Anda di halaman 1dari 19

1.0 KONSEP SYIRIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM.

1.1 PENGENALAN

Tauhid dan syirik merupakan dua perkara yang saling bertentangan dan sama sekali tidak boleh disatukan. Pengenalan kepada hakikat tauhid tidak sempurna sekiranya tidak disertai dengan pengenalan kepada hakikat syirik. Ini kerana pengenalan kita kepada sesuatu hakikat akan lebih sempurna jika kita turut mengenali lawan yang sebaliknya. Mohd Sulaiman Yassin (1997), menyatakan bahawa dengan mengenali kejahatan, maka seseorang itu akan berusaha menyelamatkan diri daripada terjerumus ke dalamnya. Sayyidina Khudhayfah (r.a) misalnya merupakan salah seorang sahabat Nabi SAW yang banyak bertanyakan tentang kejahatan berbeza dengan kebanyakan sahabat yang lain, yang mana mereka lebih suka bertanyakan kebaikan. Demikian juga dengan mengenali syirik, maka seseorang itu akan berusaha sedaya upaya menyelamatkan dirinya daripada perkara-perkara yang boleh menjerumuskannya ke lembah syirik sekaligus merosakkan tauhidnya. Firman Allah:

∩⊇⊇∉∪ #´Ïèt/ Kξ≈n=|Ê ¨|Ê ôs)sù «!$$Î/ õ8Ύô³ç„ tΒuρ 4 â!$t±o„ yϑÏ9 šÏ9≡sŒ šχρߊ $tΒ ãÏ øótƒuρ ϵÎ/ x8uŽô³ç„ βr& ãÏ øótƒ Ÿω ©!$# ¨βÎ)

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan-Nya, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu. Bagi siapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya". (QS. An-Nisa: 116).

Menyekutukan Allah jelas dianggap perbuatan syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam. Justeru, sebagai seorang muslim, kita perlu mengenali konsep syirik dalam Islam.

1

1.2 PENGERTIAN SYIRIK DARI SUDUT BAHASA DAN ISTILAH

Menurut Mardzelah Makhsin (2003), perkataan “Syirik” berasal daripada perkataan Arab yang telah dimelayukan. Asal perkataan dalam bahasa Arab adalah syirik, diambil daripada kata kerja “asyraka” yang bermaksud “sekutu” atau “kongsi”. Kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga mentakrifkan syirik sebagai “perbuatan menyekutukan Allah dengan yang lain seperti beribadah kepada selain Allah dengan menyembah patung, tempat keramat dan sebagainya”. Manakala dari sudut istilah syarak, syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak diampunkan oleh Allah SWT di Hari Akhirat. Orang yang melakukannya menjadi kafir serta kekal di dalam neraka selama-lamanya.

∩∉∪ ÏπƒÎŽy9ø9$# ŽŸ° öΝèδ y7Í×s9'ρé& 4 !$pκŽÏù tÏ$Î#yz zΟ¨Ψyγy_ Í‘$tΡ ’Îû tÏ.Ύô³ßϑø9$#uρ É=tGÅ3ø9$# È÷δr& ôÏΒ (#ρãx x. tÏ%©!$# ¨βÎ)

Maksudnya: ”Sesungguhnya orang-orang Yang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di Dalam neraka Jahannam, kekallah mereka di dalamnya. Mereka itulah Sejahat-jahat makhluk. (al-Bayyinah:6)

Mohd Sulaiman Yasin (1997) pula mentakrifkan syirik dari segi bahasa sebagai mencampurkan atau menyekutukan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Manakala dari segi istilah pula membawa maksud mensyarikatkan Allah SWT dengan makhluk atau mensyarikatkan makhluk dengan Allah pada Zat-Nya, Asma-Nya dan sifat-Nya.

Manalaka Ahmad Mohd Salleh (2002) mentakrifkan syirik sebagai menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu makhluk atau mempercayai bahawa adanya kuasa yang lebih berkuasa daripada Allah SWT. Secara kesimpulannya, syirik ialah menjadikan Allah sekutu dengan sesuatu dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad.

2

Yusuf Qardawi (1986) menjelaskan seseorang yang menjadikan Allah SWT sekutu dengan sesuatu yang berhak untuk Allah SWT. Seperti seseorang menjadikan selain Allah satu tuhan atau beberapa tuhan lali disembah atau ditaati atau dipohon pertolongan kepadanya atau mencintainya atau seumpamanya di mana itu sama sekali tidak layak kecuali hanya untuk Allah sahaja.

