1. PERANCANGAN & PELAN TINDAKAN DALAM KERTAS CADANGAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA ANTARA KELOMPOK SEKOLAH SEMPENA PROGRAM 1 MURID 1 SUKAN
DISEDIAKAN OLEH: SYARUDIN BIN IBRAHIM 761104-04-5227 / 2012141360117 PPG BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH AMBILAN FEBRUARI 2012 MEI 2016 SEMESTER 4
UNTUK PERHATIAN:
ENCIK SHAHRIN BIN ABIDIN
TARIKH HANTAR: 21 SEPTEMBER 2013
ISI KANDUNGAN
BIL
PERKARA
MUKA SURAT
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15
Halaman Pengakuan Penghargaan Rasional Konsep Jadual Acara Penyertaan Dan Penglibatan Perancangan Pelan Tindakan Pelaksanaan Kewangan / Anggaran Perbelanjaan Jawatankuasa Pengelola Tentatif Kejohanan Tugas Kepegawaian Jenis Dan Bilangan Peralatan Lampiran (Contoh-contoh surat) Rujukan
3 4 5 7 8 12 15 18 20 21 33 35 41 44 52
HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kerja kursus pendek (KKP) WAJ 3112 Kokurikulum Olahraga ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, Encik Shahrin Bin Abidin yang sangat pemurah dalam mencurahkan ilmu kepada kami dan rakan-rakan tanpa mengenal penat dan jemu. Kami percaya jika beliau tidak membantu, kerja kursus ini tidak akan berjaya mencapai standard yang dikehendaki. Seterusnya diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan seunit yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan maklumat yang pada kami sangat berguna dalam penghasilan kerja kursus ini agar menjadi semakin mantap dan baik. Diharapkan kalian semua dapat berkongsi maklumat lagi kelak. Tidak dilupakan sama sekali, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih buat rakan-rakan sekelas atas usaha dan komitmen bagi kejayaan kami menuntut di IPG. Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Sekian, terima kasih.
1. Perancangan & Pelan Tindakan Dalam Kertas Cadangan Kejohanan Mini Olahraga Antara Kelompok Sekolah Sempena Program 1 Murid 1 Sukan a) Objektif, konsep, butiran maklumat dan acara kejohanan. 1.0 PENDAHULUAN Sukan melalui olahraga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan olahraga dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai akan mengadakan satu
kejohanan mini olahraga antara kelompok sekolah sempena Program 1 Murid 1 Sukan menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai dan sekolah sekitarnya sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.0 RASIONAL
Rasional Kejohanan Mini Olahraga 1 Murid 1 Sukan ini diadakan adalah seperti berikut : i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid SK Taman Bukit Rambai, SK Tangga Batu, SK Tanjung Minyak, SJKC Ying Chye dan SK Lereh dalam menyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan mini olahraga. ii) Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acaraacara olahraga. iii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
5
3.0 MATLAMAT
Kejohanan Mini Olahraga 1 Murid 1 Sukan ini berfokus untuk mendedahkan muridmurid SK Taman Bukit Rambai dan sekitarnya dengan acara-acara sukan mini olahraga serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat murid-murid dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
4.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Mini Olahraga 1 Murid 1 Sukan ini, diharapkan peserta-peserta dapat: i) ii) iii) Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan. iv) v) Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan olahraga untuk diserlahkan kepada peringkat yang lebih tinggi. vi) vii) viii) ix) x) xi) Medan bagi memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sekolah. Meningkatkan kecergasan jasmani; Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni; Memupuk perpaduan di antara kaum; Membentuk budaya sukan di kalangan murid; Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
xii)
xiii)
5.0 KONSEP Dasar 1Murid 1Sukan adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
5.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif; 5.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; 5.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;
: 22 Ogos 2013 : Khamis : 7.00 Pagi 5.00 Petang : Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka.
7.0 SASARAN Semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai, SK Tangga Batu, SK Tanjung Minyak, SJKC Ying Chye dan SK Lereh.
