Anda di halaman 1dari 24

EDU 3107: Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak

TUTORIAL 4
Ahli kumpulan: Muhammad Nur Irsyad bin Mior Isa Muhammad Ariff Izham bin Ibrahim Hazwan Saifuddin bin Hassan Syed Muhammad Fazlee Aledroos bin Syed Hasan

Soalan tutorial:
Bincangkan bagaimana guru biasa boleh mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas agar dapat mengenal pasti masalah/ isu murid-murid pemulihan.

1. Membentangkan kemahiran asas kaunseling yang telah dipelajari

2. Membentangkan kemahiran asas yang boleh mengenalpasti masalah pelajar dengan menjelaskan bagaimana kemahiran itu dapat membantu

3. Membincangkan contoh kes yang berlaku di sekolah.

Kemahiran Asas Kaunseling


1
Kemahiran Melayan

2
Kemahiran Mendengar

Kemahiran mengintepretasi tingkah laku bukan lisan

Kemahiran memberi tindak balas

Kemahiran mengenalpasti masalah

Kemhiran melaksana intervensi

Kemahiran Melayan

Menurut Corey (2001), tingkah laku melayan adalah melibatkan pelbagai kombinasi kemahiran kaunseling, antaranya:

MENU:
Kedudukan & jarak untuk berkomunikasi Bahasa badan Ekspresi muka Kontak mata Dorongan minima Mendengar Tahap tenaga Kualiti suara Keupayaan memfokus

Huraian:
Kemahiran melayan bermula apabila sesi kaunseling dimulakan dan berlakunya perhubungan dua hala. Kemahiran ini juga termasuk dalam kemahiran membina hubungan

Kemahiran Mendengar

Bukan sahaja mendengar dengan teliti tetapi kesungguhan dalam memahami makna sama ada ia berbentuk perasaan atau pemikiran yang hendak disampaikan oleh klien melalui secara lisan atau bukan lisan. (Maznah & Zainal, 2007)

Aspek dalam kemahiran mendengar:


Mendengar dengan penuh tumpuan untuk mendapat pemahaman yang tepat Mendengar isi kandungan yang dinyatakan. Fokus pada apa yang diucapkan serta cara & nada ia ucapkan Mendengar perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan (body language). Menghayati perasaan klien

Sambungan
Berminat; disertai dorongan yang luhur Kenalpasti isu utama klien Mengawal emosi ketika mendengar Anggap apa yang disampaikan ada kebaikan dan kepentingan Hindarkan judgemental / penilaian awal / prasangka negatif beri masa untuk mendengar dengan sabar hingga tamat

Kemahiran Mengintepretasi Tingkah laku Bukan Lisan


Jarak(Ruang untuk berkomunikasi)

Penampilan fizikal
Ekspresi muka (wajah) Pandangan atau kontak mata Pergerakan Tangan dan Kaki Nada Suara

Ekspresi muka (wajah) - Ekspresi wajah adalah penglahiran rasa hati, emosi, perasaan, fikiran, penilaian dan keadaan diri individu serta mempunyai makna & mesej tertentu. - Kelihatan pucat, merah padam, berkerut dahi, memejamkan mata, menggetap bibir, menangis, mengenyit mata dsb - Wajah tidak pernah berbohong.

Pandangan atau kontak mata - Mata yang berkaca-kaca, bersinar-sinar, mata yang jernih, berkedip-kedip, matanya melirik, renungan tajam, jelingan manja, menjeling, memandang jauh, membeliakkan mata, mata merah dll. - Klien yang suka melarikan anak matanya daripada pandangan kaunselor menggambarkan ia masih defensif /tidak mempunyai keyakinan diri, tidak selesa @ tidak ingin membincangkan isu (Muhd. Mansur & Siti Nordinar, 1996)

Nada Suara -Kelajuan, kuat, perlahan, bahasa, suara bergetar, tersekat-sekat, gelisah, suara-suara separa bahasa spt mengeluh, menarik nafas panjang, berdehem dsb. -Maznah & Zainal (2003) menyatakan bahawa kualiti & intonasi suara adalah kayu ukur tahap keyakinan klien terhadap sesuatu perkara -Mohd. Aziz et. Al (2010), nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung dalam sesuatu perkataan @ ayat.