1.3 DALIL AL-QURAN DAN AL-HADIS

Begitu banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menjelaskan tentang syirik sama ada secara langsung atau pun melalui perumpamaan atau contoh-contoh tertentu. Allah menyatakan bahawa tujuan penciptaan kita tidak lain tidak bukan adalah untuk beribadah kepada-Nya, sebagaimana firman SWT:

∩∈∉∪ Èβρßç7÷èuÏ9 āωÎ) }§ΡM}$#uρ £Ågø:$# àMø)n=yz $tΒuρ

Maksudnya: “Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”

(Surah Adz-Dzariyaat: ayat 56)

Ibadah merupakan sesuatu yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT baik berupa perkataan atau perbuatan, yang zahir mahupun yang batin. Ibadah ini harus ditujukan hanya kepada Allah dan tidak kepada selain-Nya, sebagaimana firman Allah:

∩∈∪ ÚÏètGó¡nΣ y$ƒÎ)uρ ßç7÷ètΡ x$ƒÎ)

Maksudnya: “Hanya kepadaMu lah kami beribadah dan hanya kepadaMu lah kami minta pertolongan.”

(Surah Al- Fatihah: ayat 5)

3

Dalam ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman:

ttƒ öθs9uρ 3 °! ${6ãm x©r& (#þθãΖtΒ#utÉ©9$#uρ ( «!$# Éb=ßsx. öΝåκtΞθ6Ïtä#YŠ#yΡr& «!$# Èβρߊ ÏΒ äÏGtƒ tΒ Ä¨$¨Ζ9$# šÏΒuρ

∩⊇∉∈∪ É>#xyèø9$# ߃Ïx© ©!$# ¨βr&uρ $YèÏϑy_ ¬! nο§θà)ø9$# ¨βr& z>#xyèø9$# tβ÷ρttƒ øŒÎ) (#þθãΚn=sß tÏ%©!$#

Maksudnya: "Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan- tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah.

(Surah Al-Baqarah: ayat 165)

Mahabbah dalam ayat ini merupakan cinta yang mengandungi unsur-unsur ibadah iaitu cinta yang disusuli dengan ketaatan mutlak serta mengutamakan yang dicintai daripada yang lainnya. Mahabbah seperti ini adalah hak istimewa Allah, hanya Allah yang berhak dicintai seperti itu, tidak boleh diperlakukan dan disetarakan dengan-Nya sesuatu apapun.

Syirik merupakan dosa besar yang paling besar. Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah , “Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah?” Beliau s.a.w bersabda, “Engkau menjadikan sekutu bagi Allah, padahal Dialah yang telah menciptakanmu.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Maka sudah selayaknya bagi kita untuk berhati-hati supaya ibadah kita tidak bercampur dengan kesyirikan sedikit pun, dengan jalan mempelajari ilmu agama yang benar agar kita mengetahui antara syirik dan tauhid. Kita hendaklah merasa takut terjerumus ke dalam kesyirikan, kerana samarnya syirik ini adalah sebagaimana sabda Nabi s.a.w, “Wahai umat manusia, takutlah kalian terhadap kesyirikan, kerana syirik itu lebih samar dari (jejak) langkah semut.” (HR. Ahmad)

4

1.3 JENIS SYIRIK DAN CONTOH-CONTOHNYA

Syaikhul Islam Muhammad Abdul Wahhab (1979) berpendapat bahawa terdapat pelbagai kemusyrikan telah menimpa umat Islam. Beliau membahagikan kemusyrikan itu kepada dua perkara:

1. Syirik yang dapat menghapus tauhid iaitu syirik yang keluar dari garis agama. Syirik yang demikian dinamakan syirik terbesar dan pelakunya harus dibunuh.

2. Syirik yang dapat menghapus kesempurnaan tauhid iaitu dosa besar dan wajib dimusnahkan agar tidak menjadi jalan menuju kepada syirik yang besar.

Menurut Abu Mu’tashim Billah (1999), Syirik yang dapat membatalkan iman terbahagi kepada tiga bahagian:

a. Syirik seseorang yang beriman kepada Allah tetapi dia menjadikan bagi-Nya sekutu dalam kekuasaan dan pengendalian terhadap makhluk; seperti menciptakan, menghidupkan, memberikan rezeki, mematikan, memberikan manfaat dan mudarat.

