Anda di halaman 1dari 5

Terima kasih diucapkan atas persembahan gerak tari 1 Malaysia daripada murid pra sekolah

dan persembahan choral speaking sebentar tadi.


Hadirin yang dihormati,
Hari anugerah kecemerlangan yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang
objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam
segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan dan kokurikulum.

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang
tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, muridmurid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan dan pengiktirafan yang akan menjadi
pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Para hadirin sekalian,
Majlis

diteruskan

lagi

dengan

acara

penyampaian

hadiah-hadiah

dan

anugerah

kecemerlangan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang
tahun 2013
Bagi menyempurnakan acara tersebut, Pihak majlis dengan sukacitanya, menjemput Yang
berbahagia Encik Rosmira bin Saad, Pegawai Kaunselor dan Organisasi Pejabat Pelajaran
Daerah Kubang Pasu, dengan diiringi oleh yang berusaha Tuan Haji Zakaria Ansori bin Ali,
Guru besar Sekolah Kebangsaan Megat Dewa naik ke pentas. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
***********Penyampaian

hadiah

dan

anugerah

kecemerlangan****************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik
Rosmira

bin

Saad

atas

kesudian

menyampaikan

anugerah

sebentar

tadi. Sebagai

penghargaan, pihak majlis mempersilakan Yang berusaha Tuan Haji Zakaria Ansori bin Ali
menyampaikan

cenderamata kenang-kenangan daripada pihak sekolah

kepada Yang

Berbahagia Encik Rosmira bin Saad. Dipersilakan.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar yang menerima anugerah pada hari
ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus mengukir kejayaan dan
kecemerlangan pada masa hadapan.

Para hadirin warga dewan yang dirahmati sekalian,


Marilah sama-sama kita nikmati persembahan nasyid daripada kumpulan Sautul Mawaddah
yang akan mendendangkan dua buah lagu iaitu Akidah Suci Pendinding Diri dan Redha
Alwalidaini. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan atas persembahan nasyid daripada kumpulan Sautul Mawaddah itu
tadi. Untuk makluman para hadirin sekalian, Persembahan nasyid sebentar tadi adalah
dibawah pimpinan Ustazah Siti Rohani bt Zakaria, guru kelas KAFA.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Bagi menambahkah lagi keberkatan majlis yang amat bermakna ini, marilah sama-sama kita
memberikan tumpuan dan perhatian kepada bacaan tahlil dan doa selamat yang akan
diketuai oleh Ustaz Ahmad Razman bin Abdul Razak. Pihak majlis dengan sukacitanya
mempersilakan.
Para hadirin warga dewan yang dirahmati,
Dengan berakhirnya bacaan tahlil dan doa selamat itu tadi, kita telah berada di penghujung
acara. Bagi pihak jawatankuasa sambutan

hari anugerah kecemerlangan

tahun 2013

mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
telah memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis hari ini.
Selaku pengacara majlis, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Majlis berakhir penuh syafaat
Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.
Kalau ada jarum yang patah
Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Yang berbahagia Encik Rosmira bin Saad, para jemputan, Barisan Ahli jawatan kuasa PIBG,
para waris serta hadirin hadirat sekalian, dijemput ke Kantin SK Megat Dewa untuk
menikmati jamuan yang disediakan.
Sampai bertemu pada tahun hadapan.
Sekian,

wabillahitaufik,

walhidayah.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

******************************************************************************
BIODATA TOKOH KOKURIKULUM (ROHANA)
PUTERI KEPADA ENCIK RAZALI BIN KASSIM DAN PUAN ROHANI BT YUSOF.
DILAHIRKAN PADA TANGGAL 12 MAC 2001 DI HOSPITAL BESAR ALOR SETAR.
SEORANG MURID YANG RAJIN DAN BERWAWASAN. BERCITA-CITA MENJADI
SEORANG _______________________________________. AMAT FOKUS KEPADA
TUGASAN DAN PELAJARAN.
BELIAU MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI PENOLONG KETUA PENGAWAS SEKOLAH
DAN BERTUGAS DENGAN PENUH DEDIKASI.
BERBAKAT BESAR DALAM BIDANG SUKAN KHUSUSNYA OLAHRAGA. BAKAT TELAH
DIKESAN SEJAK DI TAHUN 1 LAGI. BELIAU TELAH MEWAKILI SEKOLAH KE
BEBERAPA ACARA OLAH RAGA DI PERINGKAT PKG KODIANG DAN DAERAH KUBANG
PASU.
DENGAN INI DIANUGERAHKAN TOKOH KOKURIKULUM 2013 KEPADA ROHANA BT
RAZALI.

