Chapter 1 - Islam Sebagai Ad-Din
Chapter 1 - Islam Sebagai Ad-Din
PENGENALAN
Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang mulia, sempurna dan indah kejadiannya. Firman Allah SWT: Surah al-Tin:4 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)
ii)
Roh (rohani)
Proses penciptaan Nabi Adam a.s : Dari air (al-Furqan : 54) Dari tanah (al-Anbiya : 30) Dari pati tanah (al-Mukminun : 12)
Pengertian Agama
Berasal dari bahasa sanskrit yg bermaksud bukan dunia, dan tiada keseronokan serta jauh dari nafsu yang negatif.
Dari aspek Hindu dan Buddha, ia berkaitan dengan kepercayaan kepada dewa-dewa, keberhalaan dan merujuk kepada Veda. Kamus Dewan: Kepercayaan kepada Tuhan atau yang maha kuasa dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya.
Pandangan Falsafah Agama mengajar manusia tentang akhlak, kebaikan adat dan rujukan membezakan baik dan buruk. Satu bentuk pengetahuan diri manusia yang paling awal.
Pandangan Islam Agama menyelamatkan manusia, masyarakat, negara dan dunia. Agama menghubungkan manusia dengan Allah. Asas pembentukan peribadi yang baik dan akhlak mulia.
Fitrah manusia yg diciptakan Allah memiliki naluri beragama. Kejahilan manusia mengenai diri dan persoalan persekitaran hidupnya. Kecenderungan manusia hidup menurut sesuatu peraturan. Kelemahan akal manusia untuk mentafsir alam di sebalik alam nyata ini.
Pengertian Islam
Bahasa Dari kata dasar salima yang bermaksud selamat, sejahtera. Taat dan patuh, aman dan damai, tunduk dan menyerah diri.
Istilah Patuh, tunduk dan jujur hatinya kepada Allah SWT serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
AKIDAH
Syariah
Bermaksud jalan untuk diikuti. Hukum-hukum perundangan yang digubal oleh Allah bertujuan untuk mengatur kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Syariah yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah tidak boleh diubah oleh manusia, manakala undang-undang ciptaan manusia boleh diubah mengikut kehendak majoriti atau pemerintah.
Akhlak
Bermaksud perangai, budi pekerti, adab dan tabiat. Istilah: Keadaan jiwa yang terpancar darinya tingkah laku dan perbuatan manusia yang menjadi kebiasaan. Al-Ghazali menyatakan bahawa ia adalah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang yang dengannya lahir sesuatu perbuatan atau tingkahlaku. Perbuatan atau tingkahlaku tersebut terjadi dengan spontan hasil dari pancaran rohani.
Ekonomi 1) Prinsip keadilan sosial: Pengamalan nilai agama dalam semua urusan hidup. Menaikkan taraf daya fikir. Negara ditadbir menepati sistem syura. 2) Prinsip Istikhlaf Pemilikan harta melalui cara yang diredhai Allah SWT. Pemilik harta menggunakan hartanya untuk kebajikan diri dan masyarakat.
3) Prinsip bekerja dan ganjaran Melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi. Memberi peluang pekerjaan kepada semua lapisan rakyat. Keadilan pengagihan harta dan kekayaan.
4) Prinsip keuntungan dan kerugian Menjamin keadilan dalam setiap kegiatan ekonomi. Semua golongan membangunkan ekonomi masyarakat.
Sosial
Peningkatan kepentingan individu selari dengan kepentingan masyarakat. Merupakan rangkaian yang saling berkaitan. Perkara yang diusahakan mesti berada dalam lingkungan yang dihalalkan oleh Allah SWT.
Jihad Lahir / Jihad Kecil jihad dengan hati jihad dengan lisan dan penulisan jihad dengan ilmu jihad dengan harta jihad dengan nyawa Dakwah membawa maksud mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada keburukan.
Al-Sunnah: Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW samaada dari segi perkataannya, perbuatannya, pengakuannya atau sifat keperibadiannya. Sumber yang kedua selepas al-Quran yang bertindak sebagai pentafsir ayat-ayat al-Quran. Sumber Tafsiran yang Disepakati
Ijmak: Persepakatan mujtahid dari kalangan umat Muhammad
SAW di satu-satu masa tertentu selepas kewafatan Rasulullah SAW mengenai sesuatu hukum Syarak.
Antara syarat-syaratnya: o Kata sepakat dari kalangan semua mujtahidin semasa. o Mesti berlaku di kalangan mujtahidin sahaja. o Mesti berlaku di kalangan orang Islam yang mukallaf. Qiyas: Meletakkan hukum ke atas sesuatu perkara yang masih
belum ada hukumnya berdasarkan kepada perkara yang telah sabit hukumnya dalam al-Quran mahupun al-Sunnah kerana terdapat persamaan dari segi ilahnya iaitu alasan yang ada pada hukum tersebut.
Contohnya meletakkan hukum wajib zakat pada padi kerana persamaan yang wujud antara padi dan gandum yang merupakan makanan asasi bagi sesebuah negara. Ijtihad: Pandangan ulamak berhubung hukum sesuatu perkara
yang tidak dinaskan oleh al-Quran mahupun al-Sunnah secara qati berdasarkan buah fikirannya melalui andaian atau qiyas terhadap hukum yang sedia ada dalam al-Quran mahupun al-Sunnah. Sumber-Sumber yang tidak Disepakati Al-Istihsan Al-Masalah Mursalah Syariat yang terdahulu Mazhab sahabat Rasulullah SAW Al-Istishab Sad Al-Zarai Al-Urf
KEISTIMEWAAN ISLAM
ALAMI / UNIVERSAL
Rabbaniyyah Islam adalah agama wahyu yang tiada campur tangan sesiapa. Islam sebagai agama rabbani, mempunyai ciri-ciri yang sesuai dengan penciptaNya yang maha tinggi.
Syamil & Kamil Islam adalah agama yang mencakupi seluruh kejadian manusia dalam seluruh bidang kehidupannya. Sistem Islam sesuai dengan semua keadaan, suasana atau rupa bentuk kehidupan manusia dan hubung kaitnya dengan alam seluruhnya tanpa mengira tempat dan masa.
Waqi / Praktikal Islam adalah agama praktikal dan bukan semata-mata teori yang boleh dilaksanakan di dalam kehidupan seharian manusia. Segala hukum hakamnya adalah praktikal dan di dalam batas kemampuan manusia. Tinggi / Agung Islam adalah agama yang mempunyai kedudukan tertinggi dan tidak ada agama-agama lain yang setanding dengannya.
Alami / Universal Islam diturunkan untuk seluruh alam, bukan kepada kaum atau tempat tertentu sahaja. Islam tidak menilai kemuliaan seseorang berdasarkan kepada keturunan, warna kulit dan wajahnya tetapi berdasarkan kepada ketaqwaannya kepada Allah SWT.