7
8.0 JADUAL ACARA Jadual Acara Saringan Dan Akhir Kejohanan Mini Olahraga 1murid 1sukan 2013
NO ACARA 1 22/08/13 (Khamis) 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 LELAKI C LELAKI B LELAKI A PEREMPUAN C PEREMPUAN B 8.00 PAGI PEREMPUAN A 200M SARINGAN 1 TARIKH MASA KATEGORI ACARA CATATAN
200M 200M 200M 200M 200M 200M 200M 200M 200M 200M
SARINGAN 2 SARINGAN 1 SARINGAN 2 SARINGAN 1 SARINGAN 2 SARINGAN 1 SARINGAN 2 SARINGAN 1 SARINGAN 2 SARINGAN 1 SARINGAN 2
13
9.00 PAGI
LELAKI B
4 X 200M
SARINGAN
14
PEREMPUAN B
4 X 200M
SARINGAN
15 16 17
18
PEREMPUAN A
LONTAR PELURU
AKHIR
19
8.00 PAGI
LELAKI B
LONTAR PELURU
AKHIR
20
PEREMPUAN B
LONTAR PELURU
AKHIR
21 22
LELAKI C PEREMPUAN C
4X200M 4X200M
AKHIR AKHIR
23
8.00 PAGI
LELAKI A
L/JAUH
AKHIR
24 25 26 27 28
29
9.30
LELAKI C
L/JAUH
AKHIR
PAGI 30 31 32 PEREMPUAN C LELAKI B PEREMPUAN B L/JAUH 4X100M 4X100M AKHIR AKHIR AKHIR
33
11.00 PAGI
PEREMPUAN A
100M
AKHIR
34 35 36 37 38
39
12.30 TGH
LELAKI C
200M
AKHIR
40 41 42 1.00 PTG 43 44 45 46
10
47 48 49 50
11
Kumpulan Umur LA X X X X X PA X X X X X LB X X X X X PB X X X X X LC X X X X X PC X X X X X
BIL
NAMA SEKOLAH
KELAS 100M LA PA LB PB LC PC 2 2 2 2 2 2
JUMLAH LP PESERTA 1 1 1 1 1 1 14 14 14 14 14 14 84
JUMLAH
12
BIL
NAMA SEKOLAH
KELAS 100M LA PA LB PB LC PC 2 2 2 2 2 2
JUMLAH LP PESERTA 1 1 1 1 1 1 14 14 14 14 14 14 84
SK TANGGA BATU
JUMLAH
BIL
NAMA SEKOLAH
KELAS 100M LA PA LB PB LC PC 2 2 2 2 2 2
JUMLAH LP PESERTA 1 1 1 1 1 1 14 14 14 14 14 14 84
SK TANJUNG MINYAK
JUMLAH
BIL
NAMA SEKOLAH
KELAS 100M LA PA LB PB LC PC 2 2 2 2 2 2
JUMLAH LP PESERTA 1 1 1 1 1 1 14 14 14 14 14 14 84
JUMLAH
13
BIL
NAMA SEKOLAH
KELAS 100M LA PA LB PB LC PC 2 2 2 2 2 2
SK LEREH
14
Langkah 1 2
Proses Kerja / Perancangan Merancang Kertas Kerja Mesyuarat Kali Pertama 2.1 Ucapan Pengerusi 2.2 Menetapkan Tarikh/Masa/Tempat 2.3 Membentang Kertas Kerja 2.4 Lantikan Jkuasa Pengelola 2.5 Agihan tugas 2.6 Senarai acara 2.7 Lantikan Pegawai Kejohanan 2.8 Tokoh Perasmi 2.9 Budget/Tajaan/Sumbangan/ Derma 2.10 Minuman & makanan 2.11 Hal-hal lain
Status
Persiapan Padang & Tempat 3.1 Tempahan Stadium 3.2 Pelan susun atur padang dan pasukan sekolah
3 minggu
4 5
1 hari 3 minggu
Siaraya
JK Siaraya
3 hari
15
JK Siaraya
1 minggu
JK Hadiah
3 minggu
1 minggu
10
Peralatan trek & padang - jam randik - wisel / starter - kon - baton - hailer - meja kerusi - bendera
JK Peralatan
11
Persiapan Pasukan 11.1 Sesi latihan 11.2 Kawalan & Keselamatan 11.3 Peralatan 11.4 Pengangkutan 11.5 Makan minum peserta Surat menyurat 12.1 Tokoh Perasmi 12.2 PDRM 12.3 Pusat Kesihatan 12.4 PPD Melaka Tengah 12.5 Kebenaran ibu bapa 12.6 Jemputan Guru Besar 12.7Jemputan peserta sekolah berhampiran
16
3 minggu
12
GPKK/SU Sukan
13
Mesyuarat Kali-2 13.1 Ucapan Pengerusi 13.2 Membentang Minit Mesyuarat Kali Pertama 13.3 Mengesahkan minit mesyuarat 13.4 Pelaporan Jkuasa Persiapan padang & Tempat Sambutan & Keraian Buku Program Siaraya Publisiti Hadiah & Cenderahati Minuman & Makanan Peralatan Trek & padang Kawalan & keselamatan Pengurus Pasukan Bertanding (Penghantaran Borang Pertandingan) 13.5 Hal-hal Lain Prakejohanan senarai acara / peserta borang penyertaan peralatan GPK/SU Sukan/Pengurus Pasukan Sekolah 3 hari
17
PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 1MURID 1SUKAN 2013 MEI JUN OGOS
BIL.
M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4 M1 M2 M3 M4
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Memberi taklimat kepada pengurus pasukan berkenaan peraturan dan syarat kejohanan.
8.
Memohon
18
peralatan yang diperlukan daripada stor stadium. 9. Memeriksa alatan yang diperlukan agar mencukupi dan dalam keadaan baik. 10. Melaksanakan acara pada hari yang dirancang. 11. Membuat pendokumentasian dan sijil.
19
ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA 1 Pingat 1. Pingat acara olahraga individu. i. Emas ii. Perak iii. Gangsa 2. Pingat acara olahraga pasukan. i. Emas ii. Perak iii. Gangsa 2. Piala Kejohanan 1. Juara 2. Naib Juara 3. Tempat Ketiga 4. Olahragawan dan olahragawati Hamper 1. Juara 2. Naib Juara 3. Ketiga 4. Keempat 5. Kelima Makanan /Minuman Pegawai /guru/ staf Bayaran Pelepas Sewa Trek Stadium dan Bilik Jamuan JUMLAH KESELURUHAN KUANTITI JUMLAH
3.
4.
5.
