Anda di halaman 1dari 7

SUKATAN/DOKUMEN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM 2014

TAHUN 1, & 2 BENTUK KURIKULUM Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) : Memberikan penekanan kepada kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran, pemantapan asas-asas akidah, ibadah dan adab serta menjadikan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai iktibar dalam kehidupan. Bahan Kurikulum yang digunakan ialah Dokumen Standard Kurikulum (Standard Kandungan & Standard Pembelajaran) Standard Kandungan terdiri daripada 7 modul iaitu Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah, Adab & Jawi. Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit BENTUK PENTAKSIRAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pentaksiran Formatif dijalankan secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal pasti perlu diatasi melalui aktiviti pemulihan dan kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid (Dilakukan 2 kali setahun). Menggunakan Standard Prestasi yang melibatkan Band & Pernyataan Standard seperti berikut : Band 1 Mengetahui asas membaca al-Quran, Hadis terpilih, menghafaz surah tertentu, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan jawi. Band 2 Memahami asas bacaan al Quran, hadis terpilih, menghafaz surah-surah tertentu, memahami asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan jawi. Band 3 Mempamerkan kebolehan asas membaca al Quran dan hadis terpilih, menghafaz surah-surah hafazan, melakukan asas ibadah, adab, memahami asas akidah, sirah Rasululllah SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi. Band 4 Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, hadis terpilih, menghafaz surah-surah hafazan, menghayati asas akidah, sirah Rasulullah SAW, melaksanakan ibadah, adab tertentu serta mampu membaca dan menulis jawi. Band 5 Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran dan hadis terpilih, menghafaz surah-surah hafazan dengan betul, menghayati asas akidah dan sirah Rasulullah SAW, mengaplikasi ibadah dan adab serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik. Band 6 Mahir membaca al-Quran dan hadis terpilih, menghafaz surahsurah hafazan dengan sempurna, menghayati akidah dan sirah Rasulullah SAW, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan harian serta mahir membaca dan menulis jawi.

TAHUN 3

BENTUK KURIKULUM Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) : Menekankan kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran, membaca dan memahami pengajaran hadis, pemantapan akidah, ibadah dan adab serta menjadikan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai iktibar dalam kehidupan. Bahan Kurikulum yang digunakan ialah Dokumen Standard Kurikulum (Standard Kandungan & Standard Pembelajaran) Standard Kandungan terdiri daripada 7 modul iaitu Al-Quran, Hadis, Aqidah, Ibadah, Sirah, Adab & Jawi. Bahan Sokongan yang digunakan ialah Buku Teks, Panduan Pengajaran, Buku Panduan Kreativiti, Buku Panduan Keusahawanan & Buku Panduan TMK. Melibatkan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit.

BENTUK PENTAKSIRAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) : Pentaksiran Formatif dijalankan secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal pasti perlu diatasi melalui aktiviti pemulihan dan kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid (Dilakukan 2 kali setahun). Menggunakan Standard Prestasi yang melibatkan Band & Pernyataan Standard seperti berikut : Band 1 Mengetahui asas membaca al-Quran, Hadis terpilih, menghafaz surah tertentu, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan jawi. Band 2 Memahami asas bacaan al Quran, hadis terpilih, menghafaz surah-surah tertentu, memahami asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan jawi. Band 3 Mempamerkan kebolehan asas membaca al Quran dan hadis terpilih, menghafaz surah-surah hafazan, melakukan asas ibadah, adab, memahami asas akidah, sirah Rasululllah SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi. Band 4 Mempamerkan kemahiran membaca al-Quran, hadis terpilih, menghafaz surah-surah hafazan, menghayati asas akidah, sirah Rasulullah SAW, melaksanakan ibadah, adab tertentu serta mampu membaca dan menulis jawi. Band 5 Mengaplikasi kemahiran membaca al-Quran dan hadis terpilih, menghafaz surah-surah hafazan dengan betul, menghayati asas akidah dan sirah Rasulullah SAW, mengaplikasi ibadah dan adab serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik. Band 6 Mahir membaca al-Quran dan hadis terpilih, menghafaz surahsurah hafazan dengan sempurna, menghayati akidah dan sirah Rasulullah SAW, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan harian serta mahir membaca dan menulis jawi.

