein memberi banyak
gambaran mengenai Malaysia seperti pakaian, pekerjaan rakyat negara ini dan pelbagai aspek lain jika
diperhatikan secara terperinci.
"Lukisan itu juga menggambarkan pelbagai wajah rakyat Malaysia, latar belakang etnik dan kekayaan
kebudayaan. Saya selalu menyatakan kepelbagaian etnik adalah aset negara kita yang perlu dipelihara dan
Hoessein sudah merakamkannya dalam lukisan," katanya.

Abdullah berkata, koleksi lukisan itu akan disimpan di tempat yang selamat dan terpelihara seperti yang
HBAE4303 APRESIASI SENI
15
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

dimahukan Shell Malaysia.


"Kita juga menjamin ia akan dijaga sebaik mungkin, ia akan ditempatkan di galeri (Balai Seni Lukis Negara). Kita
hargai ini suatu warisan bangsa yang perlu dipelihara kerana ia menunjukkan kita juga rakyat Malaysia yang
handal dalam bidang lukisan potret bukan saja di Malaysia dan Indonesia, malah di luar lingkungan Nusantara,"
katanya.

Koleksi hasil karya Dato Hoessein Enas:


HBAE4303 APRESIASI SENI
16
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Untitled, c. late 1950s - early 60s, Beach Beauty, 1961.


Oil on board, 49 x 39 cm Oil on canvas; 63cm x 84cm.

Lukisan aida 1966

ii. PENILAIAN DAN KRITIKAN SENI


HBAE4303 APRESIASI SENI
17
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Tajuk : Gadis Penumbuk Padi

Tahun : 1959

Alat/media : Arang dan pastel di atas kertas

Karya Hossein Enas yang bertajuk ‘Gadis Penumbuk Padi” di atas memberi gambaran wanita
atau gadis yang sedang melakukan kerja tradisi masyarakat melayu di kampung.Gambaran
wanita bekerja yang dihasilkan menunjukkan kekuatan dan jatidiri yang ada pada seorang isteri
atau anak gadis dalam membantu mencari nafkah bagi menyara keluarga dalam masyarakat
setempat.

Lukisan ini juga pada saya,menggambarkan sikap berdikari yang dimiliki oleh anak gadis
melayu yang menjadi kekuatan kepada satu-satu keluarga dalam menyara kehidupan.
HBAE4303 APRESIASI SENI
18
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Pakaian yang dipakai pula memberi gambaran tekstil masyarakat setempat yang dihasilkan
daripada pengalaman seniman itu sendiri.Ia juga menggambarkan aturan kehidupan masyarakat
dan bangsa melayu.

Di dalam lukisan ini,pelukis menggunakan arang dan pastel sebagai alat utama dalam
menghasilkan nukilannya.lukisan ini dihasilkan diatas sekeping kertas lukisan.Warna tanah yang
dipilih memberi kesan yang baik terhadap hasil karya tersebut.

Karya yang dihasilkan oleh Hossein Enas ini menjelaskan kepada kita bahawa beliau seorang
yang begitu kreatif mengolah garisan dan berjaya menampakkan suatu suasana tradisi yang dapat
kita gambarkan akan budaya disebalik lukisan tersebut.Palitan warna yang bersesuaian dengan
gelap terang garisan menampakkan kejituan hasil karya beliau.

Dari segi bentuk pula saya berpendapat bahawa karya ini berbentuk ilusi.Ini kerana hasil karya
ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pelukis berada dalam masyarakat melayu yang
mengamalkan tradisi tertentu sesuatu bangsa.Dari segi jalinan pula,dalam karya ini lebih
menjurus kepada jalinan tampak pada catan yang dihasilkan.

Gubahan warna yang dihasilkan dalam karya ini begitu menarik sekali. Penggunaan ton warna
yang bersesuaian dapat menghasilkan kawasan yang terang dan gelap dengan baik sekali dan
begitu neutral dan semulajadi.

Dalam karya yang dihasilkan ini unsur harmoni jelas dapat dilihat pada penggunaan warna yang
dihasilkan.Pelukis pandai memainkan warna agar kelihatan bersahaja dan santai.

