Anda di halaman 1dari 47

PENGENALAN

Peranan dunia Islam sebagai peneraju tamadun pembangunan insan dan


kebendaan serta peranan akidah Islamiah yang sepatutnya menjadi asas
tamadun umat semakin hilang dan mundur. Apatah lagi sebahagian masyarakat
Islam kini hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal serta jauh dari
pengamalan Islam yang tulen. Kita seringkali dikejutkan dengan munculnya
ajaran-ajaran sesat dan terpesong akidahnya, mereka ini sebenarnya secara
tidak langsung telah menconteng keindahan Islam di mata dunia. Di Malaysia
sahaja pada tahun 2005, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah
menyenaraikan 125 kumpulan ajaran sesat yang masih aktif walaupun terdapat
pelbagai tindakan undang-undang. (Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, 2005)

DEFINISI AJARAN SESAT

JAKIM mendefinisikan ajaran sesat sebagai sebarang ajaran atau amalan


yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa
ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran
Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu
bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah,
serta bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menurut Dr. Aminuddin Basir @ Ahmad, Pensyarah Jabatan Usuluddin


Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS), ajaran sesat ialah segala ajaran yang bertentangan dengan al-
Quran, as-Sunnah dan ijma’ ulama yang terkeluar.

Manakala Tafsir Pimpinan a-Rahman, halaman 4 mentakrifkan orang


yang sesat ialah orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha
untuk mempelajarinya atau mempelajari sesuatu dengan tidak menurut jalan
yang betul.

1
SEJARAH PENYELEWENGAN AKIDAH

Menyingkap sirah Nabi s.a.w semasa hayat baginda dan para sahabat,
kita dapati tidak berlaku sebarang penyelewengan akidah dan tidak timbul
sebarang perkara yang boleh membawa kepada kekeliruan dan perselisihan
seperti perkara yang berkaitan dengan qadar, sifat dan zat Allah s.w.t serta nas-
nas mutasyabihat. Hal ini kerana para sahabat hidup berdasarkan panduan Nabi
s.a.w sepanjang masa dan Nabi s.a.w juga berada di samping mereka untuk
menjelaskan sebarang kemusykilan yang dihadapi. Seandainya timbul perkara-
perkara yang tidak dapat dijelaskan, wahyu akan diturunkan sebagi penjelasan.
(Abd Latif Muda et.al., 1998)

Ekoran daripada wahyu dan al-Quran sentiasa diturunkan, segala


rancangan jahat orang-orang kafir dan munafik serta bentuk-bentuk akidah yang
cuba menyerang dan menyerap masuk untuk merosakkan Islam dan umatnya
turut didedahkan. Contohnya tentang golongan munafik sebagaimana firman
Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami
telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”, padahal mereka
sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-
orang yang beriman padahal mereka hanya memperdayakan dirinya sendiri
sedang mereka tidak menyedarinya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 8 dan 9)

Allah s.w.t juga menegaskan bahawa orang-orang kafir terutamanya


Yahudi dan Nasrani tidak akan sesekali berdiam diri untuk merosakkan umat
Islam. Maka janganlah umat Islam mengambil mereka sebagai teman. Allah s.w.t
berfirman maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekal-kali akan
bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut
agama mereka (yang telah terpesong itu)...” (Surah al-Baqarah ayat 120)

2
Dan firman Allah s.w.t yang lain maksudnya: “Janganlah orang-orang yang
beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan
meninggalkan orang-orang yang beriman...”
(Surah Ali ’Imran ayat 28)

Penegahan tersebut bertujuan menjaga kesucian agama Islam dan


menguatkan keyakinan dan kekukuhan iman masyarakat Islam. Mereka yakin
sepenuhnya terhadap kebenaran Islam dan al-Quran sebagai kitab yang
lengkap. Lantaran itu, sebarang bentuk penyelewengan dan kebatilan akidah
tidak dapat menembusi mereka.

Sememangnya Rasulullah s.a.w melarang keras para sahabat daripada


membicarakan hal-hal berkaitan akidah apatah lagi bertelingkah tentangnya.
Ditambah lagi dengan keyakinan dan kekentalan iman para sahabat kepada
Rasulullah s.a.w yang menjadi benteng daripada timbulnya sebarang
penyelewengan dan kerosakan akidah mereka. Mereka menerima sepenuh
keyakinan apa sahaja yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dan kandungan al-
Quran dan hadis tanpa pernah mempersoalkannya. Mereka juga tidak cuba
untuk mentakwilkan sebarang nas yang mutasyabihat sebaliknya menerima
maknanya sebagaimana yang dijelaskan.

Namun begitu, kemunculannya dipelopori oleh Musailamatul Kazzab dari


Bani Hanifah yang mengaku dirinya sebagai Nabi dan Rasul selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w. (Datuk Mustafa Abdul Rahman, JAKIM). Unsur dan bibit
penyelewengan akidah secara terbuka juga dilihat mula berlaku kesan daripada
pertelingkahan politik dan kemunculan puak pada zaman pemerintahan Khalifah
Uthman dan Ali r.a. Hal tersebut juga berlaku ekoran daripada dua faktor utama
iaitu kesan penaklukan umat Islam terhadap masyarakat atau golongan bukan
Islam dan penaklukan bukan Islam terhadap masyarakat Islam. Ini disebabkan
faktor konteks muslim dengan adat dan tradisi mereka serta percampuran
dengan peradaban asing yang menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam.

3
Perluasan wilayah-wilayah Islam memberi kesan yang besar terhadap
pemikiran dan keagamaan terutamanya akidah umat Islam seperti pengaruh
kebudayaan dan pemikiran masyarakat Rom, Parsi dan Greek (Yahudi).
Terdapat sebilangan penganut agama lain memeluk Islam bermotif untuk
merosakkan Islam dan umatnya. Maka berlakulah penyusupan unsur Israiliat
dalam kebanyakkan tafsir dan hadis. Kesannya, terdapat sebilangan masyarakat
Islam yang mulai terpengaruh dengan unsur khurafat dan karut yang mereka
pegang. Pemelukan Islam golongan kafir Majusi dan percampuran umat Islam
dengan pemikiran Majusi, Kristian, Yahudi dan ahli falsafah telah membuka
peluang kepada mereka untuk menyerapkan unsur dalam agama dan ajaran
agama mereka dahulu ke dalam akidah Islam. (Abd Latif Muda et.al., 1998)

Di Malaysia, isu penyelewengan akidah atau ajaran sesat bukanlah


sesuatu yang baru. Bahkan, saban waktu media massa memaparkan wujudnya
gerakan-gerakan yang beriktikad dengan aqidah yang terpesong dan
menyeleweng dari aqidah Islamiah yang tulen. Kemunculan gerakan-gerakan ini
dipercayai berpunca daripada pengaruh, kebudayaan, adat dan kepercayaan
lama yang mengandungi unsur animisme dan dinamisme serta dicampur aduk
dengan doktrin lain seperti Kristianiti, Hinduisme, Buddhisme, Neo-Platonisme
dan ajaran lain yang meresap dalam Islam. Terdapat juga sebilangan
masyarakat di negara ini yang menerima pengaruh kuat daripada tradisi ‘world
view’ masyarakat negara jiran iaitu Indonesia. Contoh aliran kepercayaan yang
berpengaruh dari negara jiran itu seperti aliran kebatinan yang bercampur-aduk
antara tradisi kepercayaan lama dengan tradisi Hindu-Buddha yang kemudian
diselitkan dengan unsur-unsur Islam. (Siti Norbaya Abd. Kadir, 2002)

Ajaran sesat di negara ini mulai wujud pada awal abad ke-19 di Kampung
Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang yang dikenali sebagai ajaran Taslim yang
diasaskan Haji Mohammad Shafie atau lebih dikenali Haji Ahmad Matahari dan
dipercayai adalah ajaran sesat yang paling lama usianya. Kemudian muncul pula

4
ajaran Martabat Tujuh dan ajaran Subud di di Kelantan. Malah dikatakan
kemungkinan besar terdapat sekurang-kurangnya sebuah ajaran sesat di setiap
buah negeri di Malaysia.(Ab. Rahman Haji Yunus, 1996). Ajaran-ajaran sesat
seperti ini telah diwartakan oleh JAKIM antaranya Tariqat Naqsyabandiyah
Kadirun Yahya, Syiah, golongan anti-hadis, Ajaran Hassan Anak Rimau, Ajaran
Martabat Tujuh, Ajaran Ayah Pin, Ajaran Azhar Wahab dan Al-Arqam serta
banyak lagi.

5
SEJARAH RINGKAS AL-ARQAM DAN RUFAQA’

Sejarah perkembangan Islam di Malaysia khususnya pada awal 70-an


sehinggalah hari ini telah menyaksikan kebangkitan umat Islam dari segenap
lapisan masyarakat terutamanya mereka yang dahagakan kepimpinan dan
didikan untuk mengamalkan cara hidup Islam. Tidak hairanlah jika apa jua ajaran
yang bermotifkan pada mengagungkan dan menegakkan kalimah Allah
mendapat tempat di kalangan umat Islam sama ada dibangunkan secara
individu, berjemaah mahupun melalui persatuan.

Ajaran tasawuf dan tarekat di mana-mana pengajian kuliah-kuliah tasawuf


menjadi tumpuan bagi kelompok masyarakat tersebut sebagai satu alternatif
untuk membaiki kelemahan diri. Namun begitu, ajaran tarekat yang
bersumberkan Al-Quran dan as-Sunnah seperti yang terdapat dalam kitab-kitab
muktabar dan tarekat-tarekat muktabar kemudiannya telah diselewengkan
dengan unsur-unsur palsu demi kepentingan peribadi oleh pemimpin mereka
seperti dakwaan kononnya hanya dirinya dan jemaahnya sahaja yang terpilih
untuk mendaulatkan Islam pada akhir zaman. Inilah fenomena yang berlaku
dalam Jemaah Al-Arqam sepanjang 26 tahun perjuangan jemaah mereka
bermula 1968 sehinggalah dibubarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1994.

Al-Arqam diasaskan pada tahun 1968 oleh Ustaz Ashaari bin Muhammad
atau dikenali sebagai Abuya di kalangan pengikut-pengikutnya, seorang guru
agama rakyat di Sekolah Datuk Keramat dengan kelulusan Thaanawi 4 di
Maahad Hishamuddin Klang, Selangor (kini dikenali sebagai Kolej Islam Klang).
Ketika itu beliau berusia 30 tahun dan merupakan bekas ahli serta aktivis PAS di
Tanjung Karang, Selangor.

“Rumah Putih”, gelaran rumah sewa Cikgu Abdul Rahman bin


Shamsuddin di Datuk Keramat merupakan markas pertama dalam sejarah
gerakan Al-Arqam yang dijadikan tempat perhimpunan dalam halaqah pengajian

6
fardhu Ain dan usrah manakala halaqah tersebut dinamakan sebagai Jemaah
Rumah Putih. Selama dua tahun (1968-1970) beliau dan sahabat-sahabatnya
berusaha membaiki diri dengan mempelajari ilmu fardhu ain hasil pengajian kitab
kuning dan mengamalkan dalam kehidupan seharian. Ustaz Zakaria Ansari telah
mengemukakan cadangan agar nama “Rumah Putih” ditukar kepada Darul
Arqam dan cadangan tersebut diterima baik oleh Ustaz Ashaari. Nama tersebut
kemudiannya dikekalkan sebagai nama rasmi Jemaah Al-Arqam sehingga
jemaah tersebut diharamkan pada 1994.

Sekitar tahun 1970, Ustaz Ashaari mula mengusahakan dakwahnya


dengan menekankan ceramah-ceramah kesedaran dalam usrah-usrah yang
beliau sampaikan.. Kegiatan-kegiatan usrah umum yang diadakan di Masjid
Pakistan dan Masjid Jamek, Kuala Lumpur juga telah menemukan Darul Arqam
dengan tokoh-tokoh seperti Akbar Anang dan Hj. Abd Halim Abbas. Markas
Darul Arqam kemudian berpindah ke rumah Mohd Salleh Abu Bakar atau Pak
Salleh Bakar di Simpang Flat, Jalan Pekeliling.

Peringkat awal Darul Arqam lebih menggunakan pengalaman sedia ada


dan identitinya sebagai sebuah pertubuhan masih tidak ketara. Ustaz Ashaari
dan sahabat-sahabatnya pernah terlibat dengan Jemaah Tabligh dan Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Saudara Anwar Ibrahim. Mereka juga
pernah bersama sebuah kumpulan (thoifah) yang berpusat di Petaling Jaya yang
dipimpin oleh Abdullah Shaarif dan dianggotai tokoh-tokoh seperti Muhd
Uthmaan El-Muhammady dan Wan Muhaammad bin Wan Muhd Ali. Malangnya
Ustaz Wan Muhaammad telah mengisytiharkan syirik terhadap Jemaah Darul
Arqam di Majid Jamek, Kuala Lumpur pada 18 Mei 1972.

Pada tahun 1972, Al-Arqam mengorak langkah baru dengan mempelopori


pembukaan perkampungan Islam pertama di Sg. Penchala, Kuala Lumpur yang
dibeli oleh Ustaz Ashaari dan sahabat-sahabatnya secara berkongsi untuk
dijadikan tempat tinggal dan markas kegiatan mereka. Berikutan langkah

7
tersebut, maka lahirlah banyak lagi perkampungan-perkampungan Al-Arqam
sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Pada tahun 1977, Darul Arqam telah memulakan penerbitan Akhbar Al-
Arqam Shoutul Arqam yang kemudiannya dikenali sebagai Penerangan Arqam
yang telah menerbitkan pelbagai majalah Islam, risalah-risalah fardhu ain, buku-
buku dan kaset-kaset, ceramah fadhu ain dan nasyid yang diedarkan secara
meluas di seluruh Malaysia dan peringkat antarabangsa. Bagi menggiatkan
ekonomi Islam, Al-Arqam mula menubuhkan Bahagian Perkhidmatan Ummah
atau Syukbah Ekonomi Al-Arqam yang berpusat di Gombak dan diketuai oleh
Akbar Anang pada Mei 1977 untuk menghasilkan dan mengedar produk-produk
yang dihasilkan. Pusat Perubatan Al-Arqam juga telah ditubuhkan di Desa
Minang dengan diketuai oleh Dr. Nordin Ahmad pada Jun 1978.

Terdapat banyak kegiatan khidmat masyarakat dianjurkan oleh Al-Arqam


dalam sejarahnya, antaranya kursus kefahaman Islam yang terbuka kepada
umum di Sg. Penchala dan setiap cawangan negeri pada tahun 1985 hingga
1989 serta dipertingkatkan mengikut tahap kesedaran, kefahaman dan
kepimpinan. Selain itu, Syukbah Dakwah Al-Arqam telah membuat pengisian
ceramah di merata-rata tempat seperti surau, masjid, pejabat-pejabat, kem-kem
tentera dan polis dan lain-lain. Mereka juga giat menghantar para pendakwah ke
kawasan-kawasan pendalaman Sabah, Sarawak. Mereka kemudiannya mula
menghantar delegasi dakwah ke peringkat antarabangsa secara rasmi pada
tahun 1982 yang membawa kepada penubuhan markas-markas Al-Arqam di luar
negara seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Australia, New Zealand, Pakistan,
Jordan, Mesir, Britain, Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun. Al-Arqam
juga telah menarik perhatian orang ramai dengan menganjurkan Pameran “Islam
adalah Cara Hidup” di PWTC, Kuala Lumpur pada 1987 buat pertama kali dan
dibawa ke seluruh Malaysia dalam bentuk pameran dan ekspo seluruh Malaysia.

8
Namun begitu, sepanjang penubuhannya selama dua dekad, Al-Arqam
telah mengalami pelbagai pergolakkan dan krisis dalaman yang berpunca
daripada masalah kepimpinan dan penyelewengan dalam jemaah tersebut.
Krisis paling besar berlaku pada 14 Mac di mana Akbar Anang dan enam lagi
pemimpinnya telah disingkirkan. Hal ini dipercayai berpunca daripada
pengamalan Aurad Muhammadiah. Disebabkan isu yang sama, pada
pertengahan 1986, Timbalan Sheikhulnya, Ustaz Mokhtar Yaacub turut
disingkirkan daripada jemaah tersebut.

Pergolakan sekali lagi berlaku pada akhir tahun 1980-an, Naib


Syeikhulnya, Mohd Rosli Yusof mempersoalkan pelbagai amalan kerohanian
dalam jemaah Al-Arqam terutamanya “Majlis Yaqazah”. Pendedahan berhubung
penyelewengan akidah yang berlaku di dalam jemaah tersebut dan
pembongkaran wujudnya angkatan bersenjata, “Tentera Badar” telah mendorong
kerajaan Malaysia untuk bertindak.

Pada 5 Ogos 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengisytiharkan


pengharaman terhadap Al-Arqam dan segala ajaran serta bahan penerbitan
yang dikeluarkan oleh pertubuhan tersebut. Manakala beberapa pemimpinnya
telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada 3
September 1994 pulam Abuya Ashaari dan enam orang pengikutnya telah
dibawa dari utara Thailand untuk dihantar ke Malaysia dan ditahan di bawah
Akta ISA.

Mereka akhirnya dibebaskan selepas 60 hari ditahan dan pengakuan


terbuka mereka mengenai penyelewengan yang pernah dilakukan telah disiarkan
oleh media massa. Mereka yang dibebaskan telah dikenakan sekatan daerah
dan diletakkan di bawah pengawasan pihak keselamatan. Abuya Ashaari
dikenakan sekatan daerah Rawang dan Labuan sebelum dibebaskan
sepenuhnya pada Oktober 2004.

9
Pengharaman dan tindakan ini menyebabkan Jemaah Al-Arqam telah
berpecah belah kepada pelbagai kumpulan. Bahkan pengikut setia Ashaari
mengambil kesempatan daripada pembebasan mereka dengan berkumpul dan
berselindung di bawah logo perniagaan baru yang ditubuhkan pada April 1997
atas nama Rufaqa Corporation Sdn. Bhd. Syarikat ini menumpukan perniagaan
berasaskan pengeluaran produk kesihatan herba sebelum berkembang
membuka cawangan perniagaan seperti pasar raya kecil, restoran, kafeteria,
makanan, teknologi maklumat, pelancongan, kejuruteraan, butik, pengiklanan,
kedai perabot, kilang soya, dobi, kedai buku dan penerbitan media. Mereka juga
mendakwa mempunyai lebih 700 buah cawangan perniagaan di dalam dan luar
negara yang konsep serta sistem mirip Jemaah Al-Arqam.

Bagaimanapun, kontroversinya kini, Rufaqa dikatakan cuba


menghidupkan kembali ajaran Aurad Muhammadiah yang pernah diamalkan
oleh Jemaah Al-Arqam. Meskipun penubuhan Rufaqa dan pergerakan Ashaari
serta pengikut-pengikutnya sentiada diawasi pihak berkuasa tetapi pelancaran
buku tulisan Khadijah Aam, ”Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib
di Zamannya dan VCD Ceramah Mejar (B) Abu Zarim Taharem, salah seorang
pemimpin kanan Rufaqa’ Corporation telah memberikan pukulan yang teruk
kepada syarikat tersebut.

Kini Ashaari dituduh cuba menghidupkan kembali Al-Arqam dan didakwa


masih lagi berpegang dengan ajaran Aurad Muhammadiah yang telah
difatwakan sesat. Apatah lagi dakwaan yang terkandung dalam buku dan VCD
ceramah tersebut didapati sangat menyeleweng dan merosakkan akidah umat
Islam. Bahkan Prof Abdul Hayyie Abdul Syukor, seorang ulama dan pakar hadith
di Malaysia sendiri telah mensifatkan bahawa masalah al-Arqam yang sangat
kompleks ini dan merupakan SKANDAL AGAMA TERBESAR DALAM
SEJARAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA yang perlu ditangani bersama kerana
ia melibatkan akidah umat Islam.

10
SEBAB-SEBAB PENYELEWENGAN AKIDAH RUFAQA’

1. Mendakwa Abuya Mengetahui Perkara Ghaib

Khadijah Aam dalam buku “Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling


Ajaib di Zamannya” mendakwa Ashaari mampu membuat ramalan yang
diperolehi daripada mimpi yang benar, kasyaf serta berita ghaib melalui talian
roh seperti ilham dan yaqazah. “Sebenarnya Abuya Ashaari Muhammad
termasuk orang yang direzekikan Allah dengan berita-berita ghaib ini. Kita
bertuah kerana boleh menumpang manfaatnya sama..” (Halaman 15, para 4)

Ashaari juga sering mendakwa bahawa manusia boleh mengetahui


tentang perkara ghaib. Dakwaan ini dapat dilihat dalam VCD kuliah “Hubungan
Dengan Mursyid” yang disampaikan oleh Mejar (B) Abu Zar, salah seorang
pemimpin kanan Rufaqa. Bahkan Ashaari dilihat cuba hendak menggunakan
konsep ilmu ladunni, kasyaf, firasat sebagai hujah bahawa manusia boleh
mengetahui perkara ghaib. Tindakan Ashaari ini sangat mengelirukan dan
bercanggah dengan dalil-dalil yang sahih.

Namun begitu. elemen ’Perkara Ghaib’ ini sangat signifikan dalam akidah
Jemaah Aurad Muhammadiah. Ini dapat dilihat dalam dakwaan-dakwaan Ashaari
seperti perjuangannya ini dibantu secara ghaib oleh Allah S.W.T dengan bantuan
daripada ‘Rijalul Ghaib’ dan ‘Ruh Muqaddasah’. Tidak hairanlah jika Ashaari
mendakwa pelbagai perkara ghaib yang berlaku ke atasnya. Ashaari juga
mendakwa telah ber‘yaqazah’ dengan insan yang telah wafat dan mati seperti
Rasulullah s.a.w dan Sheikh Suhaimi. Malah Ashaari turut mendakwa dirinya
mengetahui perkara ghaib berbentuk ’berita-berita tentang peristiwa akan
datang’ yang akan berlaku sehingga Ashaari sangat berani merangka JADUAL
ALLAH atau SKRIP TUHAN. Maka, Ashaari pun menisbahkan perjuangannya
dengan mengikut Jadual Allah yang didakwanya telah diperolehi secara ghaib
iaitu melalui ’yaqazah’, ’kasyaf ’ dan firasat.

11
Para pengikutnya menyakini Ashaari mengetahui tahap taqwa seseorang
dan mengetahui sejarah dosa seseorang. Mereka juga percaya bahawa Ashaari
mendapat ilmu secara ghaib iaitu datang terus secara ’direct’ dari Allah SWT
tanpa perlu mempelajarinya. Lebih menyesatkan lagi apabila pengikutnya
menyakini Ashaari mengetahui masa dan tarikh bilakah seseorang itu mati dan
boleh berbincang dengan malaikat Maut untuk menggantikan dengan orang lain.
Malah kononnya Ashaari mengetahui tentang nasib seseorang di alam barzakh.

