Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah rendah adalah satu titik permulaan bagi kanak-kanak khususnya murid

mengenal nombor secara formal.Sebelum memasuki alam persekolahan mereka mengenal nombor secara tidak formal atau dengan kata lain secara tidak langsung melalui komunikasi dengan apa yang berlaku di persekitaran mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak mengetahui nombor rumah, nombor kereta, nombor sukatan isipadu yang terdapat pada botol minuman dan sebagainya. Jesteru itu,seharusnya pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah suatu pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi menjadikan PdP Matematik sesuatu yang tidak membosankan, maka pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai perlu diambil kira. Melalui kajian yang dijalankan oleh ( atfield, !""#$%iedler,!"&"' menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar Matematik yang sesuai dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran Matematik lebih berkesan dan menyeronokkan. (alam era teknologi masa kini, pelbagai bahan dapat diperolehi dengan mudah, malah penggunaan )eknologi Maklumat dan *omunikasi (+,)' dapat memberi kelainan semasa guru menyampaikan isi pengajaran. Pengukuran merupakan salah satu topik dalam Matematik *BS- yang paling banyak kita gunakan. Salah satu alasannya ialah kerana ia mempunyai banyak aplikasi praktikal dalam situasi kehidupan sebenar. Pengukuran menyediakan satu cara yang bagus untuk menyampaikan pengalaman-pengalaman penyelesaian masalah pada setiap tahap matematik *BS-. Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang kita sukat. Mungkin bunyinya mudah tetapi ia mungkin menjadi punca kesukaran dan kekeliruan topik. Bagi sesetengah kanak /kanak mempunyai tanggapan yang salah terhadap kapasiti apabila mempelajari tajuk isipadu cecair. Mereka mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas. +ni adalah kerana ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. 0pabila perbandingan persepsi dibuat diantara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang atau lebih tepat tingginya berbanding kapasiti. 0pabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang yang pendek, kebanyakan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi .alaupun sebenarnya bekas yang pendek itu yang mempunyai lebih isi. bagi kanak-kanak terutama pada peringkat a.al pengenalan

1leh yang demikian, seseorang guru harus lebih berhati-hati dan serba tahu tentang isu persoalan salah faham tanggapan oleh sebahagian murid-murid tentang kapasiti (Murugiah s2o 3elayutham 4 *ao )huan *eat 56!67 !8"'. ,ara terbaik yang boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran tentang isipadu cecair ialah dengan memulakan mengkaji kapasiti dengan menggunakan perbandingan langsung. Selain daripada itu,guru boleh menggunakan bahan yang terdapat di persekitaran murid bagi memudahkan mereka membuat perkaitan konsep isipadu cecair dengan akti9iti kehidupan seharian. 0ntara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam pengajaran topik isipadu cecair bagi murid tahun 5 ialah 7 Botol ,a.an kertas *oleh :elas 0ir Penggunaan bahan bantu mengajar seperti ini dapat menarik minat murid kerana mereka boleh mempraktikkan pengajaran ini di rumah dan bahan ini mudah diperolehi. Sekaligus, murid akan menganggap Matematik itu penting terutama melalui tajuk isipadu cecair di mana ianya berkaitan dengan akti9iti kehidupan seharian manusia.

Anda mungkin juga menyukai