Anda di halaman 1dari 15

INTERVENSI UNTUK

MENGESAN MASALAH DALAM MATEMATIK


NOREMARDIANA BINTI NORDIN

Kaedah Newman
Newman (1983), menyatakan masalah utama
murid dalam menjawab soalan berbentuk

perkataan terletak kepada peringkat kefahaman dan transformasi, iaitu menukarkan perkataan dalam soalan kepada ayat atau simbol

matematik

Model berasaskan Teori Newman (1977) membantu untuk mengenal pasti punca kesilapan dan kesalahan dalam penyelesaian masalah. Ia mendefinisikan lima kemahiran membaca spesifik bagi penyelesaian masalah Matematik: 1. Membaca (decoding), 2. Pemahaman 3. Transformasi 4. Kemahiran Proses 5. Pengenkodan (encoding)

Sepanjang proses penyelesaian masalah, kemungkinan kesilapan yang tidak disengajakan berlaku.

5 Fasa Analisis Kesilapan Newman


1. Pembacaan / Reading Di peringkat ini, murid perlu berkeupayaan untuk membaca dan memahami masalah matematik. Murid sering melakukan kesilapan kerana salah faham terma, simbol, perkataan dan frasa dalam soalan 2. Pemahaman Di peringkat ini, murid-murid perlu mengaitkan masalah kepada konsep matematik. Masalah timbul apabila murid tidak memahami istilah atau frasa dalam perkataan masalah.

3. Tranformasi Kebolehan untuk mendapatkan jawapan. Murid biasanya keliru dan tidak dapat menulis simbol-simbol dan operasi yang relevan yang berkaitan.

4. Kemahiran Proses Murid menghadapi kesukaran dengan pengiraan dan proses. Di peringkat ini, murid perlu mengaitkan masalah kepada ayat matematik, operasi matematik dan diikuti dengan pengiraan yang sesuai.

5. Pengenkodan / Encoding Di peringkat ini, murid merekodkan jawapan kepada masalah. Murid perlu memahami fakta, konsep dan prosedur matematik. Murid perlu tulis semua jawapan yang mungkin menggunakan istilah yang betul dan simbol-simbol. Murid biasanya lemah kerana mengalami kesukaran dengan proses mental dan tiada kebolehan menulis jawapan dengan betul.

Pelaksanaan Temuduga The Newman


1. Bercakap kepada murid dengan mesra, ringkas bagi memberi keselesaan kepadanya. Jelaskan tujuan guru bercakap dengannya adalah untuk membantunya dalam matematik.

2. Beritahu murid yang guru mahukannya untuk membuat beberapa masalah matematik terdahulu sekali lagi.

3. Sediakan murid dengan kertas soalan dan kertas jawapan yang baru dan minta dia menjawab semula soalan terdahulu yang pernah dibuatnya tapi jawapan salah. Galakkan murid tunjuk cara menyelesaikan masalah. Guru diam sehingga murid selesai membuat latihan.

4. Tanya murid beberapa atau semua soalan/ arahan Newman atau soalan yang bersesuaian. Jangan bantu murid dalam apa-apa peringkat tetapi buat catatan ringkas tentang jawapan murid yang munasabah.

5. Tentukan mengikut klasifikasi ralat Newman iaitu guru dapat mencari di mana murid tidak boleh membuat latihan pada peringkat awal ujian (sebelum temuduga).

6. Ulang 3, 4 dan 5 bagi ralat yang seterusnya.

Lima Soalan / Arahan Newman


1. Tolong bacakan soalan kepada cikgu.

2. Beritahu cikgu, apa yang soalan itu mahu awak lakukan.

3. Apa kaedah yang awak gunakan untuk

mendapatkan jawapan?

4. Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan itu, dan bercakap kuat semasa membuatnya supaya cikgu faham bagaimana awak berfikir.

5. Sekarang tulis jawapan awak yang sebenar.

Semasa Langkah 4, dengar dengan teliti apa


yang murid cakap dan pastikan guru berfikir di peringkat mana murid mengalami kesilapan membuat latihan.

Justeru, klasifikasikan kesilapan/ralat yang


murid lakukan.

Prosedur Analisis Kesilapan / Ralat Newman


1. Mengenal pasti ralat Bacaan: Baca soalan kepada saya. Jika anda tidak faham beritahu saya. 2. Mengenal pasti ralat Pemahaman: Beritahu saya, apa kehendak soalan itu. 3. Mengenal pasti ralat Transformasi:

Sekarang beritahu saya apa kaedah yang awak


gunakan untuk dapatkan jawapan.

Prosedur Analisis Kesilapan / Ralat Newman


4. Mengenal pasti ralat Kemahiran Proses: Sekarang semak setiap langkah dalam tugasan awak dan beritahu saya apa yang awak fikirkan. 5. Mengenal pasti ralat encoding - ketidakupayaan untuk menzahirkan jawapan dalam bentuk yang boleh diterima pakai:

Beritahu saya, apa jawapan kepada soalan itu?


Tunjukkan jawapan awak.

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai