Anda di halaman 1dari 1

1.

5 Penyataan Masalah Penduduk di Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan bangsa, namun kekurangan kefahaman tentang sesuatu etnik lain banyak menimbulkan salah faham di mana sesetengah masyarakat tidak dapat bertoleransi di dalam sesetengah perkara, di mana sesetengah masyarakat terlalu berpegang kepada prinsip agama masing-masing sehingga menimbulkan rasa tidak percaya kepada agama dan bangsa lain yang dapat menghalang proses perpaduan. Jurang perbezaan taraf hidup di antara sesetengah masyarakat yang berlainan bangsa dan agama turut menyumbang kepada kesulitan untuk menyemai perpaduan. Ini berlaku pada zaman penjajahan British lagi di mana, masyarakat melayu lebih menjurus kepada sektor pertanian tradisional dan nelayan, masyarakat cina lebih menguasai bidang perdagangan manakala masyarakat india mengusakan ladang-ladang estet. Fahaman politik yang berlainan juga amat memberi impak dalam kepayahan membentuk perpaduan kerana masing-masing mempunyai pilihan politik dan berpegang teguh pada pegangan mereka sehingga masyarakat Malaysia sering berbalah untuk mempertahankan kumpulan politik masing-masing. 1.8 Kesimpulan Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia dalam menyatu padukan semua kaum di Malaysia tanpa mengira perbezaan yang ada. Ini kerana setiap dasar yang di perkenalkan oleh kerajaan mempunyai visi dan misi yang tersendiri bagi membentuk sebuah negara yang aman, makmur dan berintegrasi.

Anda mungkin juga menyukai