Anda di halaman 1dari 1

18 REFLEKSI WAJ3105 LITERASI NOMBOR NAMA : WONG POOI MAN UNIT: PJ/BC

Sebelum memperlajari topik ini, saya ingat masalah adalah seperti masalah kehilangan barang. Sebenarnya, masalah dalam matematik mempunyai erti yang tertentu iaitu kenyataan atau situasi kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian yang mana jalan penyelesaiannya tidak nyata atau tidak ketara. Melalui interaksi ini barulah saya faham tentang penyelesaian masalah adalah mencari penyelesaian bagi masalah yang sukar di selesaikan dengan menggunakan pelbagai keadah bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Setelah mempelajari topic ini, saya memahami bahawa heuristik merangkumi semua bidang penyelesaian masalah baik masalah teknikal (rutin) dan bukan teknikal (bukan rutin. Ianya bukan algoritma penyelesaian masalah tetapi satu cara berfikir untuk melihat dan menyelesaikan sesuatu masalah dari pelbagai aspek. Penyelesaian masalah mengunakan heuristik untuk meneroka konsep matematik untuk menyelesaikan masalah. Heuristik dapat membantu murid dalam mencari penyelesaian masalah dengan lebih baik dan berkesan seperti membentuk masalah yang setara mengubahusuai masalah. Saya lebih mamahami tentang heuristic semasa interaksi dengan pensyarah kerana mendapat penjelasan yang sangat jelas bagi saya membezakan masalah rutin dan bukan rutin. Selain itu, langkah-langkah yang ditetapkan dalam model penyelesaian masalah Polya membolehkan murid-murid memahami masalah yang dikenakan lalu menjalankan penyelesaian masalah yang didapati. Sekiranya tidak mamahami masalah, murid tidak akan dapat membekalkan penyelesaian masalah yang sesuai untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Mamahami masalah lalu mendapatkan penyelesaian yang berkesan membantu murid berasa memuas hati. Kesimpulannya, topik ini amat bermakna dan agar menyeronokan kerana kami hendak berkerjasama untuk mencari penyelesaian bagi masalah yang dibagi oleh pensyarah dan menjalankan percubaan penyelesaian bersama-sama dengan rakan-rakan. Ini dapat membina nilai berkerjasama dan toleransi antara rakan-rakan lalu melakukan kerja-kerja dengan baik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai