Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Kebiasaannya pelajar merasa takut bila perkataan kebarangkalian disebut. Sebenarnya kebarangkalian adalah unit ukuran seperti ukuran-ukuran yang lain; umpamanya untuk mengukur hitung panjang tinggi pelajar UPM, kita akan gunakan ukuran min, serakan cerapan daripada minnya kita akan gunakan varians dan begitu jugalah dengan ukuran kebarangkalian. Pada dasarnya kebarangkalian ialah satu ukuran kuantitatif kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa. Kebarangkalian yang biasa digunakan setiap hari adalah suatu ukuran kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa yang nilainya semata-mata bergantung kepada darjah kepercayaan seseorang terhadap sesuatu peristiwa itu akan berlaku. Contoh 3.1 Seseorang menyatakan kemungkinan hujan pada hari tersebut adalah 80%. Seorang yang lain menyatakan kemungkinan Pasukan Bolasepak Johor akan menang adalah 30%. Keputusan ini bergantung kepada darjah kepercayaan seseorang terhadap sesuatu peristiwa tersebut. Perlu diingatkan di sini bahawa kebarangkalian yang akan dipelajari dalam bab ini, nilainya ditentukan oleh ujikaji rawak. Sebelum takrif formal kebarangkalian diberi beberapa takrif penting perlu dibincangkan terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai