Anda di halaman 1dari 8

Soalan 50: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan: Penguin Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak? Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah. Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? Jawapan: Stokin tu basah lah. Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Jawapan: Telur Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Jawapan: Kuih Donut Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai? Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu) Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia? Jawapan: Pengail yang dapat ikan. Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa? Jawapan: Aku berjalan secara mengundur! Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput. Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu? Jawapan: Spedometer bas lah Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik. Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?

Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat! Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih? Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!! Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya. Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah. Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan. Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya. Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah? Jawapan: Orang naik beca semasa hujan Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu. Jawapan: Tapak kaki kitalah. Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan. Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam? Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus! Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya? Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta. Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa? Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok. Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang dikehendaki adalah dan Soalan 27:Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama. Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu? Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama. Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi? Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi. Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran. Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada. Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa? Jawapan: Buang tebiat Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang. Jawapan: Batang hidung engkaulah! Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu? Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!! Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ? Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? Jawapan: Bahrain bah tu banjir, rain tu hujan

Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? Jawapan: Pemandunya lah yang mati kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar.mati lah orang tu, kan kan? Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak? Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh. Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku? Jawapan: Pisang Goreng Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? Jawapan: Kutu lerSebab memang dok kat kepala orang! Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat. Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3? Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4. Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD. Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk? Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat. Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan? Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang. Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh! Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam! Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?

Jawapan: Anak mancis daaa. Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal hahaha.. Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon? Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? Jawapan 04: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa. Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia? Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang) Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan: Ikan Belukang kerana Blue adalah perkataan inggeris, Kang adalah perkataan Jawa. SOALAN 01 : CAKAP SEKALI KENA MARAHCAKAP DUA KALI KENA MAKANAPA KEBENDA TU?? JAWAPAN : OTAK (SEKALI KENA ARAH : OTAK KAU !!!, DUA KALI OTAK-OTAK : MAKAN JE LA HEHE)

LAGI 35

Gilo Punya Teka Teki


1. Nak tanya nih.... BURUNG APA YANG TAK JAGA ANAK DIA.....? Teka arrrr....... Fedup..? Burung BELATUK la.... binatang tu mana pernah bela anak. Bela ATUK dia tau la... dah nama pun belaTUK 2. Ini ada satu soalan apakah persamaan ikan dengan gitar ha jawablah tak kan susah kot? jawapannya ialah kadua-duanya boleh digoreng ha...ha...ha. 3. Jawaplah teka-teki saya... kalo panjang susah dipotong, kalo double pulak memang tak dapat dipotong tapi kalo pendek, tak leh dipotong....apa kah itu????......apa!!!! salah beb...line jalan raya lah....hah..hah...hah 4. ADA satu barang yang kita tak akan beli untuk diri kita sendiri, tetapi kita beli untuk org lain ataupun orang lain yg akan belikan untuk kita...... JAWAPAN: KERANDA 5. Apa benda yang tuannya tak tahu benda itu miliknya,kalau tahu tak nak pun ....... jwpn .......... keranda laie... hehe 6. Aku nak tanyer korang sume...antara kereta ngan motor yang mana lebih tua??? >>> jawabnyer mestilah motor.. kenaper tak percaye??? korang tau sebab apa? sebab motor ade tongkat. kereta tak der tongkat.. hahahaha... lawak tak ... ahaks tak lawak pun kan... tapi aku sajer jer nak melawak 7. Apa akan jadi apabila batu hijau dicampakkan ke dalam Laut Merah??? jawab, jangan tak jawab!!! Jawapannya:batu itu basahlah!!! ha!ha!ha! lawaknyer....... 8. MENGAPAKAH PBB TIDAK MENENTANG AMERIKA DALAM PERANG IRAQ.DAN APAKAH ERTI PBB..??? JAWAPANNYA ADALAH Pakatan Bush Blair 9. Sorang Raja ingin bersiar ngan private jet nyer.. dia pon suruh kadham bawak die jejalan naik kapal terbang... tetibe kapal terbang terhempas... siapa ...diulangi... siapa yg mati... siapa ye bukan! ... jawap... titTTTt.... abis masa jwpnyer kadham la pasal raje kan mangkat... Haha 10. Dalam banyak-banyak ikan.. ikan apa pandai sembahyang... ok masa dah habis.. jawapannya ialah ikan solat (kata orang nogori sembilan).. hehehehe jangan mare nanti kena jual 11. Dalam banyak mata.. mata apa paling panas?... jawab jangan tak jawab.......... matahari laaar 12. Dalam banyak2 hari. Hari apo yang mengaum. haaaaa.. jawapannya ialah.......... harimau. kah...kah...kah ...kah...kah 100 kali. lawak tak kalau tak lawak pergi LONDON laaaa..............

