Anda di halaman 1dari 12

Definisi

Madaniah: Perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalusi budi pekerti. Aspek kebendaan Hadharah: Perbuatan tinggal di bandar dengan perilaku kehidupan yang tinggi. Aspek kerohanian

Civilization:
Menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.

Pandangan Sarjana
Ibnu Khaldun: Kawasan tanah atau rumah yang didiami oleh manusia secara menetap yang berkembang, subur,makmur, mempunyai bekalan ekonomi yang cukup serta keselamatan nyawa dan harta. M.A.J. Beg: Pencapaian manusia dalam bentuk kota, skrip [tulisan], senibina, undang-undang dan politik.

Rumusan
i: Tingkat kemajuan atau pencapaian manusia daripada cara hidup nomad kepada kehidupan bandar atau kota. ii: Proses untuk mencapai kemajuan atau kebaikan dalam hidup. iii: Kombinasi antara kemajuan aspek pemikiran, kerohanian dan aspek kebendaan. iv: Kemajuaan manusia yang berasaskan kepada ketinggian akhlak dan budi pekerti atau penghayatan din dalam masyarakat.

Agama: Pandangan Sarjana Barat


Marret: Agama bermula dengan kewujudan perasaan gemam, takut, pelik dan hormat terhadap fenomena alam. Augustus Comte: i. Tahap teologi [tahap primitif], manusia menafsir alam atas nama tuhan. ii. Tahap metafizik, apabila manusia matang, agama dan Tuhan tidak diperlukan.

Pandangan Barat
Tamadun menurut acuan barat adalah berbeza dengan agama, saling terpisah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembinaan tamadun. Isaac Newton: Dunia berkembang berdasarkan The Law of Nature dan tiada Tuhan yang mengatur cakerawala.

Augustus Comte
(17981857)

Isaac Newton (1642-1727)

Pandangan Islam
Tamadun dan agama adalah bersepadu. Agama dengan konsep din iaitu cara hidup yang mematuhi perintah Allah sebagai sebagai asas kebudayaan yang melahirkan tamadun. Hassan al-Banna, Islam adalah sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek kehidupan Meskipun kebudayaan Islam menurut ajaran Allah, tapi ia boleh berkembang di bawah ijtihad selama mana tidak bertentangan dengan prinsip asas Islam.

Perbandingan Barat dan Islam


Barat bangkit dari zaman kegelapan dan menganggap gereja sebagai penyebab kemunduran Membina tamadun atas asas kemanusiaan dan sains. Masyarakat timur yang dulunya dikenali sebagai jahiliyah bangkit selepas berpegang teguh dengan ajaran Islam. Membina tamadun berdasarkan ajaran agama

Hassan al-Banna (19061949)

Hubungan Tamadun dengan Kebudayaan


Tamadun mempunyai kaitan yang sangat erat dengan kebudayaan. E.B.Taylor, kebudayaan ialah jalinan antara ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum adat dan sebagainya.

Hubungan Tamadun dengan Kebudayaan Prof Sidi Ghazalba: cara berfikir, cara merasa yang menyatakan diri dalam seluruh segi kehidupan dan segolongan manusia yang membentuk kesatuan sosial, dalam suatu ruang dan suatu waktu. Prof Redfield: Sejumlah daripada beberapa puncak kebudayaan, atau pencapaian manusia yang meningkat sendiri seperti puncak gunung di tengah-tengah bukit bukau dan tanah datar.

Hubungan Tamadun dengan Bangsa


Ensiklopedia Malaysiana, sekumpulan manusia yang mengiktiraf diri mereka sebagai komuniti atau kumpulan yang umumnya meletakkan taat dan setia tanpa sebarang konflik yang besar terhadap kumpulan itu. Lucy Mair, saling berhubung secara kolektif, bertanggungjawab dan saling mengiktiraf. Ciri tersebut memungkinkan suatu bangsa membina tamadun sendiri seperti tamadun Cina, India atau Yunani. Menurut Islam, bangsa tidak memberikan peranan penting dalam pembinaan tamadun. Kepelbagaian bangsa secara global yang mengaku Islam akan memperkayakan dan mempertahankan survival tamadun Islam merentas zaman.

Tamadun Mesir dibangunkan orang Mesir

Lucy Mair (1901-1986)

Tamadun Cina dibangunkan bangsa Cina

Ciri-ciri Asas Tamadun


Penempatan manusia di sesebuah kawasan Peningkatan kehidupan manusia yang lebih baik Kewujudan sistem organisasi dan institusi sosial dalam bidang bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang teratur. Kewujudan satu bahasa atau lebih, sistem tulisan sendiri sebagai perantaraan, komunikasi, perakaman, penyampaian dan warisan khazanah tamadun.
Kewujudan sistem perundangan dan sistem nilai moral yang dikuatkuasakan untuk mengatur pelakuan masyarakatnya. Peningkatan daya reka cipta dalam penciptaan teknologi. Kelahiran dan daya kreativiti menghayati falsafah kesenian kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri.

Ciri Tamadun Menurut Pandangan Lain

Negara dan Sistem Pemerintahan Teratur


Tamadun agung dunia mempunyai sistem pemerintahan yang hebat, contohnya tamadun Mesopotamia.

Wujud negara dan sistem pemerintahan yang teratur. Wujud stratifikasi dan Organisasi Sosial. Wujud kota dan bangunan serta seni bina. Wujud aktiviti ekonomi. Wujud sains dan teknologi. Wujud sistem bahasa dan tulisan Wujud sistem agama dan kepercayaan.

Stratifikasi dan Organisasi Sosial


Desakan hidup, kemahiran dan minat serta kepimpinan menyebabkan masyarakat menjadi bersusun lapis teratur dan berkembang maju. Walaupun manusia mempunyai minat berbeza, bidang profesion yang berlainan, tapi sifat semulajadi kemanusiaan menjadi pengikat hubungan sosial.

Kota dan Bangunan serta Seni Bina

Yathrib ditukar nama kepada Madinah sebagai kota bagi bermulanya tamadun Islam. Seni bina tamadun Mesir dengan piramid, Tembok Besar di tamadun China,

Wujud Aktiviti Ekonomi


Merangkumi aspek pertanian, penternakan, perniagaan, perindustrian dan sebagainya. Faktor semula jadi seperti lembah membantu memajukan ekonomi sama ada bidang pertanian, penternakan atau perdagangan kerana semuanya memerlukan air.

Sains dan Teknologi

Taraf pemikiran tinggi dalam masyarakat sesuatu tamadun diterjemahkan dalam bentuk realiti yang bersifat benda, alatan atau teknologi.

Sistem Bahasa dan Tulisan

Sistem Agama dan Kepercayaan

Kekuatan sesebuah tamadun tidak hanya bergantung kepada kekuatan sistem bahasa dan tulisannya, tetapi juga kemampuan masyarakat tersebut memahami dan menguasai kod bahasa alam dan sistem perkomputeran.

Manusia pertama yang lahir di dunia telah dibekali oleh Tuhan dengan sistem kehidupan beragama dan kepercayaan kepada tuhan. Ia menjadi bukti bahawa zuriat manusia memerlukan kepada peraturan dan ajaran agama untuk membangunkan tamadun.

Objektif Kursus Tamadun


Memupuk persefahaman dan sikap saling menghormati dalam kalangan generasi muda. Memperkukuh falsafah dan cara hidup Malaysia yang dicapai melalui musyawarah dan ijmak. Memperkukuhkan jati diri Malaysia dan mengamalkan toleransi yang tinggi. Memupuk nilai universal. Melahirkan siswazah berfikiran luas dan sejagat.

Objektif Kursus Tamadun


Melahirkan bangsa yang berperadaban tinggi dan memperjuangkan nilai ketamadunan universal. Memantapkan penghayatan nilai-nilai murni. Melengkapkan pewaris kepimpinan dengan ilmu bagi menghadapi cabaran global semasa. Membantu melahirkan masyarakat madani. Memajukan ilmu sains peradaban demi kemajuan.

Strategi
Menekankan bahawa manusia secara fitrah dijadikan dalam bentuk berkelompok dan berbudaya berbeza dan saling menerima dan menghormati perbezaan tersebut. Menekankan kepelbagaian etnik dan budaya untuk saling mengenali dan membantu antara satu sama lain. Menyemai, memupuk dan melestarikan unsur sepunya dalam kalangan rakyat.

