Anda di halaman 1dari 3

PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN

Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah izin dan kurnia-Nya, pada tahun 2014, sekali lagi Kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM325 juta untuk pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institut pengajian tinggi (IPT) warganegara Malaysia. Pemberian bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian di samping memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Era

globalisasi

masa

kini

yang inovasi

semakin dan

dipengaruhi kreativiti,

ekonomi

berteraskan

pengetahuan,

menjadikan

penguasaan ilmu menerusi budaya membaca kalangan pelajar menjadi suatu yang amat perlu diberikan penekan. Bagi merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi Negara maju menjelang 2020, tahap keilmuan rakyat khususnya generasi muda menjadi penentu kepada agenda negara. Sepertimana kita sedia maklum membaca dapat meluaskan

pengetahuan, mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah dan merangsang daya fikir untuk berjaya dalam kehidupan. Menerusi pembacaan juga membolehkan seseorang itu menyelesaikan

permasalahan yang dihadapi dalam dunia nyata yang semakin kompleks. Masyarakat yang membaca akan dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi, kreatif, inovatif dan berketrampilan.

Pelajar-pelajar yang akan mendapat manfaat daripada bantuan ini adalah pelajar yang sedang melanjutkan pengajian sama ada sepenuh masa atau separa masa di institusi pengajian di dalam Malaysia dan berstatus aktif dalam tempoh 1 Januari 2014 hingga 31 Julai 2014. Setiap pelajar yang layak akan menerima BB1M berjumlah RM250.00.

Agihan BB1M ini telah mula diedarkan secara berperingkat kepada institusi-institusi pengajian bermula pada minggu ke-3 Januari 2014 dan tempoh sah penggunaan BB1M tahun 2014 ini adalah sehingga 31 Julai 2014.

KPM juga telah menyediakan Garis Panduan Pemberian BB1M Tahun 2014 bagi tujuan rujukan pelajar dan institusi pengajian. Garis Panduan ini juga boleh didapati di laman sesawang KPM iaitu www.moe.gov.my.

Akhir kata, Kerajaan mengharapkan agar pemberian BB1M ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan sebaik mungkin oleh pelajarpelajar. Jadikanlah budaya membaca sebagai amalan yang berterusan agar ianya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang dan berilmu.

Kementerian Pendidikan Malaysia Putrajaya Februari 2014

Anda mungkin juga menyukai