Persoalannya, benarkah Ashaari mampu mengetahui perkara-perkara


ghaib sebegitu sedangkan para rasul sendiri tidak mengetahui perkara-perkara
ghaib kecuali yang dikhabarkan oleh Allah SWT? Jika para rasul yang
merupakan utusan Allah SWT dalam menyampaikan syariat-Nya kepada
manusia tidak mengetahui perkara-perkara ghaib, mustahil manusia biasa
seperti Ashaari dapat menjangkau batasan-batasan tersebut!

Disebutkan Imam Bukhari dalam Shahihnya dari Ibnu Mas’ud r.a


bahawasanya telah datang sekumpulan jin kepada Nabi s.a.w dan
mendengarkan bacaan Al-Quran. Namun Nabi s.a.w. tidak mengetahui
kehadiran mereka kecuali setelah diberitahu oleh sebuah pohon (Allah SWT
Maha Berkuasa untuk menjadikan pohon itu boleh berbicara). Ini menunjukkan
bahawa baginda tidak mengetahui perkara ghaib kecuali yang dikhabarkan dan
diwahyukan oleh Allah SWT kepada baginda. Allah SWT berfirman yang
bermaksud: “Katakanlah: ‘Aku tidak mengatakan kepadamu, bahawa
perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak pula aku mengetahui yang ghaib
dan tidak pula aku mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku
tidak mengetahui kecuali apa yang diwahyukan kepadaku.’ Katakanlah: ‘Apakah
sama orang yang buta dengan orang yang melihat?’ Maka apakah kamu tidak
memikirkannya?” (Al-An’am: 50)

12
Para malaikat adalah makhluk yang dekat di sisi Allah SWT, namun
ternyata mereka juga tidak mengetahui perkara ghaib. Ini terbukti di dalam firman
Allah SWT ketika pertama kali hendak menciptakan manusia maksudnya: “Dan
ingatlah ketika Rabbmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata: “Mengapa
Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat
kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih
dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Allah berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.” Dan Dia
mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian
mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-
Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!” Mereka
menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa
yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.” (Al-Baqarah: 30-32)

Justeru dakwaan Ashaari tentang wujudnya manusia yang menghilang ke alam


ghaib dan menjadi ‘Rijalul Ghaib’ serta manusia yang mati menjadi ‘Roh
Muqaddasah’ adalah sangat bertentangan dengan nas. ‘Rijalul Ghaib’ itu tiada
lain tidak bukan adalah jin sebagaimana termaktub dalam firman Allah SWT
maksudnya: “Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki di antara manusia
meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu
menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.” (Al-Jin: 6)

Alam ghaib tetaplah ghaib, sesuatu yang tidak boleh diketahui oleh
manusia kecuali apa yang telah Allah SWT beritakan dalam al-Quran dan melalui
lidah Nabi semasa baginda hidup. Allah SWT telah menyuruh Nabi Muhammad
s.a.w. untuk menyampaikan kepada manusia bahawa tiada seorang pun
penghuni langit dan bumi yang mengetahui masalah ghaib kecuali Allah SWT.
Oleh itu, sesiapa yang mengaku mengetahui ilmu ghaib, pastinya dia telah
mendustakan Allah dan ayat-ayat al-Quran. Allah SWT berfirman:

13
“(Dia adalah) yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan
kepada seorangpun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada Rasul yang diredhai-
Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di
hadapan dan di belakangnya.” (Al-Jin: 26-27)

Kunci-kunci ghaib adalah milik Allah SWT semata-mata. Seorang pun


tidak boleh mengetahui perkara ghaib dan hal-hal yang berhubungan dengannya
kecuali Allah SWT. Dan Allah SWT telah banyak menegaskan hal ini dalam Al-
Qur`an. Antaranya Allah SWT telah berfirman maksudnya:
“Katakanlah: ‘Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui
perkara yang ghaib, kecuali Allah’, dan mereka tidak mengetahui bila mereka
akan dibangkitkan.” (An-Naml: 65)

Meskipun Asaari menyatakan dia berhak mengetahui ilmu dan perkara ghaib
dengan berhujah dengan ayat 282 dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud,
"Dan bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajarimu (ilmu)".

Namun hujahnya adalah tertolak kerana kaedah pendalilan (istidlal) yang


salah. Rasulullah s.a.w. telah pun menerangkan pemahaman ayat ini dan telah
menentukan cara mencari ilmu yang disyari'atkan dan diwajibkan atas setiap
muslim. Seperti sabdanya: "Sesungguhnya ilmu itu (diperoleh) dengan cara
belajar." (Hadits Riwayat Daruquthni dalam Al-Ifrad wa al-Khatib dalam
Tarikhnya dari Abu Hurairah dan Abu Darda'. Silsilah Ash-Shahihah 342).
Adapaun kata ’innama’ (sesungguhnya) di sini adalah untuk ‘membatasi’ dan
dijelaskan bahawa ilmu hanya akan diperolehi dengan cara belajar.

Justeru, tidak syak lagi bahawa segala dakwaan yang berkaitan dengan
perkara ghaibiyat dan alam ghaib adalah menyeleweng dan menyesatkan. Ini
kerana para Nabi, Rasul dan Malaikat tidak mengetahui perkara ghaib melainkan
apa yang Allah S.W.T beritahu kepada mereka. Apatah lagi kita manusia biasa,

14
lebih-lebih lagi Allah S.W.T tidak memberitahu sesuatu pun melainkan apa yang
telah dikhabarkannya dalam al-Quran dan apa yang disampaikan oleh Nabi
s.a.w semasa baginda masih hidup.

2. YAQAZAH

Ashaari berkeyakinan bahawa pertemuan dengan roh Rasulullah s.a.w


selepas kewafatan baginda adalah suatu yang harus berlaku. Beliau berhujah
dengan pandangan Al-Imam Abdul Wahab Ash-Sha’rani dalam kitab Al-Mizan,
juzuk pertama muka surat 38 dan 39 iaitu “Hukum-hukum yang mereka
keluarkan adalah bersumberkan Al-Quran (Kitab Allah) dan sunnah Nabi s.a.w
(hadis), perkataan sahabat, imam mujtahid dan kasyaf. Kasyaf itu ialah bertemu
secara langsung dengan roh Rasulullah s.a.w dan bertanya “Wahai Rasulullah,
adakah ini (Al-Quran dan hadis) daripada engkau atau tidak?”

Kitab Al-Mizan juga membawa pengakuan beberapa ulama seperti Imam


Sayuti, Syeikh Abu Hassan As-Sazuli bahawa mereka pernah bertemu dengan
Rasulullah secara ‘yaqazah’ selepas kewafatan baginda di zaman mereka.
Ashaari mendakwa bahawa dalil dan hujah yang dipegang dalam
mempertahankan ‘yaqazah’ adalah ijtihad ulama’ sepertimana yang didakwa
oleh Imam Abdul Wahab As-Sha’rani dalam kitab Al-Mizan. Namun hakikat
sebenarnya, perkara tersebut tidak pernah diijma’kan oleh para ulama.

‘Yaqazah’ wujud kerana hasil keyakinan Ashaari dan pengikut-


pengikutnya terhadap ajaran Aurad Muhammadiah. Ini kerana dalam Aurad
Muhammadiah terdapat fakta yang menyatakan tentang asal-usul pengambilan
Aurad itu yang diambil oleh Sheikh Suhaimi daripada Rasulullah s.a.w secara
jaga (secara yaqazah) dalam kaabah pada abad ke 20 iaitu setelah beribu tahun
Rasulullah s.a.w. wafat dan menyempurnakan Islam.

15
‘Yaqazah’ di dalam Al-Arqam dikatakan melalui perantaraan di mana
Ashaari telah menggunakan perantaraan seperti Azura, Tabib Abd Razak dan
Sha’ari untuk berdialog dengan Syeikh Suhaimi dan Rasulullah s.a.w. Hal ini
kerana mereka dapat berbual dengan roh yang hadir sedangkan Ashaari tidak
dapat berbuat demikian. Namun begitu, pengakuan Azura ketika dalam tahanan
ISA telah membongkar penipuan tersebut. Beliau mendakwa ‘yaqazah’ tersebut
sengaja diada-adakan oleh beliau semata-mata untuk mendapat keistimewaan
daripada Ashaari dan Al-Arqam. Selain itu, Ashaari juga telah membuat rakaman
kaset dialog beliau dengan Rasulullah s.a.w dengan menggunakan suara beliau
sendiri walaupun asalnya dialog tersebut dilakukan dengan perantaraan Azura.
Beliau juga dikhabarkan melakukan ‘edit’ pada setiap kesalahan rakaman
tersebut. Walau bagaimanapun, dialog tersebut pernah disiarkan dalam siaran
berita TV1, TV2 dan TV3 dengan arahan kerajaan untuk membongkar
penyelewengan Al-Arqam.

Khadijah Aam dalam bukunya “Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin


Paling Ajaib di Zamannya mendakwa Rasulullah berjumpa, berkomunikasi serta
membawa berita bahawa Abuya adalah Putera Bani Tamim. “…Rasulullah
mendatanginya, bercakap-cakap padanya, memberi panduan dan berita-
berita…”

Perihal ‘yaqazah’ ini bertentangan dengan pegangan ulama Ahli Sunnah


Wal Jamaah. Persoalan Roh adalah rahsia mutlak Allah SWT. Allah berfirman
yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh
itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan
melainkan sedikit sahaja.” (al-Israa’: 85)

Nas al-Quran dan hadis yang sahih menerangkan bahawa roh itu kekal.
Ada roh yang akan mendapat nikmat berdasarkan amalan baik di dunia, begitu
juga sebaliknya. Allah SWT telah menyatakan perihal roh dalam firman-Nya
bermaksud: “Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu

16
yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, Sedang kamu pada masa itu
(berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya.” (al-Waqi`ah: 83-84)

Dalil di atas menunjukkan bahawa roh adalah sesuatu yang dikirim dan
ditempatkan Allah dalam tubuh manusia. Jasad itu hidup disebabkan kewujudan
roh dan apabila ajalnya telah sampai, maka keluarlah roh dari tubuh dan itulah
saat kematian. Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata dalam bukunya al-Ruh: “Ada
segelintir masyarakat mendakwa bahawa roh orang yang hidup boleh bertemu
dengan roh orang yang telah mati. Adakah dakwaan ini benar? Terdapat
golongan yang membenarkan, bahawa penemuan roh orang hidup dengan
orang mati sama seperti orang hidup bertemu. Ini bersandarkan dalil yang
maksudnya, "Allah (yang Menguasai segala-galanya), Dia mengambil dan
memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya
semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya;
kemudian ia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan
balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (az-Zumar : 42)

Berdasarkan ayat di atas, Ibnu Abbas berkata: “Telah sampai kepadaku


berita bahawa roh orang yang hidup dengan orang yang telah mati selalu
bertemu di waktu tidur lalu mereka pun bertanya-tanya antara satu dengan yang
lain, maka Allah akan menahan roh orang mati dan dilepaskkan-Nya pula roh
orang hidup kembali ke jasad masing-masing.” Ini menunjukkan bahawa roh
orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang yang telah mati hanya di
dalam mimpi ketika tidur sahaja Oleh itu, golongan yang mendakwa mereka
dapat bertemu dengan Rasulullah atau roh baginda dalam keadaan jaga adalah
satu bentuk penyelewengan akidah.

