Anda di halaman 1dari 6

ANDROGOGI Teori Pembelajaran; Kajian Kes

Apakah kajian kes?


PENGENALAN
Kajian Kes boleh digunakan sebagai bahan pengajaran yang menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku. Kajian kes di dalam p & p melalui proses reflektif yang akan membawa celik akal tentang isu-isu tertentu hasil dari perbincangan kumpulan. Digunakan sebagai alat latihan dalam perkhidmatan pendidikan untuk meningkatkan mutu profesionalisme pendidikan serta pentadbir melalui perbincangan terhadap peranan dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu pelbagai displin ilmu telah menggunakan Kajian Kes termasuk bidang kemanusiaan, sains sosial, sains, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan dan perubatan selain bidang pendidikan. Satu kaedah pengajaran yang sesuai untuk pembelajaran dewasa.

DEFINISI
Kajian kes sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran
Menurut Judith H. Shulman dan Joel A. Colbert (1988) kes adalah peristiwa atau rentetan peristiwa yang dramatik, "candid" dan menarik tentang pengajaran pembelajaran. Ia boleh ditulis oleh guru atau penyelidik dan menggambarkan sesuatu masalah atau delima yang sengaja diolah untuk mencetuskan perbincangan Muhamad (2003) mendefinisikan Kajian Kes sebagai satu deskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran. Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Surjit dan Osman pula (t.th) memberi takrifan, Kajian Kes ialah satu metode latihan yang menggunakan kes-kes sebagai bahan pengajaran.

Rumusan
Satu kaedah pengajaran yang sangat menarik. Di Malaysia kajian tentang kajian kes sebagai kaedah pengajaran sangat minima.Perlukan kajian tentang kaedah ini dengan lebih banyak. Kaedah yang sesuai untuk pembelajaran dewasa kerana boleh dikaitkan dengan pengalaman dalam mengkaji kes yang berdasarkan situasi sebenar. Menjadikan suasana p & p lebih aktif dan efektif selain itu Kajian kes boleh dijadikan rujukan dalam menyelesaikan masalah. Menggalakkan pelajar berfikir dengan lebih mendalam dan memberi pelajar keyakinan dalam menghadapi cabaran.

Anda mungkin juga menyukai