Anda di halaman 1dari 46

Islam Dalam Tamadun Melayu

Disediakan oleh: HUONG HONG MING INDIRAKUMAR OO WOEI TIAN TAN WAN TING

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU

Melalui Kedatangan Pedagang Melalui India

Melalui Kedatangan Pedagang Melalui China

Islam datang secara langsung dari Semenanjung Tanah Arab

Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu, para sejarawan berpendapat, MELAKA merupakan negeri yang mula-mula menerima ajaran Islam dan raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara dikatakan telah memeluk Islam pada tahun 1414.

Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Islam dari Tanah Arab


i. Wang Gungwu & C.A Majul: Pedagang Arab menguasai kegiatan perdagangan laut antara Mesir, India, Asia Tenggara & China serta didirikan penempatan di kawasan Pantai Nusantara.

ii. S.M. Naquib al-Attas: Kandungan persuratan Melayu Islam dengan istilah dan konsep serta tulisan Jawi digunakan. Cara pembacaan al-Quran juga jelas pengaruh dari Asia Barat. iii. Mubaligh Islam daerah ini terdiri daripada orang Arab/Parsi. iv. Fahaman keagamaan yang dibawa oleh mereka bersifat Timur Tengah, contohnya cara penghuraian mazhab ilmu tasawuf.

Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Islam dari Tanah Arab


v. Hubungan perdagangan terjalin antara Alam Melayu dengan Tanah Arab sejak sebelum kelahiran Islam. Cth: kapur barus, kemenyan vi. Pengislaman ke negeri-negeri melayu adalah langsung dari sumber Makkah. vii. Terdapat sebuah perkampungan Islam di Sumatera Utara yang diberi nama 'Tashih' telah ditemui pada tahun 650 Masihi bersamaan 30 Hijrah.

Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Islam dari China


i.
ii.

Islam telah sampai ke China pada zaman pemerintahan Dinasti Tang iaitu sekitar tahun 650 Masihi.
Emanuel Godinho De Evedia: Islam datang ke Nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 Masihi. Bukti: Batu Bersurat di Terengganu yang bertarikh 1301 M mempunyai persamaan dengan batu nisan yang ada di Champa Selatan. Batu bersurat di Teluk Cik Munah, di Pahang yang bertarikh 702 H (1303 M) menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur iaitu bererti dari China dan Indochina.

ii.

Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Islam dari China


iv. Syed Naquib al-Atas: Pemberontakan di Canton pada tahun 877 M yang mengorbankan seramai 100000 pedagang asing yang kebanyakannya beragama Islam.
v. Catatan Dinasti Sung: Kedatangan Islam ke Alam Melayu melalui sepanjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada awal 977. vi. Hubungan perdagangan antara orang-orang Arab dengan China berlaku sejak sebelum kelahiran agama Islam. Cth: mutiara, sutera dan tembikar dari China.

Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Islam dari India


i. S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje: Bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Bukti: Persamaan mazhab yang dianuti iaitu mazhab Syafie.

ii. B. Harrison: Masyarakat Nusantara memandang ke India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perniagaan dan kebudayaan. Bukti: Melalui penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, Raja Samudera yang bertarikh 1297 Masihi.

Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Islam dari India


iii. Van Ronkel: Bentuk-bentuk popular Islam seperti adanya ciri-ciri mistik, sastera Roman dan sebagainya di Indo yang berasal dari India Selatan.
iv. G.E Morisson & S.Q Fatimi: Islam datang dari Bengal. v. Ahli sejarah Belanda, Josselin De Jung: Penduduk Pasai mengamalkan ajaran Islam lebih awal berbanding kedatangan Marco Polo pada tahun 1292 M.

