Anda di halaman 1dari 17

1.

0 Pengenalan

Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien ketika merasmikan Kongres Kebangsaan Kebudayaan di Universiti Malaya pada 16 Ogos 1971 menyebut : Kita hendaklah sentiasa berpandu kepada cita-cita membentuk satu negara di mana rakyatnya dari pelbagai kaum dan golongan dapat dijalin dalam satu ikatan yang padu. Jelas menunjukkan hasrat pemimpin Negara adalah mewujudkan perpaduan. Perpaduan kaum adalah perkara utama yang sering diperjuang oleh para pemimpin kerana kekayaan dan kemewahan negara menjadi tidak bermakna jika keadaan negara penuh dengan kacau bilau dan persengketaan antara kaum. Perpaduan boleh dicapai menerusi sekolah kerana sekolah merupakan platform terbaik untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan murid. Umpama melentur buluh biarlah daripada rebungnya, kanakkanak, terutama di peringkat sekolah rendah akan dapat menyemai semangat toleransi, perpaduan nasional dan persefahaman di antara penganut pelbagai agama dan bangsa di negara kita. Sekolah adalah tempat persinggahan pertama untuk mula mengenali dunia luar selain rumah masing-masing. Inilah juga tempat pertama untuk beramah mesra, mengenali dan berkawan dengan rakan daripada agama dan bangsa lain secara bersama dalam satu masa. Ternyata segala pilihan terletak di tangan pendidik. Kejayaan mencapai perpaduan bergantung kepada insiatif guru dalam mendidik dan membentuk murid. Maka, guru haruslah bijak dalam merangka aktivti-aktiviti yang membantu dalam membentuk perpaduan kaum. Malahan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyatakan guru kena kreatif pupuk perpaduan. ( Zanariah Abd Mutalib, 2010 ). Mesej yang cuba disampaikan adalah meminta sekolah dan guru lebih kreatif serta menggunakan kebijaksanaan mereka menyusun aktiviti dalam dan luar bilik darjah bagi memastikan pembabitan murid pelbagai kaum, selaras usaha memupuk perpaduan di peringkat awal.

1.1 Sorotan Peristiwa 13 Mei 1969

Tanggal 13 Mei 1969 tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah negara. Pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 dan merupakan puncak manifestasi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dalam pilihanraya tahun tersebut banyak isu sensitif telah dibangkitkan dan ditimbulkan seperti bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Peristiwa tersebut telah mengorbankan ramai orang dan telah mengakibatkan kerugian harta benda yang banyak. Ia juga telah menyebabkan negara kita telah menjadi tumpuan dunia. Sebenarnya Masalah 13 Mei ini merupakan masalah perpaduan yang telah lama berakar umbi dalam masyarakat majmuk Malaysia sebelum tahun 1969 lagi. Masalah ini disebabkan oleh British yang telah memainkan peranan yang cukup besar untuk mewujudkan keadaan sedemikian rupa. Faktor-faktor yang mempengaruhi peristiwa 13 Mei 1969 ialah dasar pecah dan perintah British, sistem pendidikan yang berasingan, perbezaan agama dan kebudayaan, aktiviti ekonomi yang berlainan, persatuan-persatuan etnik, pendudukan Jepun dan membangkitkan soal sensitif pada Pilihan Raya Umum 1969. Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Detik 13 Mei 1969 boleh digambarkan secara ringkasnya iaitu dengan bermulanya kebangkitan isu perkauman dalam pilihan raya 1969. Kemudian, peristiwa pembangkang meraikan kemenangan iaitu peristiwa yang berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Seterusnya gambaran ringkas detik peristiwa 13 Mei 1969 ialah perarakan kematian cina, peristiwa rumah menteri besar Selangor, Penguasaan Rejimen Renjer, Peralihan kuasa askar Melayu, peristiwa Panggung Odeon dan pembentukan Mageran. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin.

Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya. Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan .

2.0 Cadangan Aktiviti 2.1 Sambutan Bulan Kemerdekaan Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan cadangan aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan. Pengisian program yang boleh dijalankan adalah beberapa pertandingan antaranya Pertandingan Pentomin Merdeka. Pentomin adalah lakonan situasi tanpa dialog manakala skripnya akan dibaca oleh pelajar lain mengiringi lakonan tersebut. Aktiviti ini boleh dijalankan dengan iringan muzik latar yang sesuai. Sebarang bentuk pentomin adalah mengikut kreativiti kumpulan tersebut sama ada dalam bentuk cerita ataupun puisi. Pertandingan Pentomin Merdeka ini boleh dilaksanakan dengan mewajibkan setiap kelas menghantar satu kumpulan sebagai wakil. Tema yang dipilih semestinya mempunyai unsur kemerdekaan. Dalam konteks ini, guru haruslah menjadi pembimbing dalam merangka skrip untuk memastikan setiap plot mempunyai tarikan tersendiri. Pemenang bagi pertandingan ini akan membuat persembahan sekali lagi pada Hari Kemerdekaan. 2.2 Kem Muhibah Malaysia Kem Muhibah Malaysia ini adalah wahana dalam menyatupadukan kaum. Kem ini boleh dilaksanakan dengan menggabungkan tiga buah jenis sekolah iaitu sk, sjkc dan sjkt. Aktivitiaktiviti yang dilaksanakan dalam kem ini mestilah yang menjurus kepada perpaduan kaum. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah aktiviti pecah sosial, menganyam, membuat tanglung,

membuat kolam (seni beras) dan persembahan Malam Satu Malaysia. Setiap pada aktiviti tersebut akan mempunyai ketua yang menguruskannya. Pengenalan bagi setiap aktiviti akan diceritakan kepada peserta tentang sejarah, fungsi, kepentingan dan cara menghasilkannya. Pihak sekolah boleh berkerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam menjayakan Kem Muhibah Malaysia. Tempat perkhemahan bergantung kepada kehendak sekolah sama ada di luar sekolah atau di dalam sekolah. Pemantauan sepenuhnya dari segi keselamatan akan dititik beratkan. 2.3 Sukan Karnival Permainan Tradisional ( KARPETRA ) Karnival Permainan Tradisional (KARPETRA) ini merupakan aktiviti yang melibat pelbagai jenis permainan tradisional orang Melayu. Antara jenis permainan yang boleh dimasukkan dalam Karnival Pemainan Tradisional ini ialah permainan ketinting, konda-kondi, congkak, batu seremban dan galah panjang. Permainan ini terbuka kepada semua murid untuk menyertainya. Setiap kelas diwajibkan menghantar wakil bagi setiap acara yang dipertandingkan. Murid akan diberi taklimat mengenai sejarah, cara-cara dan peraturan bagi setiap jenis permainan tradisional yang disertainya sebelum bermain. Karnival ini diadakan selama 2 hari iaitu hari pertama untuk saringan dan hari seterusnya ialah untuk separuh akhir dan akhir. Peserta atau penyokong disarankan memakai pakaian yang mempunyai unsur tradisional. Pemenang bagi acara yang disertai akan mendapat hadiah berupa hamper dan juga trofi bagi menggalakan lagi semangat murid-murid untuk menyertainya. 2.4 Bulan Bahasa Kebangsaan Selain daripada itu, aktiviti Bicara Berirama bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan. Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi atau prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang Kesepaduan dan bertindak sebagai

konduktor. Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo. Bicara berirama ini kebiasaannya melibatkan 30 orang murid. Tema yang ditetapkan mestilah bersesuai dengan Bulan Bahasa Kebangsaan. Misalnya ialah tema Bahasa Jiwa Bangsa. Maka, skrip yang dihasilkan mestilah selaras dengan tema. Sebarang peniruan

bunyi atau suara dibenarkan tetapi tidak boleh menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung. 2.5 Sambutan Minggu Kokurikulum Hari Niaga Kreatif merupakan aktiviti yang dijalankan di bawah minggu Kokurikulum. Hari Niaga Kreatif adalah satu program yang mendedahkan murid terhadap alam perniagaan. Muridmurid akan membuat jualan mengikut idea sendiri. Penglibatannya khusus kepada kelab dan juga persatuan. Namun terbuka juga kepada individu tanpa mewakili mana-mana kelab, persatuan mahupun kelas. Antara bentuk niaga kreatif ialah jualan makanan, pakaian, buku, hasil seni, barang terpakai, rumah hantu dan bilik silap mata. Jualan hasil seni salah satu jualan yang menarik. Murid-murid yang mempunyai bakat boleh menggunakan bakat yang ada dan aplikasikannya dalam bentuk perniagaan. Misalnya murid membuat jualan penanda buku yang dibuat sendiri mengikut kehendak pelanggan. Tapak akan disewa kepada sesiapa yang ingin berniaga. Kutipan dana daripada hasil jualan akan disumbangkan ke dalam kelab atau