Ashaari dalam bukunya 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam'


telah menggunakan beberapa hujah bagi membolehkan manusia bertemu

17
Rasulullah s.a.w., para Nabi, para wali, shuhada’ dan solihin secara jaga.
Bahkan mereka juga boleh meminta pertolongan (istighathah) daripada mereka,
walaupun mereka telah meninggal dunia. Ashaari menegaskan bahawa orang
yang telah mati (pada jalan Allah) itu masih hidup. Oleh itu, tidak mustahil ia
boleh dijumpai oleh orang yang masih hidup secara sedar dan berhujah dengan
ayat 154 dalam Surah Al-Baqarah maksudnya; “Dan janganlah kamu
mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela
agama Allah itu orang-orang mati; bahkan mereka orang-orang yang hidup tetapi
kamu tidak dapat menyedarinya.”

Pandangan dan akidah Ashaari sangat bertentangan dengan pendapat


ulama-ulama tafsir seperti Ibnu Kathir. Beliau menjelaskan bahawa golongan
yang dimaksudkan adalah para syuhada’ yang terbunuh ketika membela agama
Allah SWT. Sesungguhnya mereka itu tidak mati tetapi hidup di alam barzakh.
Pendapat Ibnu Kathir ini disandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya roh orang yang mati syahid berbentuk burung hijau bersuka ria
dalam syurga sesukanya. Kemudian kembali ke sarangnya yang tergantung di
bawah Arasy. Pada suatu ketika Allah menjenguk mereka dan bertanya: “Apakah
yang kamu inginkan?” Jawab mereka, “Apa pula yang kami inginkan, sedang
Allah telah memberi kepada kami yang tidak diberikan kepada seorang pun dari
makhluk-Mu.” Kemudian diulang kembali pertanyaan itu kepada mereka,
kemudian kerika mereka merasa harus diminta, maka mereka berkata: “Kami
ingin Allah megnembalikan kami ke dunia untuk ikut berperang fi sabilillah
sehingga terbunuh untuk-Mu sekali lagi. Mereka meminta ini kerana sudah
mengetahui pahala orang mati syahid.” Maka Allah yang Maha Agung
menjawab: “Sesungguhnya aku telah menetapkan bahawa orang yang telah mati
tidak dikembalikan ke dunia lagi.” (Sahih Muslim, No. Hadith: 1502 – 1503)

Justeru para ulama mufassirin menafsirkan ‘hidup’ para anbiya’ dan


syuhada’ itu adalah hidup di alam ghaib iaitu di alam barzakh denan keadaan
dan kaifiyat yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah. Oleh itu, roh

18
mereka tidak boleh dijumpai oleh orang yang masih hidup secara jaga. Yang
boleh, hanyalah pertemuan menerusi mimpi. Maka, tertolaklah hujah Ashaari.

Menurut ulama hadith, Muhammad bin `Ulan al-Siddiqi al-Syafi’e al-Asy’ari


(Meninggal 1857M) dan Muhammad Ali al-Shafie al-Syanawani (Meninggal
1233H), ’yaqazah’ (pertemuan secara jaga) dengan Rasulullah s.a.w hanya
berlaku pada hari kiamat kelak, bukannya di dunia ini. Oleh itu, dakwaan syeikh-
syeikh tarikat bahawa wirid dan zikir ini diambil dari Nabi s.a.w. secara langsung
dalam Kaabah bukanlah wirid dan zikir yang ma’thurah bahkan tidak pula syariat
mahupun sunnah Nabi s.a.w. kerana ia tidak terdapat dalam nas-nas syarak.

Syeikh Abdul Aziz bin Baaz menyatakan manhaj Ahli Sunnah tentang
’yaqazah’: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sesudah baginda wafat, tidaklah
lagi dilihat (oleh umat) dalam keadaan jaga. Kiranya umat Islam boleh menerima
mimpi sebagai suatu sumber tasyri’ (pembentukan hukum hakam) dan kemudian
kita boleh berdialog serta bercakap dengan Nabi s.a.w. dalam keadaan jaga
untuk menanyakan sesuatu soalan keagamaan di mana keadaannya telah pun
smepurna sebelum kewafatan baginda maka ini bererti memberi ruang kepada
orang jahil dan orang yang mempunyai niat buruk untuk membuat sesuatu
dakwaan palsu dengan menambah syariat yang baru.”

Dari fakta dan dalil yang kami utarakan ini jelaslah bahawa Ashaari tidak
merujuk kepada kitab tafsir dan hadith yang muktabar dalam mentafsirkan ayat
al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. sebaliknya menafsirkan ayat al-Quran dan
hadis Rasulullah s.a.w mengikut kepentingan peribadinya semata-mata bagi
mengukuhkan kepercayaan pengikut terhadap semua pendustaannya.
Kepercayaan ini sekaligus menafikan sifat amanah dan tabligh Rasulullah s.a.w.
dalam menyampaikan dakwah tauhid dan syariat dan menafikan ayat al-
Quranyang bermaksud: “Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan
Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu
menjadi agama untuk kamu…” (Surah al-Ma`idah: ayat 3)

19
Mufti perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ketika diminta mengulas perihal
‘yaqazah’ menyatakan bahawa perkara itu hanyalah rekaan semata-mata. Jika
mereka mengaku yaqazah itu benar-benar berlaku, bererti perkara tersebut
daripada syaitan. Mereka yang dapat berjumpa dengan Nabi secara jaga
hanyalah para sahabat kerana yang ditakrifkan dengan Sahabat Nabi s.a.w ialah
orang yang pernah berjumpa dengan Nabi, beriman dengannya dan mati dalam
keadaan iman. Oleh itu, sesiapa yang mendakwa pernah berjumpa dengan Nabi
secara sedar beerti dia mendakwa masih ada sahabat selepas daripada zaman
kemudian. Dakwaan ini sangat bahaya kerana sekiranya dalam agama ini ada
kaedah di mana manusia boleh berjumpa Nabi terus secara jaga, maka tidak
perlulah Nabi meninggalkan hadis kepada kita malahan jika ada masalah kita
boleh terus merujuk kepadanya. (Majalah i, Februari 2007)

Kesimpulannya, orang-orang yang bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w.


dan benar-benar dapat menemui baginda secara hidup hanya kepada para
sahabat yang hidup sezaman dengan baginda sahaja. Bagi mereka yang tidak
hidup sezaman dengan baginda, jika mereka bermimpi berjumpa Rasulullah
s.a.w., maka mereka hanya akan dapat melihat baginda secara nyata di akhirat
kelak. Oleh itu, dakwaan golongan yang mengaku berjumpa Rasulullah s.a.w.
secara jaga, tidak boleh diterima lebih-lebih lagi ia menerima ajaran baru dari
Rasulullah s.a.w sedangkan Islam telah pun sempurna.

3. Tawassul

Tawassul bermaksud mendekatkan diri sebagaimana firman Allah SWT


dalam Al-Quran yang bermaksud "…dan memohon wasilah untuk mendekatkan
diri kepada Rabb mereka.”

Tawassul yang disyariatkan adalah mendekatkan diri kepada Allah


dengan amalan yang Dia cintai dan Dia redhai berupa ibadah-ibadah yang wajib

20
dan sunnah, sama ada berupa ucapan, perbuatan atau keyakinan seperi
bertawassul kepada Allah SWT dengan mengasihi dan beriman kepada Rasul-
Nya s.a.w, mengikuti syariat-Nya kerana ini termasuk amalan-amalan soleh yang
terbesar dan antara ibadat yang paling utama. (Syeikh Abdul Aziz Abdullah Baz)

Dalam bertawasul ini, Ashaari dan ahli Rufaqa berpegang bahawa


tawasul merupakan suatu perkara yang diharuskan dalam ajaran Islam
sebagaimana pegangan ahli-ahli sufi dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah bahkan
beramal dengannya bagi orang awam adalah sunat.

Pada peringkat awal, ahli Rufaqa bebas memilih untuk bertawasul dengan
apa jua bentuk tawasul yang diharuskan tetapi secara beransur-ansur mereka
hanya bertawasul melalui Ashaari kerana mereka percaya bahawa beliau
merupakan orang yang dijanjikan pada zaman ini yang bertaraf seorang wali
Allah, Mujtahid, Mujaddid, Wazir Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim yang
mempunyai kemuliaan yang tinggi di sisi Allah dan segala permohonan beliau
kepada Allah SWT dengan bertawasul melaluinya akan termakbul lagi mustajab.
Peribadi Abuya diibaratkan dengan salinan kepada peribadi Rasulullah s.a.w
kerana beliau sangat menjaga sunnah Rasulullah dan sanggup berjuang untuk
menegakkannya pada akhir zaman melalui Aurad Muhammadiah.

Tawasul dalam Rufaqa bukan sahaja digalakkan dalam keadaan yang


memerlukan bahkan telah bertukar kepada ‘fanatik’ dalam bertawasul.
Pengikutnya digalakkan bertawasul dalam semua keadaan seperti memasak,
menulis, berdakwah, beribadat khususnya dalam sembahyang bagi mendapat
khusyuk dan sebagainya. Hal ini juga dilakukan bagi mendapat kejayaan dalam
sesuatu perkara yang diusahakan seperti program dan projek. Oleh itu,
pengikutnya dikehendaki bertawasul dengan berkat Ashaari kerana keengganan
bertawasul dengannya akan mengakibatkan kegagalan lantaran tiada
keberkatan. Beliau mendakwa bertawasul dengannya mendekatkan diri dengan

21
orang yang bertawasul kepada Abuya, Syeikh Suhaimi, Rasulullah s.a.w dan
akhirnya mendekatkannya kepada Allah SWT.

Kandungan VCD ceramah yang disampaikan oleh Mejar (B) Abu Zarim
Taharem, salah seorang pemimpin kanan Rufaqa’ Corporation, jelas
menunjukkan bahawa penceramah terlalu mengagung-agungkan Abuya.
Contohnya jika seseorang menyeru nama Ashaari, maka datanglah pertolongan
secara ghaib tanpa disangka-sangka. Bagi mengukuhkan hujahnya, penceramah
menceritakan Ashaari pernah bertanya bagaimana jika berada di dalam hutan
dan tiba-tiba terjumpa harimau. Ashaari mencadangkan agar beliau menyeru
nama Sayyidi Syeikh atau Ashaari, maka pasti seseorang itu akan mendapat
bantuan dari jin atau karamah dari ‘orang alim’ tersebut. Sekiranya tiada bantuan
ghaib, maka seseorang itu bukanlah jemaah kebenaran.