Syirik ini ialah seperti syiriknya orang Nasrani dan orang Majusi kerana orang Nasrani berkeyakinan bahawasanya Allah adalah tiga dan orang Majusi berkeyakinan bahawa tuhan ada dua sedangkan Allah sendiri berfirman:

&óx« ¨à2 t,n=yzuρ Å7ù=ßϑø9$# Îû ÔΎŸ° ã&©! ä3tƒ öΝs9uρ #Ys9uρ õÏGtƒ óΟs9uρ ÇÚöF{$#uρ ÏNuθ≈yϑ¡¡9$# à7ù=ãΒ …çµs9 “Ï%©!$#

∩⊄∪ #\ƒÏø)s? çνu£s)sù

Maksudnya: ”Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan(Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya. (Al-Furqan: 2)

5

b. Syirik seseorang yang menyifatkan dirinya atau selainnya dengan sifat kesempurnaan atau orang yang telah menolak salah satu sifat kesempurnaan Allah. Salah satu contoh syirik ini ialah seperti kata Fir’aun:

∩⊄⊆∪ 4n?ôãF{$# ãΝä3š/uO$tΡr& tΑ$s)sù

Maksudnya: "Akulah Tuhanmu yang paling tinggi". (An-Naziat: 24)

Dan katanya juga dalam menolak salah satu sifat Allah:

∩⊄⊂∪ šÏϑn=≈yèø9$# >u‘ $tΒuρ ãβöθtãöÏù tΑ$s%

Maksudnya: “Fir'aun bertanya: "Siapa Tuhan semesta alam itu?" (as-Syu’ara:23)

c.

Syirik bagi seseorang yang beribadah kepada selain Allah dengan segala bentuk peribadatan. Allah SWT berfirman:

($\øx©ÏµÎ/(#θä.Ύô³è@Ÿωuρ©!$#(#ρßç6ôã$#uρ

Maksudnya: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun.” (An-Nisa’: 36)

Oleh itu, melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan percaya kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.

6

Menurut Yusuf Al-Qardawi, syirik terdiri dari dua jenis, dikenali dengan syirik akbar dan syirik asghar. Syirik Akbar ialah syirik yang tidak diampunkan Allah dan pelakunya tidak akan dimasukkan sama sekali ke syurga. Manakala Syirik Asghar pula adalah di antara dosa-dosa besar yang dikhuatiri orang yang melakukannya dan yang berterusan melakukannya akan membawa kepada mati di dalam keadaan kafir jika Allah tidak memberi pertolongan dengan rahmat-Nya sekiranya dia tidak bertaubat sebelum mati.

1. Syirik Akbar Jali (terang) dan Khafi (tersembunyi)

Syirik Akbar terbahagi kepada dua iaitu Syirik Akbar Jali (terang) dan Syirik Akbar Khafi (tersembunyi). Syirik akbar yang terang ialah beribadah kepada satu tuhan atau beberapa tuhan di samping Allah SWT sama ada tuhan tersebut berbentuk objek seperti matahari, bulan atau benda mati seperti berhala atau batu ataupun tuhan tersebut berbentuk binatang seperti anak lembu atau bapak lembu atau tuhan yang berbentuk manusia seperti Firaun yang mendakwa dirinya tuhan.

Ahmad Mohd Salleh (2002) menjelaskan syirik akbar ialah menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu makhluk dari aspek penciptaannya seperti mempercayai ada kuasa lain selain daripada kuasa Allah SWT yang lebih berkuasa. Firman Allah SWT:

∩∠⊄∪ 9‘$|ÁΡr& ôÏΒ šÏϑÎ=≈©à=Ï9 $tΒuρ ( â‘$¨Ψ9$# çµ1uρù'tΒuρ sπ¨Ψyfø9$# ϵøn=tã ª!$# tΠ§ym ôs)sù «!$$Î/ õ8Ύô³ç„ tΒ …çµΡÎ)

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, Maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.” (Surah Al-Ma’idah: 72)

Secara kesimpulannya, Syirik Akbar ialah mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, dengan mempercayai dan menyembah sesuatu yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa, sama ada sebagai pengantara dengan Allah seperti

7

berhala, sebagai anak Allah, isteri, roh ataupun mempunyai kuasa tertentu yang hanya milik Allah SWT. (Mardzelah Makhsin, 2003). Syirik akbar adalah syirik yang sebenar, yang tidak diampunkan oleh Allah SWT dan orang Islam yang melakukannya boleh dijatuhkan hukuman murtad.

