Anda di halaman 1dari 19

Topik

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) Bestari

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan strategi pengajaran dan pembelajaran (P & P) bestari; 2. Membincangkan kekuatan strategi P & P Bestari; 3. Memilih strategi P & P yang berkesan untuk dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu; 4. Merancang aktiviti P & P menggunakan strategi P & P Bestari; dan 5. Mengintegrasikan strategi koperatif dan kolaboratif dalam P & P.

X PENGENALAN
Dalam bidang pendidikan, strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan kepandaian guru memilih, menyusun serta mengurus sesuatu rancangan pengajaran dengan tujuan untuk mendapatkan hasil yang optimum. Dalam Pedagogi Bestari, strategi pengajaran dan pembelajaran banyak ditumpukan kepada strategi pemudahcaraan, berpusatkan murid dan bahan khasnya ialah penggunaan komputer dan internet serta strategi

104 X TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

pembelajaran koperatif dan kolaboratif, pembelajaran masteri, kadar kendiri, akses kendiri serta terarah kendiri. Mengikut Pelan Induk Sekolah Bestari (1997), beberapa strategi P & P dalam Pedagogi Bestari telah diperkenalkan. Sekiranya anda masih ingat, strategistrategi ini telah dibincang secara ringkas dalam Topik 2 dan 4. Dalam Topik 6 ini pula, kita akan membincangkan strategi-strategi ini dengan lebih mendalam.

6.1

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEDIATIF

Strategi mediatif ialah satu proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat andaian, membuat inferens serta hipotesis. Strategi ini memberikan peluang kepada murid untuk menentukan secara sistematik konsep yang diajar dengan mengklasifikasikan serta membuat kategori. Melalui strategi mediatif, guru tidak menyampaikan maklumat secara langsung kepada murid. Biasanya, guru akan menggalakkan murid untuk memberikan pendapat masing-masing melalui pendekatan yang berikut: (a) (b) (c) (d) Perbincangan terbuka (open-ended discussion); Pencapaian konsep (concept attainment); Pembinaan konsep (concept formation); dan Inkuiri.

6.1.1

Peranan Guru dan Murid

Strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif biasanya digunakan untuk membantu murid menilai atau mengupas isu-isu kontroversial dari sudut yang berlainan, memahami serta menghormati pandangan orang lain dan menggunakan alternatif yang lain dalam menyelesaikan masalah. Walaupun guru mempunyai pandangan yang tersendiri dan memberikan maklumat yang berguna semasa sesi dialog, adalah penting untuk guru mengelakkan daripada membuat penilaian (judgement) tentang idea yang disampaikan oleh murid. Rajah 6.1 menunjukkan peranan guru dan murid dalam strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif.

TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

105

Rajah 6.1: Peranan guru dan murid dalam strategi pengajaran dan pembelajaran mediatif

6.1.2

Pendekatan Pencapaian Konsep (Concept Attainment)

Pendekatan Concept Attainment (CA) ini diasaskan oleh Jerome Bruner dan selalu dipraktikkan oleh guru. Pendekatan CA perlu melalui tiga peringkat iaitu: (a) Memperkenalkan Konsep Guru menunjukkan contoh-contoh tanpa label misalnya perkataan kereta, baju, bola, kasut, rumah, berenang, berjoging, berbual serta belajar. Murid pula diminta memberi contoh-contoh lain. Guru akan memasukkan contohcontoh tersebut di dalam senarai.

