Anda di halaman 1dari 9

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBSC2103 V2 CHEMISTRY 1

CHEMICHAL BONDING

NAME : AZRIN BIN MOHD. YUSOF MATRICULATION NO. : 800711125033001 IDENTITY CARD NO. : 800711-12-5033 TELEPHONE NO. : 013-5445656 EMAIL : redish_283@yahoo.com

TUTOR NAME : CHANDRAN VENGADASAMY LEARNING CENTER : OUM, KOTA KINABALU

Semester MAY 2013

PENGENALAN

Kimia merupakan salah satu daripada cabang sains yang mesti dan wajib diajar dalam Kurikulum Sekolah Menengah. Selain Kimia, Fizik dan Biologi juga adalah cabang sains yang akan dipelajari oleh murid-murid sekolah menengah yang mengambil mata pelajaran Sains Tulen dan akan ditempatkan di dalam kelas Aliran Sains. Perkataan kimia adalah perkataan yang berasal daripada perkatan Arab al-kimiya. Namun, bangsa pertama yang mencuba untuk memperjelaskan akan kejadian perubahan kimia ialah bangsa Yunani. Berdasarkan suatu teori, mereka telah mengemukakan bahawa semua bahan adalah terdiri daripada empat unsur asas yang terdiri daripada api, air, tanah dan udara, kira-kira 2400 tahun dahulu. Unsur-unsur tersebut adalah saling berkait malah mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sejuk, panas, kering dan lembap. Oleh kerana ciri tersebut berkaitan dengan kehidupan maka mereka telah mengemukakannya sebagai sebuah teori. Walaubagaimanapun, masyarakat Mesir pula sudah maju dan mengetahui teknik-teknik atau kaedah pengekstrakan logam seperti emas dan sebagainya. Istilah kimia turut berasal dari Mesir yang bermaksud tanah hitam dari Sungai Nil dalam Bahasa Arab (Wikipedia). Namun, pengasasan kimia moden bermula pada abad ke-16 iaitu perkembangan pengekstrakan logam daripada bijihnya oleh George Bauer, berbangsa Jerman. Selain itu, seorang lelaki berbangsa Switzerland pula telah menggunakan mineral dalam bidang perubatan iaitu Paracelsus. Pengasas kepada kimia moden ialah seorang ahli sains inggeris, iaitu Robert Boyle (1627 1691) yang merupakan manusia pertama menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesahan sesuatu pendapat yang dikemukakan. Beliau turut menghasilkan sebuah buku berjudul The Sceptical Chymist yang menerangkan tentang sifat-sifat berlainan bagi unsur, sebatian dan campuran dengan terperinci dan lebih jelas. Secara amnya, Kimia ialah satu cabang ilmu sains yang berkaitan dengan komposisi, struktur dan juga ciri jirim serta perubahannya apabila terdedah kepada jirim lain atau ketika perubahan keadaan fizikal disekeliling jirim itu. Malah, kimia juga merupakan sains fizikal yang melibatkan kajian terhadap pelbagai jenis atom, hablur, molekul dan bentuk jirim lain sama ada secara diasingkan atau disebatikan serta membabitkan konsep tenaga dan entropi berkenaan proses kimia secara spontan. Ilmu kimia merupakan cabang sains yang luas sehingga dianggap sebagai science center atau pusat sains kerana keunikan kedudukannya bertindih dengan cabang-cabang sains yang lain. Kimia dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah kimia organik, kimia tak organik, kimia fizik, kimia analisis, biokimia dan kimia pengkomputan. Malahan bahagian baru dalam bidang kimia kini telah wujud dan salah satu daripadanya ialah neurokimia. Oleh kerana kimia itu meluas

