Anda di halaman 1dari 1

Fonetik dan fonologi

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa fonetik dan fonologi merupakan dua bidang yang berbeza. Kajian fonetik lebih tertumpu pada bunyi-bunyi bahasa itu sendiri daripada melihat konteks bunyibunyi itu digunakan dalam sesuatu bahasa. Fonetik juga menyelidiki bagaimana bunyibunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turut melihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi bahasa tersebut. Fonologi pula merupakan kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bidang kajian fonologi termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbolsimbol khusus.

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ tutur manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi atau artikulator. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, kita perlu mahir dalam mengujarkan sebutan dengan betul dan tepat.

28