Anda di halaman 1dari 5

Ada corak dalam Karya seni rupa, iaitu :

a. Corak Figuratif adalah corak yang mengunakan bentukbentuk benda yang telah ada. contoh : manusia, binatang, tumbuhan dan sebagainya
b. Corak nonfiguratif adalah corak yang tidak mengambil bentuk yang ada di alam, atau corak ini juga sering disebut corak Abstrak.

JENIS JENIS LUKISAN 1. Lukisan Figuratif dan Non-figuratif Penumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia. Lukisan figuratif tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis figuratif adalah rumit kerana memerlukan pelukis membuat penilaian dan kadar banding yang tepat bagi menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif. Untuk mencapai kemahiran melukis figura memerlukan kesabaran dan masa yang lama. Ia juga perlu membuat pemerhatian. Satu-satunya cara untuk menghasilkan lukisan yang baik ialah dengan melukis. Lukisan figuratif menekankan aktiviti melukis bentuk-bentuk tubuh manusia.

Agostino Carracci (1557-1602), Cephalus carried by Aurora in her Chariot

Karya non figuratif adalah suatu karya seni rupa yang tidak mengandungi unsur figura atau bentuk, sesuai dengan nama gaya atau alirannya, sebagai contoh, gaya abstrak yang hanya berfokus pada permainan atau penonjolan warna belaka. Lukisan bentuk non figuratif (abstrak), ialah objek yang dilukis tidak terikat dengan bentuk-bentuk yang ada di alam.
Series 1 oleh Emily Deacon

Series 1 oleh Emily Deacon