persatuan masing-masing bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik sepanjang tahun. 2.6 Karnival Kesenian dan Kebudayaan Perpaduan Peranan kebudayaan juga mampu memainkan peranan memupuk persefahaman dalam memahami budaya sesuatu kaum .Aktiviti kesenian yang dimaksudkan ialah tarian budaya tradisional. Aktiviti ini dimuatkan dalam Karnival Kesenian dan Kebudayaan Perpaduan . Setiap kelas hendaklah diwajibkan menghantar wakil kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum untuk melakukan persembahan tarian kebudayaan. Ahli kumpulan tidak lebih daripada 12 orang.Pertandingan ini adalah secara berkumpulan. Konsep tarian adalah tradisional Melayu,tarian Rampaian atau gabungan tarian etnik-etnik lain di Malaysia. Pemilihan tarian tidak boleh sama dengan kumpulan lain. Para peserta hendaklah memakai pakaian yang kemas, sopan dan bersesuaian dengan konsep tarian yang dipersembahan. Persembahan akan dinilai oleh juri tetap iaitu guru yang mahir dalam bidang tarian dan juga bidang kesenian dan kebudayaan. Kumpulan yang menang akan dinobatkan sebagai kumpulan tari sekolah. 2.7 Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia

Kanak-Kanak merupakan modal insan penting untuk negara yang harus diberi penghormatan
dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak. Modal insan ini dapat dibangunkan ke tahap optimum antaranya melalui penyediaan aktiviti.

Dalam sambutan ini, Pesta Layang-Layang 1 Malaysia boleh menjadi pengisian dalam Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia. Pesta Layang-Layang 1 Malaysia adalah aktiviti membuat layang-layang mengikut kreativiti sendiri tetapi berdasarkan tema dan syarat yang ditetapkan. Layang-layang yang berjaya dihasilkan akan diterbangkan secara serentak di padang sekolah. Aktiviti ini melibatkan dua kumpulan murid mewakili satu kelas. Layang-layang yang dicipta merupakan rekaan sendiri sama ada dari aspek bentuk mahupun corak yang terdapat pada layang-layang tersebut. Hasil akhir mestilah menepati tema yang ditetapkan iaitu tema 1 Malaysia. Saiz layang-layang adalah tidak terhad bergantung kepada kehendak kumpulan itu sendiri. Aktiviti ini akan dinilai melalui dua aspek iaitu dari segi reka bentuk dan corak yang dihasilkan serta keberkesanan dan kelancaran layang-layang itu terbang dalam masa yang telah pun ditetapkan. 3.0 Justifikasi Cadangan Aktiviti 3.1 Sambutan Bulan Kemerdekaan Pentomin Merdeka merupakan aktiviti yang dilaksanakan dalam Sambutan Bulan

Kermerdekaan. Sambutan Bulan Kemerdekaan yang disambut di sekolah pada setiap tahun memainkan peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat kerana kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini merupakan manisfestasi semangat perpaduan jitu masyarakat berbilang kaum yang telah diamalkan sejak sekian lama. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail menyatakan bahawa kita berdepan generasi baharu yang tidak pernah merasai tentang susah payah memerdekakan negara. Masalah jurang generasi juga harus kita tangani dengan betul supaya kita mampu melaksanakan konsep menghayati erti kemerdekaan dengan betul. ( Zainal Rashid Ahmad, 2012 ). Justeru, generasi muda yang bakal mencorak masa depan negara harus diberi pendedahan yang mendalam tentang erti sebenar kemerdekaan kerana kejayaan menjelmakan satu bentuk perpaduan kaum yang utuh dan tulen harus dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini. Melalui aktiviti Pentomin Merdeka ini hubungan sillaturahim antara satu sama lain menjadi lebih teguh tanpa mengira apa jua bangsa sama ada Melayu, Cina mahupun India. Tanpa kerjasama yang padu dan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli kumpulan sesuatu persembahan pentomin mungkin tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Malah, tema kemerdekaan yang menjadi syarat dalam mempersembahkan pentomin dapat meningkatkan kesedaran dan penghayatan yang mendalam tentang kemerdekaan kerana pelakon terlebih