20
1.0 JAWATANKUASA PENGELOLA Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Mini Olahraga 1Murid 1Sukan 2013 Penaung Penasihat Pengerusi : Tuan Pengarah Pelajaran Melaka : Tuan Pegawai PPD Daerah Melaka Tengah : Tuan Hj. Shafie B. Jaafar ( Guru Besar SK Taman Bukit Rambai) Timbalan Pengerusi : En. Aziz B. Jaafar (GPK Kokurikulum SK Taman Bukit Rambai) Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari AJK : En. Nazarudin B. Sabtu : En. Syarudin B. Ibrahim : En. Nur Mustaqim B. Abu Bakar : En. Syahrizan B. Md Lasa : En. Mohd Rizal B. Ab Rahman AHLI JAWATANKUASA KERJA Publisiti dan Buku Program Perasmian dan Penutupan Kepegawaian Teknikal Hadiah dan Cenderamata : Pn. Aini Bt. Inuddin : Pn. Yusrita Bt. Mohd Yusuf : En. Ahmad Akira B. Che Aziz : En. Mohd Ridhuan B. Mamat : Pn. Hasidah Bt. Omar Pn. Siti Norbaya Bt. Md Shaib Juruacara : Pn. Anim Bt. Kadir
21
Cik Norliza Bt. Nordin Jurugambar Dokumentasi : Tn. Hj. Syahrizal B. Jabar : Cik Norlizawati Asmira Bt. Abd Latif En. Mohd Fikri B. Junoh Rekod dan Statistik : En. Hairil Anuar B. Abdullah Pn. Kasmah Bt. Soudi Peralatan / Persiapan Tempat : En. Mohd Zainal B. Abidin En. Mohd Zaid B. Awang Perakam Kawalan / Keselamatan : Pn. Juhaida Bt. Zainol : En. Abdul Rahman B. Mohammad Pn. Mazura Bt. Ismail Pn. Sareah Bt. Sulaiman Minuman dan Makanan : Pn. Azizah Bt. Ab. Rahman Pn. Botty Rosyanti Bt. Ahmad Pertolongan Cemas : Pn. Zanariah Bt. Kaab Pn. Siti Anawiyah Bt. Haris Kebersihan Pn. Roslizan Bt. Mohd Soud Pn. Suhaila Bt. Samuri Siaraya : Tn. Hj. Samat B. Buang
22
: En. Mohd Nizam B. Ismail : En. Nizha Najmuddin B. Omar : En. Mohammad Hatta B. Zakaria : En. Mohd Zaihan B. Salleh : Cik Farah Nura Bt. Ghani Pn. Nor Hayati Bt. Md Hassan
Penyelia Peserta
: Cik Margaret Tan Lee Siong : En. Wan Mohd Tarmizee B. Wan Ghazali
Pengadil Lorong
: En. Shaari B. Ali : En. Goh Seng Hua : En. Choo Eng Kai
: En. Azman B. Ghauth : En. Choong Yen Ling : En. Mohd Yaminizan B. Yaacob : En. Wong Pee Shoong : En. Egbert Lee Boo Pin
23
2.1 TEKNIK / ALATAN 1. Menyediakan tempat pertandingan (padang / trek) 2. Menyediakan semua alatan untuk acara-acara yang dijalankan 3. Memastikan semua alatan telah diurus pemulangannya 4. Menyenarai dan mendapatkan peralatan sekiranya berlaku kekurangan / kerosakan 2.2 PERTANDINGAN
1. Menyediakan dan mengedarkan borang pendaftaran peserta kepada pasukan 2. Menyediakan peraturan-peraturan pertandingan 3. Mengadakan taklimat pengurus pasukan sebelum kejohanan 4. Menyusun acara sukantara dan saringan yang akan dijalankan 5. Membuat senarai peserta beserta acaranya 6. Menerima, mengeluarkan dan mengedarkan keputusan rasmi pertandingan apabila tamat setiap acara umtuk pencatat, hadiah dan juruacara. 7. Mengumpulkan keputusan-keputusan lengkap 2.3 KEPEGAWAIAN 1. Menyusun tugas bagi pegawai-pegawai 2. Memberi taklimat kepada semua pegawai sebelum kejohanan 3. Memastikan setiap acara berjalan mengikut jadual 4. Memastikan ketua-ketua yang dilantik mengambil borang-borang rasmi daripada jawatankuasa pertandingan dan mengembalikan semula setelah selesai
24
2.4 STATISTIK 1. Menyediakan borang statistik 2. Bekerjasama dengan pencatat 3. Menyediakan keputusan bagi setiap acara selepas sesuatu acara telah dijalankan (3 salinan) 4. Membuat kiraan markah untuk setiap pasukan 5. Memilih Olahragawan dan Olahragawati 6. Mengumpul keputusan-keputusan rasmi yang lengkap selepas kejohanan
2.5 HADIAH / CENDERAMATA 1. Mengenalpasti dan menempah jenis hadiah. 2. Menyediakan giliran penyampai-penyampai hadiah 3. Memanggil dan menyediakan peserta yang menerima hadiah 4. Menyediakan peralatan yang perlu untuk penyampaian hadiah 5. Mengatur dan menyemak hadiah mengikut susunan aturcara dan pemenang 2.6 KESELAMATAN / KECEMASAN 1. Menyediakan bilangan ahli BSMM yang mencukupi 2. Menyediakan peti dan ubat-ubatan yang lengkap 3. Mengawasi disiplin dan keselamatan para peserta 4. Menyediakan sebuah pengangkutan jika berlaku kecemasan 5. Menyediakan tempat rawatan yang sesuai 2.7 BUKU PROGRAM 1. Menyediakan maklumat untuk isi kandungan buku program 2. Mengedarkan buku program mengikut jumlah yang diperlukan 3. Menyerahkan buku program kepada jawatankuasa jemputan / sambutan sebelum kejohanan 4. Mendapatkan kata-kata aluan GB, YB, YDP dan VIP
25
2.8 MAKANAN & MINUMAN MURID 1. Menyediakan anggaran perbelanjaan dan tempat yang sesuai 2. Menentukan menu atau jenis makanan dan minuman 3. Menentukan dan menguruskan pembekal makanan dan minuman 4. Menentukan pembahagian dan cara pengedaran makanan dan minuman
2.9 JAMUAN VIP / GURU / IBU BAPA 1. Menyediakan tempat untuk jamuan pegawai dan para jemputan 2. Menentukan menu dan tempahan jamuan 3. Membuat penyeliaan terutama pada majlis makan 4. Mengelolakan dan menguruskan minuman untuk pegawai semasa bertugas sepanjang kejohanan olahraga 5. Menyediakan peralatan yang berkaitan dengan jamuan 2.10 JEMPUTAN / SAMBUTAN 1. Mengedarkan surat / kad jemputan kepada para jemputan 2. Membuat sambutan semasa ketibaan para jemputan 3. Dapatkan dan edar buku program semasa menyambut tetamu di hari perasmian 2.11 UPACARA 1. Memastikan upacara perasmian berjalan dengan lancar 2. Menyediakan borang markah acara perbarisan 3. Menetapkan jumlah peserta dan persiapan untuk setiap kontinjen perbarisan. 4. Melatih, menentukan pasukan pancaragam, pembawa bendera, pembawa papan nama, koir dan persembahan 5. Membuat raptai sebelum kejohanan
26
2.11 P.A SISTEM / PUBLISITI 1. Menyediakan P.A sistem semasa kejohanan 2. Menyediakan langkah-langkah back-up jika berlaku masalah 3. Membuat / menyediakan kain rentang untuk kejohanan olahraga 2.12 PERSEMBAHAN 1. Melatih pasukan pancaragam untuk acara perasmian dan rehat 2. Memastikan alatan pancaragam yang lengkap 2.13 PENGANGKUTAN 1. Menguruskan perjalanan bas menjemput dan menghantar balik peserta 2.14 JURUACARA 1. Bersedia untuk acara perasmian 2. Mengumumkan keputusan rasmi selepas setiap acara dipertandingkan 3. Bekerjasama dengan jawatankuasa hadiah 4. Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara dan program 5. Memastikan pembesar suara boleh digunakan 2.15 BACAAN DOA 1. Menyediakan dan membaca doa semasa kejohanan 2.16 PENGURUS PASUKAN 1. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa 2. Menyediakan peserta kejohanan dan perbarisan kepada jawatankuasa pertandingan 3. Menghantar peserta kepada Penyelia Peserta selepas nama dipanggil 4. Menyediakan nombor dan pin peserta dengan lengkap 5. Mengadakan taklimat / nasihat / panduan kepada para peserta 6. Persiapan makanan dan minuman para peserta sekolah 7. Memastikan keselamatan dan kebersihan di tempat duduk masing-masing
27
1.1
Undang-undang ini adalah mengikut Undang-undang Olahraga Amatur Malaysia,Peraturan-peraturan Am MSSM dan Peraturan Pertandingan Olahraga 1991.
1.2
Kumpulan peserta dibahagikan seperti berikut: Kelas A :Tahun 6 Kelas B :Tahun 5 Kelas C :Tahun 4
2.1 2.2
Borang penyertaan mestilah diisi dalam dua salinan. Nama penuh peserta hendaklah diisi dengan HURUF BESAR dan lengkap dengan No. Surat Beranak.
2.3 2.4
Sila tandakan (X) di ruang acara yang akan disertai oleh peserta-peserta. Semua peserta mestilah didaftarkan mengikut sekolah masing-masing termasuk peserta lari berganti-ganti dan peserta simpanan.
3. PERATURAN PERATURAN AM
3.1
Peserta tidak dibenarkan mengambil bahagian sekiranya tidak memakai satu set nombor di hadapan dan di belakang bib sekolah masing-masing atau jersi.
3.2
Semua peserta diminta melaporkan diri kepada Penyelia Peserta sebelum acara dimulakan. Peserta-peserta dikehendaki berkumpul dan akan dibawa ke gelanggang oleh pegawai bertugas. Peserta yang tidak patuh kepada peraturan ini dengan sendirinya akan tersingkir.
28
3.3
Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan seperti dalam susunan acara. Jawatankuasa berhak dan berkuasa membuat pindaan susunan acara yang dianggap mustahak dengan persetujuan pengurus pasukan.
4. PENYERTAAN ACARA
4.1
Setiap sekolah / pasukan dibenarkan menamakan tiga orang peserta untuk acara individu dan satu pasukan untuk acara lari berganti-ganti.
4.2
Setiap peserta boleh mengambil bahagian dalam tiga acara individu dan dua acara berpasukan.
5.1
Nama pengganti yang menggantikan peserta yang menarik diri hendaklah didaftarkan di dalam borang penyertaan.
5.2
Nama peserta pengganti hendaklah diberikan kepada penyelia peserta sebelum acara bermula.
5.3
Pengganti tersebut dikehendaki mengambil bahagian dalam semua acara yang didaftarkan oleh peserta yang menarik diri.
6. PUNGUTAN MATA
6.1 PEMBERIAN MATA BAGI ACARA OLAHRAGA a. b. Peringkat saringan: 1 mata diberi jika memasuki peringkat akhir Peringkat akhir: Mata 5 3 2 1 Berpasukan Johan Naib Johan Ketiga Keempat Mata 8 6 2 1
29
7. PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN
7.1
Acara-acara 100m, 200m dan 400m -Peringkat saringan akan diadakan jika terdapat lebih daripada 7 peserta mengambil bahagian. -6 peserta terbaik akan dipilih untuk memasuki ke peringkat akhir. Acara akhir 100m dan 400m akan dijalankan pada hari kejohanan, manakala 200m akan dijalankan sebelah petang hari kejohanan.
7.2
Acara 4x100m antara kelas -Acara akan dijalankan sebelah petang hari kejohanan.
7.3
Acara padang -Jika terdapat 12 orang peserta.setiap peserta dberi 2 percubaan pada pusingan pertama dan 2 percubaan lagi untuk 6 orang peserta yang layak masuk ke peringkat akhir.Jika kurang daripada 12 orang peserta ,setiap peserta diberi 3 percubaan sahaja.