Kemahiran Memberi tindak balas


Memberi tindak balas dalam kaunseling memerlukan kaunselor memberikan tumpuan dan fokus terhadap perasaan dan ekspresi klien.

Dalam apa jua keadaan, tindak balas kaunselor mestilah positif dengan menunjukkan fokus, tumpuan dan minat terhadap apa yang diperkatakan klien.

Menyoal: Jenis soalan guru penentu kemajuan kaunseling beransur maju. Terdapat dua jenis soalan, terbuka dan tertutup. Soalan tertutup hanya memerlukan klien menjawab ya atau tidak. Manakala soalan terbuka dapat mencungkil lebih maklumat daripada klien. Lazimnya soalan terbuka ditanya seperti. Apa, mengapa, di mana, bila dan bagaimana.

Menparafrasa dan merumus: Rumusan merupakan penyataan ringkas yang menggabungkan beberapa fakta utama daripada sesi kaunseling. Tujuan untuk memastikan kaunselor dan klien memahami isu ynag diperbincangkan dengan betul Menparafrasa merupakan penyataan semula kaunselor tentang apa yang diperkatakan klien menggunakan perkataan lain.

Kemahiran Mengenalpasti Masalah


Murid-murid yang menghadapi masalah peribadi cenderung untuk menunjukkan tandatanda bahawa mereka sedang menghadapi masalah. Berikut adalah contoh-contoh masalah

Bercakap tentang kematian dan bunuh diri.


Sekiranya murid menyebut, melukis atau menulis tentang kematian atau ingin bunuh diri guru perlulah peka. Guru perlu memaklumkan kepada guru kaunseling. Sekiranya murid berkenaan tidak mahu dirujuk, pihak sekolah boleh memaklumkan kepada pihak berkuasa/ polis.

Penyalahgunaan dadah dan meminum arak.


Sekiranya murid masuk ke kelas dalam keadaan khayal, mengantuk, berbau rokok atau arak, ini menunjukkan murid mungkin terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan meminum arak. Murid berkenaan perlulah dirujuk kepada guru kaunseling untuk tindakan lanjut.

Masalah-masalah lain..
Perubahan tingkahlaku Masalah akedemik

Kemahiran Melaksana Intervensi Krisis


Menurut James (2008), disebabkan mengalami tekanan yang melampau, klien selalunya akan beranggapan bahawa mereka tidak lagi mempunyai pilihan/ alternatif lain bagi menyelesaikan kemelut masalah yang dihadapi. James berpendapat bahawa krisis intervensi sebenarnya boleh dilihat daripada tiga perspective utama:

a) Situational supports dimana kaunselor bertugas boleh memujuk klien dengan menyenaraikan nama-nama yang dikenali klien di masa sekarang (present), masa lalu (past) yang sayang / mengambil berat mengenai klien. b) Coping mechanism yang boleh didapati di dalam bentuk tindakan, tingkahlaku atau dari suasana sekeliling klien yang mempunyai keupayaan di dalam menggalakkan klien menyesuaikan diri dan mampu mengharungi krisis kehidupan yang dialami
c) Positive and reconstructive thinking patterns bagi pihak klien dalam melihat krisis yang dihadapi mengikut pelbagai persepsi yang positif. Secara tidak langsung, ianya mampu membantu klien tersebut melihat krisis yang dihadapi daripada negatif kepada yang lebih positif jesteru, meningkatkan lagi kemampuan klien memilih dan melaksanakan tindakan yang positif dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

Huraian
Alternatif/ strategi ini yang difikirkan perlu dibincangkan bersama kaunselor bertugas. Selalunya klien yang sedang mengalami krisis tidak memerlukan pilihan atau senarai alternative penyelesaian masalah yang banyak; mereka hanya memerlukan pendekatan yang realistik dan sesuai dilaksanakan dengan situasi yang dialami.