Perkara ini dilakukan oleh orang-orang Quraisy kerana pada hakikatnya mereka masih mempercayai kewujudan Allah dan bersumpah dengan nama Allah tetapi mereka mensyirikkan Allah dengan mengambil berhala sebagai sembahan. Oleh itu mereka disebut dalam al-Quran sebagai musyrikun atau kafirun. Begitu juga dengan orang- orang yang beragama Kristian yang mengambil Isa a.s sebagai anak tuhan yang disembah selain daripada Allah demi mendapatkan keampunan. Begitulah juga orang Yahudi yang menganggap Uzair anak Tuhan dan bangsa Yahudi sebagai bangsa yang terpilih di sisi Allah. Oleh kerana itu mereka melakukan syirik yang besar dan ini mengeluarkan mereka daripada agama Tauhid yang dibawa oleh para Nabi, dan rasul terakhir Muhammad SAW. Firman Allah SWT yang bermaksud,

tΑöθs% šχθäÎγ≈ŸÒム( óΟÎγÏδ≡uθøùr'Î/ Οßγä9öθs% šÏ9≡sŒ ( «!$# Úö/$# ßxŠÅ¡yϑø9$# t|Á¨Ψ9$# ÏMs9$s%uρ «!$# ßø$# í÷ƒtãã ߊθßγuø9$# ÏMs9$s%uρ

∩⊂⊃∪ šχθà6sù÷σム4Τr& 4 ª!$# ÞΟßγn=tGs% 4 ãö6s% ÏΒ (#ρãx Ÿ2 tÏ%©!$#

Maksudnya: “ Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-maseh itu putera Allah". Demikianlah itu Ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?” (Surah at-Taubah: 30)

Bagi orang Islam, sesiapa yang mempercayai, meyakini, mentaati dan menyembah apa sahaja perkara yang dianggap berkuasa ataupun menyamai sifat dan keagungan Allah SWT, dia sudah melakukan syirik yang besar dan boleh dijatuhkan hukuman murtad jika enggan bertaubat setelah diberikan penerangan serta peluang. Antara contoh perlakuan syirik yang sering dilakukan dalam masyarakat adalah

8

memohon sesuatu daripada kubur orang yang meninggal dunia, memohon sesuatu daripada makhluk jin dengan cara memuja dan mempersembahkan sesuatu kepada mereka, memuja dan mempercayai ‘kekuasaan’ semua makhluk sama ada pokok, bukit, gua, busut, matahari, bintang, bulan dan sebagainya.

Selain daripada syirik dalam bentuk pemujaan dan permohonan, terdapat juga syirik dalam bentuk penghambaan dan ketaatan kepada selain daripada Allah SWT. Perkara ini terjadi kerana seseorang ataupun sekumpulan orang mematuhi perintah dengan menolak hukum Allah SWT. Perkara ini jelas dalam al-Quran dan as-Sunnah. Firman Allah SWT:

|MøŠŸÒs% $£ϑÏiΒ %[`tym öΝÎηÅ¡à Ρr& þÎû (#ρßÅgsŸω §ΝèO óΟßγoΨ÷t/ tyfx© $yϑŠÏù xßϑÅj3ysム4®Lym šχθãΨÏΒ÷σムŸω y7În/uuρ Ÿξsù

∩∉∈∪ $VϑŠÎ=ó¡n@ (#θßϑÏk=|¡çuρ

Maksudnya: “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (Surah an- Nisaa’ : 65)

Dalam ayat ini, Allah SWT menafikan iman bagi orang yang tidak berhukum dengan hukum-Nya kerana manifestasi keimanan adalah menuntut ketaatan dan kepatuhan kepada perintah-Nya. Keingkaran menggunakan hukum Allah serta pengambilan hukum lain adalah perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dan ini adalah syirik yang nyata. Perkara ini jelas dalam ayat-ayat lain antaranya firman Allah berkenaan ahli-ahli kitab yang mengambil ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan selain Allah. Ini kerana mereka patuh dan taat kepada ahli agama dalam melakukan pendustaan pada agama Allah, “Mereka mengambil orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan al-Maseh Isa bin Maryam, sedang

9

mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah tuhan yang satu, tidak ada tuhan selain dia, Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan”. (Al-Furqan

43)

Allah juga menyifatkan orang yang patuh kepada hawa nafsunya pada hakikatnya mengambil hawa nafsu tersebut sebagai tuhan yang disembah; Firman Allah SWT:

yϑsù Zοuθ≈t±Ïî ÍνΎ|Çt/ 4n?tã Ÿyèy_uρ ϵÎ7ù=s%uρ ϵÏèøÿxœ 4n?tã tΛsyzuρ 5Οù=Ïæ 4n?tã ª!$# ã&©#|Êr&uρ çµ1uθyδ …çµyγ≈s9Î) xsƒªB$# ÇtΒ |M÷ƒutsùr&

∩⊄⊂∪ tβρ㍩.xs? Ÿξsùr& 4 «!$# Ï÷èt/ .ÏΒ ÏµƒÏöκu

Maksudnya: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah Telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah al- Jaatsiyah: 23)

2. Syirik Akbar Khafi

Syirik ini berlaku dalam bentuk percampuran antara amalan yang berunsurkan kekufuran dengan amalan yang berunsurkan Islam serta dicampur dengan kepercayaan karut marut berkaitan kekuasaan sesuatu benda yang menyerupai kuasa Allah SWT. Percampuran ini menyebabkan kecelaruan dalam akidah seseorang kerana hak-hak Allah SWT diberikan atau dikongsikan kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah seperti kekuasaan, pengabdian, pertolongan perlindungan, keikhlasan, sifat-sifat kesempurnaan dan sebagainya. Perkara-perkara ini jika tidak diteliti menyebabkan seseorang terjerumus dalam perangkap syaitan dan dibimbangi pelakunya mati dalam keadaan kufur kepada Allah SWT jika tidak sempat bertaubat.

10

Contohnya bersumpah dengan yang lain daripada Allah seperti bersumpah dengan nama nabi, Kaabah, wali, orang-orang soleh dan sebagainya. Ini kerana manusia hanya layak bersumpah dengan nama Allah sahaja. Bersumpah dengan nama-nama makhluk adalah tidak layak bagi manusia kerana dikhuatiri ia menyamakan makhluk dengan penciptanya. Manakala amalan-amalan yang turut membawa kepada syirik akbar adalah seperti memakai tangkal dengan tujuan menolak kemudaratan atau mendatangkan sesuatu keuntungan dengan pergantungan kepada tangkal tersebut, menggunakan jampi mantera yang mengandungi permohonan pertolongan atau perlindungan daripada selain Allah, mempercayai ramalan ahli nujum atau mengamalkan ilmu nujum, bernazar kepada selain Allah, terlalu mengagungkan sesuatu sama ada nabi, rasul, tempat-tempat tertentu atau objek tertentu sehingga menyamai salah satu sifat Allah SWT dan amalan-amalan lain seumpamanya.

3. Syirik Asghar

Selain daripada syirik akbar terdapat pula jenis syirik yang lain yang diberi nama syirik asghar. Ianya adalah di antara jenis-jenis dosa besar bahkan lebih besar di sisi Allah daripada dosa-dosa besar yang lain.

Menurut Ahmad Mohd Salleh (2002), Syirik Asghar adalah syirik kecil atau syirik amali. Syirik jenis ini tidak menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam. Manakala menurut pendapat Mardzelah Makhsin (2003), syirik Asghar ialah penyekutuan terhadap Allah dalam melakukan ibadat atau amalan kebaikan dengan niat kerana yang lain daripada pengabdian diri kepada Allah SWT. Syirik asghar adalah syirik yang tersembunyi kerana kadang kala tidak disedari oleh orang yang melakukan perkara tersebut. Syirik ini banyak bersangkutan dengan amalan hati seseorang. Ia terjadi apabila sesuatu amalan ketaatan dikerjakan dengan niat yang tidak ikhlas kerana Allah SWT seperti hanya menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, mendapat pujian dan sanjungan bagi sesuatu tujuan seperti perniagaan dan perkahwinan serta tujuan-tujuan yang seumpamanya.

11

Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati- hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab; syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.

