Pendidikan
Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di
rujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf ‘R’
adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin
tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau
tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asas
selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik
dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata
Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:
Selain itu, guru dapat mengintegrasikan seni muzik dalam tajuk ini dengan
meminta pelajar membuat bunyi pokok tumbang, bunyi desiran angin yang
bertiup daun gugur dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung
murid dapat menggunakan pengalaman sedia ada mendengar bunyi-bunyi
tersebut dan meniru bunyi-bunyi tersebut.
Dalam tajuk ini, seni muzik dan seni pergerakan dapat diintegrasikan
bersama dengan menyanyikan lagu ‘Jika Rasa Gembira’. Selepas melakukan
aktiviti ini, murid dapat menyelaraskan pergerakan mengikut rentak muzik.
Melalui aktiviti ini juga, murid dapat bergerak, berfikir dan merasai sesuatu
secara langsung serta mempelajari pelbagai domain iaitu psikomotor, kognitif
dan afektif. Melalui pergerakan seperti ini, murid juga dapat mempelajari tentang
diri sendiri.
Melalui aktiviti menyanyi lagu ini, murid dapat menyanyi beramai-ramai,
murid berpeluang mewujudkan suasana yang harmonis. Suasana sedemikian
dapat mencetuskan perhubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid
dengan rakan-rakannya.
(i) Nyatakan perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih.
a) Aktiviti Muzik
Di awal pengajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaran
iaitu ‘ Menghormati Ayah dan Ibu’ sebagi set induksi. Kemudian guru
mengedarkan lirik lagu yang bertajuk ‘Ayah Ibu’ kepada setiap murid dan
memasang kaset lagu ‘Ayah Ibu’ untuk diperdengarkan kepada murid-murid.
Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Aktiviti ini boleh
menimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru
kerana murid berasa seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepada
pembelajaran lebih menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajar
yang mempunyai jenis kecerdasan pelbagai muzik. Kemudian, pelajar boleh
diberi peluang untuk bermain alat muzik yang mudah dan memainkan lagu-lagu
mudah yang bertemakan keluarga. Penggubahan lirik lagu yang masih
mengekalkan lagu-lagu pendidikan yang sama juga boleh membantu pelajar
menjadi semakin berminat terhadap pelajaran.
b) Aktiviti Pergerakan
Setelah menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan, satu lagi elemen yang
tidak kurang pentingnya ialah seni visual. Semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung, guru boleh mengambil inisiatif dengan memberi
sekeping kertas kepada murid-murid dan meminta mereka melukis ahli keluarga
mereka. Lukisan mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna, cukup sekadar
menunjukkan keprihatinan mereka terhadap bilangan ahli keluarga mereka. Ini
sudah cukup untuk menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersama
keluarga. Lukisan yang kelihatan mesra menunjukkan perhubungan
kekeluargaan mereka yang memang erat dan terjalin kukuh. Penggunaan warna
dalam lukisan mereka juga menonjolkan keadaan keluarga mereka melalui
pandangan mereka sendiri.
Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapat
membantu murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis dan
penghargaan melalui aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan.
Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat memperolehi pendekatan yang
mendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai murni orang lain.
Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai murni
seperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu sama
lain.
iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid
meneroka, memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah
kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses pengajaran dan
pembelajaran?
Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dan
tema pelajaran bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar. Moldstat (1974) berpendapat media (alat dan bahan) jika
digunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur dan tutur) akan
meningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ ini, guru
menggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannya
dengan tajuk tersebut.
Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks
Pendidikan Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam
tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ dan kemudian meminta murid-murid membaca teks
tersebut beramai-ramai. Guru boleh menanamkan konsep pemahaman daripada
teks yang dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan melakukan aktiviti
lakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak dengan
lebih jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan murid
tersebut seorang yang lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat
membina sosialisasi dengan lebih baik. Selain itu, penglibatan murid dalam
aktiviti ini juga dapat melatih murid lebih berkeyakinan diri.
Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guru
atau pengajar itu mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,
sifat murid, kebolehan penuntut dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alat
dan bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
merangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu mengajar, guru
akan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan dengan
adanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.
KESIMPULAN
Abdul Hafidz bin Haji Omar. (2004). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Haji Hishamuddin Haji Suhaimi (2000), KBSR: Pendidikan Islam Tahun 2, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Juriah Long. (2000). Bahasa Malaysia Tahun 2, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Modul HBEF 1403 : Seni Dalam Pendidikan, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala
Lumpur.
Prof. Madya Dr. Zurida Ismail (2003), Pendidikan Sains Prasekolah, PTS
Publication & Distributors Sdn. Bhd, Pahang Darul Makmur.
Ustaz Baharuddin Kulup Harun (1997), Pendidikan Islam Tahun 2, Sasbadi SDN
BHD, Selangor Darul Ehsan.