106 X TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

(b)

Menguji Capaian Konsep Murid menjana dan menguji hipotesis. Misalnya, nama benda seperti 'kasut' dan 'kereta' tergolong dalam kata nama dan perbuatan seperti 'berenang', manakala 'belajar' pula tergolong dalam kata kerja. Murid akan mengenal pasti contoh-contoh lain seperti komputer, buku, membaca, melukis dan lain-lain. Guru membantu mengesahkan hipotesis, nama konsep dan menyatakan semula definisi berdasarkan ciri-ciri. Misalnya, kata nama ialah kata yang terdiri daripada nama benda, manakala, kata kerja pula terdiri daripada kata yang menunjukkan perbuatan atau melakukan sesuatu. Menganalisis Strategi Berfikir Murid menghuraikan pemikirannya dengan cara berbincang mengenai peranan hipotesis dan ciri-ciri. Misalnya, ciri-ciri kata nama dan ciri-ciri kata kerja. Murid juga berbincang tentang jenis dan hipotesis. Misalnya, kata nama terbahagi kepada dua, iaitu kata nama am dan kata nama khas, dan kata kerja juga terbahagi kepada dua, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

(c)

AKTIVITI 6.1
1. Buat satu lakaran grafik tentang strategi P & P Bestari. Berdasarkan lakaran grafik tersebut, buat perbandingan antara setiap strategi yang dipaparkan. 2. Bincangkan kekuatan strategi P & P mediatif dalam pengajaran Bahasa Melayu.

6.2

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOPERATIF DAN KOLABORATIF

Pembelajaran koperatif (PK) ialah suatu proses yang membantu murid berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang sama atau mendapatkan satu hasil akhir, iaitu end product. Menurut Salvin (1990), pembelajaran koperatif boleh ditafsirkan sebagai satu proses pembelajaran yang berlaku secara berkumpulan untuk menguasai bahan pengajaran yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif pula ialah pembelajaran yang membantu murid menggunakan kemahiran interpersonal untuk melaksanakan tugas.

TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

107

6.2.1

Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif

Wujud pelbagai pendapat mengenai ciri-ciri pembelajaran koperatif. Salvin (1990), berpendapat bahawa pembelajaran koperatif hanya akan berkesan apabila mempunyai tiga ciri berikut, iaitu ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu serta peluang yang sama untuk berjaya. Johnson & Johnson (1994), menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif, iaitu matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan serta penilaian kumpulan. Huraian ringkas mengenai ciri-ciri tersebut adalah seperti dalam Jadual 6.1.
Jadual 6.1: Ciri-ciri Pembelajaran Koperatif
Ciri-ciri Ganjaran kumpulan tertentu. Penjelasan

x Murid diberi ganjaran apabila kumpulan mereka mencapai sesuatu kriteria x Ganjaran ini menjadikan murid lebih bermotivasi untuk melibatkan diri
dalam aktiviti berkumpulan.

Akauntabiliti/ tanggungjawab individu

x Semua ahli kumpulan bertanggungjawab menentukan kejayaan sesuatu


kumpulan.

x Ini akan mendorong murid membimbing rakan-rakan sekumpulan dan


semua ahli bertanggungjawab menguasai pelajaran.

Peluang yang sama untuk berjaya Matlamat kumpulan Peranan ahli

x Pencapaian murid diukur berdasarkan peningkatan prestasi masing-masing. x Semua murid berpeluang meningkatkan pencapaian kumpulan mereka
tanpa mengira tahap kebolehan masing-masing.

x Murid mesti menetapkan satu matlamat dan bekerjasama dalam kumpulan


untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

x Merujuk kepada tanggungjawab individu dan kumpulan. x Setiap individu bertanggungjawab memberi sumbangan untuk kejayaan
kumpulannya.

Interaksi

x Interaksi bersemuka adalah digalakkan. x Murid melaksanakan tugas secara bersama-sama melalui perkongsian
bahan, kebolehan dan saling tolong-menolong serta memberi galakan antara satu sama lain.

Kemahiran berkumpulan

x Murid perlu disediakan dengan kemahiran bersosial dan kemahiran bekerja


dalam kumpulan.

x Kemahiran-kemahiran ini dapat menggalakkan hubungan interpersonal


serta membolehkan kumpulan berfungsi dengan baik.

x Contohnya, kemahiran menguruskan konflik dalam kumpulan.