Strategi
Menyemai, memupuk dan melestarikan unsur sepunya dalam kalangan rakyat. Bahasa Melayu Prinsip Rukun Negara Nilai etika dan moral Mengelakkan unsur ekstremisme, dogmatisme, cauvinisme, fanatisme, prasangka buruk, dan mengherdik budaya lain.

Kelahiran Tamadun
Kedudukan Geografi Kedudukan yang strategik yang kaya dengan sumber semula jadi untuk kelangsungan hidup Tamadun China di Lembah Huang-He, tamadun India di Lembah Ganges, tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.

TEORI TAMADUN: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN KERUNTUHAN

Lembah Sungai Huang-He

Faktor Keagamaan Dorongan menghayati nilai kehidupan yang tulus dan kehidupan bertamadun. Kemunculan tamadun Islam dipengaruhi rangsangan nilai dan penghayatan cara hidup Islam dan dorongan langsung dari risalah wahyu.

Penghayatan Moral dan Nilai Nilai murni menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan aspek nilai lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan dan sebagainya. Penghayatan nilai wujud dalam kalangan tokoh tamadun dunia seperti Plato, Aristotle, Lao-Tze, Kautilya, Ibnu Khaldun dan lain-lain.

Faktor Kesengsaraan Hidup Kehidupan derita mendorong manusia menggembleng tenaga bagi membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Kesengsaraan menjadikan manusia lebih berdisplin dan keratif dalam membangunkan kehidupan.

Sikap Terbuka dan Toleransi Toleransi terhadap sumbangan tamadun lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber yang baik daripada tamadun tersebut. Tamadun Islam merupakan tamadun yang bersikap terbuka.

Perkembangan Tamadun

Perkembangan Tamadun

Berdasarkan oleh perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi. Tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian. Pencapaian luar biasa dalam pelbagai bidang termasuk kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan falsafah. Penciptaan teknologi yang berkembang.

Walau bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah mengalami zaman kemerosotan. Benarkah kemerosotan tamadun disebabkan hukum sejarah yang pasti berputar setiap masa?

Keruntuhan Tamadun

Faktor Keruntuhan

Ibnu Khaldun, kemerosotan tamadun merupakan putaran sejarah. Perkembangan tamadun bermula kerana nilai baik, namun selepas mengecapi kegemilangan, nilai baik itu merosot kerana kemewahan dan penyelewengan.

Ketidak adilan dan jurang antara golongan kaya dan miskin. Penindasan dan kezaliman. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat Sikap tertutup dan tidak menerima perubahan Malapetaka atau bencana alam.

Teori Ketamadunan
Menurut Sarjana Ibnu Khaldun, Bapa ilmu ketamadunan dan ahli sosiologi moden dan terkenal dengan teori kitaran tamadun. Menurut beliau, sesebuah tamadun mempunyai jangka hayat tertentu yang mana sesuatu dinasti itu biasanya tidak melangkaui tiga keturunan.

Contoh Kitaran Tamadun

Generasi pertama, mengekalkan sifat masyarakat padang pasir, kekasarannya, kebiadaban, hidup mengembara. Kehidupan yang mendesak, berjiwa besar dan tamak. Perasaan kekitaan (asabiyah) sentiasa dipupuk.

Contoh Kitaran Tamadun

Contoh Kitaran Tamadun

Generasi kedua, kehidupan secara menetap dan mewah. Di bawah pengaruh kuasa, hidup serba selesa, tiada sifat keberanian. Masyarakat terbiasa merendahkan diri seperti lembu dicucuk hidung Masih mengekalkan beberapa sifat asal kerana berhubung langsung dengan generasi pertama.

Generasi ketiga, telah lupa sama sekali kehidupan di padang pasir. Tidak merasai lagi nikmat kegemilangan kerana terbiasa diperintah. Kemewahan merosakkan mereka kerana membesar tanpa mengenal erti kesusahan dan sengsara hidup. Hilang perasaan kekitaan, lupa melindungi hak diri.