13. Dalam banyak-banyak rumah.Rumah apa yang orang takut? jawapan:rumah hantu.. Habis dah lawak.... hehe 14. Ibunya tinggi, bapanya gemuk dan leper dan anaknya pula selalunya ada 3. Apa jawapannya. jawapannya ialah kipas... Ntah lah! 15. Ianya Besar di negeri Arab, kecil di negeri china, di maggi ada, di lobak pun ada... disana ada, di sini tiada, yang ada pun ada, yang tiada pun ada... pening betul lah... jawap lah?????? heehe.. jawapannye huruf 'A' ler... 16. Why does the skeleton across the road? to go to 'The Body Shop' 17. Ni ada sekor lembu.Lembu tu pusing ke barat. Pastu tetibe lembu tersebut pusing ke tenggara. Cuna teka ekor lembu tu mengarah ke mana. Jawapannya:menghala ke bawahla....aperla korang nii.... 18. Banyak2 motor.... motor ape yang tak ada handle... hahhh..ape lagi jawab laaa.... ape???!!! tak tau... ape laa.. jawapanye.. motorbot laaa...... 19. Bukan lawak tapi teka teki campoq gurau senda,kalau anta boleh jawab?apa dia,kalau kita tidur dia bangun,kalau kita bangun dia tidur.....ha jawab la,itu pon tak tahu ka!nak tahu jawapanya,nenek aku cakap jawapanya ialah tapak kaki kita daa.....aku pon tak hatu laa, apa tak caya ,nanti cuba la o k... hehe 20. APA DIA PEMANDU RAMAI,PENUMPANG SEORANG.JAWAB DALAM MASA LIMA SAAT,. . . . . MASA DAH HABIS. JAWABNYA MAYATLA ITU PUN TAK TAHU KE.KIH KIH KIH. TAK LAWAK PUN... Tak baik tau.... Hehe 21. Pada suatu hari ada dua ekor gajah menaiki beca untuk bersiar-siar di sebuah kota. Sewaktu hendak melewati raund about tiba tiba beca tadi terbalik.soalannya, apakah yang pertama sekali nampak? Jawapan: nampak tipunya. betul tak!?.. 22. ADA LAUTAN PENUH SUSU,TNGH2 ADA TAIK LEMBU APA DIA? BIJI MATALAH JAWABNYA 23. DALAM BANYAK-BANYAK KUIH,KUIH APAKAH YANG TAKDE BADAN,TANGAN DAN KAKI.JAWAPANNYA IALAH KUIH SRI MUKA.................ITU PUN TAK TAHU KE.......................... 24. Sila isikan tempat kosong, kumbang bukan seekor,............. bukan sekuntum. apa dia? bunga? salah!!! orkidlah......... kenapa? tak percaya eh..... 25. Banyak2 ikan,ikan apa yg paling sedap di makan? jawab skrg!anda di beri masa 3 saat. tettt!masa tamat. Jwpnye: ikan yg di masakla.... hehe 26. Apa jawapannya kalau lalu sensorang tak takut. tapi kalau lalu ramai ramai

takut.hah jawab jangan tak jawab..... kalau dapat bagi adiah ..ha ha ha ha... jawabnyer jambatan ndak robohler.. he he he..... 27. Saya ada teka-teki iaitu semalam hujan nya lebat,kalau anda yang pandai kira matik berapa titik nya?Ha jangan tak jawab! jawab ok?.........!tak dapat ke,sonang jo jang oii,kalau nak tahu jawaban tunggu selepas saya melepas..............!OK jawaban nya yalah,"TIGA" sebab "NYA"dalam huruf jawi laa jangan mare ta ta ti ti tu tu... (Dah lupa sapa bagi aku soalan ni..) hehe 28. Lagi kalau ditebalikkan jadi gila ,susu kalau ditebalikkan jadi apa ???? jawab jangan tak jawab . mesti korang jawab usus . jawapannya salah .yang sebenarnya susu kalau ditebalikkan tumpahlah .haaa hha......lawak tak!!! 29. Ape jadi kalau baju hijau,biru,ungu,kuning,jingga,indigo,hitam dan putih diletakkan dlm satu baldi air???jadi warna pelangi?salah tu...jawapannya basah la..muahahaha 30. PADA SUATU HARI ADA SEEKOR BURUNG TERBANG ATAS KAPAL LALU BURUNG TU BERAK ATAS KAPAL TIBA 2 KAPAL TU TENGGELAM NAMPAK APE??? JAWAB JAWAB JANGAN TAK JAWAB SAMPAI BEKILAT .JAWAPANNYA IALAH NAMPAK SANGATLAH AKU TIPU KORANG HA..HA..HA HASAREHE BETULLAHHHHH... 31. Haa... aku nak tanyerr cikit.korang makan kat mane....?jawab!jangan tak jawab!alaaa... kat mulut lerr.... hik..hik..hik... 32. Dalam banyak -banyak negara,negara ape yang jakon... Senang jer la..ITALI la...sebab..I......Tali... tak pernah tengok tali kot.. 33. Haaa... aku nak tanye.. ok..kalau kereta,ditolak...panggil ape... jawab!jawab!..jawapannyerr kereta tolak lerr...hik..hik..hik.. 34. Dalam banyak-banyak biawak yang engkau orang tau.. biawak apa yang paling menyakitkan orang????? "Simpul Biawak" ler... Sakit oooo.... kalau kena takleh gerak wooo 35. Bila kita berjalan benda tu pun berjalan. Bila kita berlari benda tu pun berlari. Bila kita makan dan minum benda tu pun ikut sama. Mesti korang tak tau punya benda apa yang ikut kita selalu. Bendanya ialah bayang-bayang kita sendiri. Lawak tak....