penggunaannya, maka penggunaannya dalam kehidupan manusia juga seiring kepentingannya dalam bidang-bidang lain. Antara kepentingan-kepentingan kimia di dalam hidup kita ialah, bidang kimia itu menjadi sebagai sebuah kerjaya yang sangat penting kerana keperluan yang sangat tinggi terutamanya dalam bidang kajian makanan, perubatan, pertanian, industri pembuatan malah bidang pertahanan turut memerlukan khidmat kimia dalam kajian. Begitu juga dalam bidang tekstil yang turut menggunakan kimia sebagai material utama sebagai campuran. Manakala bahan-bahan makanan pula terdiri daripada adunan bahan-bahan kimia seperti protein yang terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, nitrogen dan lain-lain lagi. Dalam bidang perindustrian seperti pengeluaran minyak, sehingga Malaysia tersenarai sebagai negara pengeluar utama. Asas kepada kimia adalah Teori Atom yang menyatakan bahawa semua jisim terbentuk daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom. Hukum Keabadian Jisim menjurus kepada penubuhan kimia yang merupakan hukum pertama Teori Atom. Hukum tersebut turut menyatakan bahawa tiada perubahan yang dapat dikesan dalam kuantiti jisim ketika tindak balas kimia berlaku. Dalam Fizik Moden pula, dijelaskan bahawa atom dan tenaga tidak mungkin boleh dicipta atau dimusnahkan dalam satu tindak balas kimia sahaja. Walaupun pada awalnya sesuatu itu hijau dan berlendir lalu menjadi sesuatu yang keras dan hitam sesudah tindak balas, jumlah atom adalah tetap kekal dan tidak akan berubah. Begitu juga dengan jisim, sekiranya tenaga yang dibebaskan atau ditambah itu akan diambil kira. Satu lagi penemuan yang penting dalam kimia adalah apabila perubahan berlaku, jumlah tenaga yang terhasil atau hilang adalah tetap dan tidak akan berubah.

STRUKTUR BAHAN KIMIA Dalam kimia, struktur bahan kimia ialah bentuk jirim yang tetap, iaitu komposisi kimia dan ciri atau sifatnya adalah tidak berubah. Ianya tidak boleh dipisahkan kepada komponen-kompenen oleh kaedah pengasingan secara fizikal atau tanpa memecahkan ikatan kimia tersebut. Struktur bahan kimia adalah kukuh, cecair, gas atau plasma. Ia juga dikenali sebagai sesuatu yang digelar asli untuk mengelakkannya daripada terpisah daripada campuran. Contoh yang paling biasa untuk struktur bahan kimia ialah air. Sifatnya tetap sama dan tidak berubah dengan nisbah daripada hidrogen kepada oksigen sama ada terasing daripada sungai atau di makmal. Struktur bahan kimia yang lain kebiasaannya ditemui dalam bentuk asli ialah seperti berlian (karbon), emas, garam (sodium chloride) dan gula (sucrose). Walaubagaimanapun, bahan asli biasanya dapat ditemui secara semulajadi, contohnya dalam air paip, terdapat juga unsur garam larut dan kandungan yang mengandungi ion, kalsium dan banyak lagi bahan kimia yang lain. Kewujudan struktur bahan kimia adalah seperti kukuh,

cecair, gas atau plasma dan akan berubah atau bertukar antara fasa jirim dengan perubahan suhu atau tekanan. Reaksi kimia akan mengubahkan satu struktu bahan kimia kepada struktur bahan kimia yang lain. Manakala bentuk tenaga seperti kepanasan cahaya lampu tidak dikira sebagai jirim. Struktur bahan kimia juga dikenali sebagai bahan asli bermaksud sebarang bahan dengan komposisi atau kandungan kimia yang telah ditetapkan. Ia bermakna bahawa sama ada struktur bahan kimia itu adalah elemen kimia yang asli atau sebatian kimia asli. Dalam bidang geologi, bahan daripada komposisi yang sama ialah mineral. Campuran fizikal dengan beberapa bahan mineral dikenali sebagai batu-bata. Walaubagaimanapun, kebanyakan mineral saling melarut ke dalam larutan yang padu. Jirim merupakan bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. Berdasarkan teori kinetik jirim, semua jirim terdiri daripada zarah halus yang diskrit yang sentiasa bergerak dan mempunyai tenaga kinetik. Zarah yang membina jirim terdiri daripada atom, molekul dan ion. Atom adalah zarah terkecil bagi suatu unsur yang mengambil bahagian dalam suatu tindak balas kimia. Ion adalah zarah yang mempunyai cas iaitu ion bercas positif ialah kation dan ion bercas negatif ialah anion. Molekul pula ialah zarah yang tidak bercas dan terbentuk daripada gabungan dua atau lebih atom. Teori kinetik turut menerangkan tentang perbezaan fasa jirim dari segi pergerakan jirim yang boleh dibuktikan melalui eksperimen Pergerakan Brownian dan Resapan. Kewujudan jirim adalah dalam 3 fasa atau unsur iaitu pepejal, cecair dan gas.

