Anda di halaman 1dari 5

Logo ASEAN membawa erti ASEAN yang stabil, aman, bersatu dan dinamik.

Warna logo itu biru, merah, putih dan kuning merupakan warna utama lambang negara negara ASEAN. Warna biru melambangkan keamanan dan kestabilan. Merah bermaksud semangat dan dinamisme manakala putih menunjukkan ketulenan dan kuning melambangkan kemakmuran. Sepuluh tangkai padi melambangkan impian Bapa Penemuan ASEAN yang kesepuluh negara di Asia Tenggara bersatu dan bersahabat. Bulatan pula melambangkan kesatuan ASEAN. Tulisan yang digunakan untuk perkataan ASEAN ialah helvetica dalam tulisan kecil dan bold.

Peraturan dan tatacara penggunaan logo ASEAN


Ketua Setiausaha ASEAN telah diberi tanggungjawab untuk mengawal penggunaan Logo ASEAN.

Reka bentuk logo


Logo ini menjadi logo rasmi ASEAN. Reka bentuk dan warnanya perlulah tepat. Logo ini boleh hadir dalam bentuk hitam putih atau berwarna.

Kemuliaan logo
Sebagai prinsip asas, logo ini perlulah digunakan untuk tujuan dan dalam keadaan yang baik, dan tidak boleh digunakan sebagai iklan untuk propaganda politik.

Penggunaan logo oleh Sekretariat ASEAN


Sekretariat ASEAN boleh menggunakan logo ini untuk perkara yang dikira sesuai oleh Ketua Setiausaha termasuk:

Dipamerkan di bangunan Sekretariat dan kediaman Ketua Setiausaha. Digunakan sebagai kepala surat. Digunakan sebagai penutup rasmi (official seal) Sekrerariat Digunakan dalam penerbitan rasmi, buku atau majalah beridentitikan ASEAN Digunakan sebagai tanda kepunyaan Sekretariat. Digunakan dalam pakaian seragam atau tanda identiti yang dipakai oleh anggota Sekretariat. Digunakan sebagai pameran ketika majlis rasmi, perjumpaan, mesyuarat dan pameran.

BIMP-EAGA
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

BIMP-EAGA atau Kawasan Pembangunan ASEAN Timur diwujudkan pada Mac 1994 bagi menyuntik pembangunan di kawasan kawasan ini yang agak mundur dari segi ekonomi. Kawasan ini meliputi:

Brunei Darussalam Kalimantan, Sulawesi, Maluku dan Irian Jaya (Indonesia) Sabah, Sarawak, Labuan (Malaysia) Mindanao dan Pahlawan, Filipina (Filipina)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 1992, Presiden Filipina, Fidel Ramos mengutarakan konsep EAGA kepada ketua kerajaan ASEAN Timur di Brunei. Tiga bulan kemudian, Presiden Ramos sekali lagi membincangkan EAGA bersama Tun Dr. Mahathir Mohamed semasa lawatannya ke Malaysia. Usaha usaha EAGA bermula pada Mei 1993 di mana pegawai kerajaan dan ahli perniagaan dari Mindanao pergi ke Sulawesi dan Sarawak. Pada 1993, EAGA dibincangkan oleh Menteri Kewangan semasa Mesyuarat Menteri Kewangan diSingapura dan sebulan kemudian Sultan Brunei menyatakan persetujuan baginda untuk menyertai EAGA.

BIMP-EAGA BC
BIMP-EAGA BC atau Majlis Perniagaan EAGA merupakan komponen swasta BIMP-EAGA. Badan ini dikorporatkan di Brunei Darussalam pada 1996. Pada 2001, pejabat sekretariat BIMPEAGA BC dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Majlis Perniagaan BIMP-EAGA mewakili sektor swasta dan bertindak sebagai penggerak dalam mempromosikan perdagangan dan pelaburan dalam dan luar EAGA.

Sukan BIMP-EAGA
Sukan BIMP-EAGA diadakan buat pertama kalinya di Filipina pada tahun 1996 dan yang kedua di Brunei pada 1997. Sukan ini dilupakan buat sementara waktu, tetapi dihidupkan kembali pada 2003. 1996 Manila, Philippines 1997 Bandar Seri Bagawan, Brunei 2003 Puerto Princessa, Philippines Sukan BIMP-EAGA yang keempat akan diadakan di Sabah, Malaysia. Sukan ini dijadualkan pada 13 hingga 15 September 2004 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

EAEC
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

EAEC atau East Asia Economic Caucus atau dahulunya dikenali sebagai EAEG atau East Asia Economic Group diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai satu forum untuk membincangkan masalah ekonomi bersama. Dengan mempunyai pendapat atau suara yang sama dalam dialog antarabangsa, diharap EAEC dapat meningkatkan kerjasama ekonomi, memperkenal dan mempertahankan perdagangan bebas, memecut pertumbuhan ekonomi, memperkenalkan sifat kedaerahan terbuka (open regionalism) dan menyumbang kepada sistem perdagangan multilateral.