Perkembangan Pusat-pusat Islam Dalam Tamadun Melayu

PENGENALAN Kemunculan pusat-pusat Tamadun Melayu pada masa ini kebanyakannya berasaskan dua ciri yang utama

agraria
Maritime

contoh pusat-pusat Tamadun Melayu ialah:


Sriwijaya Funan Angkor Lembah Bujang Majapahit

SRIVIJAYA pusat kebudayaan Melayu yang tertua. pusat pemerintahannya terletak di tepi Sungai Musi (Kota Palembang sekarang). sumbangannya yang terpenting dapat dilihat melalui 2 aspek: intelektualan Melayu perkembangan Bahasa Melayu Merupakan pusat kegiatan ilmu pengetahuan yang terpenting di Kepulauan Melayu.

pada abad ke-7 giat menjalankan kerja-kerja akademik seperti menterjemahkan bahan-bahan berbahasa Sanskrit ke dalam Bahasa Cina dan juga bahasa-bahasa tempatan yang lain. pada tahun 711, Srivijaya muncul sebagai pusat pembelajaran agama Buddha. merupakan penyingkapan kegemilangan Bahasa Melayu memandangkan Sriwijaya telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan. Penemuan 4 batu bersurat pula membuktikan Srivijaya telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran iaitu; a. b. c. d. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) Batu Bersurat Karang Brahi (690 M)

1.Kerajaan Perlak dan Samudera Pasai

2.Melaka dan Aceh


3.Brunei, Sulu, Mindanao dan Pattani

4.Kerajaan Islam lain: Demak, Pajam dan Mataram di Jawa, Banjar di Borneo dan Campa di Indo China

Pasai (1250-1524 M) dikenali sebagai Kerajaan Melayu pertama yang memeluk agama Islam berikutan dengan peristiwa pemelukan Islam oleh pemerintahnya Merah Silu (Sultan Malik al-Salih). merupakan zaman kegemilangan Kesusasteraan Melayu memandangkan sistem tulisan BM (tulisan Jawi) telah bertindak sebagai medium penyebaran agama dan kesusasteraan Melayu-Islam ketika itu. ketinggian pemikiran bangsa Melayu dapat dikesan melalui penghasilan pelbagai hasil kesusasteraan agama seperti;

i. ii. iii. iv.

Hikayat Nur Muhammad Hikayat Bulan Berbelah Hikayat Nabi Bercukur Hikayat Nabi Wafat

Hikayat Raja Pasai (HRP) pula merupakan hasil kesusasteraan sejarah yang menjadi sumber pemikiran Tamadun Melayu melalui bebarapa dimensi (Sistem Kepercayaan). HRP menunjukkan kegiatan ekonomi tradisi masyarakat Melayu tradisi seperti memungut hasil hutan, memburu dan menternak binatang serta bertani (padi huma). Kerajaan Pasai sebagai pusat intelektual Melayu-Islam terus berkembang walaupun Melaka kemudiannya mengambil alih sebagai pusat Tamadun Melayu. Pasai terus menjadi sumber rujukan kepada Melaka khususnya yang berkaitan dengan hal-hal agama Islam

Melaka (1400-1511 M) sebuah kuasa atau empayar yang terpenting di Alam Melayu khususnya sebagai; a. pusat penyebaran agama Islam b. pusat perdagangan c. pusat perkembangan Bahasa Melayu pemerintah pertama yang memeluk Islam ialah Megat Iskandar Syah manakala Sultan Muzaffar Syah pula telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Kerajaan Melaka. muncul sebagai pelabuhan entreport antarabangsa yang sibuk dan maju disebabkan oleh keudukannya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan perdagangan Timur-Barat mempunyai sistem ekonomi yang sistematik dan teratur.

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pendakwah yang mana ia telah digunakan bagi menyebarkan agama Islam. Bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa 'lingua franca' melalui kegiatan perdagangan. Bahasa Melayu telah mencapai martabat yang tinggi pada zaman Melaka ekoran daripada peranan Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam dan pusat kegiatan perdagangan.

