Anda di halaman 1dari 1

YURIKA EZZORA BINTI HARRIS

940528-12-5208
03-027

AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN PPISMP PSV 2013

Nak Tak?
Objektif:
Memberi kesedaran kepada peserta jika mahu mencapai suatu cita-cita perlulah mengambil tindakan
sewajarnya
Material:
Wang Kertas RM10
Perlaksanaan:
1.Fasilitator memulakan aktiviti dengan mengeluarkan not RM10 lalu ditayangkan dihadapan peserta.
2.Fasilitator bertanya soalan, Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?
3.Biasanya peserta akan menjawab Nak!
4.Tanyakan sekali lagi kepada peserta, Siapakah yang nak duit di tangan saya ni?
5.Peserta biasanya akan menjawab Nak!
6.Lalu fasilitator tanya lagi soalan yang sama berulang-ulang kali.
7.Tanya peserta, apakah yang mereka pelajari daripada aktiviti tadi.
8.Perbincangan:
1.Ramai orang yang mahukan sesuatu, bila ditanya mereka sentiasa mengatakan mereka mahu. Bila
berulang kali ditanya mereka masih mengatakan mahu. Namun, siapa yang buat sesuatu untuk
mendapatkannya. Sama ada dengan meminta dari fasi atau mengambilnya dari fasi.
2.Begitulah sifat kita. Kita katakan kita ingin kejayaan. Apabila orang bertanya persoalan yg sama kita
mengulang-ulang bahawa kita mahu. Tapi hanya sedikit dalam kalangan kita yang benar-benar bertindak
untuk mendapatkannya.
3.inilah sifat manusia kini. Banyak bercakap daripada serius untuk memastikan kata-kata itu dibuktikan
melalui tindakan.