Anda di halaman 1dari 1

WATAK DAN PERWATAKAN

FILEM TURBO

WATAK: TURBO @ THEO Theo seekor siput kebun yang sangat bercita-cita tinggi. Walaupun ia tahu bahawa ia siput berjalan dengan lambat tetapi ia percaya jika kita berusaha tiada yang mustahil. Selain itu, Theo juga seekor siput yang sangat sayangkan abangnya iaitu Chet. Walaupun Chet sering menegur Theo untuk tidak bercita-cita terlalu tinggi tetapi Theo tidak pernah terasa hati dengan kata-kata abangnya. Hal ini adalah kerana Theo percaya bahawa abangnya berniat baik. Theo juga tidak mudah patah semangat. Ketika hari perlumbaan di mana dia telah kehilangan kuasanya, namun dia tidak berputus asa. Dia tetap menghabiskan perlumbaan tersebut dengan sedaya upaya yang mungkin. Theo juga mempunyai semangat persahabatan yang tinggi. Dia sangat sayangkan kawan-kawannya. Buktinya dia tidak sombong dan bangga diri serta tidak melupakan kawan-kawannya apabila dia menjadi juara perlumbaan Indianapolis 500.

WATAK: CHET Chet merupakan abang Theo. Chet seekor siput yang agak cerewet. Dia sangat menjaga adiknya. Bahkan dia buksn berniat untuk mematahkan semangat Theo tetapi dia takut melihat adiknya kecewa. Namun begitu apabila melihat adiknya begitu bersemangat untuk menyertai perlumbaan Indianapolis 500 tersebut dia memberi sokongan dan dorongan kepada adiknya. Chet merupakan abang yang sangat penyayang. Buktinya hubungan mereka sebagai adik beradik tidak mengalami masalah terutamanya dari segi berkomunikasi.

WATAK: TITO Tito seorang pemandu trak yang menjual tako. Dia dan abangnya memiliki sebuah kedai kecil yang menjual tako yang terletak di pinggir bandar. Tito menjumpai Theo dan Chet ketika Theo menyelamatkan abangnya daripada menjadi habuan gagakgagak hitam. Tito dan Theo mempunyai persamaan dari segi sikap. Hal ini adalah kerana Tito juga mempunyai cita-cita yang tinggi. Apabila melihat kemampuan Theo, Tito percaya Theo mampu memenangi perlumbaan Indianapolis 500 tersebut.