Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA TAHUN 6 SK SENTOSA 2014 Bismillahhirrahmannirrahim Bunga kecubung berwarna ungu Ditatah

berlian batu bermutu Adat Melayu menyambut tetamu Hamparkan tikar lebarkan pintu Yang dialukan, 1. 2. 3. 4. 5. Yg Berusaha En Fairuzzabadi b. Zamzuri Guru Besar SK Sentosa, Kampar. Yg Berusaha En. Ahmad Tarmizi b. Sharif, PK Pentadbiran SK Sentosa Yg Berusaha Pn. Rohani bt Ahmad, PK HEM Yg Berusaha En. Ahmad Suhaime b. Khalid, PK Kokurikulum Para ibu bapa, tuan-tuan puan-puan, para hadiran dan seterusnya muridmurid Tahun 6 yang dikasihi sekalian.

Aluan

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izinnya kita dapat bersamasama dalam Majlis Perjumpaan Ibu Bapa & Akujanji Murid Tahun 6, SK Sentosa Tahun 2014. Terlebih dahulu, majlis mengalu-alukan kehadiran dan melakarkan kalungan budi terima kasih diatas kesudian tuan puan para ibubapa kerana dapat hadir pada petang ini walaupun sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Semoga tindakan dan sokongan yang diambil oleh ibu bapa pada petang ini dapat memberi impak yang besar kepada anak-anak kita yang bakal menduduki UPSR tahun ini.

Tetak buluh panjang tujuh Buat menjolok sarang penyengat Angkat tangan jari sepuluh Doa dipohon mendapat berkat Bacaan Doa Para hadirin sekalian, Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan segala hormatnya dijemput Tn. Hj. Rosli b. Suhaime, untuk mengetuai bacaaan doa. Dipersilakan. Amin-amin Ya Rabbil alamin. Semoga majlis kita ini mendapat keberkatan-Nya. Insya-Allah. Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian, Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara takwim sekolah. Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama antara pihak sekolah dengan waris penjaga, malahan turut juga dapat mengetengahkan segala pandangan waimma idea bernasdaripada warga sekolah mahupun para ibu bapa sekelian. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi mahupun ukhrawi..insyaAllah. Adat bahasa menyampaikan pesan Adat upacara menyampaikan ucapan Para hadirin sekalian, UCAPAN ALUAN GB Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha En. Fairuzzabadi b. Zamzuri, Guru Besar SK Sentosa untuk menyampaikan ucapan & Taklimat UPSR. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan itu tadi. Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang telah diluahkan tadi menjadi renungan dan panduan untuk kita bersama. Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi dialog ibu bapa bersama pihak sekolah. Dalam sesi ini, sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga adalah amat Sesi Soal Jawab dialu-alukan. Ini bukan sahaja untuk kebaikan bersama, malahan ianya juga tidak lain bermotifkan strategi peningkatan pencapaian anak-anak menjelang UPSR pada tahun ini. Insya Allah.

Majlis petang ini diteruskan lagi, dengan sesi Bacaan Ikrar Lafaz Akujanji Murid-Murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR tahun 2014 ini. Lafaz Ikrar ini akan diketuai oleh _____________________________________________. Semoga apa yang dilafazkan oleh anak-anak kita tadi dapat dikotakan dan direalisasikan. Untuk pengetahuan para ibubapa, pihak sekolah bersama unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengambil inisiatif menempahkan satu lencana/pin lambang 5A. Mohon anak-anak tahun 6 bergerak mendapatkan ibubapa masing-masing dan mohon untuk ibubapa menyematkan lencana itu pada baju anak. Harapan dan Doa kita untuk kejayaan anak. Dengan berakhirnya majlis akujanji ini maka, maka berakhirlah sudah majlis kita pada petang ini. Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjangmengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itudatangnya dari diri saya sendiri. Tiada ucapan seindah kemaafan; Tiada kemaafan semurni keikhlasan; Tiada keikhlasan setulus kesyahduan; Justeru, marilah kita melabuhkan tirai pertemuan; mencampakkan sauh pelayaran; dan merehatkan lelah kepenatan; Penutup Lalu, sampai di sini sahaja berhujungnya majlis aku janji yang indah permai ini, dengan penuh harapan kita menyusun kalimat refleksi agar penganjuran mengundang kesan; perbelanjaan tidak dipersiakan; pengetahuan sudi dikongsikan; kesamarataan dalam pendidikan kita sama-sama perjuangkan Majlis berakhir penuh syafaat Menjadi ingatan sepanjang zaman Amalan sepakat membawa berkat Hidup beramal bertunjang iman. Dengan ini, saya sudahi dengan wabillahitaufik wahidayah, wassalamualaikum WB.. Kalau hendak bertani inilah batasnya, Kalau hendak bertandak, inilah pentasnya, Kalau hendak berperang, inilah medannya, Kalau hendak menuntut ilmu, SK Sentosa inilah tempatnya. Ramai orang menggali perigi, Parang tajam tidak berhulu, Indah tampan kerana budi, Tinggi darjat kerana ilmu..