Anda di halaman 1dari 25

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

PENGENALAN Berhemat ertinya berjimat-cermat, tidak boros. Boros atau pembaziran adalah dikutuk, dikatakan sahabat syaitan. Seseorang yang tidak mahu berhemat, terpaksalah hidup melarat ataupun sekadar cukup makan sahaja.

Menurut peribahasa Cina : He who will not economise, will have to agonise.

Lazimnya sikap berhemat ialah satu sifat yang elok dipupuk sepanjang masa. Bukan sahaja berhemat dari segi wang bahkan perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja.

Orang yang berhemat sebenarnya menghargai perkara atau benda-benda yang diterimanya itu. Selain dari sikap bertanggungjawab, perkara / bahan yang digunakan itu hendaklah digunakan dengan cermat, teliti dan tahu menjaga bahan-bahan atau peralatan agar tahan lama.

Kebijaksanaan berhemat adalah sangat relevan dengan konsep kos kualiti ,

Do it right for the first time and all the time.

Banyak pembaziran dalam organisasi dapat kita elakkan jika kita berhatihati dan mempunyai kebijaksanaan berhemat. Pekerja yang berhemat itu walaupun sesen nilainya adalah lebih mulia dari pekerja-pekerja yang berbelanja beribu ringgit tetapi belum tentu untung ruginya.

Ini kerana tabiat tidak berhemat lambat laun akan mendatangkan kerugian semata-mata. Sikap berhati-hati dalam membelanjakan sesuatu

menunjukkan bahawa seseorang itu bertanggungjawab terhadap bahanbahan yang digunakannya. Ia juga seharusnya tahu menggunakan bahan dengan cermat, teliti dan tahu menjaga bahan-bahan atau peralatan agar tahan lama. Sekiranya bahan dan alat dapat digunakan dalam jangka waktu yang lama maka kuranglah perbelanjaan dan wang lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan lain.

Sebagai

penjawat

awam,

kita

tidak

terlepas

daripada

dipertanggungjawabkan ke atas setengah-tengah peralatan / bahan / perkara / item yang digunapakai dalam tugas harian kita. Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi. Misalnya dalam penggunaan alat tulis dan elektrik. Kertas yang telah dipakai pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik air ditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat.

Antara sifat yang perlu dipupuk bagi menjayakan usaha berhemat ialah: i) ii) iii) Tidak membazirkan harta kerajaan Bertanggungjawab terhadap harta kerajaan Menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan

TONGGAK 12
TONGGAK NOMBOR 9 :

Kebijaksanaan Berhemat Amalan Negatif (KO)


Boros dan suka membazir Memperagakan kehebatan dan kemewahan Suka bermewah dengan harta kerajaan Tidak cermat dengan harta kerajaan Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam Bersifat macam kerengga

Amalan Positif (OK)


Berhati-hati bila berbelanja Accountable Tidak membazir harta kerajaan Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan Menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik Bertanggungjawab di atas perbelanjaan yang dilakukan Mengadakan sistem kewangan yang berkesan Menyedari bahawa hasil kerajaan datangnya daripada rakyat

Dan berikanlah kepada kaum keluarganya, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudarasaudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya Surah al-Isra : Ayat 26-27

PERBELANJAAN BERHEMAT
1. Kenalpasti KEPERLUAN Vs KEMAHUAN. Mesti sentiasa mengutamakan keperluan dalam berbelanja. Kata pepatah, Ukur

baju

di badan sendiri.
- Contoh: Makan adalah satu keperluan. Tapi, makan di tempat-tempat mewah adalah kemahuan yang perlu dipertimbangkan sebaiknya mengikut kemampuan.

2.

Sediakan peruntukan untuk emergency buffer (akaun kecemasan).

Mesti sentiasa pandang jauh ke hadapan dan bersedia untuk sebarang kemungkinan. -Contoh: Asingkan beberapa peratus wang gaji/ pinjaman PTPTN/ biasiswa/ sumber lain untuk tabungan atau simpanan tetap.

