Anda di halaman 1dari 1

PATOFISIOLOGI KOLERA

Penyakit Kolera disebabkan oleh bakteria Vibrio Cholerae yang masuk ke dalam tubuh seseorang melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh bakteria tersebut. Bakteria Vibrio Cholerae akan mula membiak dengan pantas dalam usus. Bakteria tersebut akan menghasilkan enterotoksin di dalam bahagian saluran usus seseorang itu. Penghasilan enterotoksin oleh bakteria Vibrio Cholerae akan menggalakkan rembesan cecair dan elektrolit badan seperti Sodium Cloride,Potassium Bikarbonat keluar dari dinding usus ke lumen usus dan menyebabkan berlakunya cirit-birit teruk. Antara kesan-kesan lain disebabkan oleh jangkitan virus Vibrio cholera adalah seperti pesakit mengalami muntah-muntah yang teruk, loya, sakit di bahagian abdomen dan pesakit juga mengalami dehidrasi jika dibiarkan tanpa rawatan segera. Akibat daripada keadaan dehidrasi teruk serta tidak dirawat, keadaan ini akan berlanjutan kepada pesakit akan mengalami Hipovolemia, Hiponatremia, dan Hipokalemia. Keadaan ini menjurus kepada kegagalan fungsi ginjal pesakit, pesakit mengalami asidosis metabolik dan berkemungkinan juga pesakit akan mengalami renjatan.