108 X TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

6.2.2

Prinsip-prinsip Pembelajaran Koperatif

Dalam menerangkan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif, terdapat dua model yang boleh dijadikan rujukan, iaitu: (a) Kagan PIES merupakan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif mengikut Model Kagan. PIES ialah: (i)

Positive Interdependence (Saling Bergantungan Secara Positif)


Murid yang mempunyai pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan untuk mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Sasaran ialah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain dan saling bergantungan yang kuat secara positif dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.

(ii)

Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)


Bagi menilai akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu. Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan atau idea mereka.

(iii) Equal Participation (Penglibatan Sama Rata) Penglibatan sama rata ahli dalam kumpulan boleh dicapai melalui pembahagian atau urutan tugasan. Dengan cara ini, setiap murid diberi peluang untuk mengambil bahagian dan memberi idea. Cara ini menjadikan setiap pelajar bertanggungjawab dan memberi komitmen sama rata dalam kumpulan. (iv) Simultaneous Interaction (Interaksi Serentak) Semua murid berinteraksi serentak antara satu sama lain. Topik 6 ini akan lebih memfokuskan kepada prinsip-prinsip pembelajaran mengikut Model Kagan. (b) Model Johnson & Johnson Model Johnson & Johnson menggariskan empat prinsip pembelajaran koperatif, iaitu: (i) (ii) Saling kebergantungan secara positif; Akauntabiliti individu;

(iii) Interaksi kumpulan; dan (iv) Kemahiran sosial.

TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

109

6.2.3

Struktur-struktur Pembelajaran Koperatif

Kagan mencadangkan beratus-ratus struktur yang boleh digunakan untuk pembelajaran koperatif. Antara yang paling popular dan sesuai ialah: (a)

Think Pair Share


Murid akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya secara bersendirian untuk jangka masa tertentu. Kemudian secara berpasangan, mereka akan membandingkan jawapan-jawapan mereka dan mempersembahkannya di dalam kelas.

(b)

Round Robin
Dalam struktur ini, setiap murid dikehendaki memberikan idea setiap kali sampai giliran mereka.

(c)

Trade a Problem
Setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad. Sebelah depan kad yang mengandungi soalan dilabelkan sebagai S dan dibahagian belakang kad yang mengandungi jawapan dilabelkan sebagai J. Ahli kumpulan A akan menayangkan J apabila tiada jawapan tepat yang diterima daripada kumpulan B.

6.2.4

Pengintegrasian Pembelajaran Koperatif dalam P&P

Pengintegrasian dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan seperti penilaian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.2.
Jadual 6.2: Proses Perancangan, Pengendalian, Pengurusan serta Penilaian
Proses x x Penjelasan Merancang struktur yang disesuaikan dengan isi kandungan (content). Memilih struktur yang disesuaikan dengan matlamat pembelajaran (sama ada untuk tujuan pencapaian kecemerlangan akademik atau kemahiran sosial). Menentukan kriteria untuk membentuk pasukan pelajar (secara rawak, mengikut pelbagai kebolehan/mixed ability, dan sebagainya). Menyediakan bahan sama ada kad arahan, kertas semak atau lain-lain. Merancang penggunaan optima masa dan ruang (Jigsaw- sebagai parallel session) dan ruang (susun atur tempat duduk, dan sebagainya).

Perancangan

x x x

110 X TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

x x x Pengendalian x x x x Pengurusan x x Penilaian merujuk kepada x x x

Menjelaskan matlamat pembelajaran. Memberi maklumat asas untuk membentuk proses P & P (bahan cetak). Penubuhan pasukan. Menentukan langkah penyelarasan aktiviti (silent signal, gatekeeper, sistem ganjaran, dan sebagainya). Menentukan pengendalian aktiviti penilaian (pembentangan, pair-check dan sebagainya). Membentuk berpasukan/bekerjasama (pergantungan). Menjelaskan kemahiran sosial (berkongsi round robin, pair checks; penglibatan sama rata talking chips, timed pair share dan sebagainya). Melakukan brainbreaks (aktiviti untuk mengekalkan dan meningkatkan motivasi). Masteri (berpandukan Taksonomi Bloom). Kemahiran berfikir. Perkongsian maklumat (sama ada antara ahli pasukan atau antara pasukan lain). Kemahiran berkomunikasi.