TAHUN 4 BENTUK KURIKULUM Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) : Menekankan kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran, membaca dan memahami pengajaran hadis, pemantapan akidah, ibadah dan adab serta menjadikan sirah Rasulullah s.a.w. sebagai iktibar dalam kehidupan. Bahan Kurikulum yang digunakan ialah Dokumen Standard Kurikulum (Standard Kandungan & Standard Pembelajaran) Standard Kandungan terdiri daripada 7 modul iaitu Al-Quran, Hadis, Aqidah, Ibadah, Sirah, Adab & Jawi. Bahan Sokongan yang digunakan ialah Buku Teks, Panduan Pengajaran, Buku Panduan Kreativiti, Buku Panduan Keusahawanan & Buku Panduan TMK. Melibatkan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit. BENTUK PENTAKSIRAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) : Pentaksiran Formatif dijalankan secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal pasti perlu diatasi melalui aktiviti pemulihan dan kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid (Dilakukan 2 kali setahun). Menggunakan Standard Prestasi yang melibatkan Band & Pernyataan Standard seperti berikut : Band 1 Mengetahui asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan jawi. Band 2 Memahami asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan jawi. Band 3 Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, melakukan asas ibadah dan adab, memahami sirah Rasululllah SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi. Band 4 Mempamerkan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah terpilih, hadis pilihan, menghayati asas akidah, melaksanakan ibadah, adab tertentu, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi. Band 5 Mengaplikasikan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan betul, menghayati hadis pilihan dan asas akidah, mengaplikasikan ibadah dan adab tertentu dalam kehidupan seharian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi dengan baik. Band 6 Mahir membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan sempurna, menghayati hadis pilihan dan akidah, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan seharian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mahir membaca dan menulis jawi.

TAHUN 5 & 6 BENTUK KURIKULUM BENTUK PENTAKSIRAN

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) : (KBSR) : Tumpuan khusus mata pelajaran Format pelaporan bagi pelaksanaan PKSR pula ialah ini ialahpendidikan asas tilawah aldalam bentuk markah 30 dan 70 yang perlu Quran, pembentukan akidah dan dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan bimbingan Asas Fardu Ain, Oktober. pemupukan amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syariat Islam, penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid. Bahan Kurikulum yang digunakan ialah Huraian Pelajaran & Sukatan Pelajaran. Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Bidang Pelajaran terdiri daripada iaitu Al-Quran, Aqidah, Ibadah, Sirah, Adab, & Jawi.

SUKATAN/DOKUMEN KURIKULUM BAHASA ARAB 2014


TAHUN 1, 2 & 3 BENTUK KURIKULUM Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) : Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah bertujuan untuk menanam minat murid mempelajari asas bahasa Arab dan menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi menggunakan ayat mudah. Menggunakan DSKP yang menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). Kandungan Pelajaran : Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang betul. Bertutur mengikut situasi tertentu. Membaca perkataan, ayat dan perenggan dengan bacaan yang betul. Menulis huruf, perkataan, ayat dan perenggan dengan tulisan yang betul. Mempraktikkan asas tatabahasa bahasa Arab dalam pertuturan dan penulisan. Menghafaz kata-kata hikmah dan perumpamaan yang terpilih dan memperdengarkannya. Menggunakan bahasa Arab fushah dalam pertuturan dan penulisan. Mengaplikasikan nilai murni dan tingkahlaku positif bagi membentuk keperibadian yang unggul demi agama, bangsa dan negara. Bahan Kurikulum yang digunakan ialah Dokumen Standard Kurikulum (Standard Kandungan & Standard Pembelajaran) Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit. BENTUK PENTAKSIRAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pentaksiran Formatif dijalankan secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal pasti perlu diatasi melalui aktiviti pemulihan dan kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid (Dilakukan 2 kali setahun). Menggunakan Standard Prestasi yang melibatkan Band & Pernyataan Standard seperti berikut : Band 1 Murid mengetahui asas mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Band 2 Murid mengetahui dan memahami perkara yang didengar, disebut, dibaca dan ditulis. Band 3 Murid mengetahui, memahami dan memberi respons terhadap perkara yang didengar, disebut, dibaca dan ditulis. Band 4 Murid mengetahui, memahami dan memberi respons dengan beradab terhadap perkara yang didengar, disebut, dibaca dan ditulis. Band 5 Murid mengetahui, memahami dan memberi respons dengan sopan pada situasi yang betul terhadap perkara yang didengar, disebut, dibaca dan ditulis. Band 6 Murid mengetahui, memahami dan memberi respons pada situasi yang betul dengan berhemah tinggi terhadap perkara yang didengar, disebut, dibaca dan ditulis.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

TAHUN 4 BENTUK KURIKULUM Dokumen Standard Kurikulum & Prestasi (DSKP) : Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah rendah bertujuan untuk menanam minat murid mempelajari asas bahasa Arab dan menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi menggunakan ayat mudah. Menggunakan DSKP yang menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi). Kandungan Pelajaran : Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang betul. Bertutur mengikut situasi tertentu. Membaca perkataan, ayat dan perenggan dengan bacaan yang betul. Menulis huruf, perkataan, ayat dan perenggan dengan tulisan yang betul. Mempraktikkan asas tatabahasa bahasa Arab dalam pertuturan dan penulisan. Menghafaz kata-kata hikmah dan perumpamaan yang terpilih dan memperdengarkannya. Menggunakan bahasa Arab fushah dalam pertuturan dan penulisan. Mengaplikasikan nilai murni dan tingkahlaku positif bagi membentuk keperibadian yang unggul demi agama, bangsa dan negara. Bahan Kurikulum yang digunakan ialah Dokumen Standard Kurikulum (Standard Kandungan & Standard Pembelajaran) Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit. BENTUK PENTAKSIRAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Pentaksiran Formatif dijalankan secara berterusan semasa pembelajaran dan pengajaran untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Kelemahan murid yang dikenal pasti perlu diatasi melalui aktiviti pemulihan dan kekuatan murid perlu ditingkatkan melalui aktiviti pengayaan. Pentaksiran sumatif dilaksanakan untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid (Dilakukan 2 kali setahun). Menggunakan Standard Prestasi yang melibatkan Band & Pernyataan Standard seperti berikut : Band 1 Murid tahu perkara asas dan boleh melakukan kemahiran asas berbahasa dengan bantuan/bimbingan. Band 2 Murid tahu dan boleh melakukan kemahiran berbahasa dengan betul tanpa bantuan/bimbingan. Band 3 Murid tahu dan boleh melakukan kemahiran berbahasa dengan betul tanpa bantuan/bimbingan dengan tekal. Band 4 Murid tahu dan boleh melakukan kemahiran berbahasa dengan betul tanpa bantuan/bimbingan dengan tekal, serta menepati situasi. Band 5 Murid tahu dan boleh melakukan kemahiran berbahasa dengan betul tanpa bantuan/bimbingan dengan tekal, serta menepati situasi secara sukarela. Band 6 Murid tahu dan boleh menunjukkan kemahiran berbahasa dengan betul tanpa bantuan/bimbingan dengan tekal, dan iltizam serta menepati situasi.

i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii)

TAHUN 5 & 6 BENTUK KURIKULUM BENTUK PENTAKSIRAN

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) : (KBSR) : Bahan Kurikulum yang digunakan Format pelaporan bagi pelaksanaan PKSR pula ialah ialah Huraian Pelajaran & Sukatan dalam bentuk markah 30 dan 70 yang perlu Pelajaran. dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Kandungan Pelajaran : Oktober. ix) Menyebut huruf dan perkataan dengan sebutan yang betul. x) Bertutur mengikut situasi tertentu. xi) Membaca perkataan, ayat dan perenggan dengan bacaan yang betul. xii) Menulis huruf, perkataan, ayat dan perenggan dengan tulisan yang betul. xiii) Mempraktikkan asas tatabahasa bahasa Arab dalam pertuturan dan penulisan. xiv) Menghafaz kata-kata hikmah dan perumpamaan yang terpilih dan memperdengarkannya. xv) Menggunakan bahasa Arab fushah dalam pertuturan dan penulisan. xvi) Mengaplikasikan nilai murni dan tingkahlaku positif bagi membentuk keperibadian yang unggul demi agama, bangsa dan negara. Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Anda mungkin juga menyukai