Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN PROGRAM 3K KEBERSIHAN,KESIHATAN DAN KESELAMATAN ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Dengan kerjasama PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN SATAK ______________________________________________________________________ 1.0 PENDAHULUAN Program 3K merupakan gabungan antara program-program yang terdapat di dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) . Antara program-program itu ialah Program Sekolah Bersih , Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan.Hasil kombinasi dari kempen-kempen tersebut maka terhasil Program 3K yang membawa maksud :Kebersihan , kesihatan dan keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar dan komuniti setempat.Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambilberat mengenai kesihatan.Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup kearah yang lebih sihat . Melalui program ini juga, para pelajar dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria ,amalan gaya hidup sihat dan juga tentang aspek keselamatanTiga komponen pendidikan ini amatlah penting dan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi. 1.1 PROGRAM SEKOLAH BERSIH Kebersihan merupakan asas kepada kehidupan kita, jadi Program 3K ingin menerapkan amalan kebersihan bagi memastikan persekitaran sekolah selamat,bersih dan ceria.Sekolah Selamat merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran yang mula dilaksanakan pada tahun 2002.Ia bermaksud mewujudkan satu suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria serta tenteram kepada para pelajar agar pelajar dapat belajar dengan suasana yang kondusif sesuai dengan tuntutan ilmu dan kehendak proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, Program ini dipilih bagi mempertingkatkan lagi tahap kebersihan dan keceriaan sekolah.Para pelajar akan lebih bersemangat dan merasalebih yakin ketika berada di sekolah .Suasana sekolah yang bersih,ceria dan selamat amat sesuai dengan perkembangan fizikal dan mental pelajar. 1.2 KEMPEN CARA HIDUP SIHAT Gaya hidup sihat menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera.Amalan gaya hidup sihat menjurus kepada kebersihan diri, permakanan yang seimbang ,senaman yang konsisten ,kemampuan menghadapi stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan bahan bagi meningkatkan kualiti hidup KESELAMATAN Sekolah Selamat membawa bermaksud persekitaran sekolah yang tidak membahayakan semua warga sekolah .Konsep selamat ialah dari semua aspek seperti kawasan sekolah yang mesra pengguna,kawalan lalu lintas yang baik,bebas dari denggi dan makanan yang selamat,infrastruktur yang lengkap dan tidak membahayakan serta sikap keprihatinan setiapwarga tentang aspek-aspek keselamatan .Ia amat penting dalam mewujudkan suasana sekolah yang aman,tenteram dan meyakinkan ,sesuai dengan matlamat Negara murid belajar dalam suasana yang penuh kondusif. Sekolah Selamat merupakan jaminan bagi membentuk insan seimbang dan harmonis sesuai dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

. 1.3

2.0 TUJUAN PROGRAM

Program 3K dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu,Sihat dan Progresif" melalui amalan gaya Hidup sihat Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek-aspek kebersihan,kesihatan dan keselamatan kepada para pelajar serta masyarakat di sekitar . Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek-aspek 3K ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah . Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah . 2.1 RASIONAL PROGRAM 3K merupakan satu program kesihatan yang merangkumi aspek kebersihan ,kesihatan dan keselamatan untuk semua warga sekolah dan komuniti sekitar demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar , guru dan seterusnya ibubapa pelajar mengenai kepentingan penjagaan kesihatan. Melalui program ceramah , kempen menderma darah dan pameran kepada para pelajar dan masyarakat setempat akan dapat memupuk perasaan cintakan kebersihan serta melahirkan tanggungjawab mengenai peranan sebagai warganegara demi membantu mereka memerlukan bantuan darah,pertolongan cemas dan sebagainy

2.3 MATLAMAT PROGRAM 3K Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal,mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas.

2.4 OBJEKTIF PROGRAM Antara objektif Program 3K ialah: i. Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kebersihan,kesihatan dan keselamatan. ii.Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial sepert penyalahgunaan dadah. iii.Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan masyarakat sekolah dan luar sekolah bagi mencapai matlamat bersama. iv.Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai Kebersihan,Kesihatan dengan menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat. v.Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan komuniti walau d mana mereka berada. vi.Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan bersih,sihat dan selamat ketika di sekolah.

vii..Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar dengan terlaksananya program ini. viii.Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

2.5

Cadangan Carta Organisasi AJK INDUK PROGRAM 3K

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14.

Aktiviti yang Dirancang Pameran kesihatan dan Anti Rokok Ceramah Dan Sidang Video Anti dadah Senamrobik bersama komuniti Pemeriksaan Kesihatan Percuma Demonstrasi Pertolongan Cemas dan Panitia PJK SKS Kempen Menderma Darah Pertandingan Masakan Menu Sihat Gotong royong Perdana Pertandingan melukis dan mewarna Pertandingan kelas terbersih dan ceria Ceramah Cara menangani konflik & stress Demonstrasi lalulintas Sukaneka Latihan Mencegah Kebakaran

Agensi/JK Pelaksana Unit promosi pej Kesihatan daerah Yan AADK Daerah Raub dan Panitia PJK Klinik Kesihatan Cheroh Hospital Daerah Raub Hospital Daerah Raub Hospital Daerah Raub Panitia PJK SKS Panitia PJK dan AJK Program PIBG dan AJK program Kaunselor dari SMK Agama Yan Unit Trafik Balai Polis Cheroh Panitia PJK dan AJK Program Panitia PJK dan Belia