3.

Buat keputusan bagaimana wang PATUT dibelanjakan dari awal lagi.

Kawal diri secara psychology. Tanggungjawab kewangan bermula dari diri sendiri: - Contoh: Sentiasa bersikap rasional dan bukan emosional. Lantik seseorang yang dipercayai untuk mengingatkan kita dalam hal ini. Elok juga kalau merekod aliran wang masuk (credit) dan aliran wang keluar (debit) untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya wang itu!

4.

Fokus pada matlamat kewangan jangka pendek dan jangka panjang.

Letakkan keazaman yang tinggi dalam minda dan jiwa akan sesuatu yang realistik untuk dicapai dalam tempoh masa yang praktikal. - Contoh: Matlamat jangka pendek ialah mesti membeli sebuah tafsir alQuran berharga RM 45 bulan ini dan matlamat jangka panjang ialah mesti menyimpan sekurang-kurang RM 12000 untuk menunaikan ibadah haji dalam tempoh 10 tahun dari sekarang.

5.

Kenalpasti ketirisan dalam corak perbelanjaan dan jangan ulangi

lagi ketirisan tersebut. Elakkan membeli barang yang kurang penting atau barang yang masih elok. - Contoh: Membeli handphone baru hanya kerana mengikut trend sedangkan handphone yang sedia ada masih elok untuk digunakan. Tujuan sebenar handphone ialah untuk berhubung dengan orang lain bukan ada tujuan lain yang tidak sepatutnya.

6.

Rancang kewangan mengikut pendapatan sekarang bukan

pendapatan ramalan. - Contoh: Jangan berangan-angan dengan bonus yang akan dapat bulan depan tapi uruslah budget yang sedia ada.

7.

Ingatkan diri akan kepentingan berbelanja secara berhemat untuk

kebaikan diri sendiri dan menjamin keteguhan hubungan kasih sayang bersama keluarga dan lain-lain. - Contoh: Wang yang cukup dan berkat sangat diperlukan untuk kelangsungan kehidupan dan wang juga diperlukan untuk membantu dan menggembirakan hati saudara-saudara terdekat serta orang-orang yang tersayang agar ikatan silaturrahim dapat diteguhkan.

8.

Sesuaikan dengan perubahan semasa atau keluarga.

- Contoh: Pilih tempat berbelanja yang menawarkan harga yang lebih rendah dan jika ahli keluarga bertambah, activiti makan di luar jika perlu dikurangkan. Atau jika banyak buku-buku rujukan yang perlu dibeli dalam semester ini, activity keluar membeli belah harus dikurangkan.

If you know how to spend less than you get, you have the philosopher's stone. Benjamin Franklin
9

9.

Sesuaikan dengan perubahan gaji/ wang pinjaman/ biasiswa.

- Contoh: Jika perubahan itu adalah positif (e.g: gaji naik), corak perbelanjaan boleh ditingkatkan sedikit asalkan tidak menggangu keperluan. Sebaliknya, perubahan yang negative (e.g: gaji turun) memaksa diri untuk mengurangkan perbelanjaan demi keselesaan hidup.

10.

Sediakan ruang harapan untuk sistem simpanan serta pelaburan yang

sistematik dan menguntungkan. - Contoh: Buat kajian dan pilih agensi insurans yang terbaik dan boleh dipercayai untuk melabur wang anda ke jalan yang halal dan diredhai.

10

MATLAMAT KEWANGAN
Dalam menetapkan matlamat kita, kita perlu menetapkan matlamat yang

S.M.A.R.T iaitu:

Specific
o

Matlamat yang spesifik untuk dicapai seperti hendak mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun.

Measurable
o

Matlamat yang dapat diukur atau dikira seperti hendak membeli kereta bernilai RM 56,700.

Achievable
o

Matlamat yang boleh dicapai mengikut kemampuan kita. Menetapkan matlamat yang terlalu tinggi boleh membawa kepada kekecewaan.