6.2.5

Pembelajaran Kolaboratif

Strategi pembelajaran kolaboratif merupakan salah satu strategi P & P Bestari. Walaupun ada persamaan dalam beberapa aspek, tetapi pembelajaran kolaboratif tetap berbeza daripada pembelajaran koperatif. Perbezaan antara pembelajaran koperatif dan kolaboratif dapat dilihat dalam Jadual 6.3.
Jadual 6.3: Perbezaan antara Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif
Pembelajaran Koperatif Satu strategi pembelajaran berteraskan pasukan kecil. Setiap murid bertanggungjawab tentang pencapaian diri sendiri dan membantu ahli kumpulan. Pergantungan positif setiap ahli dalam menentukan kejayaan pasukan. Peranan guru sebagai fasilitator, menstrukturkan serta memantau aktiviti pasukan mencapai objektif. Hasil secara kumpulan. Pembelajaran Kolaboratif Berasaskan idea bahawa pembelajaran adalah satu tingkah laku sosial. Pembelajaran berlaku melalui perbincangan atau komunikasi fizikal atau virtual. Tiada kontrak/pergantungan dalam kolaborasi bersama. Tidak memerlukan pemantauan guru dan tidak berstruktur. Hasil secara individu.

TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

111

SEMAK KENDIRI 6.1


1. Senaraikan prinsip-prinsip pembelajaran koperatif dan kolaboratif. 2. Jelaskan peranan guru dalam strategi P & P koperatif dan kolaboratif.

6.3

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GENERATIF

Pembelajaran generatif ialah proses pembelajaran dengan menjana idea baharu berasaskan pengalaman sedia ada (skemata) iaitu, proses pembelajaran yang menjurus ke arah pemikiran yang menggunakan metafora dan analogi. Pemikiran murid diasuh untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara kritis dan kreatif serta dapat melahirkan seorang individu yang bersifat intuitif dan celik akal dalam melihat sesuatu situasi.

6.3.1

Elemen-elemen dan Kaedah Strategi Generatif untuk Implementasi dalam P & P

Berikut ialah elemen-elemen dan kaedah strategi generatif untuk implementasi dalam P & P: (a) (b) Mengimbas semula (Recall) melalui kaedah ulangan dan latihan. Integrasi, iaitu mengintegrasikan pengetahuan baharu dengan pengetahuan lama melalui teknik memfrasa (menerangkan dalam perkataan sendiri), meringkaskan serta membuat analogi. Penyusunan (organisation) iaitu menghubungkaitkan pengetahuan lama dan baharu dengan cara yang bermakna melalui kaedah menganalisis isi-isi penting, mengkategori serta menggunakan penetapan konsep. Pengembangan (elaboration) iaitu mengembangkan pengetahuan baharu melalui kaedah sumbang saran (brainstorming), melukis gambar rajah serta menyediakan slaid untuk pembentangan.

(c)

(d)

6.3.2

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Strategi Generatif

Rajah 6.2 menunjukkan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran strategi generatif.

112 X TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

Rajah 6.2: Contoh aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran strategi generatif

6.3.3

Langkah-langkah Membentuk Model Sinektik (Synectics) dalam P & P

Jadual 6.4 menunjukkan langkah-langkah membentuk model sinektik (synectics) dalam P & P:
Jadual 6.4: Langkah-langkah Membentuk Model Sinektik dalam P & P
Langkah Langkah 1: Memberi Maklumat Penjelasan Memilih satu perkataan atau topik dan menyuruh murid secara individu atau kumpulan kecil menerangkan maksud perkataan tersebut. Memilih satu perkataan atau topik baharu dan menyuruh murid menghasilkan satu senarai yang mempunyai ciri yang sama dengan langkah 1 (membandingkan keduaduanya). Contoh Perasaan takut, sayang, benci, hiba, pilu, suka dan cinta.

Langkah 2: Menyatakan Analogi

Apakah persamaan antara perasaan dengan bunga? Bunga ros melambangkan cinta, bunga teratai melambangkan hiba dan pilu dan sebagainya.

TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

113

Langkah 3: Menggunakan Analogi Sendiri

Murid perlu memilih satu daripada analogi yang dihasilkan dan cipta satu analogi baharu tersendiri. Murid menjadi objek yang mereka pilih dan nyatakan apa yang mereka rasa. Mengarahkan murid supaya membandingkan perkataan yang terkandung dalam langkah tiga yang bercanggah (konflik) antara satu sama lain, iaitu yang berlawan dan sebab ia bercanggah. Daripada Compressed Conflict yang telah dikenal pasti, cipta satu analogi yang lain daripada perbandingan yang diperoleh.

Bagaimana rasanya menjadi bunga ros? Disayangi, dipuja, dibelai dan dihargai. Bagaimana pula menjadi bunga dedap? Dihina, dicemuh kerana rupa saja cantik tetapi tidak menghasilkan sebarang bau. Benci dan sayang.

Langkah 4: Kenal Pasti Compressed

Conflict

Langkah 5: Cipta Analogi Baharu

Haiwan. Pilih haiwan yang jinak dan yang liar.

SEMAK KENDIRI 6.2


Senaraikan langkah-langkah P & P mengikut Model Sinektik dalam strategi pembelajaran generatif.

6.4

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN METAKOGNITIF

Metakognitif adalah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau serta menilai apa yang dipelajari. Murid boleh menggunakan strategi metakognitif untuk mengawal pembelajarannya melalui proses yang berikut: (a) Merancang Apa yang Hendak Dipelajari Sebelum Pelajaran Bermula Proses ini memerlukan murid meramal apa yang akan dipelajari, bagaimana perkara atau tajuk itu dikuasai serta kesan daripada perkara yang dipelajari.

114 X TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

(b)

Memantau Kemajuan Diri Semasa Pelajaran Murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa soalansoalan seperti berikut: (i) (ii) Adakah ini membawa makna kepada saya? Bagaimana perkara ini boleh dijelaskan?

(iii) Mengapa saya tidak memahami tajuk/cerita ini? (c) Menilai Apa yang Dipelajari Selepas Pelajaran Melalui proses ini, murid membuat refleksi dengan bertanyakan soalansoalan seperti berikut: (i) (ii) Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai serta pengetahuan dapat saya kuasai? Mengapakah saya mudah atau sukar menguasainya?

(iii) Apakah tindakan yang sepatutnya saya ambil?

6.4.1

Strategi Meningkatkan Metakognitif

Berikut ialah strategi meningkatkan metakognitif: (a) Merancang Terdapat tiga peringkat yang perlu dilaksanakan, iaitu: (i) Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dilaksanakan, guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut dipatuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah serta hala tuju yang harus diikuti. (ii) Semasa aktiviti dijalankan, guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir serta pandangan tentang tingkah laku mereka. (iii) Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan yang diajarkan itu dipatuhi. (b) Menyoal pada Semua Peringkat Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. Sebagai guru, anda boleh menggalakkan murid agar menanyakan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat serta menonton sesuatu.

TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

115

(c)

Memilih Secara Sedar Guru perlu berbincang dengan murid tentang pemilihan yang dibuat oleh murid daripada segi kesan baik dan buruknya sebelum keputusan dibuat. Menilai Berdasarkan Beberapa Kriteria Metakognisi boleh dikembangkan dengan memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebih penilaian. Mengambil Kredit Guru meminta murid menilai kesan positif daripada apa yang mereka lakukan. Melalui cara ini, murid akan menyedari tingkah laku yang baik dan akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan. Elakkan daripada Menyatakan Saya Tidak Boleh Cara yang boleh diaplikasikan ialah murid memikirkan beberapa soalan seperti berikut: (i) (ii) Apakah informasi yang diperlukan? Apakah alatan yang diperlukan?