Doktrin sesat dan menyeleweng ini diajarkan kepada pengikut-pengikut


Rufaqa supaya mereka menyokong Ashaari tanpa berbelah bahagi. Walhal
segala bentuk penyamaan Allah dengan selain-Nya dalam ibadah dan ketaatan
adalah perbuatan syirik terhadap-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang
bermaksud: "Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah
sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (doanya) sampai hari
kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) do'a mereka." (Al-Ahqaaf : 5)

Hal ini juga bertentangan dengan tawasul yang dibenarkan kerana Islam
melarang umatnya bertawasul kepada Allah dengan hal-hal yang tidak
diredhainya, sama ada berupa ucapan, perbuatan atau keyakinan. Di antaranya
tawassul dengan berdoa kepada orang-orang mati atau orang-orang yang tidak
hadir, memohon keselamatan dengan perantaraan mereka dan sejenisnya.
Semua perbuatan itu adalah syirik besar yang mengeluarkan pelakunya dari
Islam dan bertentangan dengan tauhid. (Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid)

22
Pengakuan bahawasanya hanya Allah SWT yang memberi manfaat,
memberi mudharat, memprkenan doa ketika kesusahan termasuk dalam Tauhid
Rububiyyah. Oleh itu, berdoa kepada Allah untuk memohon, meminta sesuatu
atau meminta diselamatkan dari bahaya atau doa ibadah seperti rasa tunduk dan
pasrah di hadapan Allah, kesemuanya itu tidak boleh dialamatkan kepada selain
Allah SWT. Memalingkannya daripada Allah boleh membawa syirik dalam
berdoa sebagaimana Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan Allah berfirman:
"Dan Rabbmu berfirman:"Berdo'alah kepada-Ku,niscaya akan Ku-perkenankan
bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari
menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina…" (Al-
Mukmin : 60)

Bahkan Allah SWT menganggap orang yang berdoa kepada selain-Nya,


bererti telah mengambil sembahan selain-Nya. Allah SWT berfirman maksudnya:
"Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-
apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada
menmendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat
memperkenankan permintaanmu.Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari
kemusyrikanmu dan tidak ada yang dapat memberikan keterangan kepadamu
sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui”. (Faatir : 13-14)

Allah SWT menjelaskan dalam ayat ini bahawa hanya Dia sahaja yang
Maha Berkuasa dan mampu mengurus segala-galanya dan pengakuan terhadap
keesaan-Nya dalam memberi manfaat, memberi mudharat dan
memperkenankan doa hamba-Nya termasuk dalam Tauhid Rububiyyah. Hal ini
kerana makhluk-makhluk ciptaan-Nya tidak mampu mendengar doa apatah lagi
berkuasa mengabulkan doa tersebut. Sekalipun mereka dapat mendengar,
mereka tidak akan mampu mengabulkannya kerana mereka tidak memiliki
kemampuan untuk memberi manfaat atau mudharat dan tidak memiliki
kemampuan atas hal tersebut.

23
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata : "Tidak terdapat para sahabat yang
melakukannya dalam doa istisqa’ dan seumpamanya, tidak ketika hayat beginda
tidak juga setelah kewafatan baginda, tidak di kubur baginda tidak juga di tempat
lain. Tidak terdapat sesuatupun (tawasul dengan Nabi saw) dari doa-doa yang
masyhur di antara mereka (para sahabat). Adapun yang disandarkan dalam
perkara ini adalah dari hadis-hadis yang lemah atau dari orang yang
perkataannya tidak boleh dijadikan hujah..."

Amalan tawasul ajaran Ashaari telah melampaui batas sehingga


mengagungkan peribadinya sehingga meletakkan dirinya ‘mahfuz’ terpelihara
dari segala kesalahan. Penggunaan gambar-gambar beliau secara meluas
dipercayai membawa berkat. Ashaari tidak menegah kemungkaran yang berlaku
seperti kefanatikan pada peribadi beliau dan tawasul yang berlebihan kerana
semua itu memberi manfaat bagi beliau. Hal ini menunjukkan beliau tidak telus
dan jujur dalam perjuangan beliau. Bahkan beliau sanggup menggadai akidah
pengikut-pengikutnya.

4. Menangguhkan kematian

Para pemimpin dan pengikut Rufaqa sangat mempercayai malah


bersungguh-sungguh mempertahankan kebolehan Ashaari dalam
menangguhkan ajal seseorang setelah berbincang dengan Allah terutamanya
jika seseorang itu penting bagi perjuangan mereka. Mereka berpendapat ajal
boleh ditangguh kerana kita boleh berdoa agar umur panjang. Oleh itu, Allah
akan memanjangkan umur meskipun ajal sudah hampir tiba.

Khadijah Aam dalam bukunya yang penuh kontroversi, “Abuya Ashaari


Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya” mendakwa Ashaari mampu
menangguhkan kematian seseorang. “Sebenarnya Allah menyuruh kita berdoa
kepada-Nya dalam apa jua masalah pun, sekalipun untuk meminta dipanjangkan
umur untuk sesiapa yang kita harap agar janganlah dia mati dahulu. Kalaulah

24
ada orang berdoa agar Izrail jangan cabut dahulu nyawa si polan bin si polan
dan sekiranya Allah perkenankan, maka samalah seperti Allah izinkan seseorang
yang sedang sakit itu memanggil doktor tolong sembuhkannya. Padahal kuasa
menyembuhkan bukan di tangan doktor. Allahlah yang mempunyai kuasa mutlak
untuk melakukan penyembuhan, menghidupkan atau mematikan. Tapi, Allah itu
meluaskan agama-Nya dengan mengizinkan hamba-hamba-Nya untuk
berurusan dengan ‘pegawai-pegawai tadbir-Nya’ dalam kerajaan Allah seperti
malaikat-malaikat, nabi-nabi, roh-roh ghaib termasuklah makhluk-makhluk lahir.
Namun itu semua adalah untuk urusan agama dan kerana Allah.”

Di dalam VCD ceramah Mejar (B) Abu Zarim, salah seorang pemimpin
kanan Rufaqa Corporation menggambarkan betapa dekatnya martabat Ashaari
dengan Tuhan sehingga beliau mampu mengubah keputusan Allah. Ashaari juga
dikatakan boleh memohon supaya Allah menangguhkan kematian seseorang
dalam jemaahnya apabila ajal mereka hampir tiba.

"Sampai masa nak mati ajal, abuya tahu dulu. Orang ni akan temui ajal
sekian sekian masa. Abuya akan tanya; kita ni mati agak agak baik ke
jahat?Sekiranya kita mati baik atau keadaan Husnul Khatimah, Abuya kata, Tak
apalah, silalah. Tapi Abuya rasa kita mati belum selamat lagi, masih banyak lagi
mazmumah, Abuya minta tangguh dulu. Habis tu macam mana siapa ganti?
Hah, gantilah dengan siapa siapa yang lain, anak buah yang dah ‘siap’ yang dah
takwa ataupun anak-anak yang bertakwa, isteri-isteri yang bertakwa. Ambil dulu
ganti. Bagi masa untuk dia siapkan diri. Sayid Nizam tu (anak kedua Abuya)
Patut dah wafat dah. Abuya bertolak ansur dengan Allah, "Ya Allah bukan
senang nak latih orang macam ni. Habis tu ganti? Ambillah Walidah (isteri Abuya
yang mandul), lagipun dia tiada anak, bertakwa, Orang rohani. Lagipun kalau dia
mati, dia ada peranan di alam roh. Mati kita Abuya boleh tangguhkan. Supaya
mati kita tu selamat.”

25
Dakwaan Ashaari tentang kebolehannya menangguhkan kematian
seseorang malah menukarnya kepada orang lain dan keistimewaan martabatnya
sehingga boleh berbincang dengan Allah SWT dalam urusan kematian para
pengikutnya secara langsung telah menganggap dirinya sangat penting dalam
urusan tadbir Allah terhadap makhluk adalah sangat menyesatkan. Hal ini
bertentangan dengan konsep sebenar Tauhid Rububiyyah iaitu pengakuan
hanya Allah SWT berkuasa mutlak untuk menghidup dan mematikan hambanya.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah: "Siapakah yang
memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa
(menciptakan) pendengaran dan penglihatan dan siapakah yang mengeluarkan
yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan
siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah".
Maka Katakanlah "Mangapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?" (Yunus: 31)

Meyakini bahawa ajal boleh ditangguh bermakna mengingkari nas dari al-
Quran dan hadis kerana ajal merupakan ketetapan dan hak mutlak urusan Allah.
Para nabi dan rasul hatta para malaikat sendiri tidak pernah mencampuri urusan
tersebut, apatah lagi berbincang-bincang dengan Allah. Masakan Ashaari boleh
mendakwa beliau mampu memohon ditangguhkan ajal dan berbincang dengan
Allah? Hakikatnya Allah SWT sendiri dan menyendiri dalam semua urusan-Nya
tanpa melibatkan sesiapapun daripada makhluknya. Firman Allah SWT yang
bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau
(Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa
bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?". Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah : ayat 30)

26
Ajal merupakan satu ketetapan yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Tarikh, tempat, waktu dan bagaimana cara kematian itu adalah hak mutlak
urusan-Nya. Setiap orang telah ditulis tempoh ajalnya secara tepat dalam
pengetahuan Allah, tidak boleh diawalkan apatah lagi dilewatkan meskipun
sesaat. Penentuan dan ketetapan itu adalah hak mutlak milik Allah dan tiada
seorang pun yang mampu melarikan diri dari ketentuan-Nya apatah lagi
mengelak atau menukarkan kepada orang lain. Allah SWT berfirman
maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka
apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun,
dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al-A’raf : 34)

Dan firman Allah SWT lagi yang bermaksud: “Kamilah yang menentukan (dan
menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak
sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan” (Al-Waqiah: ayat 60)

Daripada kedua-dua ayat tersebut, Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir al-
Azhim menyatakan bahawa urusan ajal seseorang itu tidak mungkin akan
berubah daripada ketetapan yang Allah SWT tetapkan. Setiap orang sudah
ditentukan ajalnya dan tidak akan diawalkan atau dilewatkan daripada detik yang
Allah SWT tetapkan. Ini bermakna tiada sesiapa yang boleh mengalahkan Allah
atau mencampuri urusan Allah dalam perkara kematian makhluk-makhluknya.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ada menyebut:



‫  
 ل  أ
   ا
أ
   أ‬،‫ إ
اه
ار‬

*  +,-! ‫ أن‬/  :‫ل‬#$! % ‫ و‬% ‫' ا‬%( ‫ل ا‬# ‫ ) ر‬:‫ه!ة ر ا  ل‬

".‫ ر‬01%* /‫  * أ‬2,! ‫رز وأن‬


Maksudnya: “Sesiapa yang suka untuk diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan
umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturrahim (hubungan
kekeluargaan).”

27
Konsep ‘panjang umur’ menurut fahaman Ashaari daripada hadis tersebut
adalah menyimpang dan bertentangan dengan nas-nas qat’ie dan jelas serta
keterangan yang dikeluarkan oleh seluruh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah.
Daripada hadis tersebut, Ashaari berhujah ajal boleh ditangguh kerana kita
berdoa agar dipanjangkan umur.

Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, seorang muhaddith bermazhab


Shafie menyatakan konsep ‘panjang umur’ dalam hadith tersebut bermaksud
”seseorang itu diberi keberkatan dalam umurnya dengan diberikan taufik untuk
melakukan ketaatan dan mengisi waktu dengan apa yang diberi manfaat
kepadanya pada Hari Akhirat”. Contoh ‘keberkatan umur’ yang dimaksudkan
seperti Allah SWT memberikan malam Lailatul Qadar kepada manusia bagi
menyamai ibadah umat terdahulu yang panjang umurnya. Maka, samalah
sebagaimana orang yang menyambung silatur rahim, mereka diberi taufik untuk
melakukan ketaatan kepada Allah dan dijaga oleh Allah daripada melakukan
maksiat dan diingati selepas kematiannya kerana silatur rahim tadi. Di antara
taufik yang diberikan kepada orang yang menyambung silatur rahim itu seperti
ilmu yang dimanfaatkan selepas kematiannya, sedekah jariah dan zuriat yang
soleh yang sentiasa mendoakannya. (Fathul Bari; Juzuk 10: halaman 416)

Malah Rasulullah s.a.w juga tidak menggalakkan umatnya memohon ajal


yang sudah pasti dan tak dapat diubah kerana detik waktunya sudah ditetapkan.
Hal ini kerana ajal tidak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya dan tidak
dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan semula. Maka
lebih baik memohon kepada Allah akan perlindungan dari seksa neraka atau dari
seksa kubur.

