Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan Pendidikan Luar Pendidikan luar adalah berdasarkan falsafah ikhtiar hidup dari tamadun lampau Mesir, India,

China, Rom dan Greek. Pendidikan luar dilihat dapat menyemai perasaan muhibbah dan integrasi nasional dalam kalangan generasi muda masa kini. Di samping itu, pendidikan luar juga dapat menanam, memupuk dan memberi latihan awal dari aspek kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan. Pelajar mungkin tidak dapat memperolehi pengalaman yang menyeluruh dengan hanya mengikuti P&P di bilik darjah sahaja.

Pendidikan luar yang terancang memberi pengalaman yang sebenar yang mengutamakan konsep: a) Peningkatan pengetahuan b) Kemahiran c) Disiplin d) Keyakinan diri e) Nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan diri. Penggunaan persekitaran sebagai makmal hidup yang menyediakan aktiviti terancang melalui kaedah: f) Pemerhatian g) Penyiasatan h) Penyelidikan i) Kerjasama j) Kesepaduan k) Motivasi l) Kreativiti

Definisi Pendidikan Luar Menurut Hammerman (1985) menyatakan pendidikan luar sebagai landasan untuk mengenalpasti penglaman yang boleh dipraktikan dalam situasi harian.

Walaubagaimanapun, Ford (1981) menyatakan pendidikan luar sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan P&P dalam kurikulum sedia ada. Knap (1981) pula menambah pendidikan luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif sesuatu organisasi.

Sebagai kesimpulannya pendidikan luar adalah satu kaedah gabungjalin antara pendidikan moden dan tradisional untuk wujudkan satu proses P&P yang meliputi domain kognitif, afektif dan psikomotor yang berkesan. Untuk tujuan ini persekitaran luar bilik darjah dijadikan sebagai makmal hidup bagi mendedahkan pelajar kepada situasi se benar. Matlamat Pendidikan Luar

Selaras dengan pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan, kesedaran dan amalan serta menghayati hubungannya dengan alam semulajadi dan persekitaran. Disamping itu, kita dapat menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi.

Objektif Pendidikan Luar

Terdapat tiga fokus utama dalam aktiviti pendidikan luar ini. Pertamanya dapat dilihat dari aspek psikomotor dimana pelbagai tahap diberi tumpuan seperti tahap kecergasan, pengalaman, kecerdasan dan kumpulan umur serta jantina. Seterusnya dapat dilihat dari aspek kognitif yang menekankan kebolehan menaakul, analisis, sintesis, perlakuan motor seseorang secara ilmiah dan saintifik manakala aspek ketiga pula ialah aspek afektik yang memberi perhatian lebih kepada penghayatan nilai-nilai murni.

Ikhtiar Hidup Pengenalan Ikhtiar Hidup Ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu aktiviti yang terdapat di dalam pendidikan luar. Aktiviti ini diadakan bagi menguji daya ketahanan fizikal dan mental para peserta. Hal ini merujuk kepada takrifan ikhtiar hidup itu sendiri dimana ianya membawa maksud usaha untuk terus hidup dalam suatu keadaan genting. Selain itu, ikhtiar hidup juga merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.

Situasi Ikhtiar Hidup a) Kehabisan bekalan makanan dan minuman

b) Ancaman binatang buas c) Masalah perlindungan

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui: a) Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti b) Mental pengetahuan tentang ikhtiar hidup c) Fizikal kecergasan dan ketahanan tubuh badan d) Teknik kemahiran ikhtiar hidup e) Material peralatan, pakaian dan bekalan

Punca Situasi Ikhtiar Hidup Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan. Kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

Kepentingan Ilmu Ikhtiar Hidup Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. lmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar.

Prinsip Ikhtiar Hidup a) Keselamatan b) Usaha c) Kawalan diri d) Kerjasama

Keselamatan a) Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa. b) Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Contoh Memakan tumbuhan-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar.

c) Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika anda tidak mempedulikan soal keselamatan.

Usaha Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi. a) Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu. b) Jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda. c) Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikhtiar hidup mereka. d) Kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu.

Kawalan Diri a) Kawalan diri sangatlah penting dilakukan supaya segala tindakan dan keputusan dapat memberikan keputusan yang positif. b) Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. c) Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri.