Rasulullah SAW juga mengajar doa bagi meminta perlindungan Allah daripada terlibat dengan syirik seperti ini dengan satu doa yang mahsyur. “Ya Allah, kami berlindung dengan engkau daripada melakukan syirik yang kami ketahui dan kami mohon ampun dari engkau daripada syirik yang kami tidak ketahui.”

Oleh itu, melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik. Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka- muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.

12

1.4

KEBURUKAN DAN KEMUDARATAN SYIRIK

Syirik boleh membawa kepada pelbagai kemudaratan dalam kehidupan setiap individu dan masyarakat. Menurut Yusuf Al-Qardawi (1986), di antara yang terpenting adalah:

1. Syirik Menjatuhkan Taraf Kemanusiaan

Syirik menjatuhkan kemuliaan dan darjat manusia. Manusia telah dilantik oleh Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi ini dan telah dimuliakan, disediakan langit dan bumi untuk kegunaannya. Selain dari itu, Allah menjadikan manusia sebagai ketua kepada semua yang ada di alam maya ini tetapi sayangnya manusia itu sendiri jahil terhadap kedudukan dirinya dan menjadikan sesetengah makhluk di alam ini sebagai tuhan yang disembah. Padahal hanya Allah sahaja tuhan seluruh makhluk yang sewajarnya ditaati. Firman Allah SWT:

βÎ) €ßγs)n=yz Ï%©!$# ¬! (#ρßßó$#uρ ̍yϑs)ù=Ï9 Ÿωuρ ħôϑ¤±=Ï9 (#ρßàfó¡n@ Ÿω 4 ãyϑs)ø9$#uρ ߧôϑ¤±9$#uρ â‘$yγ¨Ψ9$#uρ ãøŠ©9$# ϵÏGtƒ#uôÏΒuρ

∩⊂∠∪ šχρßç7÷ès? çν$ƒÎ) öΝçFΖà2

Maksudnya: “Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya kepada-Nya sahaja menyembah.

(Surah Fushshilat: ayat 37)

Ada di antara manusia yang menyembah lembu sedangkan lembu tesebut dijadikan oleh Allah SWT kepadanya untuk digunakan dan dimakan ketika menjadi sembelihan. Tetapi mereka menjadikan lembu itu sembahan suci bagi mereka. Al- Quran menerangkan betapa dahsyatnya manusia ditewaskan oleh syirik:

13

∩⊂⊇∪ 9,‹Åsy5β%s3tΒ ’Îû ßwÌh9$# ϵÎ/ Èθôγs? ÷ρr& çŽö©Ü9$# çµà sÜ÷tFsù Ï!$yϑ¡¡9$# šÏΒ §yz $yϑΡr(s3sù «!$$Î/ õ8Ύô³ç„ tΒuρ

Maksudnya: “Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).

2. Syirik sebagai Sarang Khurafat

(Surah Al-Hajj: ayat 31)

Syirik adalah sebagai sarang kepada pelbagai kebatilan dan khurafat. Hal ini timbul apabila manusia beriktikad dan percaya adanya benda yang boleh memberi kesan selain Allah di alam ini seperti jin atau roh, maka akal mereka ini terdedah kepada pelbagai khuruafat serta membenarkan setiap kata pendusta. Oleh itu, mudah untuk masyarakat syirik mempercayai kata-kata tukang tilik, ahli nujum, pendeta, ahli- ahli sihir dan seumpamanya yang terdiri daripada mereka yang mendakwa mengetahui perkara-perkara ghaib. Oleh itu, wujud golongan yang meletakkan tawakal kepada azimat dan jampi yang berunsur syirik serta sihir, ilmu guna-guna dan seumpamanya.

Kerana itu jugalah Rasulullah SAW bersabda memberi amaran kepada umatnya, sebagaimana riwayat Sayyidina Umar Al-Khattab R.A, maksudnya: “Janganlah kamu terlalu memujaku (sehingga melampaui had sebagai seorang nabi dan rasul kepada darjat ketuhanan dengan mengetahui perkara ghaib dan sebagainya) sebagaimana kaum Nasrani memuja nabi Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya.” [HR Bukhari dan Muslim].

Demikanlah amaran dan tegahan Rasulullah SAW akan perbuatan memuja dan memuji manusia lebih daripada sepatutnya dengan membuat pelbagai gelaran dan anggapan. Ini akhirnya boleh merosakkan diri orang yang dipuja itu sendiri. Marilah kita sama-sama merenung kembali kepada perjalanan dan landasan yang kita lalui di dalam urusan agama kita. Semoga amalan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah SWT.