Sejarah
Cadangan pembentukan kumpulan seperti ini diutarakan oleh Malaysia pada 1990. Hanya selepas 1995, ASEAN menerima konsep sebegini. Pada mesyuarat Menteri LuarASEAN di Bandar Seri Begawan, Brunei, ASEAN mengesahkan penglibatannya dalam EAEC. EAEC dilihat sebagai cabaran kepada APEC dan kehadiran Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Walaubagaimanapun ASEAN meneruskan usahanya untu menerangkan mengenai EAEC kepada China, Korea Selatan, dan Jepun melalui lawatan rasmi Setiausaha Agung ASEAN pada November 1993. Pada 25 Julai 1994, Menteri Luar ASEAN berbincang dengan China, Korea Selatan dan Jepun semasa makan tengah hari. Pada hari yang sama juga, Menteri Luar Korea Selatan telah mencadangkan pembentukan Kumpulan Wawasan Asia Timur (EAVG - East Asia Vision Group) dalam usaha membentuk komuniti Asia Timur. Pada Disember 1997, Malaysia mencadangkan pembentukan ASEAN + 3 sebagai alternatif kepada EAEC. Ini adalah kerana ASEAN + 3 lihat lebih memberikan kesan yang mendalam dalam proses pembentukan Komuniti Asia Timur.

Anggota EAEC
EAEC dianggotai oleh negara negara di seluruh Asia Timur (utara dan selatan). Berikut merupakan anggota anggota EAEC:

Brunei Malaysia Singapura Indonesia Thailand Kemboja Laos Vietnam Filipina Myanmar China Korea Selatan Jepun

Negara negara di Asia Timur yang tidak menyertai pakatan ekonomi ini ialah Timor Timur, Mongolia, dan Korea Utara. Hong Kong dan Taiwan tidak diterima sebagai anggota EAEC atas desakan China.

ASEAN tambah 3
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

ASEAN + 3 merupakan satu pakatan kerjasama antara negara negara anggota ASEAN dan tiga negara di Asia Timur Laut. ASEAN + 3 berasal daripada EAEC yang kemudiannya menjadi ASEAN + 3 atas cadangan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad. ASEAN + 3 dibentuk pada Disember 1997 di Malaysia. Pakatan ini dibentuk bagi meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur dalam ekonomi (termasuk pembentukan kawasan pembangunan ekonomi Asia timur cth. Sungai Mekong), kewangan (termasuk memerhati aliran modal kawasan), pembangunan sosial dan sumber manusia, pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi, dan pembangunan infrastrutur.

Mesyuarat ASEAN + 3
Kemuncak ASEAN+3 (ASEAN + 3 Summit)

Mesyuarat Pertama dibuat di Kuala Lumpur (Disember 1997). Dalam mesyuarat ini, ASEAN + 3 dibentuk.

Mesyuarat Kedua di Hanoi (1998). Mesyuarat Kewangan Ke-3 di Manila (November 1999). Negara negara ASia Timur mengeluarkan Kenyataan Bersama Kerjasama Asia Timur.

Mesyuarat Ke-4 di Singapura (November 2000). China, Korea Selatan dan Jepun bersedia untuk berbincang lebih kerap dan berkerjasama dengan ASEAN dibawah kerangka ASEAN + 3.

Mesyuarat Menteri
Sejak 1999, banyak mesyuarat susulan yang dilakukan untuk membincangkan hal hal ekonomi, kewangan, perdagangan, agrikultur, pelancongan, perhutanan. Beberapa forum menteri ASEAN+3 telah terbentuk.

Ketika Forum Tenaga Antarabangsa yang diadakan di Osaka, Jepun mengadakan mesyuarat makan tengah hari antara Menteri Tenaga ASEAN+3 pada 22 September 2002.

Menteri Alam Sekitar ASEAN+3 mengadakan mesyuarat di Vientiane pada November 2002.

Menteri dalam Negeri ASEAN+3 membincangkan jenayah transnasional di Thailand pada Oktober 2003.

Anggota ASEAN+3
Negara anggota ASEAN + 3 adalah terdiri daripada anggota ASEAN dan tiga buah negara di Asia Timur Laut. Berikut merupakan senarai negara tersebut.

Brunei Filipina Malaysia Singapura Indonesia Thailand Kemboja Laos Vietnam Myanmar China Korea Selatan Jepun

Inisiatif ASEAN+3[sunting | sunting sumber]


1. 2. 3. 4. 5. Inisiatif Chiang Mai (CMI) Kajian Semula Ekonomi dan Dialog Polisi (ERPD) Inisiatif Pasaran Bon Asia (ABMI) Kumpulan Penyelidikan Memantau Aliran Modal Jangka Pendek

Anda mungkin juga menyukai