Dari segi penegasan pelukis membuat penegasan dari segi warna dimana terdapat warna yang
agak terang dan ada sudut tertentu pelukis menggunakan warna yang agak gelap untuk
menimbulkan suatu suasana kontra dan dapat menjadikan karya yang dihasilkan lebih menarik.
HBAE4303 APRESIASI SENI
19
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

C KRAF ANYAMAN

Kraf anyaman dipercayai mula berkembang tanpa unsur pengaruh luar. Siti Zainon Ismail dalam
buku beliau yang bertajuk ÂRekabentuk Kraftangan Melayu TradisiÊ (DBP,1986) menyatakan
bahawa, menganyam merupakan satu proses menjaring helaian atau jaluran daun, lidi, rotan,
akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusup antara satu
sama lain.Anyaman yang berasal dari tumbuhan pandarus (pandan dan mengkuang) hanya boleh
didapati dengan banyak di kawasan Asia.

Di Malaysia, negeri-negeri seperti Terengganu, Pahang, Kelantan dan Negeri Sembilan


menjalankan usaha anyaman tradisi menggunakan daun pandan.Manakala di Perlis, Kedah,
Perak, Selangor dan Melaka pula menghasilkan anyaman menggunakan daun mengkuang.

Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan
yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu.
Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon
puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.

Anyaman Pandan Menganyam Tudung Saji

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar mengkuang,
kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama
seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun
secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak
disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula
terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.
HBAE4303 APRESIASI SENI
20
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Kelarai unsur binatang kelarai bentuk tampuk,pucuk dan akar.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif
tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur,
berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah
lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput.

Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang,
manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala
gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk
bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari
kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai
beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan
ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan
saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah dicelupkan dua warna yang
bertentangan atau berkontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan
perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna
yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman
mengkuang dan pandan.
HBAE4303 APRESIASI SENI
21
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Anyaman Mengkuang Menganyam Tikar

Bakul Pandan Tudung Saji

i. PRINSIP-PRINSIP ESTETIKA DALAM SENI ANYAMAN

Prinsip Berhalus

Prinsip ini menonjolkan daya kreatif orang Melayu. Ia melibatkan konsep di antara kraf atau
kemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta sebarang objek seni
mengikut Sejarah. menunjukkan bahawa kemahiran dan kepakaran amat penting bagi
menghasilkan karya seni yang sempurna.Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf
anyaman yang terdapat pada tudung saji,tikar dan semua jenis kraf perhiasan yang dihasilkan.

Prinsip Berguna
HBAE4303 APRESIASI SENI
22
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Setiap karya seni yang terhasil mempunyai fungsi. Objek seni bukan sahaja digunakan secara
individu tetapi digunakan oleh semua golongan masyarakat. Kraf anyaman tudung saji misalnya
mempunyai kegunaan didapur dan juga berfungsi sebagai perhiasan dinding pada masa kini.

Konsep ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul merupakan konsep yang dipegang oleh
kebanyakan orang Melayu dalam menghasilkan karya mereka. Sikap kerjasama dan tolong
menolong dapat dilihat semasa menghasilkan kraf anyaman ini.Ukiran kayu pada pintu, tingkap
dan tangga serta keris adalah di antara perlambangan karya seni yang digunakan oleh masyarakat
Melayu.

Prinsip Bersatu

Bererti keharmonian sesuatu karya seni itu.Kebiasaannya prinsip ini dapat dilihat dari pengunaan
warna dan corak yang dihasilkan melalui kraf anyaman oleh orang-orang melayu. Ia juga
memberi maksud tersirat tentang integrasi sesama masyarakat Melayu.

Ada perkaitan dan integrasi yang wujud di dalam sesebuah karya seni. Perkaitan yang terhasil
dari bunga-bunga melingkar memberikan gambaran komposisi yang kukuh. Belitan tangkai
bunga melilit tanpa dibiarkan meliar. Belitan tersebut menggambarkan satu ikatan kukuh yang
menyatukan masyarakat.Ini dapat dilihat dalam teknik penghasilan anyaman oleh orang-orang
melayu.