Kerjasama a) Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. b) Kerjasama akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin. Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup a. Pisau / parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am. b. Mata pancing - menangkap ikan sebagai sumber makanan (protein). c. Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat. d. Mancis / pemetik api - masak, haba, cahaya. e. Garam - gantikan mineral badan yang hilang.

Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (taste test) CIUM @ HIDU Potong sampel yang diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak membuat penilaian / tindak balas yang berbau busuk atau tengik mungkin beracun / berbahaya dan memabukkan.

GATAL KULIT Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan / perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.

BIBIR, LIDAH, MULUT Seterusnya lakukan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yang dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.

MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM) Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala, sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.

Rujukan http://ipkbsports.blogspot.com/2009/08/pendidikan-luar-ikhtiar-hidup.html

Definisi 2 Pendidikan Luar merupakan salah satu daripada kaedah pengajaran dan pembelajarn yang amat menarik dan berkesan dilaksanakan secara elektif dan bijaksana. Pendekatan, pemeringkatan, pengelolaan dan pengisian aktiviti secara teori dan praktikal akan membantu pelajar meneroka pengetahuan dan pengalaman baru.

Brookes (1991), menyatakan yang takrif pendidikan luar sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan masa dan tempat. aplikasi pengalaman di alam luar untuk mendidik dan pembangunan insan. (The Outdoor Institute). menarik perhatian kepada penggunaan deria-audio, visual, rasa, sentuhan, dan bau -untuk pemerhatian dan pemahaman(C.A.Lewis 1975, The Administration Of Outdoor Education Programs, Dubuque IA, Kendall-Hunt) menyentuh ketiga-tiga domain pembelajaran yang terdiri daripada

pengetahuan,kemahiran, dan sikap (Phyllis Ford,1981, Principles dan Practices of Outdoor/Environmantal Education, New York, Wiley). satu perantaraan yang memberi peluang untuk pendidikan tak formal mengenai perkembangan kendiri dan sosial untuk individu dan masyarakat(Outdoor Edinburgh) satu istilah yang mempunyai maksud yang berlainan kepada manusia, tamadun dan organisasi. Tema yang sama meliputi penekaan ke atas pengalaman terus di alam luar untuk mencapai matlamat kendiri, matlamat sosial, pendidikan,pemulihan serta per sekitaraan. (Neill 2003) suatu cara pengkayaan kurikulum, di mana proses pembelajaran berlaku di alam luar.Pendidikan luar merangkumi pendidikan persekitaraan, pendidikan konservasi, pendidikan cabaran,perkhemahan sekolah, terapi alam semula jadi dan beberapa aspek rekreasi luar. (Edward Leppain 2000) Knap(1981) menyatakan Pendidikan Luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi. Apa yang dimaksudkan dari pernyataan tersebut adalah pendidikan luar boleh dijadikan satu kaedah untuk mengorentasikan individu atau kumpulan berdasarkan falsafah, pelaziman dan pengukuhan pembelajaran. See more at: http://www.zairedin.com/2010/07/definisi-pendidikan-

luar.html#sthash.tt0wYPKY.dpuf

Definisi 3 Definisi, Falsafah dan Matlamat.

Definisi

Ford ( 1981 ) mendefinisikan PL sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.

Knapp ( 1981 ) menyatakan bahawa pendidikan luar sebagai alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.

Hammerman et.al ( 1985 ) telah mendefinisikan pendidikan luar sebagai landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.

2.

Falsafah

Alam semula jadi merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalinkan dengan amalan yang boleh memperkayakan pengetahuan, pengalaman dan memupukkan nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan intergrasi di kalangan masyarakat ke arah perpaduan nasional.

3.

Matlamat

1. Pendidikan luar yang telah diubahsuai selaras dengan matlamat humanization of education. Perkembangan potensi insan dari segi intelek, rohani dan emosi diberi penekanan yang sama dengan aspek jasmani.

2. Matlamat pendidikan luar adalah untuk membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emasi dan social yang sihat serta melahirkan warganegara yang berpengetahuan luas, berdisiplin dan bersatu padu. Oleh itu, pendidikan luar haruslah mengandungi unsurunsur pendidikan, etika, dan perpaduan.

Rujukan http://outdooratiptb.blogspot.com/2008/09/definisi-falsafah-dan-matlamat.html