Contoh Kitaran Tamadun Selepas tiga generasi tersebut, dinasti akan mengalami era kemunduran dan terus runtuh. Perasaan bangga dengan dinasti sendiri mula luntur pada generasi keempat. Justeru Ibnu Khaldun membandingkan jangka hayat dinasti sama dengan jangka hayat manusia yang melalui era bayi, berkembang menjadi dewasa dan kembali setelah tua.

FAKTOR KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN Menurut Ibnu Khaldun

Asabiyah
Pertahanan dan pengawasan akan berhasil dengan adanya ikatan keturunan. Persamaan keturunan akan mengikat kasih sayang terhadap ahli keluarga sendiri melebihi daripada yang lain. Kemewahan dan kesenangan boleh mengikis semangat kekitaan atau keserumpunan. Sampai satu tahap, perasaan kekitaan akan lenyap terus dan tibalah masa keruntuhan sesebuah dinasti.
Agama memperkukuhkan pemimpin dengan syariat yang menitikberatkan apa yang baik untuk peradaban manusia. Semangat beragama boleh meredakan pertentangan dan iri hati dan lebih menumpukan ke arah kebenaran. Perasaan kekitaan hanyalah dengan tujuan melaksanakan perintah Allah dan bukanlah untuk perkara yang bercanggah dengan syariat.

Agama

Sistem Berkerajaan
Manusia memerlukan seseorang yang akan melaksanakan kewibawaan dan menguasai mereka. Kekuasaan wibawa (mulk) itu merupakan watak khusus manusia yang secara mutlak perlu ada. Namun, kekuasaan akan lenyap disebabkan oleh penyalahgunaan kuasa, ketidak adilan dan sebagainya. Nabi Muhammad SAW mencela kuasa berdaulat yang disalah gunakan untuk memenuhi kehendak nafsu. Bandar didirikan dengan tujuan penempatan dan tempat perlindungan. Semua perkara yang mengundang bahaya mestilah dijauhkan daripada kehidupan bandar. Bandar juga harus dijauhi dari segala bentuk pencemaran yang terutama yang boleh mengundang penyakit.

Perbandaran

Oswald Spengler (1880-1936) Menurut beliau, kebudayaan sesuatu bangsa adalah bersifat organik dan akan melalui pola hayat yang dianalogikan melalui empat musim: Musim Bunga = Peringkat bayi Musim Panas = Peringkat muda Musim Luruh = Peringkat matang Musim Sejuk = Peringkat tua

Arnold Toynbee (1889-1979)


Beliau membahagikan tamadun kepada lima fasai iaitu:
Kelahiran tamadun (geneses of civilizations) Perkembangan tamadun (growths of civilizations) Kelemahan tamadun (breakdowns of civilizations) Pepercahan tamadun (disintegrations of civilizations) Kehancuran tamadun (dissolutions of civilizations)

Definisi Interaksi
Menurut Kamus Dewan, perkataan interaksi membawa maksud sesuatu tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara dua atau beberapa pihak. Satu proses sosial melibatkan dua atau lebih individu dan kelompok yang melibatkan tindakan saling membalas tindaklaku pengaruh mempengaruhi satu sama lain

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN

Proses Interaksi
Tamadun sesebuah masyarakat mestilah bersifat terbuka Interaksi antara tamadun menghasilkan dua kesan penting: Positif Negatif Ciri-ciri dan elemen tamadun luar yang diterima akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian Kesan negatif interaksi akan mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun berbeza

MEKANISME INTERAKSI ANTARA TAMADUN

TAMADUN MELAYU TAMADUN CINA TAMADUN INDIA

Aspek Bahasa

CONTOH-CONTOH INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Melalui Bahasa Melayu Kuno dengan Bahasa Sanskrit. Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu dilihat dalam sistem pemerintahan dan adat istiadat, bahasa, kesusasteraan, bentuk-bentuk keseniaan serta amalan kepercayaan tertentu.

Aspek Bahasa
BAHASA (MELAYU-INDIA) Kemasukan konsep istilah dan perkataan dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit dari bahasa Tamil. Proses peminjaman kebanyakannya telah disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu.