(d)

(e)

(f)

(iii) Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas tersebut? Soalan-soalan ini akan menimbulkan kesedaran tentang batasan pengetahuan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Kesedaran ini akan membangkitkan keyakinan murid bahawa mereka boleh melakukannya. (g) Menggalakkan Idea daripada Murid Guru boleh membantu murid dengan mengubah pertanyaan yang diutarakan oleh murid. Contohnya, Apa yang ingin anda nyatakan ialah. Melalui cara ini, murid dibimbing agar menjelaskan, memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan lebih mendalam. Memberikan Label bagi Sesuatu Tindakan Guru boleh menyedarkan murid mengenai tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan yang diambil. Contohnya, guru boleh memuji murid dengan penyataan seperti ini, Bagus, anda telah menunjukkan peningkatan kemajuan yang amat memberangsangkan.

(h)

116 X TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

(i)

Menjelaskan Maksud Perkataan Tertentu kepada Murid Sebagai guru, pastikan anda menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan setiap perkataan agar murid lebih sedar dan bertanggungjawab terhadap impak kata-kata mereka. Menyimpan Jurnal Galakkan murid mencatat pengalaman harian mereka dalam buku diari/buku log. Ini dapat membantu mereka mensintesiskan dan menterjemah fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbol dan grafik.

(j)

SEMAK KENDIRI 6.3


1. Bagaimanakah murid boleh menggunakan strategi metakognitif untuk mengawal pembelajarannya? 2. Nyatakan strategi guru yang boleh digunakan di dalam kelas untuk meningkatkan metakognitif murid.

6.5

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pembelajaran kontekstual merupakan kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat serta alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan mind-on.

6.5.1

Unsur-unsur Penting Teori Pembelajaran Kontekstual

Jadual 6.5 menunjukkan unsur-unsur penting teori pembelajaran kontekstual.


Jadual 6.5: Unsur-unsur Penting Teori Pembelajaran Kontekstual Unsur Kepelbagaian konteks Kepelbagaian persekitaran pembelajaran Kepelbagaian disiplin ilmu Contoh Budaya, sosial, psikologi dan fizikal. Bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian. Matematik, Sains, Komunikasi, Teknikal dan Vokasional, Kemanusiaan.

TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

117

Unsur-unsur dalam Jadual 6.5 juga menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan kontekstual merentas pelbagai disiplin ilmu seperti matematik, kemanusiaan serta teknikal.

6.5.2

Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut yang diringkaskan sebagai R REACT. (a)

Relating
Menghubungkaitkan pengetahuan baharu dengan pengalaman harian.

(b)

Experiencing
Memberi peluang kepada pelajar untuk mengalami supaya murid boleh menemui, meneroka atau mereka cipta sesuatu yang baharu.

(c)

Applying
Mengaplikasikan konsep atau maklumat yang telah dipelajari dalam situasi lain, contohnya keadaan yang memerlukan.

(d)

Cooperating
Bekerjasama, satu ciri yang wujud dalam dunia sebenar. Sebagai contoh, majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat serta bekerja dengan selesa dalam pasukan. Begitu juga dengan kerja-kerja makmal, murid-murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal. Kualiti data bergantung kepada prestasi setiap ahlinya.

(e)

Transfering
Memindahkan iaitu murid belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui.

6.5.3

Pelaksanaan Pembelajaran Kontekstual

Sebagai guru, anda boleh mengaplikasikan pembelajaran kontekstual dalam kelas. Rajah 6.3 menunjukkan unsur-unsur yang perlu wujud dalam pelaksanaan pembelajaran kontekstual.

118 X TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

Rajah 6.3: Unsur-unsur yang perlu wujud dalam pelaksanaan pembelajaran kontekstual

Untuk membentuk pembelajaran secara kontekstual, komunikasi antara guru, murid, ibu bapa serta masyarakat adalah penting.

SEMAK KENDIRI 6.4


Jelaskan kaedah-kaedah pembelajaran kontekstual.

TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

119

6.6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIREKTIF

Strategi direktif berperanan untuk membantu murid memperoleh maklumat, pengetahuan serta kemahiran. Murid diarah untuk mematuhi langkah-langkah tentang sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Melalui strategi ini, murid menerima maklumat dan pengetahuan melalui penerangan tentang sesuatu kemahiran atau konsep daripada guru melalui tunjuk cara, bimbingan serta latihan diikuti dengan ujian untuk menilai kefahaman. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh murid adalah replika kepada apa yang disampaikan oleh guru. Contoh pembelajaran secara direktif ialah demonstrasi dan kuliah.

6.6.1

Prinsip Asas Strategi Direktif

Strategi direktif berpusatkan guru dan pembelajaran adalah secara tradisional, iaitu guru berperanan sebagai penyampai maklumat. Prinsip asas strategi direktif ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Penstrukturan informasi; Penentuan matlamat dan kaedah yang dipakai; Penyediaan perancangan; Penyemakan terhadap pengetahuan dan ingatan; dan Membuat peneguhan.

6.6.2

Model Robert Slavin

Model yang sering digunakan untuk pengajaran secara direktif ialah Model Robert Slavin. Langkah-langkah dalam pembelajaran direktif Model Robert Slavin adalah seperti yang berikut: (a) (b) (c) (d) (e) Menetapkan objektif pembelajaran; Mengimbas kembali pengetahuan sedia ada; Menyampaikan bahan baharu; Meneliti tahap pembelajaran; Memberi latihan kendiri;

120 X TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

(f) (g)

Menilai prestasi dan memberi maklum balas; dan Memberi latihan tambahan yang memerlukan murid menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam situasi yang berbeza.

SEMAK KENDIRI 6.5


1. Senaraikan contoh aktiviti strategi generatif dan direktif. 2. Nyatakan langkah-langkah dalam pembelajaran direktif.

Strategi pengajaran dan pembelajaran bestari terdiri daripada strategi mediatif, koperatif dan kolaboratif, generatif, metakognitif, kontekstual serta direktif. Strategi mediatif merupakan proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Strategi P & P koperatif membantu murid berinteraksi untuk mencapai matlamat yang sama. Strategi pembelajaran kolaboratif membantu murid menggunakan kemahiran interpersonal. Strategi generatif menjurus ke arah pemikiran menggunakan metafora dan analogi. Strategi metakognitif membolehkan murid mengawal pembelajarannya melalui proses merancang, memantau serta menilai. Unsur-unsur penting strategi kontekstual adalah kepelbagaian konteks, kepelbagaian persekitaran serta kepelbagaian disiplin ilmu. Model yang popular untuk pengajaran secara direktif ialah Model Robert Salvin.

x x x x x x x

TOPIK 6

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P & P) BESTARI

121

Concept Attainment
Kemahiran interpersonal Metafora dan analogi Model Robert Slavin REACT Strategi direktif

Strategi generatif Strategi kontekstual Strategi mediatif Strategi metakognitif Strategi pembelajaran kolaboratif Strategi pembelajaran koperatif

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Abdul Fatah Hasan. (1994). Kecemerlangan minda dalam pembelajaran keseluruhan otak dan daya berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Juriah Long., Raminah Hj. Sabran., & Sofiah Hamid. (1990). Perkaedahan pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd Nik Aziz Nik Pa. (1999). Potensi intelek. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pembelajaran secara konstruktivisme. (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum.


Kementerian Pelajaran Malaysia. Perkins, D. (1992). Smart school, better thinking and learning for every child. London: Force Press.

The Malaysian Smart School: An MSC flagship application. A conceptual blueprint. (1997). Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Shahabuddin Hashim, et al. (2003). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors. Yahya Othman. (2008). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. PTS Profesional.