IKATAN KIMIA Secara prinsipnya, ikatan kimia adalah interaksi yang menyatukan dua atau lebih atom. Atom-atom unsur selain gas adi yang kurang stabil akan bertindak balas dan membentuk Ikatan kimia antara atom akan membentuk sama ada molekul atau ion dan sebatian kimia. Perbezaan keelektronegatifan (E) antara atom-atom yang membentuk ikatan kimia akan mempengaruhi atau menentukan jenis ikatan kimia yang akan terbentuk. Atom-atom unsur ini mencapai susunan elektron gas adi yang stabil melalui perkongsian elektron, kehilangan elektron atau penerimaan elektron dan terikat bersama oleh ikatan kimia. Terdapat dua jenis ikatan kimia iaitu Ikatan Ion dan Ikatan Kovalen.

Ikatan Ion Pembentukan ikatan ion adalah disebabkan oleh ion positif dan ion negatif. Ion positif terbentuk semasa tindak balas kimia, atom-atom logam cenderung melepaskan elektron dari

lapisan terluarnya untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil lalu terbentuknya ionion positif atau kation. Sementara ion negatif pula terbentuk semasa tindak balas kimia iaitu atom-atom bukan logam menerima elektron yang dilepaskan oleh atom logam untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil lalu membentuk ion-ion negatif atau anion. Ikatan ion merupakan ikatan kimia yang terbentuk melalui pemindahan elektron dari satu atom logam kepada satu atom bukan logam. Semasa pembentukannya, atom logam akan melepaskan elektron, manakala atom bukan logam akan menerima elektron yang dilepaskan. Kedua-dua atom logam dan atom bukan logam mencapai susunan elektron gas adi yang stabil pada akhir tindak balas iaitu melalui susunan elektron duplet atau oktet. Ion Positif yang merupakan ion logam dan ion negatif iaitu ion bukan logam kemudian ditarik bersama oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat. Sebatian terbentuk yang mempunyai ikatan ion ini dikenali sebagai sebatian ion. Antara contoh-contoh sebatian ion ialah natrium klorida, NaCI, kuprum (II) bromida dan magnesium nitrat. Sebatian ion mempunyai ciri-ciri atau sifatnya yang tersendiri. Antaranya ialah, takat lebur dan didih yang tinggi yang disebabkan oleh ion-ion ditarik bersama oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat, banyak tenaga haba yang diperlukan untuk mengatasi daya tarikan yang kuat dan menyebabkan sebatian ion tidak meruap. Sifatnya yang lain pula ialah mengkonduksi elektrik dalam keadaan leburan atau larutan akueus tetapi tidak dalam keadaan pepejal kerana ion-ion tidak akan dapat bergerak dengan bebas untuk membawa cas-cas elektrik dan dalam keadaan akueus ion-ion bebas bergerak untuk membawa cas-cas elektrik. Biasanya sebatian ion akan larut dalam air tetapi tidak larut dalam pelarut organik. Malah lazimnya, sebatian ion wujud sebagai pepejal putih pada keadaan bilik bagi garam kumpulan 1, 2 dan 13. Jika terlarut dalam air, garam-garam kumpulan 1, 2, 13 membentuk larutan yang tidak berwarna.

Ikatan Kovalen Ikatan kovalen merupakan ikatan kimia yang terbentuk melalui perkongsian elektron antara atom unsur bukan logam dengan atom unsur bukan logam yang lain. Sebatian yang mempunyai ikatan kovalen disebut sebatian kovalen. Ketika berlakunya pembentukan ikatan kovalen ini, atom bukan logam menyumbangkan 1, 2, 3 atau 4 elektron untuk berkongsi dengan atom-atom lain. Ikatan yang terhasil desebut sebagai ikatan kovalen. Pembentukan molekul pula terhasil daripada ikatan kovalen antara atom. Oleh itu, atom-atom bukan logam dalam molekul kovalen akan mencapai susunan elektron gas adi yang stabil. Antara contoh molekul yang mempunyai ikatan kovalen ialah klorin, karbon dioksida, ammonia dan air. Terdapat beberapa jenis ikatan kovalen.