dahulu akan menghayati skrip agar lakonan dapat diselaraskan dengan skrip yang dibaca. Sememangnya, dengan meletakkan penghayatan ke atas watak yang dilakonkan, nescaya kesannya akan sampai makna dalam hati. Pentomin Merdeka ini adalah salah satu cara untuk mengimbas kembali perjuangan dan sejarah yang dialami bagi meniupkan lagi semangat cintakan negara. Orang yang tidak tahu sejarah akan mengulangi sejarah, itulah bait-bait kata mantan perdana menteri kita yang keempat Tun Dr. Mahathir Mohammad. Meneliti kepada mesej yang jelas ialah sejarah merupakan kalam pedoman dan tauladan yang perlu menjadi penanda arah dalam titik kehidupan setiap individu. Pengabaian terhadap sejarah dan detik pencapaian kemerdekaan bererti penyisihan aspek patriotism. Pendedahan yang cukup signifikan melalui aktiviti ini membawa kebaikan yang bukan sahaja pada mereka yang membuat persembahan, sebaliknya kepada murid-murid lain yang menonton persembahan itu. Pentomin Merdeka ini membawa dua kebaikan dalam satu aktiviti. Disamping merapatkan jurang perkauman, aktiviti ini turut menyingkap sejarah tanah air kita bagi menimbulkan kesedaran tentang pentingnya mengetahui sejarah kerana sejarah mengajar banyak erti kehidupan. Sesungguhnya membina lebih sukar dari meruntuhkan. Bertahun-tahun masa diambil untuk membina tembok keharmonian dan kesejahteraan. Namun, sekiranya kita leka dan alpa maka keruntuhan itu boleh berlaku dalam sekelip mata. 3.2 Kem Muhibah Malaysia

Kem Muhibah Malaysia ini adalah cadangan aktiviti yang menyokong kepada program kerajaan iaitu Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan elemen perpaduan dan integrasi nasional dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sebagai antara fokus utama dalam Teras Satu " Membina Negara Bangsa". Elemen ini penting bagi memastikan negara yang diduduki pelbagai kaum seperti Malaysia akan terus maju dalam suasana yang stabil dan harmoni.( Rujukan PIPP 2006-2010). Bagi merealisasikan hasrat ini, KPM telah memperkenalkan Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang diilhamkan oleh Y.A.B Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang bertujuan mempertingkatkan dan

menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin kepada perpaduan nasional. Berdasarkan surat pekeliling ikhtisas BiI.10/2005 menerangkan bahawa RIMUP (Rujukan Pekeliling) adalah program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang. Program ini

