Anda di halaman 1dari 2

Kamera video

Dengan ratusan kamera video yang berbeza rupa bentuk dan jenama di pasaran, orang dapat dengan mudah merasa kemewahan dan perbandingan ketika membuat pilihan tentang mana yang akan dibeli. Orang sering menanyakan KAMERA VIDEO apa yang mereka HARUS beli, tapi tentu sekali tidak ada kamera yang sempurna. Yang mana yang tepat bagi Anda bergantung pada untuk apa sebenarnya Anda akan menggunakan kamera video ini dan berapa budget Anda. Bagaimana Anda akan menggunakan kamera video ini? Apakah Anda ingin untuk membuat video dengan cepat dan mudah? atau digunakan untuk merakam aktiviti keluarga, merakam aktiviti jiran tetangga mengadakan majlis kenduri kendara, kemudian melihat semula rakaman hanya untuk santai-santai sahaja, atau pun kamera itu digunakan untuk melakukan kerja-kerja rakaman secara bersungguh-sungguh, menghasilkan video untuk kerja-kerja profesional, atau untuk dihantar kepada stesyen television untuk disiarkan atau untuk dijual? Atau apakah Anda ingin mempelajari videografi secara detail dan menghasilkan video yang sempurna? Kamera yang sederhana akan menghasilkan kualiti gambar yang kurang bermutu. Sebaliknya kamera yang lebih komlikated dan lengkap, akan menghasilkan gambar yang bermutu tinggi. Sebenarnya keduanya tidak selalu berkaitan. Jika Anda menginginkan sebuah kamera yang mudah digunakan, ada banyak di pasaran. Sebaliknya pilihlah kamera yang mempunyai kualiti resolusi tinggi tetapi bandingkan pula dengan budget Anda!!! KEMUDAHAN PENGOPERASIAN Salah satu keputusan penting yang Anda perlu timbangkan sebelum membeli kamera video ialah melihat bagaimana alat ini dioperasikan. Anda tentu tidak ingin kehilangan detik menarik yang ingin Anda abadikan hanya karena kamera Anda memerlukan beberapa kali tekanan tombol dan beberapa menit untuk mulai merakamnya, bukan? FORMAT HASIL RAKAMAN Bagaimana hasil rakaman kamera video Anda boleh dilihat? Apakah harus diserahkan terlebih dahulu kepada seseorang yang profesional untuk mengubahnya ke format yang boleh dilihat, atau langsung saja disambung ke komputer atau TV dan hasilnya hasilnya boleh dilihat segera? RESOLUSI HASIL RAKAMAN Kualiti gambar kamera video akan ditentukan oleh kualiti resolusinya.

Kamera Video memiliki berbagai macam resolusi yang digambarkan mulai dari VGA sampai mega pixel. Untuk memudahkannya, layar monitor Anda mungkin memiliki resolusi 640480 atau 1024768. Jika hasil rakaman adalah 352288 ( penting sebelum membuat rakaman, buat dahulu pelarasan resolusi pada kamera video supaya sesuai dengan media main semula), maka untuk menampilkan 'full screen' di layar monitor, Anda harus menarik dan melaraskan gambar sehingga tidak sesuai dengan ukuran aslinya dan dengan ini gambar menjadi pecah. Bayangkan bagaimana rasanya melihat gambar kenangan abadi anda dilihat sedemikian rupa. Tentu anda rasa kecewa. FRAME PER SECOND Kamera yang baik memiliki jumlah Frame per second (FPS) yang tinggi. FPS yang rendah akan menyebabkan hasil rakaman video menjadi terputus-putus. Kamera video yang paling sederhana memiliki fps 15, hasilnya masih patah-patah. Sedangkan fps 25 sudah cukup untuk dapat diikuti mata tanpa kelihatan terputusputus. Anda boleh memilih untuk membeli kamera video yang mempunyai fps 25 (fps25 adalah 'Frame per second' yang biasa digunakan oleh kebanyakan Kamera Video), tanpa mempunyai ciri-ciri kelebihan yang lain dengan budget yang Anda miliki. MANUAL ATAU AUTOMATIK? Kamera high end memiliki full kawalan manual. Kawalan Fokus manual, kendalian eksposur secara manual, kawalan manual white balance, manual tingkat audio DNS dan sebagainya. Kamera ini juga dapat mengatur kawalan otomatik jika Anda berada dalam situasi bergerak, tetapi kawalan manual lebih disukai oleh videografer serius. Namun kamera dengan kawalan otomatis tentulah mahal harganya, kamera dengan resolusi bermega-mega pixel juga boleh menyebabkan Anda tidak sanggup memilikinya. Jika yang Anda perlukan hanya merakam kejadian menarik di sekitar Anda dengan cepat dan mudah, dengan kualiti gambar yang cukup baik, tidak perlulah anda membeli kamera yang sebeitu cangih. Belilah kamera yang berpatutan harganya, tetapi mempunyai ciriciri kamera profesional. Kalau itu yang Anda cari, mungkin Anda perlukan kamera yang kecil sahaja saperti 'Handycam' atau mini portable camera ataupun, 'Camcorder' semi profesional yang dilengkapi dengan 3CCD. Tidak secanggih kamera video profesional, tetapi tidak sebesar kamera video yang dibawa wartawan, ianya hanyalah kamera digital biasa. Memiliki frame per second 25fps, resolusi 640480 dan ada yang lebih dari itu.