Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan perkaitan bahasa dan alam pemikiran Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri.

Pemikiran Masyarakat Melayu Menurut Asmah Hj Omar, leaning language is learning how to mean. Bahasa ialah alat atau medium untuk menyampaikan makna . Pemikiran adalah perilaku penyelesaian masalah. Manusia mula berfikir sebagai daya usaha untuk penyesuaian diri dengan alam sekeliling. Kenyataan ini amat relevan dalam konteks pemikiran Melayu tradisional. (Che Ibrahim Salleh, Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, 2008: 35). Masyarakat Melayu mengalami perubahan alam pemikiran secara evolusi bermula dengan pegangan kepada konsep kepercayaan Paganisme, Animisme, Hindu, Buddha, Islam, dan sekularisme. Dalam hal ini, pegangan masyarakat Melayu turut dipengaruhi oleh konsep-konsep kepercayaan tersebut. Perubahan ini menunjukkan alam pemikiran Melayu terbuka. Seandainya proses penyesuaian tidak dilakukan, mungkin berlaku pertentangan dan konflik budaya akan menyebabkan berlakunya permusuhan dan penolakan terhadap konsep yang cuba diterapkan. Kedatangan Islam ke alam Melayu telah membawa unsur rasionalisme dan intelektualisme ke dalam penghidupan masyarakat Melayu. Perubahan yang jelas sekali ialah mengubah kepercayaan masyarakat Melayu dari kepercayaan yang mempersekutukan Allah kepada agama mentauhidkan Allah.

Islam sebagai agama sejagat yang merangkumi keseluruhan cara hidup, sudah tentu membawa perubahan keseluruhan pemikiran masyarakat Melayu. Demikianlah hubungan Islam dengan masyarakat Melayu ketika awal kedatangannya sehingga meninggalkan kesan dalam jiwa bangsa Melayu. Kini Islam dan Melayu sudah menjadi suatu sinonim yang tidak dapat dipisahkan. Masyarakat Melayu dalam ilmu pengetahuan tidak lagi terkongkong di istana dan kalangan golongan bangsawan, seperti zaman Hindu-Buddha, tetapi disebarkan juga dalam kalangan rakyat jelata melalui pendidikan dan pengajaran di masjid, surau dan madrasah . Penumpuan ilmu pengetahuan dan persuratan bukan lagi menekankan aspek estetik, romantik, ketakjuban, daya khayalan dan imaginasi, tetapi kepada yang lebih rasional, akali dan intelektual, cetusan dan dorongan secara langsung daripada al-Quran dan hadis yang menekankan kewarasan, kerasionalan berasaskan akal budi dan ilmu yang sahih dan nyata. Proses ini telah membentuk alam pemikiran masyarakat Melayu termasuk budayanya.

Hubung-kait Antara Bahasa dan Masyarakat Para pengkaji bahasa dan budaya bersependapat bahawa bahasa dan budaya itu tidak boleh dipisahkan. Bahasa merupakan lambang-lambang dalam budaya, dan pembinaan bahasa itu sangat dipengaruhi oleh budaya itu sendiri. Dalam erti kata lain, bolehlah dikatakan bahasa itu menyatakan budaya sesuatu masyarakat dan seterusnya bahasa itu yang menjadi lambang jati diri bagi sesebuah

masyarakat atau bangsa. Sesungguhnya Bahasa itu jiwa bangsa . Jikalau bahasa hilang , maka satu daripada lambang penting jati diri juga turut hilang. Sesuatu bahasa itu perlu diberikan nilai sosial dan nilai ekonomi. Bahasa yang memiliki nilai ekonomi akan lebih dihormati.