dilaksanakan melalui perkongsian idea, kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Kem ini adalah satu wadah untuk membajai semangat perpaduan di kalangan murid. Muhibah, mengikut Kamus Dewan (DBP), berasal dari bahasa Arab yang memberi dua maksud pertama iaitu percintaan dan kasih mesra dan yang kedua ialah perasaan persahabatan dan kemesraan. Oleh itu, Kem Muhibah Malaysia adalah usaha dalam mewujudkan rasa kemesraan dan memupuk sikap bersatupadu di kalangan pelajar melalui aktiviti-aktivitinya. Kem Muhibah Malaysia ini boleh dilaksanakan pada bila masa sahaja. Antara pecahan aktiviti yang boleh dimasukkan dalam kem perpaduan ialah aktiviti pecah sosial, menganyam tikar, membuat tanglung, membuat kolam (seni beras) dan persembahan untuk Malam Satu Malaysia. Aktiviti pecah sosial lebih menjurus kepada sesi suai kenal antara satu sama lain dalam satu kumpulan. Sesi ini bagi menjalin persahabatan dan membentuk satu ikatan yang kukuh dalam menjalani aktiviti-aktiviti yang berikutnya tanpa mengambil kira jenis bangsa dan agama. Aktiviti yang seterusnya ialah menganyam tikar. Aktiviti ini memberi pendedahan tentang ilmu baru bagaimana untuk menganyam. Anyaman merupakan seni kraf sejagat Malaysia wujud sejak 300 ratus tahun yang lampau. Anyaman merupakan warisan tradisional Malaysia atau simbolik kepada kesenian dan kebudayaan orang Melayu. Aktiviti menganyam membuka peluang kepada kaum lain yang menyertai kem ini untuk belajar seni kraf tradisional melayu. Kaum lain juga tidak lepas diberi peluang untuk mendekatkan diri dengan kebudayaan cina apabila aktiviti membuat tanglung diadakan. Tanglung merupakan perayaan tradisional Cina yang jatuh pada hari ke 15 di kalendar lunar pertama, 14 hari selepas Tahun Baru Cina iaitu sekitar penghujung Januari dan awal Februari. Perayaan ini adalah menandakan berakhirnya sambutan Tahun Baru Cina. Perayaan Tanglung juga dikenali sebagai Yuanxao Jie. Seterusnya ialah pendedahan tentang kaum India melalui seni beras ( kolam ) yang popular bagi masyarakat India. Kolam ialah satu seni hiasan pintu masuk kediaman semasa perayaan Deepavali. Kolam dihasilkan dengan pelbagai rekaan, berwarna-warni dan tanpa ada had dari segi saiz. Selain itu, Kolam juga adalah tradisi lama budaya keluarga India yang diperturunkan generasi ke generasi. Aktiviti-aktiviti sedemikian membolehkan generasi muda pada masa kini mempelajari adat-adat serta ciri-ciri tradisional peninggalan orang dahulu selain mengetahui sejarahnya. Ketiga-tiga aktiviti ini juga berada dalam skop kesenian dan membantu melengkapi aktiviti kem perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata `Kerana itu setiap bentuk seni dan budaya perlu dipelihara dan digerakkan secara sistematik supaya memberi manfaat bukan sahaja untuk hiburan, malah boleh dimanfaatkan sebagai alat perpaduan''.( Nazeri Nong Samah, 2001) Seterusnya ialah aktiviti yang terakhir iaitu setiap kumpulan dikehendaki membuat apa sahaja jenis persembahan yang bertemakan Malam 1 Malaysia. Menerusi aktiviti Malam 1 Malaysia, setiap kumpulan hendaklah merancang persembahan yang menarik dan kreatif. Kerjasama dan komitmen yang wujud dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dapat meningkatkan lagi hubungan interaksi antara satu sama lain tanpa mengambil kira agama, bangsa, dan warna kulit. Keakraban yang terjalin sememangnya membuktikan kem ini merupakan platform yang sesuai dalam mewujudkan perpaduan kaum. Nilai saling hormat-menghormati dengan keunikan budaya yang tersendiri akan menjadikan mereka lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat yang pelbagai budaya. Generasi yang terlahir dibawah kem ini adalah generasi yang tidak ada sikap etnosentrisme, sifat prasangka dan prejudis terhadap sesuatu kaum. 3.3 Sukan Karnival Permainan Tradisional (KARPETRA) Sukan memberi pelbagai kesan positif kepada individu yang menyertainya dan berpotensi menjadi instrumen untuk mencapai pelbagai tujuan, baik di peringkat individu itu sendiri dan juga untuk pembangunan komunitinya. Meneliti kepada kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan potensi individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, sukan boleh dijadikan sebagai medium untuk melahirkan individu yang seimbang. Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk M. Saravanan menyatakan bahawa kita lihat sukan memberi manfaat yang besar kepada negara kerana ia boleh jadi medium untuk memupuk perpaduan, meningkatkan kerjasama berpasukan, memberi motivasi disamping sebagai satu budaya yang sihat. ( Razali Haji Mohamed Yassin, 2013 ) Oleh itu, Sukan Karnival Permainan Tradisional ini telah dipilih untuk dilaksanakan di sekolah. Permainan tradisional adalah bentuk kegiatan permainan yang berkembang dari suatu kebiasaan masyarakat tertentu. Pada perkembangan selanjutnya permainan tradisional sering dijadikan sebagai jenis permainan yang memiliki ciri kedaerahan asli serta disesuaikan dengan tradisi budaya setempat. Kegiatannya untuk mencari hiburan dan mengisi waktu terluang setelah selesai daripada mengerjakan rutin harian. Dalam pelaksanaannya, permainan tradisional dapat memasukkan unsur-unsur permainan rakyat ke dalamnya. Bahkan mungkin juga dengan memasukkan kegiatan yang mengandungi unsur seni seperti yang lazimnya disebut sebagai seni tradisional. Malaysia, warisan seni budaya rakyatnya nyata amat kaya dan

luas. Permainan ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang dan secara langsung menjadi alat untuk berinteraksi bagi masyarakat setempat. Karnival Permainan Tradisional ini bukan sahaja bertujuan untuk menyatupadukan kaum sebaliknya berfungsi untuk mengekalkan warisan budaya Melayu khususnya untuk generasi muda. Seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan teknologi, permainan tradisional yang menjadi pengisi masa lapang kanak-kanak dahulu kian dilupakan dan diganti dengan permainan moden di alam maya sebagai medium berinteraksi. Menyedari hakikat itu juga, sekiranya permainan tradisional ini hilang adalah amat sukar untuk dicari ganti dan kalau