Kesimpulannya, ijma’ seluruh ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sepakat


berpendapat ‘panjang umur’ bermaksud keberkatan usia, tidak sakit dan diberi
kekuatan untuk beribadah. Bukannya ajal dilewatkan atau ditukarkan kepada

28
orang lain.. Mengingkari hakikat ini boleh mengeluarkan kita dari Ahli Sunnah
dan memesongkan akidah kerana terkeluar dari tafsiran yang dibuat oleh Nabi
s.a.w, para sahabat dan salafus soleh.

5. Terlalu Mengagungkan (Ghuluwwun) Abuya Ashaari

Ghuluw ialah sikap yang berlebih-lebihan dalam agama dan merupakan


penyakit yang sangat berbahaya dalam sejarah agama-agama samawi. Malah
dengan sebab ghuluw, zaman yang penuh dengan tauhid kepada Allah SWT
sejak zaman Nabi Adam a.s sehingga diutus Nabi Nuh a.s berubah menjadi
zaman yang penuh kesyirikan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas
r.a. (Syeikhul Islam Muhammad Bin Abdul Wahhab)

Fenomena ghuluw ini berlaku dalam Rufaqa secara berperingkat-


peringkat sehinggalah ke tahap melampaui batas. Kedudukan Ashaari di mata
pengikutnya sentiasa meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.
Daripada seorang ustaz, meningkat menjadi mudir, wali, Imam, Amir
Muhammadiah, Sheikhul Arqam dan akhirnya meningkat sampai ke taraf
'pembantu Imam Mahdi' dengan gelaran Pemuda Bani Tamim. Kenyataan ini
dapat dilihat dalam semua buku karangan Asaari atau buku dan majalah yang
diterbitkan mengenainya bermula awal tahun 1990-an.

Pada tahun 1993, suatu perhimpunan diadakan di Jordan. Dalam sesi


dialog di sana, beliau telah ditanya mengenai kaitan Pemuda Bani Tamim
dengan bangsa Quraisy keturunan Rasulullah. Ashaari menjawab; "Orang
penting di zaman Rasulullah s.a.w. terdiri daripada Bani Tamim, kaitannya:
Rasulullah = Bani Hashim + Imam Mahdi = Bani Hashim, Abu Bakar al-Siddiq =
Bani Tamim + Pemuda Bani Tamim = Bani Tamim." (Abuya: Mesej Ummah ke
Bumi Syam, 1993, 17) Pengikut yang jahil akan taksub dengan kenyataan
tersebut tanpa mengetahui bahawa sebenarnya sifir itu salah dan faktanya telah

29
diputar belitkan. Walhal Abu Bakar al-Siddiq adalah dari Bani Taiyim bukan Bani
Tamim seperti yang didakwa oleh Ashaari.

Ashaari juga mengatakan jalan pintas untuk menjadi orang soleh adalah
dengan mencintai Pemuda Bani Tamim iaitu dirinya sendiri. Manakala
pendewaan (al-Ghuluw) terhadap Ashaari di kalangan pengikut-pengikutnya
dapat dilihat berdasarkan kepercayaan mereka yang terpesong antaranya:

a. Abuya adalah bayangan Rasulullah s.a.w. pada akhir zaman.


b. Sheikh Suhaimi dan Abuya adalah mujaddid dan pemimpin akhir zaman
yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya.
c. Abuya boleh berhubung dengan para wali sama ada yang hidup mahupun
yang telah mati.
d. Abuya dikurniakan ilmu ladunni dan kasyaf di mana dia boleh mengetahui
keadaan para pengikutnya dengan hanya diberi nama, sama ada perkara
terdahulu mahupun yang akan datang. Inilah manhaj yang digunakan
untuk merekacipta fitnah terhadap ahli Arqam yang telah keluar dari
jemaahnya.
e. Abuya adalah sumber berkat. Justeru apabila sesuatu pekerjaan penting
atau perbincangan yang hendak diputuskan, hendaklah hadirkan dalam
hati, "Abuya, kuharapkan pertolonganmu." Apabila ada apa-apa kejayaan
yang tercapai, mereka akan berkata, "Ini berkat Abuya atau berkat Sheikh
Suhaimi.”
f. Abuya adalah al-Ghawth, iaitu boleh memberi pertolongan kepada
sesiapa yang berada dalam kesusahan dan kecemasan, hanya dengan
menyebut dan menyeru namanya, maka bantuan akan sampai.
g. Abuya adalah Sohibuzaman atau pemilik zaman ini. Dia akan berkuasa
dan memerintah dunia dan zaman ini sebelum diserahkan kepada Imam
Mahdi.

30
Tambahan lagi, ahli Rufaqa sememangnya begitu yakin dan percaya
bahawa Ashaari adalah sumber berkat, sumber minda dan saluran mendekatkan
diri kepada Allah. Ini kerana Ashaari berusaha mengenalkan Allah SWT dan
Rasul kepada manusia. Jadi Allah pun berhak membalas jasanya dan
memperkenalkannya kepada manusia. Oleh itu, kenal dan cinta pada Ashaari
menjadi antara syarat taqwa.
Bagi orang yang cinta dan mengharapkan Ashaari, dia akan berjaya dan
memperolehi berkat di dunia dan di akhirat. Perkara-perkara yang pelik-pelik
(Khawariqul Adah) sering menjadi mainan dan basahan mulut mereka.
Pengagungan terhadap Ashaari ini sememangnya sudah melampaui batasan
syarak. Di antara syarat-syarat cinta kepada Ashaari ialah:

1. Mesti mengamalkan Aurad Muhammadiah lima kali sehari.


2. Mesti faham dan memperjuangkan minda Abuya.
3. Mesti membantu perjuangan Abuya.
4. Sentiasa mendoakan Abuya.
5. Menghormati dan memuliakan Abuya dan keluarganya.

Rasulullah s.a.w sebagai seorang Rasul utusan Allah, yang bersifat


maksum dan dijamin syurga oleh Allah SWT sendiri melarang umatnya
mengagung-agungkan dirinya sebagaimana disebutkan di dalam hadis baginda
s.a.w:

.# ‫ ا ور‬- ‫ا‬##$* - 6‫ أ‬6‫رى ا


! إ‬1‫ت ا‬9‫ آ أ‬6‫ <;و‬
Maksudnya: “Janganlah kamu melampaui batas dalam memuji-mujiku seperti
orang-orang Nasrani melampau batas memuji Ibnu Maryam. Sesungguhnya aku
adalah seorang hamba, maka katakanlah, “Hamba Allah dan Rasul-Nya.” (H.R
Bukhari dan Muslim)

Para ulama seperti Yusuf al-Qardhawi menegaskan bahawa hukum


pemujaan dan pendewaan yang bersifat keterlaluan kepada mana-mana

31
pemimpin atau terhadap orang-orang soleh adalah syirik dan membawa kepada
kesesatan yang nyata. Ia sifat keterlaluan, melampaui batas dalam urusan
agama atau memuja seseorang tanpa batas yang sebenar dan ia boleh
membawa seseorang itu kepada kekufuran. Allah SWT telah mengingatkan
dalam Al-Quran tentang ghuluw ini dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui batas dalam agama
kamu dengan cara yang tidak benar, janganlah kamu menurut hawa nafsu
sesuatu kaum yang telah tersesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak
manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang lurus.”
(al-Maidah: 77)

Jika dilihat dalam konteks Rufaqa, mereka melakukan perkara yang


hampir sama seperti beristighathah (menyeru meminta tolong) sebelum takbiratul
ihram dengan nama Ashaari agar ibadah yang dilakukan akan dapat
dipersembahkan oleh Ashaari kepada Allah. Mereka membawa gambar Ashaari
dan menatapnya apabila hendak bertawasul dan beristighathah. Gambar-
gambar beliau juga digantung sebagai pin ”Tie”, poster, muka depan dalam
buku-buku, majalah-majalah terbitan Rufaqa kerana mereka percaya ianya dapat
membawa berkat. Bahkan kebanyakkan pemimpin Rufaqa malah pengikut-
pengikutnya meletakkan gambar potret Ashaari di bahagian hadapan tempat
solat di rumah mereka agar dengan itu mereka akan sentiasa mengingati Asaari
dan 'kehebatan' ibadahnya sewaktu mereka beribadah. Inilah benih-benih subur
al-Ghuluw dalam Rufaqa yang sangat menyesatkan.

Walaupun mereka percaya bahawa Allah SWT merupakan Tuhan


sekalian alam, pengagungan pemimpin yang melampau telah menyebabkan
mereka berlaku syirik dengan menduakan Allah sebagai Tuhan yang berkuasa
sepenuhnya dan penentu segala sesuatu. Malah mereka mempercayai bahawa
Abuya iaitu pemimpin mereka boleh mengubah keputusan Tuhan dan

32
menentukan nasib mereka apabila berada di dalam kesusahan. Maka haruslah
kita ingat sabda baginda Rasulullah s.a.w.:

. ِ !ْ? ‫ *ِ ا‬#? %ُAُ ْ


ِ ْ Bُ %َْ-َ ‫ َ ْ آَ َن‬D
َ %َ‫َ َه‬6EFِ *َ ِ !ْ? ‫ *ِ ا‬#E %ُAُ ْ‫ ُآ ْ َوا‬E!‫ِإ‬
Maksudnya: “Hati-hatilah kamu semua terhadap perbuatan ghuluw di dalam
agama, kerana sesungguhnya hancurnya orang-orang sebelum kalian
disebabkan (sikap) ghuluw di dalam agama.” (H.R Ahmad, Ibnu Majah, Nasa`i,
dan Al-Albani).

33
KAITAN ISU PENYELEWENGAN AKIDAH RUFAQA’ DENGAN TAUHID
ULUHIYYAH, RUBUBIYYAH, ASMA’ DAN SIFAT.

Tujuan Aqidah Islam yang paling utama adalah untuk menyeru manusia
kepada tauhid dan definisi tauhid adalah mengesakan Allah SWT dalam apa jua
bentuk ibadat dengan mengarahkan ibadat tersebut semata-mata kepada-Nya
tanpa mensyirikan-Nya dengan segala sesuatu. (Ismail Omar, 1999).

Setiap muslim wajib menyakini dua kalimah syahadah yang mana “La
Ilaha Illallah” iaitu Tiada Tuhan melainkan Allah adalah bahagian pertama
daripada kalimah pengakuan keimanan. Ia bermaksud tiada sesuatu pun yang
patut ditujukan pengabdian melainkan Allah. Manakala ”Muhammad Rasulullah”
iaitu Muhammad Utusan Allah adalah bahagian keduanya dan bermaksud,
pengabdian itu mestilah dilakukan berlandaskan ajaran dan cara yang ditunjuk
ajar oleh Rasulullah s.a.w Mentauhidkan Allah terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma’ dan Sifat.

Tauhid Rububiyyah

Tauhid Rububiyyah dari istilah syara’ boleh didefinisikan dengan


mengetahui dan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan segala perkara dan
mengesakan-Nya dalam segala perbuatan-Nya bahawasanya Ia adalah Pencipta
segala makhluk, Ia sahajalah yang menghidupkan mereka, mematikan mereka,
memiliki mereka, memberi manfaat, menjauhkan mudarat, berkuasa ke atas
mereka, memberi sesuatu, menyekat pemberian sesuatu dan segala sesuatu
adalah milik-Nya. (Ismail Omar, 1999).