Aspek Bahasa
Contohnya dari segi fonologi, aspirasi (h) dlm Sanskrit digugurkan atau dipindah tempat. Bhumi - bumi Bheda - beza/beda Bhakti - bakti Bhasa - bahasa Arthah - harta Arghah harga Vokal (a) dalam suku kata pertama diganti dengan e pepet: Nagaram - negara Danda - denda Panajaram - penjara

Aspek Bahasa
Vokal e pepet disisipkan di tempat gugus konsonan: Putrah - putera Sastram - sastera Cakravala - cakerawala Cakram - cakera Konsonan sengau/nasal disisipkan antara vokal: Akasah- angkasa Upama- umpama

Aspek Bahasa
Manakala pinjaman dari bahasa Tamil pula sebagaimana berikut:Konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal & penggandaan konsonan dihilangkan: Kendii - kendi Petti - peti Kappal - kapal

Aspek Bahasa

Aspek Bahasa

Vokal (a) diganti dengan e pepet: Kadai - kedai Paricai - perisai Konsonan (v) diganti dengan (b) atau (w): Vagai - bagai Kaval -kawal

Vokal (u) diganti dengan vokal (o): Mutal - modal Kulam - kolam Vokal panjang di hujung perkataan digantikan dengan bunyi tekak atau glotis: Ayyaa - ayah Ammaa - emak Akkaa - kakak

Seni dan Budaya

Islam telah mengubahsuai dan mengembang majukan beberapa kesenian dalam tamadun Melayu seperti senibina, kaligrafi, lukisan, ukiran, anyaman, tenunan dan seni persembahan yang berupa pengucapan, bercerita, seni lakon, nasyid, qasidah, muzik, tarian berentak zikir sufisme dan seni mempertahankan diri dan lain-lain.

KESAN POSITIF
KESAN INTERAKSI

KESAN NEGATIF

Kesan positif
Tamadun Islam dengan tamadun Yahudi dan Kristian Perlembagaan Madinah i. Hak-hak orang Kristian dan Yahudi serta penganut agama lain diberi perlindungan. ii. Mereka diberi kebebasan beramal mengikut anutan agama masing-masing tanpa sebarang gangguan dari Rasulullah SAW dan kaum Muslimin. Teknologi memproses gula daripada tebu dan ilmu astronomi telah dibawa dari India ke Cina. Agama Islam telah tersebar di kepulauan Melayu melalui perdagangan dari Arab, Parsi, India dan Cina. Sumbangan tamadun Cina yang penting ialah:Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragama dan Katakana. Ajaran Buddha yang telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun iaitu Shinto.

Tamadun Cina dan India Tamadun Islam dan Melayu Tamadun Cina dan Jepun

Kesimpulan Kesan Positif

Kesan Negatif
ANTARA KRISTIAN DAN YAHUDI Pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi pada abad ke 9 dan 18 Masehi. ANTARA MUSLIM DAN HINDUISME Muslim dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu dan sebaliknya. ANTARA CINA DAN INDIA Sami-sami Buddha dikurung dan kuil-kuil dimusnahkan pada masa pemerintahan Dinasti Han Timur ANTARA ISLAM DAN CINA Penduduk Han di Cina bermusuh dengan orang Islam kerana faktor kemewahan Muslim hasil aktiviti perdagangan

Kesan positif telah memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun. Kesan positif daripada interaksi antara tamadun akan dapat memperkayakan tamadun tersebut serta mengelakkannya daripada terus beku, jumud dan statik. Tamadun yang mengasimilasikan pengaruh luar akan semakin berkembang dan melahirkan perubahan penting.

Kesimpulan Kesan Negatif


Kepentingan Interaksi
Proses perkembangan berterusan sesebuah tamadun. Tamadun yang tidak berinteraksi akan jumud dan kaku. Mengurangkan salah faham dan pertentangan. Mengurangkan salah faham seperti konsep Islam sebagai alDin yang disalah ertikan yang mana Islam dianggap sebagai agama yang melibatkan ritual tertentu sedangkan Islam ialah agama yang menyeluruh yang merangkumi seluruh aspek kehidupan.