ditukar dengan yang baharu sekalipun, tidak akan sama auranya dengan yang dahulu. Jadi kita harus memelihara dan mengekalkan warisan dan budaya ini. Selain mengisi kekosongan aktiviti fizikal dan mental, permainan tradisional juga menjadi wadah dalam membentuk kesinambungan budaya dan identiti masyarakat Melayu yang kaya dengan adat istiadat. Secara ringkasnya, Karnival Permainan Tradisional ini adalah salah satu cara pengolahan masyarakat kepada pembentukan masyarakat yang bersepadu apabila setiap ahli menggembleng tenaga, masa dan usaha menjayakannya. Misalnya melalui permainan galah panjang yang dimainkan secara berkumpulan. Permainan ini memerlukan kerjasama antara ahli dan strategi yang berkesan untuk menandingi pihak lawan. Karnival Permainan Tradisional ini juga terkumpulnya segala kebanggaan milik ahli dan kumpulan di dalam masyarakat seperti kreativiti, kesenian, semangat, pengetahuan, kepakaran dan adat resam untuk diolah, dinilai dan dinikmati bersama sebagai perangsang gerak aktiviti dan cara berinteraksi dalam masyarakat. Aktiviti ini memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara. 3.4 Sambutan Bulan Kemerdekaan Menurut Robinson dan Rackstaw (1972), Bahasa sangat berfungsi kepada manusia untuk menyampaikan dan menyatakan pengetahuan dan kepercayaan, mengeratkan perhubungan sosial, membuat pertanyaan dan kenyataan, mengeratkan hubungan manusia, mengawal tingkah laku manusia, meredakan ketegangan fikiran, menzahirkan tingkah laku bukan verbal, menarik dan mengekalkan perhatian, berjenaka, mencipta puisi dan mengajar orang lain tentang bahasa itu sendiri. Bicara Berirama Bersepadu adalah aktiviti yang dijalankan di bawah Bulan Bahasa Kebangsaan. Bicara Berirama memberi pendedahan tentang fungsi bahasa dalam komunikasi.

Bahasa yang dipertuturkan oleh manusia adalah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dalam kehidupan sosialnya. Sejarah Tanah Melayu telah melakarkan corak penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, bahasa dan budaya yang mewarnai kehidupan di Malaysia. Maka sosiolinguistik di Malaysia adalah sesuatu yang menarik. Namun begitu, perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan budaya dan perbezaan budaya yang ketara tidak mampu membawa perpaduan antara kaum dan etnik. Justeru itu melalui Laporan Rahman Talib 1960 membuktikan kerajaan bersungguh-sungguh membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar sebagai usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. Bicara Berirama adalah salah satu cara untuk mengumpulkan murid pelbagai kaum bergabung dalam satu unit kumpulan dan mencetus sikap kerjasama antara satu sama lain serta menimbulkan kesedaran pentingnya kesepaduan bagi mencapai matlamat yang diingini. Selain itu, aktiviti ini juga merupakan wahana yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan. Bahasa Mlayu adalah bahasa yang menyatukan semua kaum di negara ini. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah. Bicara berirama ini dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curia. Langkah ini

mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. 3.5 Sambutan Minggu Kokurikulum Hari Niaga Kreatif adalah aktiviti yang memupuk nilai kerjasama di antara murid dengan rakan sebaya serta memberi pengalaman kepada murid-murid terhadap bidang perniagaan. Hari Niaga Kreatif ini dilaksanakan di bawah Sambutan Minggu Kokurikulum. bertujuan memberi eksplorasi baru pendidikan di luar bilik

Sambutan Minggu Kokurikulum

darjah. Menurut Abd.Alim (1995), aktiviti kokurikulum merupakan kesinambungan dan pengukuhan kepada program atau aktiviti pembelajaran di bilik darjah atau kurikulum. Kegiatan kokurikulum sesungguhnya penting untuk membantu melengkapi dan memperkukuhkan proses pembelajaran di dalam bilik darjah, di samping itu ianya dapat menunjukkan perubahan tingkah laku dan banyak mempengaruhi sahsiah murid. Justeru itu, Kementerian Pelajaran telah mewajibkan semua sekolah melaksanakan aktiviti kokurikulum dan setiap pelajar pula ditegaskan untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah diprogramkan.