Menurut Abd. Latif Muda et. al. (1998), Tauhid Rububiyyah membawa
maksud seseorang menyakini hanya Allah sahaja Tuhan semesta alam. Dalam
erti kata lain, Tauhid Rububiyyah ialah mengesakan Allah SWT dari sudut
perbuatan-Nya. Lantaran itu, antara konsep yang dibawa melalui Tauhid
Rububiyyah ialah Allah merupakan sumber kejadian, pencipta sekalian alam dan

34
tiada Tuhan selain-Nya. Dialah yang menciptakan, menghidupkan dan
mematikan serta segala kekuasaan berada pada-Nya dan tiada kuasa lain yang
dapat menegah-Nya. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

”Dan jika Allah mengenakan (menimpa) engkau dengan bahaya bencana, maka
tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan
jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka ia adalah
Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (S. Al-Anaam: ayat 17)

Namun begitu, tauhid ini sahaja tidaklah mencukupi dalam mencapai iman
dan Islam, kerana Allah SWT menyatakan bahawa orang-orang musyrik juga
mengakui tauhid ini sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau
siapakah yang memliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah
yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari
yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan
menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?”
(Surah Yunus: ayat 31)

Melihat perkaitan antara Penyelewengan Akidah Rufaqa’ denga Tauhid


Rububiyyah jelas sekali bahawa akidah mereka sememangnya sudah terpesong.
Ini dapat dibuktikan melalui keyakinan ahli Rufaqa’ terhadap kebolehan Ashaari
menangguhkan kematian pengikut-pengikutnya malah menukarnya kepada
orang lain dan keistimewaan martabatnya sehingga boleh berbincang dengan
Allah SWT dalam urusan kematian para pengikutnya secara langsung telah
menganggap dirinya sangat penting dalam urusan tadbir Allah terhadap makhluk
adalah sangat menyesatkan. Hal ini bertentangan dengan konsep sebenar
Tauhid Rububiyyah iaitu pengakuan hanya Allah SWT berkuasa mutlak dan
keesaan-Nya dalam menghidup dan mematikan hambanya.

Pengakuan bahawasanya hanya Allah SWT sahaja yang memberi


manfaat, memberi mudharat, memperkenan doa ketika kesusahan termasuk

35
dalam Tauhid Rububiyyah dan tiada yang berkuasa selain-Nya. Namun
pengikut-pengikut Ashaari dikehendaki bertawasul dengan berkat Ashaari kerana
keengganan bertawasul dengannya akan mengakibatkan kegagalan dalam
sesuatu pekerjaan yang dilakukan lantaran tiada keberkatan. Begitu juga dalam
memohon sesuatu pertolongan misalnya jika seseorang menyeru nama Ashaari,
maka datanglah pertolongan dan bantuan secara ghaib tanpa disangka-sangka
dari jin atau karamah dari ’orang alim’ yang diseru tersebut. Sekiranya tiada
bantuan ghaib, maka seseorang itu bukanlah jemaah kebenaran.

Tauhid Uluhiyyah

Tauhid Uluhiyyah pula membawa maksud seseorang yang telah


menetapkan bahawa segala ibadatnya hanya untuk Allah semata-mata. Dalam
erti kata lain, Tauhid Uluhiyyah ialah mengesakan Allah dari sudut perbuatan
hamba-Nya yang diperintah atau disuruh seperti puasa, zakat dan sembahyang.
Semua ibadat tersebut dilakukan oleh hamba-Nya dengan niat yang ikhlas
kerana Allah semata-mata dan kita tidak boleh mengabdikan diri atau sujud
kepada selain daripada Allah SWT. (Ab. Latif Muda et. al., 1998)

Hanya Allah SWT yang berhak disembah dan diagung-agungkan kerana


dia berkuasa atas segala sesuatu. Firman Allah SWT yang bermaksud:

”Patutkah kamu menyekutukan Allah dengan benda-benda itu sendiri yang


diciptakan? Dan benda-benda itu tidak akan dapat menolong mereka dan tidak
dapat juga menolong dirinya sendiri.” (Surah Al-A’raf: ayat 191-192)

Jika dilihat dalam konteks Rufaqa, mereka melakukan perkara yang


hampir sama seperti beristighathah sebelum takbiratul ihram dengan nama
Ashaari agar ibadah yang dilakukan akan dapat dipersembahkan oleh Ashaari
kepada Allah. Mereka membawa gambar Ashaari dan menatapnya apabila
hendak bertawasul dan beristighathah. Sedangkan hal ini sangat bertentangan
dengan ajaran Islam yang sebenar kerana Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak

36
diagung-agungkan sedemikian rupa walhal baginda sememangnya insan yang
maksum dan dipelihara Allah dari sebarang dosa dan bergelar kekasih Allah.

Gambar-gambar Ashaari juga digantung sebagai pin ”Tie”, poster, muka


depan dalam buku-buku, majalah-majalah terbitan Rufaqa kerana mereka
percaya ianya dapat membawa berkat. Bahkan kebanyakkan pemimpin Rufaqa
malah pengikut-pengikutnya meletakkan gambar potret Ashaari di bahagian
hadapan tempat solat di rumah mereka agar dengan itu mereka akan sentiasa
mengingati Asaari dan 'kehebatan' ibadahnya sewaktu mereka beribadah. Inilah
benih-benih subur al-Ghuluw dalam Rufaqa yang sangat menyesatkan.

Walaupun mereka percaya bahawa Allah SWT merupakan Tuhan


sekalian alam, pengagungan terhadap pemimpin mereka terlalu melampau telah
menjatuhkan mereka ke lembah syirik dengan menduakan Allah sebagai Tuhan
yang berkuasa sepenuhnya dan penentu segala sesuatu. Malah mereka
mempercayai bahawa Abuya iaitu pemimpin mereka boleh mengubah keputusan
Tuhan dan menentukan nasib mereka apabila berada di dalam kesusahan.

Tauhid Asma dan Sifat

Tauhid Asma dan Sifat ialah percaya dan mengakui segala nama dan sifat
Allah SWT secara ijmal dan tafsil menurut apa yang telah diberitahu di dalam Al-
Quran dan oleh Rasulullah SAW. Di mana Allah mempunyai Al-Asma’ul Husna
(nama-nama yang paling baik) dan segala sifat kesempurnaan Maha Suci dari
segala kekurangan.

Perlu diketahui bahawa tauhid Al-Asma’ was Sifat ini tidak memadai untuk
membuktikan keIslaman dan menyatakannya, tetapi mestilah melaksanakan apa
yang lazimnya terkandung di dalam Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Ini
adalah kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan
tetapi tidak dengan cara yang sebenar, seperti mengakui beberapa nama Allah

37
dan menafikan nama Ar-Rahman. Kata mereka, “Kami tidak mengenal Ar-
Rahman (Maha Pemurah) melainkan Rahman di Al-Yamamah sahaja.”. Lalu
Allah menurunkan firmanNya yang bermaksud:

“Padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Ar-Rahman (Maha Pemurah)”


(Ar-Ra’d : 30)

Melihat dalam konteks kaitannya dengan penyelewengan akidah Rufaqa’,


kita dapati mereka seakan-akan tidak menyakini bahawa Allah itu bersifat
dengan penuh kesempurnaan. Dakwaan yakazah di mana mereka mendakwa
dapat berjumpa dengan Nabi secara jaga untuk menerima ajaran baru seolah-
olah menunjukkan Allah bersifat pelupa kerana masih ada perkara yang tidak
disampaikan melalui Rasul-Nya sedangkan Allah sendiri telah berfirman
bahawasanya agama itu telah disempurnakan melalui Nabi Muhammad s.a.w.

Ahli Rufaqa’ juga tidak bergantung dan beriman sepenuh keyakinan


terhadap sifat-sifat Allah yang tiada tandingan-Nya. Hal ini dapat dilihat apabila
mereka lebih percaya akan pertolongan dan bantuan daripada Abuya Ashaari
jika mereka menyeru namanya terutamanya ketika dalam keadaan terdesak. Ini
dapat dibuktikan melalui VCD rakaman ceramah yang diberikan oleh orang
kanan Rufaqa’, Mejar (B) Abu Zarim Taharem.

38
CADANGAN UNTUK MENGATASI ISU PENYELEWENGAN AKIDAH

Isu mengenai ajaran sesat atau penyelewengan akidah merupakan isu


timbul tenggelam dalam arena kehidupan masyarakat Islam. Isu ajaran sesat
atau penyelewengan akidah ini bukanlah perkara baru di dalam perkembangan
hidup masyarakat Islam. Sejak berabad-abad lamanya ancaman ini telah wujud
di dalam sejarah Islam.Tidak lain tidak bukan bertujuan memecah-belah dan
melemahkan kekuatan umat Islam.

Walau bagaimanapun, perkara yang sangat dikhuatiri ialah pengaruh


ajaran sesat tersebut didalangi oleh kelompok yang memang memusuhi Islam
dan umat Islam. Mereka memang sentiasa mencari jalan dan peluang yang
sesuai di tengah-tengah kelemahan umat Islam dan mengekploitasikan orang
Islam sendiri. Oleh itu, sewajarnya umat Islam memantapkan akidah masing-
masing bagi menghindarkan diri daripada terjebak dengan pengaruh ajaran
sesat ini.

Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi


mengatasi masalah ajaran sesat ini dari terus berleluasa, antaranya:

1. Kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Perkara yang paling utama bagi menghindarkan diri daripada terjebak


dengan ajaran sesat ini adalah dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah
yang menjadi sumber Aqidah Islamiah yang paling muktamad dan pasti. Akidah
yang sahih mestilah bersumberkan wahyu daripada Allah SWT dan wahyu yang
diturunkan kepada Nabi-Nya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Al-Quran dan
As-Sunnah (Ismail Omar, 1999). Hal ini berdasarkan firman Allah SWT dalam
Surah Al-Baqarah ayat 151 yang bermaksud: ”Dan Allah mengajarkan kamu Al-
Kitab dan Al-Hikmah”

39
Maka Al-Kitab itu ialah Al-Quran dan Al-Hikmah itu adalah sunnah Nabi
s.a.w. Begitu juga hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bukankah
sesungguhnya aku telah diutuskan dengan Al-Quran dan sepertinya bersama-
sama dengannya.” (Hadis sahih riwayat Abu Daud)

Kehujahan al-Quran tidak boleh dipertikaikan dan diragui. Manakala hadis


yang pasti dan diyakini benar-benar didatangkan daripada Rasulullah s.a.w wajib
diterima sebagai sumber yang sah dan dalil yang dikategorikan sebagai nas
syara’. Tetapi sebaliknya, jira sesebuah hadis itu tidak disandarkan kepada
Rasulullah s.a.w, maka ia wajar ditolak. Hal ini kerana terdapat banyak hadis
dha’if dan maudhu’ yang direka-reka dan ditokok tambah yang boleh
menyelewengakan akidah umat Islam kerana tidak berpegang kepada tunjang
yang kyat dan kukuh. Hal ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan
oleh Malik Radiallahu ‘anhu yang bermaksud :

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku


tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya,
selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kitab Allah (Al-Qur‘an)
dan sunnah RasulNya”. (Hadis riwayat Malik)

Sebaliknya tanpa asas dan ikatan kerohanian yang kukuh dan teguh ini,
seseorang akan terjebak dalam akidah yang sesat dan membawa kepada
kehancuran diri. Akidah yang benar yang dibawa oleh para rasul yang mulia
sentiasa tetap dan tidak berubah biarpun dibawa oleh para rasul yang berlainan.
Hal ini kerana ianya datang daripada Allah SWT dan menjadi penyelamat dunia
dan akhirat.