Bahasa bukan sahaja wahana komunikasi, malah bahasa juga merupakan pancaran milieu dan citra masyarakat atau bangsa. Bahasa juga menjadi alat bagi manusia berfikir.Pemikiran manusia dibatasi penguasaan bahasanya. Bahasa mempunyai kaitan yang banyak dengan kehidupan dan identiti bangsa yang menggunakan bahasa itu. Oleh hal demikian , untuk mengenali sesuatu bangsa secara menyeluruh, ahli bahasa perlulah mengkaji fungsi bahasa, iaitu tentang peranan atau kegunaan bahasa dalam masyarakat. Salah satu cara yang paling baik untuk mengenali sesuatu bangsa adalah dengan mengkaji bahasanya. Dalam budaya Melayu, bahasa Melayu dianggap lidah Melayu . Beberapa peribahasa Melayu meneguhkan pandangan itu. Jikalau dikatakan orang itu lembut dan fasih lidahnya, hal ini bererti orang itu bagus tutur katanya, pandai menggunakan kata-kata yang baik, halus dan bagi orang Melayu,bahasa juga mempunyai peranan sosial dan budaya. Cara orang Melayu bercakap dengan kedua-dua orang tuanya atau semasa berbual dengan kawan-kawan di kedai kopi , boleh membayangkan taraf sosial seseorang itu dalam masyarakat serta boleh diketahui sama ada mereka beradab atau tidak beradab. Dalam budaya Melayu wujud tradisi sosiologi bahasa yang diungkapkan melalui ungkapan bahasa menunjukkan bangsa . Ungkapan ini membawa maksud bahasa boleh menunjukkan taraf atau darjat seseorang itu, apakah dia orang hulu , atau bangsawan , orang berpendidikan , alim ulama, guru, dan sebagainya.

Bahasa merupakan salah satu daripada lambang jati diri sesuatu kaum dan bangsa. Jikalau bahasa hilang , maka satu daripada lambang penting jati diri juga turut hilang. Sesuatu bahasa itu perlu diberikan nilai sosial dan nilai ekonomi. Bahasa yang memiliki nilai ekonomi akan lebih dihormati. KESIMPULAN Nilai bahasa dan budaya adalah amat penting dalam pembentukan negara bangsa. Adalah penting untuk mempertahankan nilai-nilai yang dimiliki oleh masyarakat setempat. Sebagai sebuah negara bangsa yang masyarakatnya berbilang kaum dan agama seharusnya memiliki pelbagai nilai dan norma. Hal ini dapat diperhatikan dalam perlakuan-perlakuan harian masyarakat setempat. Bahasa dan budaya Melayu merupakan asas bagi pembentukan tamadun Malaysia hingga kini. Masyarakat Melayu amat menitikberatkan perlakuan seseorang dalam meletakkan kedudukannya dalam masyarakat. Seperti yang telah dibincangkan dalam kerja kursus ini, pengaruh agama Islam terhadap masyarakat Melayu amat mendalam sekali. Sehingga membentuk sebuah masyarakat yang memiliki nilai-nilai yang jelas dalam kehidupan harian. Kedatangan agama Islam ke Alam Melayu telah menaikkan martabat bahasa dan budaya masyarakat Melayu sehingga kini. Nilai utama Islam yang berasaskan akidah telah membentuk nilai ketaatan dan keimanan kepada Allah S.W.T. sehingga membentuk nilai-nilai baru dalam budaya Melayu. Dalam membina peradaban bangsa Malaysia

menjelang 2020, apa yang pasti ialah budaya dan nilai luhur yang wujud dalam agama Islam dan budaya orang Melayu perlu diperkasakan dan dijadikan sebagai teras kepada pembentukan dan pembinaan bangsa Malaysia dan Negara Malaysia. Ini kerana Melayu pernah membuktikan kepada dunia bahawa mereka pernah mengecapi zaman kegemilangan lantaran berpegang teguh dan menghayati sepenuhnya agama Islam. Dalam konteks negara bangsa, adalah amat penting bagi masyarakat kini menilai dan menghayati kembali nilai-nilai dalam budaya Melayu yang telah menjadi asas dalam pembentukan tamadun Malaysia. Sebagai sebuah negara yang majmuk, seharusnya kerjasama dan toleransi amat penting untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian.

Penerapan nilai bahasa dan budaya Melayu perlu dilaksanakan oleh semua pihak dan pelbagai bidang. Walaupun amat dititikberatkan dalam pendidikan Islam dan Moral dalam pembelajaran, namun institusi lain juga harus menerapkan nilai-nilai tersebut. Semua pihak haruslah berganding bahu bagi mengekalkan nilai-nilai budaya yang selama ini menjadi asas bagi keharmonian dan ketamadunan negara Malaysia. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Keenam haruslah diiringi dengan penerapaan nilai-nilai budaya Melayu. Saling menghormati dan terbuka akan meningkatkan lagi keharmonian masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, adalah satu kepentingan untuk memupuk nilai- nilai budaya masyarakat Melayu kepada masyarakat zaman sekarang supaya dapat mengekalkan kemerdekaan, keamanan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai