Anda di halaman 1dari 4

ADAT RESAM KELAHIRAN

Perbezaan ADAT RESAM KELAHIRAN KAUM MELAYU DAN KAUM INDIA

Kaum Melayu
1) Lenggang perut . Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin. Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di a sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Adat menggunakan daun mengkuang. Menurut kepercayaan, ketika si ibu sedang sakit hendak bersalin terdapat beberapa hantu syaitan yang suka mengganggu. Maka untuk mengelakkan keadaan berkenaan, meletakkan beberapa helai daun mengkuang dalam bilangan ganjil di bawah rumah setentang dengan tempat ibu itu bersalin. Daun tersebut boleh digantung atau diletakkan sahaja di atas tanah. Cukur jambul . Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan. Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelilingnya. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Adat mandi lepas berpantang. Bagi kaum Melayu selepas tamat tempoh berpantang selama 44 hari, ibu itu dimandikan dengan air sintuk limau serta dilangirkan pada hari yang ke-45 sebagai tanda terlepas daripada pantang . bermula dari hari itu, ibu tersebut boleh bekerja dan ke mana sahaja.

2)

3)

4)

5)

Adat turun tanah . Bagi sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-

beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan. Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja. Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca. 6) Bersunat . Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki. mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga. ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanakkanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.

KAUM INDIA
1) Adat valaikaapu . Valaikaappu, iaitu pemakaian gelang tangan baru bagi wanita yang mengandung merupakan adat yang penting. Secara simbolik upacara ini menandakan pemberian perlindungan tam- bahan kepada bayi dalam kandungan daripada kuasa-kuasa jahat. Ia juga bertujuan melindungi ibu mengandung supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan sewaktu bersalin. Upacara ini dilakukan pada bulan ketujuh atau kesembilan mengandung. Adat ciimantan. Upacara ini juga dirujuk sebagai ciimantam oleh segelintir masyarakat India. Tetapi, upacara ciimantam adalah berbeza daripada upacara Valaikaappu. Ciimantam ialah upacara menyikat rambut belah tengah bagi ibu mengandung. Adat ini diamalkan pada bulan keenam atau kelapan kepada seseorang ibu mengandung. Ini merupakan salah satu adat samskara (upacara-upacara penyucian) Hindu yang selalunya diamalkan oleh orang-orang Brahmin Hindu di India Selatan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir kulittal di kalangan masyarakat India. Upacara aalatti . Seterusnya upacara aalatti atau aalaatti dilakukan. Aalatti disediakan dengan air kunyit dicampur kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih diletakkan di tengah-tengah. Kapur barus dihidupkan di atas sirih tadi. Dulang ini diangkat oleh tiga orang cumanggali lalu diputarkan mengikut arah jam sebanyak tiga kali dan di lambai sebanyak tiga kali lagi di hadapan ibu mengandung. Salah seorang daripada tiga cumanggali ini akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam air aalatti lalu meletakkannya pada dahi ibu mengandung. Setelah itu, isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu rumah .

2)

3)

4)

Adat mandi selepas bersalin.Selepas bersalin si ibu akan mandi selang sehari dengan air yang dididihkan bersama herba dan dedaun seperti aadatooda. Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin.

5)

Menamatkan pantang Tittukalittal. Upacara pantang selalunya diadakan pada hari ketiga puluh kelahiran bayi . ibu dan anak akan ke kuil dan bayi dibaringkan di hadapan patung suci di kuil. Seterusnya pedanda akan menjalankan sembahyang dengan membaca mantera mantera. Seterusnya beliau akan merestui bayi dengan menyapu debu suci (tiruniiru) pada dahi bayi sebagai menyampaikan limpah kunia Tuhan kepada bayi dan ibu bapanya.

6)

Bayi diasapkan dengan kemenyan.Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi.

Anda mungkin juga menyukai