2. Umat Islam diwajibkan menimba ilmu Islam daripada sumber yang tulen.

Pihak berkuasa agama Islam negeri dan JAKIM hendaklah bekerjasama


erat melalui berbagai-bagai program bagi memantapkan akidah umat Islam dan
menyediakan pengajaran dan pendidikan Islam secara berterusan di institusi-

40
institusi pelajaran formal dan tidak formal. Selain itu, usaha juga dilakukan
dengan mentahkik kitab-kitab lama yang dikenalpasti mempunyai unsur-unsur
penyelewengan atau yang di jadikan sumber kepada penyelewengan aqidah.

Pengetahuan ilmu agama yang mantap dan jatidiri yang teguh akan dapat
mengelak individu dari terjebak. Selain itu sifat prihatin dan peka masyarakat
terhadap suasana sekeliling akan dapat mencegah dan membanteras pada
peringkat awal sebelum ia merebak. Diharapkan semoga umat Islam tidak jauh
terpesong dari ajaran Islam yang suci dan seterusnya dapat mengatasi setiap
persoalan dan masalah yang berkaitan dengan akidah yang timbul dari masa ke
masa. Umat Islam juga perlu diperkenalkan dengan konsep Islam yang syumul
merangkumi segala aspek kehidupan manusia di samping mempraktikkannya
dalam kehidupan harian.

3. Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama

Kerjaan perlu mengambil inisiatif yang serius dalam melahirkan para


pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar peka di dalam persoalan
penyelewengan aqidah khasnya dan penyelewengan daripada ajaran Islam serta
melatih mereka dengan cara-cara mengatasi masalah-masalah ini. Pelbagai
altenatif perlu dilaksanakan bagi memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan
tahan lasak di dalam menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin
menggugat aqidah mereka.

Pengajian ilmu aqidah sangat relevan dan amat diperlukan dalam bidang
pembangunan ummah. Aqidah sepatutnya perlu diterapkan dari awal
perancangan pembangunan ummah merangkumi bidang politik, sosial dan
ekonomi. Hal ini kerana aqidah Islam berperanan untuk merangsang dan
memotivasikan umat Islam untuk melakukan amalan-amalan yang mulia. Aqidah
yang tersemat kukuh dalam diri individu muslim akan menggerakkan seluruh
anggotanya untuk mengaplikasikan ajaran Islam yang sebenar.

41
4. Melaporkan kegiatan yang dicurigai ajaran sesat kepada pihak berkuasa.

Tugas mendidik iman dan aqidah yang sahih ini bukanlah terletak di bahu
pihak berkuasa agama semat-mata sebaliknya semua pihak perlu berganding
bahu dalam meningkatkan aqidah dan iman masing-masing. Selain itu, ketua-
ketua kampung, imam-imam masjid dan seluruh ahli JKKK dan masyarakat
umumnya patut memainkan peranan mereka dengan melaporkan sebarang
kegiatan atau kes-kes sedemikian kepada pihak berkuasa agar tindakan
selanjutnya dapat diambil.

Masyarakat sewajarnya perlu aktif dan peka dengan aktiviti-aktiviti


keagamaan yang tidak diketahui asal-usulnya yang wujud di kawasan
penempatan mereka. Pihak berwajib pula hendaklah memberi ilmu asas
mengenai ciri-ciri ajaran sesat kepada masyarakat agar mereka dapat
berperanan sebagaimana yang sewajarnya. Seminar-seminar, ceramah-
ceramah, bengkel-bengkel, muzakarah-muzakarah pemantapan akidah dan
seumpamanya boleh dianjurkan bagi memberi pendedahan dan kesedaran
kepada masyarakat dan pihak-pihak tertentu. Buku-buku dan risalah-risalah juga
boleh diterbitkan bagi tujuan tersebut.

Penglibatan pusat pengajian tinggi dalam mengkaji ajaran salah ini perlu
seiring dengan langkah jabatan agama Islam sama ada di peringkat pusat atau
negeri. Pada masa yang sama, media massa seperti media elektronik dan media
cetak pula hendaklah mendedahkan secaran tepat maklumat tentang
penyelewengan ajaran sesat tersebut.

5. Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk


membendung dan menghalang ajaran-ajaran sesat.

Datuk Abd Rahman Palil, Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam Negeri
Selangor semasa merasmikan Seminar Pemantapan Aqidah di Klang mengakui

42
pertambahan jumlah ajaran serta di negara ini disebabkan tiada peruntukan
undang-undang yang keras dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan
ajaran sesat. “Selama ini pesalah ajaran sexta dihukum di bawah Enakmen
Jenayah Syariah Selangor, nombor 9, 1995 dengan hukuman di bawah seksyen
52 kesalahan di bawah 12C, Melanggar Fatua Mufti dengan nilai hukuman RM3
ribu atau setahun penjara atau maksimum enam bulan menjalani pemulihan
aqidah. Tetapi apabila keluar mereka cuba menghidupkan kembali ajaran sexta
itu,” katanya.

Kerajaan perlu menggubal enakmen dan hukuman yang munasabah


bersesuaian dengan zaman yang serba mencabar ini. Mereka yang terlibat
dengan penyebaran ajaran sexta ini sepatutnya dikenakan hukuman yang Amat
berat agar perkara serius ini tidak lagi dipandang remeh dan dipermainkan oleh
pihak-pihak tertentu. Pelaksanaan undang-undang secara bersepadu dengan
agensi-agensi kerajaan yang lain juga hendaklah terus dilakukan terutama yang
melibatkan penguatkuasaan dan pendakwaan di Mahkamah Syariah. Kerajaan
juga perlu tegas bagi menghalang kemasukan kitab-kitab yang dikenalpasti
mempunyai unsur-unsur

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dalam


menguatkuasakan undang-undang Islam dalam menangani permasalahan
agama yang melanda umat Islam. Selain itu, penerapan prinsip aqidah yang
sahih perlu dititik beratkan dalam kehidupan harian bagi membendung ajaran
sesat yang amat membimbangkan ini.

43
BIBLIOGRAFI

A. BUKU-BUKU

Ab. Latif Muda dan Rosmawati bt. Ali (1998). Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ann Wan Seng (2005). Al-Arqam di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

Dr. Syahrin Jasah (1999), Dosa-dosa Yang Tidak Diampun. Kuala Lumpur: Al-
Hidayah Publishers.

Dr. Hanafi Mohamed (2003), 40 Perkara Yang Membatalkan Iman Menurut Al-
Quran & Sunnah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

Ismail Omar (1999), Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah. Shah Alam:
Access Infotech (M) Sdn. Bhd.

Muhammad Abu Zahrah (1989), Akidah Islam Menurut Islam. Jakarta: Pt.
Pustaka Litera Antaranusa.

M. Talib (1994), 100 Karakter Syirik dan Jahiliyyah. Solo: Penerbit Ramadhani.

Sara Saad (2000), Asma ul-Husna Ke Arah Kecemerlangan. Selangor: Utusan


Publications & Distributors Sdn Bhd.

Siti Norbaya Abd. Kadir (2002). Ajaran Sesat: Sejarah Kemunculan dan Ciri-
cirinya. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

44
Samahah Asy-Syaikh Abdul Aziz Abdullah Baz (Terjemahan Drs. Abdul Ghani
Azmi Idris) (1997). Persoalan Mengenai Aqidah Islamiyah. Kuala Lumpur:
Al-Hidayah Publisher.

Tafsir Pimpinan ar-Rahman diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (sekarang
JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.

Prof. Madya Dr. Wan Zailan Kamaruddin (2004), Siapa itu Nabi-Nabi. Kuala
Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.

Zakaria (1996). Islam Akidah dan Kerohanian. Selangor: Penerbit UKM, Bangi.

Ma’mur Daud (1990). Terjemah Hadis “Shahih Muslim”. Selangor: Klang Book
Centre.

B. MAJALAH

Kita Perlu Kembali Kepada Ajaran Islam – Ketua Pengarah JAKIM oleh Zulzila
Dzulkefli. Majalah i Bil. 34 / Ogos 2006 Terbitan Karangkraf.

Asaari dan Ke’ajaiban’nya: Perjuangan yang Tak Selesai-selesai oleh Putera


Bani Adam. Majalah i Bil. 51 / Jan. 2007 Terbitan Karangkraf.

Sejarah Penyelewengan Al-Arqam oleh Penulis Khas. Majalah i Bil. 51 / Jan.


2007 Terbitan Karangkraf.

Pemuda Bani Tamim Antara Ashaari dan Ahmad Nejadi oleh Maszlee Malik.
Majalah i Bil. 51 / Jan. 2007 Terbitan Karangkraf.

45
”Buku Pemimpin Ajaib Memesongkan Akidah dan Mengancam Keselamatan”-
Dato’ Abdul Rahman Palil oleh Abu Ubaidah. Majalah i Bil. 51 / Jan. 2007
Terbitan Karangkraf.

Buku ”Abuya Ashaari Muhammad: Pemimpin Paling Ajaib di Zamannya” :


Pengisytiharan Berani Khadijah Aam. Majalah i Bil. 51 / Jan. 2007 Terbitan
Karangkraf.

Abuya Boleh Tangguhkan Kematian oleh Abu Ubaidah. Majalah i Bil. 52 / Feb.
2007 Terbitan Karangkraf.

Pengharaman Arqam dan Kontroversi Rufaqa’ oleh Ann Wan Seng. Majalah i Bil.
52 / Feb. 2007 Terbitan Karangkraf.

C. INTERNET

Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (JAKIM): Faktor-faktor Ajaran Sesat didapati


pada 25 Januari 2007 daripada http://www.islam.gov.my/ppi/faktorasesat.html

Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ): Ajaran Sesat Dan Pengaruhnya Di Johor
didapati pada 25 Januari 2007 daripada
http://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=636

Akidah Tauhid: Tiada Ilah Melainkan Allah didapati pada 25 Januari 2007
daripada http://www.saifulislam.com/artikel/aqidahtauhid.htm

Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal:
Fatwa Terhadap Kumpulan Al-arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad didapati
pada 28 Januari 2007 daripada
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=110

46
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal:
Buku Aurad Muhammadiah didapati pada 28 Januari 2007 daripada
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=107

Noor Jaafar, Ancaman Ajaran Sesat, Harian Metro didapati pada 28 Januari
2007 daripada
http://www.bharian.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Minda/20060627102846
/Article/indexm_html

Jabatan Agama Islam Johor, Kertas Kerja: Ajaran Sesat dan Pengaruhnya di
Johor didapati pada 29 Januari 2007 daripada
http://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=636

Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid, Islam Tanya dan Jawab: Tawasul Bidaah
dan Tawasul yang Disyariatkan (27 Mac 2004) didapati pada 22 Februari 2007
daripada
http://www.islam-qa.com/special/index.php?ref=3297&ln=ind&subsite=154

Benarkah Ajal Boleh Ditangguh? didapati pada 22 Februari 2007 daripada


http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006/11/benarkah-ajal-boleh-ditangguh.html

Pendedahan Eksklusif: Evolusi Yaqazah Ashaari dengan ’Rasulullah’ didapati


pada 22 Februari 2007 daripada
http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006/08/pendedahan-eksklusif-evolusi-
yaqazah.html

Asaari Dakwa Mengetahui Perkara Ghaib didapati pada 22 Februari 2007


daripada
http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006/07/asaari-dakwa-mengetahui-perkara-
ghaib.html

47