Antaranya ialah yang pertama ikatan kovalen tunggal. Ikatan ini terbentuk melalui perkongsian satu pasang elektron antara dua atom bukan logam. Semasa pembentukannya, setiap atom bukan logam menyumbangkan satu elektron untuk dikongsi. Sepasang elektron akan dikongsi antara dua atom unsur bukan logam untuk mencapai susunan elektron gas adi yang stabil. Contoh-contoh ikatan kovalen tunggal ialah hidrogen, klorin, air, metana, ammonia dan tetraklorometana. Ikatan kovalen yang kedua pula ialah ikatan kovalen ganda dua. Ikatan ini terbentuk melalui perkongsian dua pasang elektron antara dua atom bukan logam. Contoh molekul-molekul yang mempunyai ikatan kovalen ganda dua ialah oksigen dan karbon dioksida. Semasa berlaku pembentukannya, setiap atom bukan logam akan menyumbang dua elektron untuk perkongsian supaya mencapai susunan elektron gas adi yang stabil. Manakala ikatan kovalen ketiga pula ialah ikatan kovalen ganda tiga. Ia merupakan jenis ikatan yang terbentuk melalui perkongsian tiga pasang elektron antara dua atom bukan logam. Ikatan ini dapat diperhatikan dalam molekul nitrogen. Antara sifat-sifat sebatian kovalen pula ialah, takat lebur dan didih adalah rendah kerana molekul-molekul ditarik bersama oleh daya tarikan antara molekul yang lemah selain sedikit tenaga haba diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul yang lemah. Sebatian kovalen juga tidak mengkonduksikan elektrik kerana hanya terdiri daripada molekulmolekul yang neutral sahaja selain ion-ion yang membawa cas-cas elektrik tidak wujud. Sebatian ini juga mudah meruap kerana molekul-molekul ditarik bersama oleh daya tarikan antara molekul yang lemah menyebabkan takat didhnya rendah. Ia juga larut dalam pelarut organik tetapi biasanya tidak larut di dalam air.

Ikatan hidrogen Ikatan hidrogen merupakan ikatan paling lemah dan primer yang terjadi antara beberapa molekul dalam jumlah yang sedikit. Cas separa pada molekul akan menarik molekul-molekul lain lalu membentuk ikatan hidrogen yang lemah dan sementara. Ia dikenali sebagai ikatan hidrogen kerana hidrogen merupakan salah satu daripada atom separa cas yang wujud dalam ikatan ini. Bilangan dan jenis ikatan yang terbentuk antara atom bergantung kepada kewujudan atom secara neutral iaitu susunan valens elektron dan hubungan elektron negatif pada atom.

CIRI / SIFAT BAHAN KIMIA Terdapat 2 jenis sifat atau ciri yang perlu dikaji terhadap bahan kimia iaitu sifat kimia dan sifat fizikal. Sesetengah sifat fizikal adalah sifat yang luas atau terperinci serta bergantung pada jumlah jisim. Isipadu dan jisim adalah sifat atau ciri yang luas dan terperinci. Sifat atau

ciri intensif pula tidak bergantung pada jumlah jisim semata-mata. Warna merupakan sifat intensif. Ketulan emas yang besar sebagai contoh mempunyai warna yang sama dengan ketulan emas yang kecil. Namun, dari sudut sifat ekstensif ia berbeza dari segi jisim dan isipadunya tetapi warnanya tetap sama dan tidak berubah. Sifat atau ciri fizikal ialah sifat yang membolehkan berlaku perubahan pada sifat atau ciri jisim kepada suatu sifat baru dan ianya menggambarkan bagaimana sifat bertindak balas dengan sifat-sifat lain. Adakah ianya berubah kepada sesuatu yang baru sekiranya apabila ditambah dengan air? Sepertimana logam sodium bertukar menjadi sodium hidroksida? Adakah ianya boleh terbakar di dalam air? Satu lagi sifat iaitu sifat fizikal menggambarkan karekter fizikal sesuatu sifat. Isipadu, jisim dan warna sifat sesuatu itu merupakan sifat fizikal dan ianya boleh menjadi penebat elektrik. Jirim pula wujud dalam tiga keadaan atau unsur iaitu pepejal, cecair dan gas. Kita lihat unsur yang pertama iaitu pepejal. Susunan zarah pada pepejal lazimnya adalah rapat, padat dan teratur pada kedudukan yang tetap. Ruang-ruang yang terdapat diantara zarah-zarah adalah sangat kecil. Oleh kerana ruang yang sempit itu, pergerakan zarah pepejal adalah tidak bebas malah bergetar pada kedudukan yang tetap sahaja. Daya tarikan antara zarah adalah sangat kuat namun kandungan tenaga pepejal adalah sangat rendah. Bentuk dan isipadunya tetap tidak berubah iaitu sama namun ianya tidak boleh dimampat. Unsur yang kedua pula ialah cecair. Susunan zarahnya tidak tersusun dengan teratur dan kurang rapat malah terdapat ruang kosong di antara setiap zarah. Zarah-zarahnya bergerak secara berkumpulan dan secara perlahan-lahan serta secara rawak dan berlanggar antara satu sama lain. Daya tarikan antara zarah adalah kurang kuat dan kandungan tenaganya sederhana tetapi lebih kuat berbanding pepejal. Dari segi bentuk pula iaitu sifat fizikalnya adalah mengikut bentuk bekas tetapi isipadunya adalah tetap dan dari segi kemampatan pula air sangat sukar untuk dimampatkan. Unsur yang ketiga pula ialah gas. Susunan zarah gas adalah tidak tersusun malah terpisah jauh antara satu sama lain. Pergerakan zarahnya adalah secara rawak dengan laju dalam semua arah dan berlanggar antara satu dengan yang lain. Daya tarikan zarahnya sangat lemah tetapi kandungan tenaga pada zarah adalah sangat tinggi. Sifat fizikalnya dari segi bentuk adalah mengisi seluruh ruang dan isipadunya pula tidak tetap. Gas mempunyai kebolehan untuk dimampatkan. Jirim boleh dikelaskan kepada unsur dan sebatian. Tiga jenis zarah yang membina jirim ialah atom, molekul dan ion. Atom adalah zarah terkecil yang merupakan unit asas kepada semua jirim. Semua logam dan sesetengah bukan logam seperti karbon terdiri daripada atom sahaja. Manakala molekul pula adalah gabungan dua atau lebih atom bukan logam yang sama atau berlainan. Hampir semua bukan logam seperti bromin, iodin dan oksigen terdiri daripada molekul. Sementara ion pula terbentuk hasil daripada atom neutral