14

3. Syirik adalah Kezaliman yang Besar Allah SWT berfirman:

∩⊇⊂∪ ÒΟŠÏàtã íΟù=Ýàs9 x8÷ŽÅe³9$# āχÎ) ( «!$$Î/ õ8Ύô³è@ Ÿω ¢o_ç6tƒ …çµÝàÏètƒ uθèδuρ ϵÏΖö/eω ß≈yϑø)ä9 tΑ$s% øŒÎ)uρ

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Daripada firman Allah tersebut, jelas menyatakan syirik adalah suatu kezaliman yang besar iaitu zalim terhadap diri dan zalim terhadap orang lain. Kezaliman terhadap diri sendiri iaitu dengan menjadikan dirinya sebagai hamba kepada makhluk yang seperti dirinya atau seperti yang lain sedangkan Allah menciptakannya sebagai seorang yang merdeka. Manakala kezaliman terhadap orang lain bererti menzalimi sesuatu kerana ia memberikan hak yang tidak selayaknya kepada sesuatu tersebut.

Allah SWT berfirman:

(#þθßϑn=sß 7Θöθs% y^öym ôMt/$|¹r& ;ŽÅÀ $pκŽÏù 8xƒÍÈsVyϑŸ2 $u÷Ρ9$# Íο4θuŠysø9$# ÍνÉyδ ’Îû tβθà)Ï Ζム$tΒ ãsVtΒ

∩⊇⊇∠∪ tβθßϑÎ=ôàtƒ öΝßγ|¡à Ρr& ôÅ3≈s9uρ ª!$# ãΝßγyϑn=sß $tΒuρ 4 çµ÷Gx6n=÷δr'sù öΝßγ|¡à Ρr&

Maksudnya: “Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.”

(Surah Al-Imran: ayat 117)

15

4.

Syirik Punca Ketakutan

Muhammad Abdurrahman Al-Khumayyis (1995), orang yang melakukan perbuatan syirik sebenarnya tidak lagi mempercayai Allah SWT dan tidak lagi bertawakkal (bergantung) kepada-Nya. Orang seperti ini akan hidup terumbang-ambing di antara keraguan dan khurafat. Akalnya menerima khurafat dan membenarkan segala kebatilan. Ini akan menjadikannya takut kepada pelbagai perkara, takut kepada tuhan- tuhan, penjaga-penjaga tuhan, prasangka-prasangka yang disebarkan oleh penjaga- penjaga tuhan, tukang-tukang tilik dan pengikut-pengikut mereka.

Mereka juga sangat takut tentang nasib hidupnya, rezekinya, cubaan yang akan dihadapinya dan segala-galanya tentang kehidupan. Dengan demikian tersebarlah prasangka buruk dan merasa bimbang tanpa sebab yang jelas. Kecelaruan di dalam jiwa seperti ini merupakan kesengsaraan hidup. Hal ini bertepatan dengan firman Allah:

}§øÎ/uρ 4 â‘$¨Ψ9$# ãΝßγ1uρù'tΒuρ ( $YΖ≈sÜù=ßϵÎ/ öΑÍitムöΝs9 $tΒ «!$$Î/ (#θà2uŽõ°r& !$yϑÎ/ |=ôã9$# (#ρãx x. šÏ%©!$# É>θè=è% ’Îû É)ù=ãΖy

∩⊇∈⊇∪ šÏϑÎ=≈©à9$# uθ÷VtΒ

Maksudnya: “Akan kami isikan ke dalam hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan tentang itu. dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.”

16

(Ali Imran: ayat 151)

5.

Syirik Penghalang Kemahuan Manusia

Syirik adalah penghalang kepada kehendak-kehendak dan kerja-kerja manusia yang berfaedah. Ia juga sebagai penghalang kepada keyakinan diri sendiri dan Allah kerana syirik mengajar manusia supaya bertawakal kepada pemberi-pemberi syafaat dan orang-orang perantaraan, lalu mereka lakukan dosa dan kemungkaran yang membinasakan. Mereka percaya bahawa tuhan-tuhan mereka akan memberi pertolongan kelak di sisi Allah SWT. Inilah pegangan yang pernah diiktikadkan oleh musyrikin Arab terhadap tuhan-tuhan dan berhala mereka. Firman Allah SWT:

4 «!$# yΨÏã $tΡàσyèx ä© ÏIωàσyδ šχθäà)tƒuρ óΟßγãèx Ζtƒ Ÿωuρ öΝèδŽÛØoŸω $tΒ «!$# Âχρߊ ÏΒ šχρßç7÷ètƒuρ

Maksudnya: “Dan mereka menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) dapat mendatangkan kemanfaatan dan mereka berkata: "Mereka (yang kami sembah itu) adalah pemberi- pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah".

(Surah Yunus: ayat 18)

Hal seumpama ini juga berlaku kepada orang-orang Nasrani di mana mereka melakukan pelbagai kemungkaran yang dikehendaki oleh hawa nafsu mereka. Mereka mempercayai bahawa tuhan mereka (al-Maseh) telah menghapuskan segala kesalahan mereka ketika ia disalib dulunya dengan anggapan bahawa itu satu tebusan buat manusia sejagat.

17

6.

Akibat Syirik di Akhirat

Perkara-perkara yang telah dinyatakan sebelum ini merupakan kesan-kesan di dunia, manakala kesan di akhirat pula cukup dengan balsan dan kemurkaan terhadap dosa-dosa yang tidak terampun. Firman Allah SWT:

∩⊆∇∪ $¸ϑŠÏàtã $¸ϑøOÎ) #uŽtIøù$# Ïs)sù «!$$Î/ õ8Ύô³ç„ tΒuρ 4 â!$t±o„ yϑÏ9 y7Ï9≡sŒ tβρߊ $tΒ ãÏ øótƒuρ ϵÎ/ x8uŽô³ç„ βr& ãÏ øótƒ Ÿω ©!$# ¨βÎ)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan Dia akan mengampunkan segala dosa yang selain dari (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakinya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An-Nisaa’: ayat 48)

Orang yang syirik ini kesudahannya tiada tempat lain kecuali dicampakkan ke dalam api neraka, mereka ini diharamkan masuk ke dalam syurga. Firman Allah SWT:

∩∠⊄∪ 9‘$|ÁΡr& ôÏΒ šÏϑÎ=≈©à=Ï9 $tΒuρ ( â‘$¨Ψ9$# çµ1uρù'tΒuρ sπ¨Ψyfø9$# ϵøn=tã ª!$# tΠ§ym ôs)sù «!$$Î/ õ8Ύô³ç„ tΒ …çµΡÎ)

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". (Surah Al-Maaidah: ayat 72) Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis shahih sebagaimana diriwayatkan oleh Jabir r.a:

ﺭﺎ ﻨﻟﺍ ﻞﹶ ﺧﺩ ﺎﹰﺌﻴﺷ ﻪﹺ ﺑ ﻙﹺ ﺮﺸﻳ ﷲﺍُ

ﻲﻘﹶﻟ ﻦ ﻣ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menemui Allah (mati) sedang ia mempersekutukannya dengan sesuatu akan masuk neraka.”

18

(Riwayat Muslim)

Bibliografi

Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abu Mu’tashim Billah (1999). 77 Cabang Iman dan Pembatalannya. Selangor:

Pustaka Ilmi.

Ahmad Mohd Salleh (2002). Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru Jilid II. Selangor:

Penerbit Fajar Bakti.

Mardzelah Makhsin (2003). Pendidikan Islam 2. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Sulaiman Yasin (1997). Aqidah Muslim (Mengenal Allah). Bangi: Yayasan Salman.

Muhammad Abdurrahman Al-Khumayyis (1995). Syirik dan Sebabnya. Jakarta:

Gema Insani Press.

Muhammad Abdul Wahhab (1979). Mengikuti Aqidah (Muslim) Angkatan Pertama Tentang Mengesakan Allah yang Menjadi Haq Allah atas Hamba-Nya (Ma’a ‘Aqiedatus Salaf Kitabut Tauhid Alladzi Huwa Haqqullah ‘Alal ‘Abied). Diterjemahkan oleh Abd Moechid et. al. Surabaya: Penerbit PT Bina Ilmu. (Teks asal dalam Bahasa Arab)

Muhammad Imaduddin Abdul Rahim (1994). Kuliah Tauhid. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.

Yusuf Al-Qardawi (1986). Pengertian Tauhid (Hakikatul Tauhid). Diterjemahkan oleh Abdul Majid Abdullah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. (Teks asal dalam Bahasa Arab)

19