Prinsip Berlawan

Melibatkan permukaan yang kasar atau licin. Setiap permukaan kasar ataupun licin akan
menimbulkan kesan ketegangan yang menjurus kepada kesan penyudahan karya seni yang
menarik. Penyudahan yang baik dan sempurna ini diakibatkan oleh jenis-jenis permukaan yang
berbeza.Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf anyaman yang berbentuk perhiasan
dinding,bunga pada bakul atau bekas perhiasan yang dihasilkan.

Prinsip Berlambang
HBAE4303 APRESIASI SENI
23
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Lambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan bentuk.
Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang membawa segala
unsur lambang yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah orang Melayu. Tambah
Zakaria Ali lagi, keris bermata dua mampu menjadi kawan dan lawan kerana ia indah tetapi
merbahaya. Nilai estetika sesuatu karya seni Melayu juga harus melambangkan budaya.
Contohnya, keris melambangkan sesuatu yang indah tetapi merbahaya dan selalu dikaitkan
dengan kehebatan lelaki Melayu.Begitu juga seni anyaman yang melambangkan budaya dan
hasil seni masyarakat melayu yang diamalkan sejak turun temurun lagi.Kita juga dapat
mengenali suku kaum sesuatu bangsa melalui teknik dan hasil anyaman yang dibuat.Contohnya
terdapat perbezaan antara kraf anyaman dari keturunan kaum kadazan di Serawak dan kaum
melayu di semenanjung.Kebanyakan hasil anyaman melambangkan kebudayaan masyarakat itu
sendiri.

Prinsip Bermakna

Sesuatu objek seni wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ia menjadi dasar kepada setiap
penghasilan karya seni seperti anyaman,ukiran kayu, pembuatan keris dan pembentukan huruf-
huruf kaligrafi. Jika sesuatu karya seni yang bermakna tidak diambil kira dan tidak difahami oleh
generasi muda maka kesenian itu akan hilang maknanya. setiap karya seni perlu membawa
makna tertentu seperti konsep sirih junjung membawa makna pihak pengantin lelaki menjunjung
keperibadian pengantin perempuan.Motif anyaman yang dihasilkan juga mempunyai makna-
makna tertentu yang dikaitkan dengan unsure-unsur alam Fiona dan flora yang terdapat di
sekeliling kita.Dari hasil anyaman juga kita dapat melihat makna tersirat seperti corak hasil
anyaman dari kaum peribumi Serawak.

PENUTUP

Apresiasi dan kritikan seni berkait rapat dengan sejarah.Kritikan seni adalah satu perbincangan
ilmiah yang beralasan dan bersistem untuk menghuraikan atau menilai gaya,teknik, dan cara
penghasilan sesebuah karya seni.Bagi menghasilkan satu apresiasi dan kritikan seni,penghayat
perlu memahami objek seni sebaik mungkin.
HBAE4303 APRESIASI SENI
24
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

Guru seni harus membentuk pemikiran yang kreatif dan kritis kepada para pelajar dalam menilai
sesuatu karya seni.Anggapan stereotaip bahawa “seni memberikan kesan negatif serta tidak
menjamin masa depan atau merupakan subjek kepada pelajar yang lemah” adalah tidak benar
sama sekali.Seni tidak terbatas kepada seni lukis sahaja tetapi merangkumi penulisan,lakonan
mahupun nyanyian.Seni merupakan satu wadah pernyataan emosi.Lukisan umpama ‘seribu
wajah’ dan mampu meluahkan emosi.

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran


Pendidikan Seni Visual KBSR dan KBSM, Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.


Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Salawati Hj Abdul Wahab (2008) .


Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:
Open Universiti Malaysia

Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman; Esei Seni Halus. Dewan Bahasa
dan Pustaka Kuala Lumpur

WEBSITE :

http://www.artgallery.gov.my/home
HBAE4303 APRESIASI SENI
25
ZALMA BT ZAKARIA 7101215848002

http://hafizmnordin.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

http://www.myarthost.com/?L=blogs.blog&article=938

http://media.mmu.edu.my/yes/2003/galeri/galeri13.html