Kesan negatif sering mewujudkan konflik antara masyarakat yang mempunyai tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh faktor-faktor teologi, ekonomi, sosial dan politik. Faktor teologi sering menjadi penyebab utama kerana semua masyarakat mempertahankan anutan masing-masing yang dianggap suci.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN

Pendahuluan
Setiap tamadun mempunyai pandangan semestanya yang tersendiri. Pandangan ini mempengaruhi keseluruhan konsep, inti dalaman dan ciri fizikal sesuatu tamadun. Menjadi kerangka asas dan acuan untuk diisi sesuatu bentuk atau hasil tamadun. Mencorakkan cita-rasa tamadun tersebut.

Kepelbagaian World View Tamadun

Konsep mana-mana tamadun amat bergantung kepada world view atau pandangan semesta sesuatu tamadun itu sendiri. Tamadun yang berasaskan agama seperti tamadun Islam, menterjemahkan pandangan semestanya dari ajaran agama. Tamadun yang berhubungan dengan bangsa, seperti tamadun China, India dan Yunani, memperlihatkan dominasi kebangsaan mengatasi yang lain.

Tamadun Barat pula, kekuatan akal rasional amat terserlah dalam mencorak pandangan semestanya. Justeru itu, kedudukan pandangan semesta sesuatu tamadun amat berkait rapat dengan sistem nilai dan ilmu sesuatu masyarakat. Dalam maksud yang lebih mudah, kedudukan pandangan semesta atau pandangan hidup sesuatu tamadun amat bergantung kepada epistemologi atau sumber ilmu bagi sesuatu pandangan semesta itu sendiri.

Dalam tamadun Islam, epistimologinya bersumber daripada ajaran Allah SWT menerusi wahyu al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber utama. Akal, pengalaman hidup dan intuisi adalah sumber sokongan yang boleh diguna pakai sekiranya tidak bertentangan dengan sumber utamanya. Dua sumber inilah yang menjadi kunci kepada seluruh world view tamadun Islam. Epistimologi akan menterjemahkan pandangan hidup dan sistem nilai baik atau buruknya, halal haram yang menjadi kepercayaan dan amalan dalam masyarakat dan pembinaan tamadun.

Aspek Persamaan dan Perbezaan

Adanya wahyu tidak bermakna manusia berserah tanpa berusaha dalam konteks fatal sebab amat bertentangan dalam sistem akidah Islam. Sebaliknya daripada semangat wahyu itulah memberikan manusia sifat energetik agar menggunakan segenap kudrat minda dan upaya membangunkan tamadun di atas muka bumi ini. Tamadun barat pandangan hidup atau nilai akan berubah bersesuaian dengan perubahan epistimologi mereka mengikut zaman.

Persamaan

Perbezaan
Spiritual atau kerohanian Makan, minum, berpakaian. Niat kerana Allah, ada batasan hukum, adabadab tertentu dan mengambil kira dosa pahala Etika berbuat baik. Contohnya: Menolong orang Atas dasar akhlak dan balasan akhirat

Fizikal atau material Makan, minum, berpakaian. Mengikut kehendak dan ketentuan daripada akal dan memenuhi tuntutan jasmani bersifat maddi. Etika berbuat baik. Contohnya: Menolong orang Atas dasar moral dan kemanusiaan.

Konsep Ketuhanan
Impak Islam ke atas tamadun Melayu sangat kuat. Pandangan semesta tamadun Melayu daripada fahaman animisme kepada fahaman monotheisme dan undangundang syaraiah selepas kedatangan Islam. China pula tidak mempunyai agama tersendiri dan kehidupan berkait rapat dengan kepercayaan Taoisme, Confuciusme dan Buddhisme. Setiap kepercayaan mempunyai ajaran dan nilai moral tersendiri sekaligus mencorakkan kebudayaan dan pemikiran masyarakat China.

Falsafah

Prinsip Hidup
Barat
Dalam tamadun Barat, semua prinsip hidup adalah terasing dari ajaran agama yang bersifat sekular. Dengan ketidakterikatan agama dalam memacu hidup dan membina tamadun, manusia secara bermaharajalela mencipta pelbagai prinsip atas nama kebebasan dan kemajuan.

Politik dan Pentadbiran


Islam menganjurkan sistem politik yang adil yang boleh diuji pada bila-bila masa. Sikap memisahkan agama daripada politik merupakan sesuatu yang merugikan manusia kerana kehidupan insan tidak boleh dipisahkan daripada kepercayaan dan kepentingan hariannya. Sementara masyarakat China mengambil pemikiran pendidikan Confucius dalam sistem pentadbiran dan politik. Fungsi pendidikan amat penting selain politik dan ekonomi.