Hari Niaga Kreatif ini adalah salah satu cara untuk mengumpulkan murid pelbagai kaum bergabung dalam satu unit kumpulan dan mencetus sikap kerjasama antara satu sama lain serta menimbulkan kesedaran pentingnya kesepaduan bagi mencapai matlamat yang diingini. Hari Niaga Kreatif ini juga melibatkan ibu bapa untuk turut sama sertai dalam memberi sokongan dan semangat kepada anak mereka. Cara ini secara tidak langsung menjadikan struktur PIBG sesebuah sekolah itu semakin kukuh apabila setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah mendapat sokongan padu daripada pihak ibu bapa. Hari Niaga Kreatif ini sememangnya dapat menggilap elemen keusahawanan yang ditekankan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Elemen Keusahawanan merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran untuk menjadi usahawan (Kamus Dewan Edisi Ke-3). Secara umum, Elemen Keusahawanan merupakan proses-proses yang terlibat dalam membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah berfikir dan nilai dalaman seseorang murid ke arah menjadi seorang usahawan. Tujuan elemen KSSR ini adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin menyatakan bahawa, apabila seseorang itu memilih untuk terlibat dengan keusahawanan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan cabaran semasa turut meningkat dan ini turut mengukuhkan lagi ekonomi dan kewangan. Jadi, menurut Sofiayana Ellmy Sukor, 2014 budaya keusahawanan ini perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda khususnya kerana dapat menjaminkan masa depan baik sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Hari Niaga Kreatif ini juga menjadi medium untuk menjana perpaduan antara satu sama lain. Hasil kerjasama antara murid untuk berniaga dan memikirkan strategi bagaimana untuk mendapat keuntungan daripada barang jualan dapat mencetus kepada perubahan yang menjalar kearah perpaduan kaum. Murid akan saling berinteraksi dan bertungkus lumus untuk menjayakan jualan mereka dan akan cuba berinteraksi dengan pihak luar atau pelanggan bagi mempromosikan jualan. 3.6 Karnival Kesenian dan Kebudayaan Perpaduan Tarian Budaya Tradisional merupakan aktiviti utama bagi Karnival Kesenian dan Kebudayaan Perpaduan ini. Tarian Budaya Tradisional ini bertujuan untuk mengenengahkan keindahan dan kepelbagaian unsur- unsur kebudayaan, kesenian dan warisan tradisi pelbagai kaum untuk tatapan murid-murid dan memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan ke arah menyatupadukan rakyat pelbagai kaum. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-

8), pembangunan budaya dan seni digalakkan untuk memperkukuh identiti nasional di samping mempererat perpaduan nasional, harmoni dan integrasi. Pemahaman terhadap identiti bangsa adalah penting dalam proses mengukuhkan serta mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelbagai masyarakat. Ketidakfahaman tentang identiti bangsa akan menimbulkan sikap prejudis , stereotaip dan etnosentrik yang akhirnya menimbulkan diskriminasi sosial. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan contoh peristiwa hitam yang wujud akibat daripada prasangka, amalan diskriminasi dan prejudis dalam kalangan etnik. Karnival ini merupakan satu aktiviti yang boleh dijalankan bersama Kelab Rukun Negara. Kelab Rukun Negara adalah kelab yang ditubuhkan bagi mendidik, memberi kesedaran, penghayatan serta mengamalkan prisip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara supaya dapat melahirkan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan yang tinggi dalam kalangan pelajar. Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan,

pemahaman, penghayatan dan pengamalan (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum. Rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing dan bukan bertindak atas kepentingan diri sendiri. Bangsa Malaysia yang hendak dilahirkan ialah satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai masa depan yang sama dan dikongsi bersama. Tarian Budaya Tradisional ini bukan menjurus kepada pendedahan jenis tarian semata-mata sebaliknya untuk membuktikan penerimaan ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh bersatu padu dan berusaha mempelajari satu tarian yang dipilih dan akan dipersembahkan. Aktiviti ini mengukuhkan hubungan serta memupuk suasana saling hormat-menghormati budaya dan kesenian etnik lain sebelum melayari kehidupan sebenar. Malah, aktiviti ini dilihat mampu membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan hak kaum-kaum yang berada dalam negara ini. 3.6 Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia Pesta Layang-Layang 1 Malaysia merupakan aktiviti yang dilaksanakan sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh

UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun. Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia. Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak. Acara sambutan ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia. Hari Kanak-Kanak SeDunia ini disambut setiap tahun pada mana-mana hari Sabtu dalam bulan Oktober. Aktiviti ini mempunyai dua tujuan utama iaitu yang pertama adalah untuk mencungkil bakat dan menguji tahap kreativiti murid-murid tersebut. June King McFee mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Manakala Calvin W. Taylor (1915-2000) pula percaya bahawa pengembangan bakat berkait rapat dengan cara guru merangsang pemikiran mereka. Taylor (1976) membahagikan kreativiti kepada lima peringkat utama iaitu kreativiti bersifat ekspresif, kreativiti melalui penghasilan, kreativiti bersifat inventif, kreativiti bersifat inovatif dan kreativiti bersifat emergen. Menerusi aktiviti ini, kreativiti murid boleh dinilai berdasarkan lima peringkat yang telah dinyatakan oleh Calvin W. Taylor. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang berinovatif, aktiviti ini sama sekali mendokong kehendaknya kerana sebelum mencapai tahap inovatif haruslah melepasi tahap kreatif. Seterusnya tujuan kedua aktiviti ini ialah untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturahim antara satu sama lain. Kerjasama antara ahli kumpulan tanpa mengira perbezaan kaum