yang menerima atau kehilangan elektron. Contoh bahan yang terdiri daripada ion adalah natrium klorida dan plumbum bromida. Perubahan keadaan jirim boleh berlaku melalui proses pemanasan atau penyejukan, iaitu apabila tenaga haba diserap ataupun terbebas daripada jirim. Berikut adalah perubahan keadaan jirim:

a). Peleburan (pepejal kepada cecair) Apabila dipanaskan, tenaga haba diserap dan zarah-zarah pepejal bergetar dengan lebih cepat. Daya tarikan antara zarah telah dilemahkan.

b). Pembekuan (cecair kepada pepejal) Apabila cecair disejukkan, zarah-zarah kehilangan tenaga dan bergerak dengan lebih perlahan. Zarah-zarah ditarik bersama dengan kuat oleh daya tarikan antara zarah.

c). Pendidihan / penyejatan (cecair kepada gas) Apabila dipanaskan, tenaga haba diserap dan zarah-zarah cecair bergerak dengan lebih capat. Daya tarikan antara zarah diatasi.

d). Kondensasi (gas kepada cecair) Apabila disejukkan, zarah-zarah gas kehilangan tenaga dan bergerak dengan lebih perlahan. Daya tarikan antara zarah-zarah yang lebih kuat menarik zarah-zarah bersama.

e). Pemejalwapan (gas kepada pepejal) Apabila disejukkan, zarah-zarah gas kehilangan tenaga dan bergerak dengan lebih perlahan. Zarah-zarah ditarik bersama dengan kuat oleh daya tarikan antara zarah.

f). Pemejalwapan (pepejal kepada gas) Apabila dipanaskan, zarah-zarah pepejal memperoleh lebih banyak tenaga dan bergerak dengan lebih cepat. Zarah-zarah terpisah daripada kekisi pepejal dan terbebas.

(2, 508 patah perkataan)

RUJUKAN

Benito. (n.d.). Ikatan Kimia. (Online). http://benito.staff.ugm.ac.id/IKATAN_KIMIA.html (26.06.2013).

Chem869Dmat. (n.d.). Types of Chemichal Bonding. (Online). http://Dwb4.unl.edu/chem/CHEM869Dmats/BondTypes.html (26.06.2013).

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keempat. (2008). Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. (26.06.2013).

Miss Khairani. (n.d.). Kimia 2 : Struktur Atom. (Online). http://khairani1270.wordpress.com/struktur-atom-2/ (26.06.2013). Dummies. (n.d.). The Properties of ChemichalSubstance For Dummies. (Online). www.dummies.com/how-to/content/the-properties-of-chemichal-bonding.html (26.06.2013).

Wikipedia. (n.d.). Chemichal Substance. (Online). http://wikipedia.org/wiki/Chemichal_substance (26.06.2013).

Yeap Tok Kheng. (2013). eNotes Chemistry SPM form 4 & 5. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. (26.06.2013).

Anda mungkin juga menyukai