Anda di halaman 1dari 5

Asal Usul Baris Arab & al-Quran http://arabbahasa.blogspot.

com/ MALAYSIA

Huruf-huruf Arab pada zaman Jahiliyyah dan pada zaman permulaan Islam tidak mempunyai baris. Orang Arab dengan sendirinya dapat menuturkan perkataan dengan tepat tanpa berpandukan kepada titik dan baris sebagai tanda bacaan kerana pengetahuan mereka terhadap bahasa mereka. Namun, apabila wilayah Islam semakin luas, dibimbangi orang Ajam yang tidak menguasai bahasa Arab akan melakukan kesilapan dalam membaca alQuran, lalu usaha meletakkan titik dan baris pada hurufhuruf Arab pun dilakukan, terutamanya untuk memelihara daripada berlakunya kesilapan dalam membaca al-Quran. Diriwayatkan bahawa Muawiyah Bin Abi Sufian telah menempelak Ziyad Bin Abihi yang merupakan gabenor Basrah ketika itu, ekoran anak Ziyad yang bernama Ubaidullah melakukan kesalahan ketika bercakap (tidak fasih dan menuturkan perkataan dengan secara tidak tepat). Sehubungan dengan itu, Ziyad Bin Abihi telah

memberikan tanggungjawab kepada Abu Aswad ad-Duali ( ) untuk mencari jalan dengan meletakkan kaedah tertentu untuk memperbaiki bacaan al-Quran. Pada mulanya, Abu Aswad ad-Duali enggan dan takut untuk meletakkan sebarang kaedah pada tulisan al-Quran kerana bimbang dengan perbuatan menambah sesuatu kepada al-Quran. Ziyad telah cuba meyakinkan Abu Aswad dengan hujah bahawa Saidina Uthman Bin Affan telah memerintahkan agar ditulis mushaf, walaupun sebelumnya ia tidak tertulis. Abu Aswad tetap menolak permintaan Ziyad itu kerana tidak berani melakukan sedemikian. Namun, pendirian Abu Aswad berubah apabila mendengar seorang lelaki membaca al-Quran dengan baris yang silap pada ayat () . Huruf lam ( ) pada perkataan ( ) sepatutnya dibaca dengan baris bawah () , tetapi lelaki tersebut telah membacanya dengan baris hadapan () . Lantas, Abu Aswad mengasaskan teknik meletakkan baris pada ayat al-Quran. Teknik perletakan baris yang dilakukan oleh Abu Aswad tidak sama dengan baris yang ada pada hari ini. Ini kerana baris yang dibuat oleh Abu Aswad adalah dalam bentuk titik yang ditulis dengan dakwat merah. Bagi menunjukkan baris atas () , diletakkan satu titik di atas huruf dan diletakkan titik di bawah huruf bagi menunjukkan baris bawah () . Selepas itu, dua orang anak murid Abu Aswad iaitu Nasr Bin Asim ( ) dan Yahya Bin Yamar () telah mengasaskan titik bagi membezakan huruf-huruf Arab yang sebelumnya tidak bertitik. Titik yang diasaskan

ini ialah untuk membezakan huruf yang mempunyai bentuk yang serupa seperti ba, ta dan tha ( ) . Seterusnya, pada zaman Kerajaan Abbasi, al-Khalil Bin Ahmad al-Farahidiy ( ) telah menukar bentuk baris supaya tidak berlaku kekeliruan di antara titik huruf dan titik baris. Teknik yang digunakan oleh al-Khalil Bin Ahmad dalam meletakkan baris ialah diletakkan huruf alif kecil yang condong bagi menunjukkan baris atas () , huruf Ya ( ) kecil di bawah huruf bagi menunjukkan baris bawah () , dan huruf Waw ( ) kecil di atas huruf bagi menunjukkan baris hadapan () . Teknik yang diperkenalkan oleh al-Khalil ini tidaklah terlalu berbeza dengan system baris yang ada pada hari ini.
(alif lam qamariah dan syamsiah)

(1) Penambahan di dalam sesuatu perkataan (isim nama) akan membawa makna itu. Maka, jika diterjemahkan: contoh: = rumah = rumah itu (2) Ada terdapat 28 huruf hijaiyyah; (2.i) 14 huruf tergolong di dalam huruf alif lam ( )Qamariah. Tandanya ialah baris sukun @ mati ( ) pada huruf lam. (2.ii) 14 huruf tergolong di dalam huruf alif lam ( )Syamsiah. Tandanya ialah baris syaddah @ sabdu ( ) pada huruf selepas lam, manakala huruf lam pula tiada apa-apa baris.

(3) Seterusnya cuba perhatikan contoh alif lam Syamsiah berikut ini: al-najmu > an-najmu al-rajulu > ar-rajulu al-diku > ad-diku al-samaku > as-samaku (Sila rujuk jadual yang tertera di atas) (4) al-baitu + wa = wal-baitu

wal-baitu (betul) wa al-baitu (kurang tepat) (huruf alif yang bertanda kecil di atasnya itu digelar sebagai hamzah wasal iaitu: > Huruf alif akan dibaca seolah-olah berbaris di atas (fathah) sekiranya terletak pada awal ayat. > Sebaliknya tidak berbaris apa-apa jika berada pada pertengahan ayat sekalipun hanya didahului oleh huruf au ( ) yang bermakna dan.

*** Tanda hamzah wasal banyak terdapat di dalam Al-Quran, tetapi setakat ini saya belum menjumpai key board yang mempunyai tanda ini. (5) Contoh ayat: Pen itu patah. (dibaca; Al-qolamu maksuurun) Pintu itu terbuka. (dibaca; Al-baabu maftuuhun)

Anda mungkin juga menyukai