membuktikan walaupun berbeza tetapi masih boleh bersatu. Hanya kerana adanya daya usaha yang bersungguh-sungguh atau semangat bersatu teguh, bercerai roboh, bagi mengejar dan merealisasikan satu visi, perpaduan berjaya dipupuk. Aktiviti ini juga membuka peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama lain untuk meluahkan pendapat atau idea. Sebagai contoh, dalam satu kumpulan sudah pasti setiap ahli akan mengeluarkan idea masing-masing. Oleh itu, sikap keterbukaan untuk menerima pendapat orang lain haruslah diterapkan dalam diri setiap murid kerana kematangan seseorang itu apabila individu tersebut boleh menerima pandangan

dan menganggapnya sebagai satu benda positif yang boleh diguna dalam kehidupan. Sekiranya sikap ini tidak dipupuk maka individu yang terlahir ialah individu yang endahkan luahan pendapat orang disekelilingnya atau secara ringkasnya pentingkan diri sendiri. Sememangnya aktiviti ini adalah satu langkah yang baik dalam menghubungkan murid dengan kaum lain yang berbeza fahaman dan latar belakang. Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin menyatakan bahawa apabila kanak-kanak diberi peluang untuk bergaul sesama mereka yang seusia, mereka lebih mudah terpengaruh untuk bergerak bersama, bertukar-tukar pengalaman dan berinteraksi dengan bebas. Melalui pendekatan sebegini, mereka senang untuk dididik serta mampu mewujudkan semangat perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain. ( Connie Sylvia Mesa, 2012 )

4.0 Rumusan Merujuk kepada statistik Indeks Keamanan Negara (GPI), pada tahun 2013 Malaysia menunjukkan perubahan yang agak mengecewakan apabila Malaysia berada pada kedudukan ke-29. Ini bermakna kadar keselamatan dan keamanan Malaysia telah jatuh sebanyak 9 anak tangga jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Berdasarkan kenyataan statistik tersebut menyedarkan kita, bahawa perpaduan kaum yang wujud hari ini terbentuk atas dasar asas yang tidak begitu kuat dan mantap. Semuanya berpunca daripada kegagalan dalam memahami dan menghormati hak, budaya dan adat resam antara satu sama lain. Justeru itu, langkah-langkah atau tindakan yang proaktif harus diambil bagi membentuk perpaduan secara holistik dan usaha ini haruslah diperhebat sehingga dapat dikupas dari akar umbinya kerana kesesuaian dan penerimaan antara kaum merupakan item terpenting untuk mencapai perpaduan dan menjadikan gabungan keseluruhan kaum yang terdapat di Malaysia berubah kepada satu unit yang mampat, unggul dan utuh. Dirgahayu Malaysia, dirgahayu tanah airku.

BIBLIOGRAFI

Connie Sylvia mesa.(2012). Kanak-Kanak Penyumbang Perpaduan. http://www.theborneopost.com/2012/11/01/kanak-kanak-penyumbang-perpaduankim-shin/. Dilayari pada 20 Februari 2014.
Zanariah Abd Mutalib. (2010). Guru Kena Kreatif Pupuk Perpaduan. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gurukenakreatifpupukperpaduan/Article. Dilayari pada 23 Februari 2014. Zainal Rashid Ahmad. (2012). Menghayati Perpaduan Kaum Sebagai Erti Kemerdekaan. http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120831/re_03/Menghayati-perpaduankaum-sebagai-erti-kemerdekaan. Dilayari pada 23 Februari 2014.

Nazeri Nong Samah. (2001) . Gerakan Aktiviti Seni, Budaya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0601&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Da=dn_01.htm. Dilayari pada 24 Februaru 2014. Ahmad Shah Bin Pakeer Mohamed. (2013). Patriotisme Belia Ke Arah Perpaduan Dan 1 Malaysia. Jurnal Biro Tatanegara.(Vol.1). Jabatan Perdana Menteri.

Zaini Bin Arshad. (2003). Sukan Massa Sebagai Mekanisma Pembangunan Komuniti: Satu Kajian Kes Mengenai Pemahaman Dan Pendekatan. Serdang: Universiti Purtra Malaysia. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid [ et al. ]. (2014). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Prof. Dr. Haji Abdul Shukor Hashim. (2009). HBAE1203 Perkembangan Seni dan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. Ahmad Ali Seman PhD & Warti Bt Kimi. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia.Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai