Anda di halaman 1dari 25

Angkasa

Matahari Asteroid Meteor Komet Pergerakan matahari relatif kepada bumi Masa Ahli kumpulan : Ahmad Faris Muhammad Afham Nur Amirah Nur Izzah

Komet
Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak mengelilingi matahari di angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Namun disebabkan oleh asalnya komet dari luar sistem suria, dan kecenderungannya tertarik kepada planet besar, orbit komet sentiasa berubah. Sesetengah akan terlalu hampir dengan matahari lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya. Apa yang pasti, komet yang cerah akan menarik perhatian ramai.

Komet secara fizikal


Komet dipercayai berasal dari sejenis awan yang jauh dipanggil awan Oort. awan Oort mengandungi berjuta-juta nukleus komet, yang stabil disebabkan sinaran matahari adalah lemah pada jarak tersebut. Awan Oort membekalkan komet baru secara berterusan, menggantikan yang telah dimusnahkan. Ketika komet menghampiri bahagian dalam Sistem suria, radiasi dari matahari menyebabkan lapisan luar ais mengewap.

Fizikal Komet
Saiz diameter nukleus (bahagian pejal di tengah) komet biasanya kurang dari 50 km. Namun saiz koma yang mengelilingi nukleus boleh mencapai 250,000 km lebar. Ekor komet pula boleh mencapai lebih 150,000,000 km (1 AU) panjang. Koma dan ekor komet membalikkan cahaya matahari dan boleh dilihat dari bumi jika komet itu cukup dekat. Ekor komet berbeza-beza bentuk dan saiznya. Lebih dekat komet tersebut dengan matahari, lebih panjanglah ekornya. Ada juga komet yang tidak berekor.

Ciri orbit
Komet bergerak mengelilingi matahari berkali-kali, tetapi peredarannya memakan masa yang lama. Komet dikelaskan mengikut tempoh masaorbitnya. Tempoh masa pendek adalah kurang dari 200 tahun manakala tempoh masa panjang adalah melebihinya. Secara umumnya bentuk orbit komet adalah elips.

Komet yang terkenal


Ahli falak telah menyenaraikan beribu-ribu buah komet, antara yang terkenal ialah: Komet Halley, muncul 76 tahun sekali Komet Hale-Bopp, dijangkakan kembali sekitar 4380

Komet Encke, muncul 3 tahun sekali


Komet West, tempoh orbit sekitar 254,000 tahun

Pergerakan Matahari Relatif Kepada Bumi

Putaran Bumi serta Kesannya


Cara Bumi Berputar

Di atas paksinya dari Barat ke Timur Paksi bumi menganjur dari kutub utara ke kutub selatan Condong pada sudut 661/2 .

Putaran Bumi

PUTARAN BUMI dan masa Planet di Sistem suria

Bumi berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi matahari. Bumi bergerak dari barat ke Timur dari paksinya. Paksi bumi ialah garisan bayangan yang menganjur dari kutub Utara ke kutub Selatan secara condong pada sudut 66 darjah dari satah orbit. Bumi berputar 24 jam sehari

KESAN PUTARAN BUMI

Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat Siang & Malam Air pasang & air surut Pembiasan angin dan arus lautan pada setiap hari

Masa

Jarak dari matahari : 57.9 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 88 hari Bilangan satelit semulajadi / bulan : 0

Jarak dari Matahari : 108.2 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 225 hari Bilangan satelit semula jadi / bulan : 0

Jarak dari Matahari : 149.6 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 365 hari Bilangan satelit semulajadi / bulan : 1

Jarak dari Matahari : 227.9 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 687 hari Bilangan satelit semulajadi : 2

Jarak dari Matahari : 778.3 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 11.8 tahun Bilangan satelit semula jadi : 16

Jarak dari Matahari : 1 427 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 29 tahun Bilangan satelit semula jadi / bulan : 18

Jarak dari Matahari : 2 871 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 84 tahun Bilangan satelit semula jadi / bulan : 15

Jarak dari matahari : 4 497.1 juta km Masa untuk satu peredaran lengkap : 165 tahun Bilangan satelit semula jadi / bulan : 8