7.4
Acara lompat tinggi -Paras permulaan adalah 1 meter bagi kelas A,B, dan C
7.5
Pengurus
perkara-perkara berikut ;
7.5.1 Menyerahkan borang penyertaan acara olahraga kepada penyelaras sukan atau penolong selewat-lewatnya pada 10.08.2013. Nama penuh dan no.kad pengenalan peserta hendaklah diisi mengikut kategori HURUF BESAR . 7.5.2 Mengingatkan pelajar supaya memakai baju pasukan masing-masing atau jersi semasa bertanding
30
8. PEMILIHAN OLAHRAGAWATI
Olahragawati setiap kategori akan dipilih berdasarkan kepada keadaan di mana seseorang peserta haruslah menyertai dalam 2 acara padang dan 1 acara balapan atau 1 acara padang dan 2 acara balapan. Jumlah pungutan mata dikira dan jumlah mata tertinggi akan digunakan sebagai penentu. Sekiranya berlaku jumlah mata seri penyertaan dalam acara berpasukan akan diambil kira.
9. RAYUAN BANTAHAN
Bantahan yang hendak dibuat haruslah melalui ketua acara kepada Juri Rayuan Majlis Sukan Sekolah Kawasan Tanjung dengan wang sebanyak RM 100.00 dan diserahkan dalam tempoh 30 minit selepas acara dijalankan. Juri rayuan adalah terdiri daripada :
: : : :
Tuan Guru Besar Guru Penolong Kanan Kokurikulum En. Nazarudin B. Sabtu Pn. Umiruman Bt. Din En. Razali B. Hamzah
10.1
Selain pegawai teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam arena pertandingan.
10.2 10.3
Peserta-peserta hendaklah berbaris semasa masuk dan keluar dari arena. Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan adalah di bawah bidang kuasa jawatankuasa pengelola.
31
11.0 PERMULAAN ACARA BALAPAN 11.1 BLOK PERMULAAN 6.1.1 Bagi acara-acara yang tersebut dibawah untuk peringkat umur 12,11 dan 10 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan). Blok permulaan tidak perlu. 100 meter 200 meter 4x100 meter 4x200 meter
11.2 PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN 11.2.1 PAKU KASUT : Bagi kejohanan yang dijalankan diatas balapan jenis sintetik, panjang maksimum paku kasut (spike) tidak melebihi 6mm KECUALI untuk acara lompat tinggi. Untuk acara-acara tersebut paku tidak boleh melebihi 9mm. 11.2.2 PERALATAN : Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan peralatan Blok Permulaan.
12. LONTAR PELURU- BERAT PELURU PERINGKAT UMUR 12TKB 11TKB 10TKB LELAKI 2.72KG 2.72KG 2.72KG PEREMPUAN 2.72KG 2.72KG 2.72KG
32
Semua murid, pasukan sekolah bertanding dan kakitangan SK Taman Bukit Rambai berkumpul di dalam khemah pasukan sekolah masing-masing. Semua ibu bapa / penjaga berada di tempat duduk (ruang) khas untuk mereka.
Taklimat dan persiapan perbarisan untuk setiap kontingen yang bertanding. Acara saringan dan acara padang peringkat akhir dimulakan.
8.10 pagi.
Kata alu-aluan juruacara. Lintas hormat setiap kontinjen. Ikrar Kejohanan. Doa Perarakan masuk bendera sekolah / pasukan Ucapan Guru Besar Ucapan Perasmian Kejohanan Mini Olahraga 1M1S Perarakan keluar semua kontinjen Persembahan padang (senam aerobik)
33
Pegawai bertugas mengambil tempat Pertandingan akhir berlangsung Penyampaian pingat-pingat Sambungan acara akhir Penyampaian pingat
Majlis Penutupan Kejohanan Mini Olahraga 1M1S Penyampaian Hadiah Kontinjen terbaik Olahragawan Olahragawati Hadiah keseluruhan
34
4.0 SENARAI TUGAS KEPEGAWAIAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 1M1S 2013 1. Pengurus Kejohanan a. Bertanggungjawab dalam pengendalian dan menentukan kejohanan berjalan dengan lancar. b. Memastikan semua pegawai telah melapor untuk bertugas.
2. Penolong Pengurus Kejohanan a. Berkuasa dalam pengendalian keseluruhan majlis kejohanan. b. Bertanggungjawab menentukan kejohanan berjalan lancar. c. Memastikan semua pegawai yang bertugas melapor diri kepadanya dan membuat pengantian jika perlu. d. Menentukan supaya oang yang berkenaan sahaja berada dalam kawasan pertandingan. 3. Setiausaha Kejohanan a. Bertanggungjawab kepada pengerusi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. b. Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua fail-fail sebagai rujukan. c. Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap mesyuarat dalam pelaksanaan program. d. Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat. e. Mengurus urusan surat-menyurat kepada pihak yang berkenaan. (rujuk lampiran) f. Menyediakan dan mengedarkan catatan minit mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang berkenaan. g. Bersama pengerusi menentukan tempat, masa, tarikh dan agenda mesyuarat. h. Menyediakan kertas kerja yang diperlukan program. i. Menyusun dan menyediakan tempat dan kemudahan mesyuarat.
35
4. Kepegawaian a. Mengatur dan memilih pembantu padang. b. Memastikan persediaan petugas-petuga berjalan dengan lancar. 5. Pengadil Balapan a. Bertugas dibawah seorang ketua pengadil b. Pengadil akan memerhati bahawa semua peserta yang bertanding dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan ketika berlumba c. memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing d. memastikan proses pertukaran baton oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti mematuhi peraturan-peraturan pertandingan e. menunjukkan bendera putih sebagai isyarat tidak berlaku pelanggaran peraturan dan bendera merah jika sebaliknya f. melaporkan kepada referi semua peristiwa yang berlaku yang melibatkan kesalahan teknik peserta untuk membolehkan referi membuat keputusan 6. Juri Rayuan a. ( 3 atau 5 orang yang berpengalaman dalam hal-hal olahraga) b. Menyelesaikan semua bantahan atau rayuan yang dibuat secara rasmi 7. Teknikal a. Menguruskan dan menyediakan semua alatan pertandingan untuk acara padang dan balapan. b. Memastikan persediaan balapan dan padang berjalan dengan lancar. c. Memastikan alatan untuk pertandingan mengikut spesifikasi rasmi. d. Menyediakan dan mengedarkan borang yang diperlukan dalam pertandingan. e. Menyusun aturcara bagi saringan pertandingan dan akhir kejohanan.
36
8. Rekod dan statistik a. Menyelia papan markah (Score board) b. Mengira jumlah markah yang diperolehi daripada pengacara atau pencatat. c. Menyelia markah. 9. Penjaga Masa a. Duduk diluar balapan bertentangan dengan garisan penamat (Mereka duduk di atas pentas bertingkat dan mengadap barisan para hakim balapan) b. Setiap pencatat masa akan bertindak secara perseorangan tanpa menunjukkan jamnya kepada atau menukar maklumat dengan sesiapa, mencatatkan masa diatas borang rasmi dan setelah menandatanganinya menyerah borang tersebut kepada Ketua Pencatat masa yang mungkin memeriksa jam itu untuk mengesahan. c. Masa akan diambil dari masa kelihatan kilat/cahaya tembakan pistol sehingga detik di mana bahagian badan (torso) peserta itu sampai ke garisan penamat d. Sekiranya dua daripada tiga buah jam rasmi menunjukkan masa yang sama dan jam ketiga mencatat masa berlainan, maka masa rasmi adalah masa yang ditunjukkan oleh dua jam yang sama itu. Jika ketiga-tiga jam menunjukkan masa yang berlainan, maka jam yang menunjukkan masa yang ditengah-tengah adalah masa rasmi. Sekiranya hanya dua jam sahaja digunakan dan menunjukkan masa berbeza, maka masa yang lebih lambat diterima sebagai masa rasmi. 10. Penyelia Peserta a. Menyemak kehadiran dan kesediaan peserta-peserta yang bertanding. b. Mengumpul pemenang untuk upacara penyampaian hadiah. 11. Pengadil Lorong a. Memerhati dan memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar peraturan.
37
b. Memutuskan sebarang bantahan peserta. c. Memastikan peserta berlari mengikut lorong d. Menunjukkan bendera merah jika berlaku pelanggaran peraturan e. Menunjukkan bendera putih jika semua peserta sudah bersedia. 12. Pelepas dan Pelepas Panggil Balik a. Pelepas bertanggungjawab tentang pelepasan semua peserta bagi setiap acara balapan mengikut isyarat-isyarat tertentu. b. Pelepas mesti memastikan para hakim dan Penjaga Masa telah bersedia sebelum memulakan pelepasan c. Jika peserta berlepas lebih awal dari tembakan pistol, Pelepas atau/dan Pelepas Panggil balik boleh melepaskan tembakan sebagai isyarat memanggil balk peserta-peserta yang telah berlepas. 13. Penolong Pelepas a. Memeriksa dan menentukan bahawa peserta-peserta yang sah sahaja yang bertanding dalam sesuatu perlumbaan atau acara yang tetentu b. Menentukan peserta-peserta memakai nombor yang betul di bahagian depan dan belakang c. Menenpatkan peserta-peserta di lorong dan tempat permulaan yang betul d. Mengawasi bahawa tiada peserta melanggar peraturan permulaan setelah Pelepas memberikan isyarat "ke garisan". Jika ada, Penolong Pelepas hendaklah memberitahu kepada Pelepas. e. Menyediakan baton bagi pelari pertama dalam acara lari berganti-ganti. 14. Hakim Penamat a. Memastikan dan mencatat pemenang setiap acara yang dipertandingkan. b. Menghantar keputusan kepada Pencatat untuk direkod.
38
15. Pencatat a. Menerima dan mencatat keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi. b. Memaklumkan kepada juruacara untuk tindakan selanjutnya. 16. Raferi a. Raferi yang berasingan dilantik bagi setiap acara. b. Menentukan segala Peraturan dan membuat keputusan terhadap sebarang perkara ketika kejohanan. c. Setelah selesai sesuatu acara, kad keputusan hendaklah dilengkapkan segera, ditandatangani oleh Raferi yang berkaitan dan diserahkan kepada Setiausaha Pertandingan. 17. Pengurus Teknik a. Persedian balapan, kawasan lompatan dan balingan b. Memastikan alatan pertandingan mengikut spesifikasi rasmi c. Menyediakan borang-borang yang digunakan dalam kejohanan olahraga 18. Hakim a. Seorang ketua hakim boleh dilantik untuk membantu referi menjalankan tugasnya. b. Setiap hakim balapan dan padang diketuai oleh Ketua Hakim 19. Hakim Balapan a. Menentukan kedudukan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam sesuatu acara b. Mencatat maklumat yang perlu diisi dalam borang keputusan acara balapan untuk tindakan ketua hakim c. Memerhati dan membuat catatan tentang kedudukan peserta-peserta bagi setiap pusingan dalam acara jarak jauh.
