Anda di halaman 1dari 3

PANDANGAN PLATO,ARISTOTLE DAN SOCRATES TERHADAP SENI

Plato adalah seorang ahli falsafah dan pemikir barat berbangsa Athens. Beliau dilahirkan sekitar tahun 427 sebelum masihi. Beliau adalah rakan karib dan juga sekaligus sebagai anak murid kepada ahli fikir barat yang terkenali iaitu Socrates. Plato juga adalah seorang pengarang dan penulis. Beliau telah menulis tidak kurang 36 buah buku. Antara buku beliau yang tersohor ialah Republik yang membicarakan tentang politik, ekonomi, pentadbiran, sosial, seni juga seniman. Dalam konteks seni, Plato berpendapat bahawa membuat kasut, membuat selipar [pereka fesyen], mengubati orang sakit [ teater tradisional-seperti Manora, Makyong dan Main Puteri Di Semenanjung Malaysia serta Menggalai dan Ajung Berlabuh di Sabah], mengarang buku [ pengarang /penulis /karyawan], membaca puisi [seniman /artis /pelakon], membuat kereta kuda [kraftangan] atau memahat arca figura [pelukis / pembuat arca ], membina rumah [arkiteks] adalah dianggap sejumlah pekerja dan hasil-hasil kerja yang dapat ditakrif sebagai seni. Pentakrifan makna seni menurut Plato itu agak menyukarkan kita dari satu segi. Namun dari satu segi yang lain pula mungkin akan menyenangkan kita. Kita katakan sukar sebab apakah taraf setiap satu bidang itu sama sahaja atau adakah setiap satu bidang itu mempunyai rangka hirakinya yang tersendiri, yakni yang berperingkatperingkat dari satu tahap rendah ke tahap yang lebih tinggi. Berdasarkan hujah-hujah Plato yang terkandung dalam bukunya Republik, kita dapat membuat beberapa rumusan umum. Rumusan yang pertama ialah Masyarakat yang dibayangi oleh Plato mesti distrukturkan mengikut kelas. Oleh yang demikian mungkin hiraki seni juga turut distrukturkan berperingkat-peringkat berdasarkan guna atau faedahnya. Yang kedua, Plato sebenarnya tidak senang dengan kaum seniman. Defenisinya terhadap orangorang ini mempunyai sindiran-sindiran yang tersirat. Namun Plato menegaskan bahawa seni itu adalah ilmu. Oleh itu, sesuatu bidang kerja seni semestinya berdasarkan ilmu.

Katanya; Seni itu sejenis ilmu atau jenis ilmu yang lain dan setiap satunya aku berikan nama. Aristotle berpendapat bahawa Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang universal kepada benda alam. Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari dewa tetapi mencapai kartasis dengan struktur bentuk dalam cerita puisi itu. Aristrotle memberi penekanan terhadap penilaian dan struktur hasil atau karya. Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi memberikan struktur bentuk yang universal kepada pokok. Maka seni itu adalah baik. Dengan struktur bentuk dalam puisi, kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya yang baik. Aristotle juga melihat seni sebagai elemen yang mendekatkan manusia dengan alam dan menggunakan istilah mimesis yang merujuk kepada proses meniru atau penghasilan semula kata-kata dan gerak-geri orang lain. Dalam istilah mimesis yang digunakan oleh Aristotle, Aristotle menambahkan satu lagi syarat iaitu, satu potret yang dihasilkan itu haruslah lebih cantik atau kacak daripada model asal. Beliau bukan sahaja memberi penekanan terhadap ketepatan peniruan seperti Plato tetapi menambahkan satu lagi aspek yang penting iaitu kreativiti pelukis untuk menghasikan hasil seni yang cantik dan unggul. Aristotle bersetuju dengan pandangan Plato yang mengatakan bahawa seni itu dihasilkan berdasarkan dengan emosi terhasil dengan meniru sesuatu objek dunia fizikal. Tetapi, beliau juga menegaskan bahawa di samping seni menimbulkan emosi, ia juga merupakan satu sumber pengetahuan. Aristotle menerangkan bahawa melalui seni manusia dapat mempelajari cara untuk mengawal dan menggunakan emosi mereka. Di dalam salah satu dialognya dengan Hippias, Sokrates juga pernah berkata, "Kecantikan bukan sifat tertentu dari seratus atau seribu barang, kerana manusia, kuda, pakaian, gadis dan gitar semuanya adalah barang-barang cantik. Akan tetapi di belakang semua itu terdapat keindahan dalaman yang tidak dapat dilihat dengan mata. Pendapat Sokrates yang menyinonimkan kecantikan dengan keindahan itu dapat difahami bahwa setiap objek memiliki keindahannya yang tersendiri.

Pernyataan keindahan Sokrates yang lebih tegas diungkapkan pada suatu waktu dengan menyatakan bahwa, "Keindahan adalah segala sesuatu yang menyenangkan dan memenuhi keinginan seseorang ".