Rewarding
o

Matlamat yang mendatangkan kebaikan. Matlamat yang dicapai akan memberi kebaikan kepada usaha kita untuk mencapainya.

Trackable
o Matlamat yang dapat dikesan. Tetapkan jadual pencapaian untuk mencapai matlamat kita, seperti mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun, perlu mengumpul RM 20,000 untuk setiap tahun.

11

Selepas kita mencatatkan matlamat kita, bezakan matlamat tersebut sama ada ia keperluan atau kemahuan. Kemudian, tentukan keutamaan matlamat tersebut berdasarkan kepentingan. Contoh, menjelaskan hutang kad kredit lebih penting daripada membeli alat permainan video.

Bajet dan Perbelanjaan Sebenar Anda


Perkara
Pendapatan bulanan (tolak KWSP, SOCSO dan cukai BST) Sumber pendapatan lain JUMLAH Tolak 10% untuk simpanan JUMLAH

Bajet

Perbelanjaan Sebenar

Tolak

simpanan

untuk

dana

kecemasan JUMLAH Perbelanjaan Tetap Bayaran kereta Sewa rumah Premium Insurans

JUMLAH Perbelanjaan Boleh Ubah Makanan Bil elektrik Bil air Pakaian

JUMLAH LEBIHAN / KURANGAN

12

PERBELANJAAN PERIBADI SECARA BERHEMAT 20 cara untuk jimatkan duit kita dengan lebih mudah
dan senang di samping memperolehi duit poket lebih yang dapat menguntungkan kita.

1. Beli barang pada harga borong/pukal


Beli barang secara pukal atau pada harga borong di pasaraya yang menawarkan harga murah dan berpatutan bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya. Malah di beberapa pasaraya kita boleh dapat kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Jadilah pengguna yang bijak !

13

2. Beli barangan second hand atau lelong murah


Contohnya seperti beli buku second hand atau di mana tempat yang harganya kurang dari separuh. Isi kandungannya lebih penting walaupun ialah second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi, meja atau barangan bukan elektrik.

3. Musim Promosi & Megasale


Biasanya di Malaysia ada MegaSale, pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah. Kita boleh ambil kesempatan ini untuk beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.

14

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode


Bagi kita yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian samaada handphone ke handphone atau sebaliknya.

5. Kitar Semula / Recycle


Bagi kita yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.

Beware of little expenses. A small leak will sink a great ship. Benjamin Franklin

15

6. Gunakan banyak Member / Privillege Card


Member card ada kemudahan point yang boleh ditukarkan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ditawarkan pada waktu-waktu tertentu. Jika anda selalu isi minyak petrol di beberapa syarikat boleh kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai.

7. Beriadah di tempat awam


Kalau kita selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, lebih baik jimatkan duit kita dengan berjogging sendiri di tempat-tempat reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat rekreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma perlu bijak gunakannya sahaja. Di samping beriadah dan bersenam kita perlu jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit.

16

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan


Hendak berhibur tidak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya hendak tengok wayang, konsert artis barat, menyertai kelab dan sebagainya, lebih baik jangan keterlaluan sangat. Duit menonton wayang itu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant


Fast food restaurant kurang elok kerana dia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga makanan lebih mahal dari restoran biasa, lebih baik rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.

17

10. Masak & Makan di rumah


Ini salah satu cara untuk jimat duit, kalau teh di kedai luar RM1.00, manakala kalau buat sendiri di rumah tidak sampai 40 sen segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.

11. Rancang perjalanan & jimat petrol


Sekarang ini petrol sudah mahal, jadi kenalah bijak dalam menggunakan kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas perkhidmatan awam memang boleh jimat kalau hendak ke mana-mana sekalipun. Buat perancangan teliti, kalau keluar rumah ke tempat kerja tidak perlu berulang alih banyak kali dalam sehari. Misalnya hendak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya mana-mana. Jika keluar hujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari jika sempat. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada kesan dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.