KESAN DAN PENGARUH DALAM TAMADUN ISLAM

KESAN DAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU


a)Akidah b)Politik c)Sosial d)Undang-undang e)Ekonomi f)Bahasa dan sastera g)Kesenian h) Pendidikan dan Ilmu Syariah

a)Akidah(ikatan)
Perbincangan tentang kepercayaan atau akidah dalam masyarakat Melayu boleh dibahagikan kepada 3 tahap masa: 1) Sebelum kedatangan Hindu-Buddha 2) Selepas kedatangan Hindu-Buddha 3) Selepas kedatangan Islam

Kepercayaan tahyul dan khurafat iaitu kepercayaan animisme, dinamisme, dan penyembahan nenek moyang atau hyang serta kepercayaan Hindu-Buddha digantikan dengan akidah tauhid. Islam telah mengurangkan kepercayaan sinkritime Hindu-Buddha-Hyang daripada kehidupan masyarakat. Agama Islam menjadi agama rasmi .

b)Politik
Pengislaman raja-raja membawa arus perubahan dalam sosio-politik. Tertubuhnya kerajaan Melayu-Islam pertama di Alam Melayu Ta-Shih di Sumatera 674M. kemudian Perlak, Samudera-Pasai, Sribuza Islam, Champa, Melaka, Acheh, dll. Kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini memainkan peranan penting sebagai pusat tamadun. Sistem pemerintahan kerajaan Uthmaniyah di Turki menjadi contoh dalam pentadbiran iaitu: Sultan sebagai ketua negara. Mufti atau alim ulama sebagai penasihat.

Asimilasi undang-undang tempatan dengan undangundang Islam. Wujud undang-undang Islam bertulis menggantikan undang-undang Melayu tempatan (Malay Local Law) seperti di Melaka terdapat: Hukum Kanun Melaka undang-undang negeri Undang-undang Melaka undang-undang negeri Undang-undang Laut Melaka undang-undang yang berhubung dengan peraturan laut serta jenayah perdagangan. Di Acheh Kanun Mahkota Alam Kemunculan Pusat-Pusat Kerajaan dan Tamadun Melayu Zaman Islam.

c)Sosial

Berasaskan kesedaran kelas. Hieraki sosial masyarakat Melaka superior-inferior (golongan pemerintah dan golongan yang diperintah) Membentuk halangan sosial Peningkatan mobiliti sukar berlaku Islam memperkenalkan sistem khilafah Kesannya: Gelaran sultan Sistem syura Sistem hisbah

d)Undang-undang
Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1992 : 29).

e)Ekonomi
Kegiatan perdagangan ditingkatkan. Lahir pasar dan kota yang bersifat antarabangsa yang mana terdapat aktiviti perdagangan oleh pedagang asing Sistem mata wang diguna pakai secara meluas

f)Bahasa dan sastera

Mengetepikan peranan bahasa Sankrit sebagai bahasa ilmu Sistem tulisan Arab-Jawi diperkenalkan. Bahasa Melayu mencapai kedudukan sebagai bahasa sastera yang popular Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis: Prosa:Hikayat Nabi Muhammad SAW Hikayat Para Nabi dan Rasul Hikayat Para Sahabat Nabi Hikayat Para Pahlawan Islam Hikayat Ahli Sufi dan Orang Salih. Puisi:Syair Perahu, Syair Burung Pingai (Hamzah Fansuri) Syair Makrifat(Abdul Rauf Fansuri).

g)Kesenian
Pengaruh dapat dilihat pada batu nisan, makam, masjid dan kaligrafi.

Batu nisan Maulana Malik Ibrahim

MASJID NEGARA Malaysia

h) Pendidikan dan Ilmu Syariah


Perhatian banyak diberikan kepada ilmu syariah/naqliyyah yang meliputi bidang usuluddin, fiqah dan tasawuf.
Kitab utama

Al-Durr al-Manzum
Ihya Ulumuddin Minhaj al-Talibin

Abu Ishak al-Shirazi


Al-Ghazali Al-Nawawi

Muncul institusi pendidikan seperti: Madrasah Pondok/pesantren Masjid Surau Istana Rumah maulana/ulama

Kebanyakan guru tediri daripada orang asing. Murid-murid terdiri daripada raja dan kaum bangsawan, di samping rakyat jelata. Kelahiran ulama Melayu dengan kemampuan ilmiah yang kurang hebatnya,

PERANAN TAMADUN ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA


Malaysia adalah sebuah negara bangsa berbentuk persekutuan yang terdiri daripada komponen 14 buah negeri. Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa sebenarnya merupakan lanjutan daripada kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal. Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut juga merupakan kesinambungan daripada beberapa buah kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang pernah wujud di Alam Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor RiauLingga dan sebagainya.
36

Sistem Perundangan Tradisional


Melaka : Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka.

