Anda di halaman 1dari 4

Disediakan oleh Mohd Faidz Hj Ibrahim ( Moderator Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang

Selama )

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ZOO TAIPING, PERAK

Tarikh : 14hb Oktober 2009

Hari : Rabu

Tempat : Zoo Taiping

Aktiviti :

Kelas PPKI SK Kg Boyan telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar 2009 ke ZOO Taiping. Rombongan
bertolak dari SK Kg Boyan pada pukul 8.00 pagi.

Kami sampai ke ZOO Taiping pada pukul 9.00 pagi. Setelah mendapat tiket masuk ke dalam zoo, kami
menaiki keretapi dan dibawa mengelilingi kawasan zoo sambil diberi penerangan mengenai haiwan-
haiwan yang terdapat di sana. Keretapi berhenti di dataran ZOO Sentral dan kami berehat sebentar
sambil makan sarapan yang telah dibekalkan.

Pada pukul 11.00 pagi, aktiviti diteruskan lagi dengan membuat lawatan dengan cara berjalan
mengelilingi ZOO supaya murid – murid dapat memerhatikan haiwan – haiwan dengan lebih dekat lagi.

Pada jam 12.00 tengahari, rombongan kami bertolak pulang dan selamat tiba di SK Kg Boyan pada jam
12.30 tengahari.

Anda mungkin juga menyukai