Anda di halaman 1dari 20

M3K2 MENGENDALIKAN LATIHAN KERJA

DISEDIAKAN OLEH : PUAN MARSILAH ANUM BT MARHAM PUAN SITI KHADIJAH BT AHMAD RAMLI

PENGENALAN FAKTOR KEPERLUAN LATIHAN KERJA TUJUAN DAN MANFAAT LATIHAN KERJA SISTEM LATIHAN DALAM PERSEKITARAN ORGANISASI MODUL LATIHAN SISTEMATIK PENUTUP

PENGENALAN
Latihan merupakan satu proses pembelajaran yang sistematik dan terancang untuk para pekerja dalam sesebuah organisasi. Latihan mempunyai prosedurprosedur pelaksanaan tersendiri yang bertujuan untuk mengurangkan jurang prestasi kerja semasa dengan prestasi kerja yang diharapkan oleh organisasi.

Latihan bertujuan mempertingkatkan dan menambah nilai pengetahuan, memantapkan kemahiran kerja dan mengubah sikap (KSA knowledge, skills and attitude ) yang diperlukan oleh pekerja. Latihan kebiasaannya berorientasikan keperluan dan kepentingan jangka pendek atau kesan atau perubahan diharapkan akan berlaku sejurus selepas seseorang pekerja tamat mengikuti satu-satu program latihan.

FAKTOR KEPERLUAN LATIHAN KERJA


Persaingan di pasaran Perubahan yang pantas dan berterusan Masalah pemindahan teknologi Demografi yang berubah-ubah

TUJUAN DAN MANFAAT LATIHAN KERJA


UMUM ORGANISASI
Mempertingkatkan produktiviti pekerja Meningkatkan kepuasan kerja Memastikan pekerja menurut peredaran zaman Membantu mendorong pekerja Keuntungan yang lebih tinggi Produktiviti pekerja yang lebih tinggi Mempertingkatkan imej organisasi Kadar pusing ganti kakitangan yang rendah Pembentukan budaya organisasi hasil dari latihan kumpulan pekerja Kepuasan kerja Peluang merealisasikan potensi diri Mempercepatkan proses pembelajaran pekerja Mempertingkatkan kecekapan dan kelayakan pekerja Berpeluang untuk kenaikan pangkat dan gaji

PEKERJA

SISTEM LATIHAN DALAM PERSEKITARAN ORGANISASI


INPUT
KEPERLUAN

PROSES
ANALISIS

OUTPUT
PENGETAHUAN

ORGANISASI KEPERLUAN PEKERJA BAJET PERALATAN STAF

REKABENTUK PEMBANGUNAN PELAKSANAAN PENILAIAN

KEMAHIRAN SIKAP MOTIVASI PRESTASI KERJA

SISTEM LATIHAN

INPUT
Dalam tahap input terkandung di dalamnya unsur keperluan atau tuntutan oleh pihak organisasi terhadap sesuatu program latihan kerja. Ia merangkumi bajet yang mencukupi untuk melaksanakan latihan. Selain itu, latihan akan berjalan sempurna dengan adanya peralatan latihan dan staf pelaksanan program latihan.

PROSES
Gambaran intipati sebenar program latihan. Analisis keperluan latihan Merekabentuk latihan (Kandungan latihan, Tempat latihan, Jawatankuasa pelaksana, Kumpulan sasaran) Pelaksanaan latihan Penilaian latihan (Edaran borang soal selidik)

OUTPUT
Gambaran hasil pelaksanaan program latihan. Organisasi mengharapkan wujudnya motivasi kerja yang lebih mantap dan kepuasan kerja yang lebih tinggi dikalangan pekerja yang telah mengikuti program latihan.

MODEL LATIHAN SISTEMATIK


Mengenalpasti Keperluan Latihan

Menganalisis Kerja

Membentuk Objektif Latihan

Menilai Latihan

Menentukan Kumpulan Sasaran

Melaksanakan Latihan

Menyediakan Program Latihan

Menganalisis Keperluan Latihan


Untuk mengenalpasti kakitangan yang memerlukan latihan kerja serta bidang latihan kerja yang diperlukan. Dengan mengenalpasti jurang prestasi iaitu perbezaan yang wujud antara tahap prestasi kerja semasa yang ditunjukkan dengan tahap prestasi yang dikehendaki oleh organisasi. 3 bentuk analisis : Analisis Organisasi Analisis Kerja Analisis Individu

Menganalisis Kerja
5 langkah untuk menganalisis kerja:
1. Mendapatkan huraian kerja daripada syarikat. 2. Mengenalpasti tugas yang terlibat semasa menjalankan kerja dalam program latihan. 3. Mengenalpasti pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan sikap yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu tugas. 4. Membentuk objektif latihan. 5. Merekabentuk program latihan.

Membentuk Objektif Latihan


Ditetapkan berdasarkan Analisis Keperluan Latihan. Penting untuk pelatih menilai pencapaian mereka sendiri. Membantu kerja penilaian latihan yang menjadi pengukur kepada tahap kejayaan atau kegagalan sesebuah program latihan.

Menentukan Kumpulan Sasaran


Ditetapkan berdasarkan Analisis Keperluan Latihan.

Menyediakan Keperluan Latihan


Jawatankuasa pelaksana Kertas kerja / cadangan (Proposal Paper) program latihan Kumpulan sasaran Tarikh pelaksanaan Fasilitator / Penceramah Bajet Peralatan latihan Tempahan tempat dan makanan untuk program latihan Jadual program Teknik dan kaedah latihan Modul program latihan

Melaksanakan Latihan
Jawatankuasa pelaksana perlu memastikan : 1. Program berjalan seperti yang dirancangkan. 2. Kemudahan penginapan, makanan dan lainlain dalam keadaan baik. 3. Kandungan latihan dapat disampaikan dengan baik. 4. Wujud aliran training transfer yang baik daripada penceramah kepada pelatih. 5. Penilaian terhadap keberkesanan latihan yang dilaksanakan.

Menilai Latihan
Penilaian latihan adalah pengumpulan maklumat berbentuk pertimbangan secara sistematik untuk membuat keputusan mengenail latihan yang berkesan.

Menilai Latihan
4 peringkat penilaian latihan: a) Penilaian reaksi apa yang dirasakan oleh peserta terhadap program latihan yang dihadiri sama ada berguna atau tidak kepada dirinya. b) Penilaian pembelajaran - melihat kepada persoalan adakah peserta belajar seperti mana yang ingin dicapai dalam objektif program latihan. c) Penilaian perlakuan (dalam pekerjaan) ia melibatkan persoalan seperti : Adakah input yang dipelajari dalam program latihan digunakan di tempat kerja? d) Penilaian output/hasil Kesan program latihan yang ditunjukkan pelatih selepas mengikuti latihan dan sumbangannya kepada pihak organisasi.

Penutup
Latihan kerja merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi terutamanya dari sudut perkembangan kakitangan. Melalui latihan kerja dapat mengikuti arus perubahan dalam pelbagai aspek perubahan dalam pelbagai aspek dan bidang yang sentiasa berlaku di dalam organisasi.