Johor : Undang-undang Johor, Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895.


Pahang : Undang-undang Pahang.

Kedah : Undang-undang Kedah.


Perak : Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Keturunan Daripada Turun Negeri Perak.

Terengganu : Perlembagaan Negeri Terengganu, 1911.


Negeri Sembilan : di Sungai Jelebu. Ujong, Rembau, Johol dan

37

Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu


Islam merupakan elemen penting dalam tamadun Melayu. Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia. Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan. Islam terus menjadi teras bagi identiti Melayu.
38

Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu


Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan sebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.

Agama Islam dijadikan salah satu daripada asas bagi mengiktiraf seseorang sebagai berbangsa Melayu. Begitu juga dengan perlantikan sultan bagi setiap negeri, sultan dimestikan beragama Islam.
Sultan juga diberikan peranan yang besar dalam mengetuai agama Islam di setiap negeri di Tanah Melayu.
39

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera


Keistimewaan orang Melayu juga telah menjadi satu asas dalam perkembangan ketuanan orang Melayu penerajuan dan pemilikan negara Malaysia. Keistimewaan ini telah diperuntukan dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara 153. Di samping peruntukan perlembagaan memberikan keistimewaan orang Malayu, perlembagaan Malaysia juga memberikan perakuan dan pengiktirafan terhadap undang-undang adat yang dilaksanakan di kalangan orang Melayu. Namun demikian undang-undang adat ini tidak dapat mengatasi atau melangkah kuasa Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

40

Semangat Kebangsaan dan Jati Diri Kebangsaan


Tamadun Melayu yang ditunjangi oleh kekuatan pegangan terhadap agama Islam sebenarnya telah banyak memberikan sumbangan kepada semangat juang di kalangan cendikiawancendikiawan Melayu dalam memperjuangkan hak orang Melayu dan juga kebebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan. Di bawah pemerintahan British semangat kebangsaan untuk berjuang mempertahan dan membebaskan tanah Melayu telah bermula seawal 1900 dengan diketuai oleh beberapa orang pemikir dan cerdik pandai yang memperolehi pendidikan tinggi dalam bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar Mesir dan juga daripada beberapa universiti di Timur Tengah yang lain.
41

Semangat Kebangsaan dan Jati Diri Kebangsaan


Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana dalam menyampaikan buah fikiran dalam beberapa majalah dan akhbar seperti alImam, Neracha dan al-Ikhwan. Peranan agama Islam tidak dapat dinafikan dalam menyelamatkan bangsa Melayu daripada terpengaruh dengan fahaman komunis apabila ia cuba disebarkan kepada kalangan masyarakat tempatan.

Penerapan Nilai-nilai Islam dan kesan-kesannya


Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar umbi kawalan terhadap semua dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan telah menampakkan lagi kepada kita peranan agama Islam dalam pembentukan negara Malaysia.

Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat diterima oleh semua bangsa majmuk yang tinggal dalam negara ini.
Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan mencakupi semua aspek hidup manusia telah menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan bagi kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas mereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadi identiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadun Melayu sebagai asas tamadun Malaysia.
43

Pendekatan Sistem Perbankan Islam dalam Era Globalisasi


Dalam menghadapi era globalisasi masa kini, pendekatan ekonomi negara dimantapkan lagi dengan sistem Perbankan Islam yang dimulakan pada 1983. Sekalipun sistem konvensional tetap wujud di Malaysia, namun Sistem Perbankan Islam kini semakin popular termasuk juga kepada golongan bukan Islam.
44

RUMUSAN
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membentuk wajah baru dan memperkukuhkan identiti Melayu yang sebelumnya dibayangi oleh elemen-elemen yang rapuh dan tidak kekal. Dengan berindentitikan Islam, Melayu akan dapat menjayakan tidak Melayu hilang di dunia . bangsa pepatah

Kejituan tamadun Melayu yang berasaskan agama Islam inilah yang telah berjaya membentuk satu lakaran perjalanan bangsa Melayu di Tanah Melayu terutama di Malaysia.

45

SEKIAN, TERIMA KASIH.