18

12. Semak bil utiliti bulanan anda


Ini adalah satu kaedah yang lebih praktikal. Kumpulkan bil-bil utiliti kita seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan segala layaran bulanan untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia sesuai atau sebaliknya. Kalau rasa astro atau majalah URTV boleh dihapuskan, lebih baik membuat begitu. Semaklah bil kita dengan elok, kalau ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur perlulah perihatin. Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja.

Money, money, money; must be funny, in the rich man's world Money, money, money; always sunny, in the rich man's world Aha-ahaaa, all the things I could do, if I had a little money It's a rich man's world! LAGU ABBA

19

13. Jimat letrik & air


Semak bil utitliti setiap bulan. Kalau hendak jimat eletrik lebih banyak, perlu berjaga-jaga dengan alat-alat pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Begitu juga dengan pendingin hawa, kalau hendak menyejukkan bilik perlu pastikan kawasan bilik itu dalam keadaan tertutup. Tidak pakai pendingin hawa pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik. Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalau tidak digunakan. Monitor CRT lebih banyak belanja letrik dari LCD. Jadi kalau guna laptop atau LCD monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga. Penggunaan air perlulah kena pada tempatnya. Tidak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Kita boleh buat kerja rumah sekaligus pada hujung minggu . Tambah lagi dia merupakan gerak badan yang menyihatkan. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.

Economy is half the battle of life; it is not so hard to earn money, as to spent it well. Charles Haddon Spurgeon

20

14. Memilih Insuran Dan Medical Card Yang Bersesuaian


Sebagai langkah berjaga-jaga, kita boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri.

15. Tukarkan garbage kepada money


Jika kita ada peralatan atau barangan yang tidak berguna lagi. Kita boleh lelong terbuka atau jualnya di mana-mana online auction. Ia tidak merugikan malah menguntungkan lagi.

He who is taught to live upon little owes more to his father's wisdom than he who has a great deal left him does to his father's care.
William Penn

21

16. Guna Kad Kredit dengan Bijak


Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika kita membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa pasti akan dikenakan interest tetapi jika kita bijak gunanya, ia akan dapat markah.

17. Beli Domain & Hosting Masa Promosi


Promosi di laman web ialah satu provider yang digemari ramai. Selain daripada itu, kita boleh beli dengan koupon untuk mendapat harga yang rendah.

If you know how to spend less than you get, you have the philosopher's stone.
Benjamin Franklin

22

18. Dial Up vs Langganan


Bagi kita yang selalu online dan sentiasa gunakan Internet, maka lebih baik guna langganan berbanding dial up. Jika kita terpaksa membayar beratus ringgit sebulan untuk akses Internet, eloklah fikirkan pakej kangganan dengan akses 24 jam tanpa henti. Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan.

The reason that the rich were so rich, it was because they managed to spend less money.
Unknown

19. Bayar Bil Online


Salah satu cara menjimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal ialah membuat bayaran bil letrik, air, langganan, telefon semuanya dengan melalui internet. Tdak perlu lagi keluar beratur dekat kaunter, bazirkan masa, duit minyak dan parking kereta.

23

20. Berhenti Merokok


Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini kerana merokok adalah suatu yang merugikan duit dan kesihatan. Merokok bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain. Jika berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalau setahun jadi RM1800. Duit itu cukup untuk melancong ke mana-mana pulau percutian di Malaysia. Jadi fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri kita .

24

Jika ada kesilapan bahasa atau kata-kata yang menyinggung perasaan. Dengan ikhlas saya menyusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf. Sekian, terima kasih.

Jika anda memerlukan perkhidmatan daripada Sektor Psikologi dan Kaunseling, sila hubungi kami :

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING No. Telefon : 05-5015258 No. Fax : 05-5267945 e-mel : khadijah.mohd@moe.gov.

25

Anda mungkin juga menyukai