BIODATA TOKOH KOKURIKULUM (MOHD IQBAL)


12 TAHUN YANG LALU, PADA TANGGAL 12 FEBRUARI 2013, DI HOSPITAL JITRA,
LAHIRLAH PUTERA KEPADA ENCIK SAIDIN BIN YAHAYA DAN PUAN FAEZA BT
AHMAD. BERCITA-CITA SEBAGAI SEORANG ________________________________
SEORANG

MURID

YANG

RAJIN

DAN

BERKOMITMEN

TINGGI

TERHADAP

PELAJARAN. MENJALAN TUGASNYA DENGAN BAIK SEBAGAI PENOLONG KETUA


KELAS TAHUN 6 BESTARI.

AMAT BERBAKAT DALAM BIDANG SUKAN. BELIAU TELAH MEWAKILI SEKOLAH


DALAM ACARA LOMPAT JAUH DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT PKG
KODIANG DAN DAERAH KUBANG PASU. SELAIN ITU, BELIAU MERUPAKAN SALAH
SEORANG PESERTA YANG TELAH MENYUMBANG PINGAT UNTUK SK MEGAT DEWA
DI PERTANDINGAN KRIKET PERINGKAT NEGERI KEDAH.
DENGAN INI DIANUGERAHKAN TOKOH KOKURIKULUM 2013 KEPADA MOHD IQBAL
BIN SAIDIN

BIODATA TOKOH AKADEMIK ( NUR HUSNA DALILI)


DILAHIRKAN PADA TANGGAL 25 DISEMBER 2001 DI HOSPITAL TUANKU FAUZIAH
KANGAR,

PERLIS.

BERCITA-CITA

SEBAGAI

SEORANG

PELAJARAN.

MENGEKALKAN

PRESTASI

__________________________
AMAT

KOMITED

TERHADAP

TELAH

CEMERLANG SEJAK DI TAHUN 1 HINGGALAH KE TAHUN 6. SENTIASA GIGIH


BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI DALAM BIDANG AKADEMIK.
BELIAU TURUT MEWAKILI SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN HAFAZAN DALAM
KARNIVAL MTQ PERINGAT PKG KODIANG DAN PERTANDINGAN NASYID KELAS
KAFA.
HASIL

DARIPADA

KEGIGIHAN

BELIAU

MELAKSANAKAN

PROGRAM

UNIQLIC

ANJURAN BAKTI DAN ITRIM.COM DALAM PECUTAN AKHIR UPSR BARU-BARU INI,
TELAH MELETAKKAN SK MEGAT DEWA DI TEMPAT KELIMA DALAM SENARAI
SEPULUH SEKOLAH TERBAIK SELURUH MALAYSIA.
DENGAN INI DIANUGERAHKAN TOKOH AKADEMIK 2013 KEPADA NUR HUSNA
DALILI BT ABDUL.

BIODATA TOKOH MURID (IKHWAN)


DILAHIRKAN PADA TANGGAL 11 MAC 2001 DI HOSPITAL BESAR ALOR SETAR.
PUTERA KEPADA ENCIK MOHAMAD NAZRI BIN MORAD DAN
MAT

HASSAN.

BERCITA-CITA

PUAN SALMIAH BT

MENJADI

SEORANG

_______________________________
MEMILIKI PERWATAKAN KEMAS DAN BERWIBAWA. TELAH MENJALANKAN TUGAS
YANG DIAMANAHKAN SEBAGAI KETUA MURID DAN KETUA PENGAWAS SEKOLAH
DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB.
SEORANG PELAJAR YANG AMAT TINGGI

KOMITMEN TERHADAP PELAJARAN.

SEORANG PELAJAR YANG RAJIN BERUSAHA UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI


DALAM PELAJARAN KE ARAH KECEMERLANGAN.
BELIAU

TURUT

MEWAKILI

SEKOLAH

DALAM

ACARA

OLAH

RAGA

DALAM

KEJOHANAN SUKAN PERINGKAT PKG KODIANG DAN DAERAH KUBANG PASU SERTA
PERTANDINGAN NASYID SEMPENA KARNIVAL MTQ.
DENGAN INI DIANUGERAHKA TOKOH MURID 2013 KEPADA MOHD IKHWAN BIN
MOHD NAZRI.

Anda mungkin juga menyukai