39
20. Hakim Padang a. Menghakim pertandingan acara padang mengikut peraturan. b. Mengukur dan mencatat setiap percubaan oleh setiap peserta. 21. Pengadil Balapan a. Bertugas dibawah seorang ketua pengadil. b. Pengadil akan memerhati bahawa semua peserta yang bertanding dalam sesuatu acara tidak melanggar peraturan ketika berlumba. c. Memastikan peserta berlari mengikut lorong masing-masing. d. Memastikan proses pertukaran baton oleh pelari-pelari dalam acara lari bergantiganti mematuhi peraturan-peraturan pertandingan. e. Menunjukkan bendera putih sebagai isyarat tidak berlaku pelanggaran peraturan dan bendera merah jika sebaliknya. f. Melaporkan kepada referi semua peristiwa yang berlaku yang melibatkan kesalahan teknik peserta untuk membolehkan referi membuat keputusan.
40
5.0 JENIS DAN BILANGAN PERALATAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 1MURID 1SUKAN 2013 Bil Nama Alatan Berat/Warna/ Ukuran 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Peluru Troli serbaguna Bendera Kecil (Merah & Putih) Bendera Kecil (Kuning &Putih) Tape ukur 3 m Tape ukur 5 m Tape ukur 30m Tape ukur 50m Tape ukur 100m Bateri untuk Siren Siren & lampu isyarat Bangku panjang Tangga aluminium Bendera Tangga tempat duduk hakim dan penjaga masa 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 Tempat berdiri untuk pelepas Papan menembak untuk pelepas hitam Tiang penamat Air horn Kerusi biasa Rostrum Pemenang Papan notis Bilik urusetia Extension wire Mike
41
Kuantiti
2.72kg
(jika perlu)
tempat memotong
2 unit 2 unit 1 2 unit 1 2 unit 1 pasang 3 unit 50 unit 1 unit 2 unit 1 unit
4 soket mengikut
2 unit 3 unit
keperluan 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 Hailer Meja Panjang White board Canopy untuk arena pertandingan Payung Besar Besi untuk ukuran lompat jauh Perata pasir untuk lompat jauh Papan lonjat lompat jauh Baton Jam randik Bakul untuk letak alatan Besi spikes untuk tanda tempat balingan Kain buruk untuk lap alatan balingan Penyapu Papan plastistine utk lompat jauh Cangkul & penyedok Caution tape Masking tape (kertas) Masking tape (kertas) Sektor tape untuk acara padang (plastik) Sektor tape untuk tanda rekod (plastik) Klip board Komputer / Laptop Mesin photostat Pistol pelepas Peluru untuk pistol pelepas merah putih 1 inci 2 inci putih kuning kecil 3 unit 7 unit 3 unit 6 unit 10 unit 3 unit 3 unit 2 unit 10 unit 25 unit 10 unit 10 unit Secukupnya 3 unit 2 unit 2 unit 5 gulung 10 gulung 8 gulung 3 gulung 3 gulung 20 unit 3 unit 1 unit 2 unit 100 butir
Nota :- Alatan tersebut adalah cadangan sahaja, mengikut peringkat pengelolaan dan keperluan.
42
PENUTUP
Kejohanan Mini Olahraga 1 Murid 1 Sukan ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai dan sekolahsekolah sekitarnya merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga. Tambahan pula, acara olahraga ini merupakan acara wajib bagi semua sekolah dalam melahirkan bakat-bakat yang terpendam dalam diri murid-murid sekolah rendah secara tidak langsung menjadi wadah utama meningkatkan kesedaran dalam sukan untuk negara Malaysia pada masa akan datang nanti ke peringkat yang lebih tinggi seperti Olimpik.
43
Lampiran (SURAT JEMPUTAN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN) Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai, 75250, Bukit Rambai, Melaka.
___________________________________________________________________ RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Rujukan Tuan: Rujukan Kami: Tarikh: Kepada: Guru Besar, Sekolah ________________________ Tuan, KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 1 MURID 1 SUKAN Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa kejohanan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 22 OGOS 2013 Masa : 7.00 PAGI 5.00 PETANG Tempat : STADIUM HANG JEBAT, PAYA RUMPUT 3. Sehubungan itu, sekolah tuan dijemput mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Bersama ini disertakan peraturan pertandingan dan borang untuk tindakan pihak tuan. 4. Penyertaan hendaklah hendaklah sampai ke SK Taman Bukit Rambai selewatlewatnya pada 10 Ogos 2013. Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,
________________________________________________________________ RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Rujukan Tuan: Rujukan Kami: Tarikh: Pengarah, Perbadanan Stadium Melaka, Stadium Hang Jebat, Kompleks Sukan Hang Jebat, Paya Rumput, 75260 Melaka. Tel: 06-333 3333 Fax: 06-337 2786 (U.P. Bahagian Tempahan Stadium Hang Jebat) Tuan, TEMPAHAN STADIUM HANG JEBAT UNTUK KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 1MURID 1SUKAN Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Taman Bukit Rambai akan mengadakan kejohanan tersebut pada 22 Ogos 2013. Seramai 420 pelajar dan guru akan menyertai kejohanan selama 1hari itu. Pembukaan rasmi dijangka akan disempurnakan oleh Y.B. Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi merangkap ahli parlimen Tangga Batu pada jam 8.00 pagi dan Penutupan rasmi akan dilakukan oleh Encik Razali Bin Hamzah YDP PIBG pada jam 4.30 petang. 3. Sehubungan itu, pihak sekolah SK Taman Bukit Rambai ingin menempah penggunaan kemudahan di Stadium Hang Jebat seperti ketetapan berikut: Balapan larian dan padang olahraga: jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang untuk pertandingan. 4. Kerjasama dan sokongan pihak tuan bagi menjayakan acara kami ini amatlah dihargai. Sekian, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, (SHAFIE BIN JAAFAR) Guru Besar, SK Taman Bukit Rambai.
45
________________________________________________________________ RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Rujukan Tuan: Rujukan Kami: Tarikh: Melalui: Pengarah/Pegawai Pelajaran Daerah/Ketua Unit/Guru Besar, Tuan, MESYUARAT PENGELOLA KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 1MURID 1SUKAN Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan telah dilantik sebagai Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Mini Olahraga 1Murid 1Sukan. Kejohanan tersebut akan diadakan pada 22 Ogos 2013 bertempat di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. 3. Sehubungan itu, tuan telah dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa Kecil kejohanan tersebut (rujuk surat panggilan mesyuarat). Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pengelola akan diadakan pada tarikh, tempat dan masa seperti berikut: Tarikh : 6 Mei 2013 / Khamis Masa : 2.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Bukit Rambai Agenda : (a) Ucapan Pengerusi (b) Taklimat oleh Ketua Unit Sukan / Pengerusi Teknik (c) Lantikan Jawatankuasa Pengelolaan (d) Membincangkan bidang tugas JKK. (e) Taklimat Pengurus Pasukan (f) Hal-hal lain 4. Dipohon jasa baik Pegawai Pelajaran Daerah/Ketua Unit/Guru Besar agar dapat membenarkan pegawai/guru yang berkenaan untuk menghadiri mesyuarat ini. Kehadiran tuan dalam mesyuarat tersebut amat dihargai. Sekian, terima kasih.
46
(SHAFIE BIN JAAFAR) Guru Besar, SK Taman Bukit Rambai. sk. Pengarah Pelajaran Melaka Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Ketua Unit Sukan
47
________________________________________________________________ RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Rujukan Tuan: Rujukan Kami: Tarikh: Y.B. Datuk Dr.Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi, Aras 7, Blok C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya Y.B. Datuk, JEMPUTAN SERTA MERASMIKAN KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 1MURID 1SUKAN Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai akan mengadakan Kejohanan Mini Olahraga 1Murid 1Sukan 2013. Sehubungan dengan itu, maklumat mengenai kejohanan tersebut adalah seperti berikut:Tarikh Hari Masa Masa Perasmian Tempat : 22 Ogos 2013 : Khamis : 8.00 pagi hingga 5.00 petang : 8.10 pagi : Stadium Hang Jebat, Melaka.
2. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami menjemput pihak Yang Berhormat Datuk ke majlis kami serta merasmikan kejohanan tersebut. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Datuk dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis kami ini.
48
3. Segala kerjasama dan perhatian Yang Berhormat Datuk terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih. Sekian, terima kasih. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA Yang menjalankan tugas, (SHAFIE BIN JAAFAR) Guru Besar, SK Taman Bukit Rambai. s.k: Pengarah Pelajaran PPD Melaka Tengah Ketua Unit Sukan GPK Koku Fail S/U Sukan
49
________________________________________________________________ RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Rujukan Tuan: Rujukan Kami: Tarikh: Kepada, Guru Besar, SK Tangga Batu, SK Tanjung Minyak, SJKC Ying Chye, SK Lereh, JEMPUTAN KE KEJOHANAN MINI OLAHRAGA 1MURID 1SUKAN Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai akan mengadakan Kejohanan Mini Olahraga 1Murid 1Sukan 2013. Sehubungan dengan itu, maklumat mengenai kejohanan tersebut adalah seperti berikut:Tarikh Hari Masa Masa Perasmian Perasmi : 22 Ogos 2013 : Khamis : 8.00 pagi hingga 5.00 petang : 8.10 pagi : Y.B. Datuk Dr.Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Tempat : Stadium Hang Jebat, Melaka.
2. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami menjemput pihak tuan ke majlis kami. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi majlis kami ini. 3. Segala kerjasama dan perhatian tuan terlebih dahulu diucapkan berbanyak terima kasih.
50
Sekian, terima kasih. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA Yang menjalankan tugas,
(SHAFIE BIN JAAFAR) Guru Besar, SK Taman Bukit Rambai. s.k: Pengarah Pelajaran PPD Melaka Tengah Ketua Unit Sukan GPK Koku Fail S/U Sukan
51
RUJUKAN Buku: Amran Lee Abdullah & P. Sundaralingam. 2007. Siri Pendidikan Jasmani Dan Sukan: Olahraga. Petaling Jaya. Sutrapadu Sdn. Bhd. Borhannudin Abdullah et. al. 2006. Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 5. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dzulkifli Ismail et. al. 2005. Buku Panduan Guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun 4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Helen Ten Hong Beng. 1992. Pengelolaan Dan Pengurusan Pertandingan Sukan. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mahamad Amran Kamsi. 2005. Siri Sukan Malaysia: Olahraga. Petaling Jaya. Alpha Sigma Sdn. Bhd. Vasudevan T. Arasoo. 1998. Olahraga: Acara Balapan. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1996. Buku Peraturan Pertandingan Permainan: Ukuran Gelanggang dan Padang Permainan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Johor. Johor Bahru. 2012-2013. Buku Peraturan Olahraga KOM. Buku Peraturan Pertandingan Sukan, Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Malaysia.
52
Internet: http://asas-olahraga.blogspot.com/2012_04_01_archive.html http://zarin58.tripod.com/pegawai.htm http://olahraga2u.wordpress.com/2010/07/25/sejarah-acara-balapan-dan-padangolahraga/ http://pjk88.blogspot.com/2010/10/olahraga.html http://balapanpadangmssns.blogspot.com/2011/07/sejarah-dan-perkembanganolahraga.html http://5starpjkdpli.blogspot.com/2012/02/sejarah-laripecut-merupakan-salah-satu.html http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/larin-pecut.html http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/acara-lontar-peluru.html http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/lompat-jauh.html http://pgsrpjipik.blogspot.com/2010/12/lompat-jauh.html http://rezasks.blogspot.com/p/lompat-jauh_14.html
53