Islam
Tamadun Islam, tugas manusia adalah untuk berbakti kepada Tuhan melalui fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah. Lantaran itu, kehidupan manusia di dunia ini sebagai medan ujian untuk dinilai siapakah yang terbaik tingkahlaku perbuatannya.

Etika
Barat
Aliran Sophist dalam tamadun Greek mengatakan kebaikan dan keburukan bergantung sepenuhnya kepada seseorang individu. Manakala Socrates pula menegaskan bahawa kebaikan itu tidak lain dari ilmu.

Islam
Manusia sebagai hamba Tuhan yang dicipta lemah dan terbatas keupayaannya, dalam menentukan baik-buruk. Kebaikan dan keburukan adalah apa yang ditentukan oleh Allah. Wahyu menjadi kayu ukurnya.

Jeremy Bentham yang mewakili aliran Utilitarianism berpendapat bahawa kebaikan adalah sesuatu yang berfaedah atau berguna. Keburukan adalah sesuatu yang tidak bermanfaat. Manakala aliran Hedonisme mengakui bahawa kebahagiaan, kelazatan atau kesempurnaan sahajalah sebagai kebaikan.

Jeremy Bentham

Nilai Sarjana Muslim apa yang boleh atau tidak, dosa atau pahala, baik atau buruk adalah ditentukan oleh ajaran wahyu yang perlu diikuti di dalam pembinaan tamadun.
Ketandusan dan ketiadaan nilai dalam tamadun barat. Ukuran nilai ditentukan oleh akal manusia. Niccolo Machivelli yang menyimpulkan bahawa matlamat yang baik boleh menentukan apa saja cara untuk merealisasikannya.

Kesenian
Iklan yang menutup aurat

Dengan idea ini, motif untuk membuat keuntungan di dalam perdagangan boleh dilakukan menerusi amalan riba atau menerusi pengiklanan barangan oleh wanita yang menghilangkan nilai kemanusiaannya kerana mendedahkan tubuhnya.

Tamadun Barat menggunakan konsep apa saja yang indah adalah seni. Dengan konsep seni terjemahan idea dan kreativiti manusia yang indah, maka seni bermatlamat untuk seni atau kepuasan manusia semata-mata, tanpa dihubungkaitkan dengan matlamat ibadat kepada Tuhan.

Dalam tamadun Islam, selain ciri keindahan atau kesopanan, kesenian mestilah bermatlamat untuk mencari keredhaan Allah. Allah itu bersifat Indah dan suka kepada yang indah-indah.

Hasilnya, seni boleh muncul dalam pelbagai bidang, yang mungkin dilihat indah dan kreatif, tetapi bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan boleh mendatangkan kefasadan.

Dengan kata lain, konsep seni itu sendiri perlu bertepatan dengan syariat atau ajaran Islam, tidak sekadar asalkan yang indah itu seni. Konsep dan ciri-ciri tersebut diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seni seperti seni tampak, seni khat, seni musik, seni binaan, seni sastera dan sebagainya.

Patung Ikan Duyung di Copenhagan Denmark. Tamadun Barat menganggapnya sebagai satu seni yang harus dikekalkan dan dikembangkan. Islam menganggapnya sebagai satu maksiat dan diharamkan.

Strategi Menangani Perbezaan Tamadun

Lantaran itu, menerusi pelbagai aspek inilah seni boleh dijadikan sebagai alat untuk memanifestasikan sifatsifat dan nama-nama Allah yang maha indah. Menerusi seni khat sebagai contoh, namanama Allah diabadikan dalam bentuk hiasan.

Mematuhi prinsip kebebasan beragama. Mengelak tiga gejala buruk iaitu ekstremisme, cauvanisme dan fanatisme. Berdialog secara aman dan bijaksana.

Kesimpulan

Ringkasnya, aspek perbezaan antara dua tamadun ini bermula dengan epistimologi yang membentuk pandangan semesta, seterusnya merencanakan konsep dan matlamat sesuatu tamadun.

Anda mungkin juga menyukai