Anda di halaman 1dari 5

1

TOKOH KOKURIKULUM

Murid ini dilahirkan pada awal tahun iaitu 21 Januari 2001, merupakan anak kedua daripada 3 orang adik-beradik. Putera kepada Encik Borhan bin Manan dan Puan Rahidah binti Mohammad ini gemar bermain bola sepak dan bercita-cita hendak menjadi seorang pemain bola sepak yang terkenal. Murid ini sangat meminati matapelajaran Sains. Sesuai dengan tokoh yang diperoleh, murid ini seorang yang sangat aktif dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan dengan menyertai pelbagai pertandingan. Antaranya, mewakili permainan hoki dan menjadi johan hingga ke peringkat negeri. Bukan setakat itu, murid ini telah terpilih sebagai pemain hoki terbaik peringkat negeri dan terpilih untuk mewakili hoki hingga ke peringkat kebangsaan. Begitu juga dalam pertandingan kriket, murid ini telah mengetuai dan bertindak sebagai kapten pasukan dan mendapat johan di peringkat negeri. Telah dinobatkan sebagai Olahragawan Daerah Tampin dengan memperoleh 5 emas dalam acara 100m, 4 x 100m, 4 x 200m, 80m Lari Berpagar Lompat Tinggi, dan berjaya memecahkan rekod dalam acara Lompat tinggi. Turut juga mewakili pertandingan dikir arab dan choral speaking peringkat negeri. Di samping itu, murid ini terpilih sebagai olahragawan sekolah pada Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah barubaru ini. Murid ini merupakan Pengerusi Rumah Merah, Pengerusi Persatuan Agama Islam, Bendahari Tunas Kadet Remaja Sekolah dan AJK Badan Pengawas Sekolah dan Kriket. Tokoh Kokurikulum yang dimaksudkan ini ialah Mohamad Noor Fadhluddin bin Borhan.

TOKOH SAHSIAH

Murid ini dilahirkan pada 14 September 2001, merupakan anak sulung daripada 6 orang adberadik. Puteri kepada pasangan guru, Encik Norazminordin bin Awang dan Puan Roziah binti Hashim ini seorang yang suka membaca dan melukis, sesuai dengan cita-citanya yang ingin menjadi seorang arkitek yang berjaya pada masa hadapan. Murid ini sangat meminati matapelajaran Bahasa Inggeris. Seorang yang sangat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan dengan menyertai pertandingan Hafazan, pertandingan Choral Speaking hingga ke peringat negeri. Menyedari sukan amat penting, murid ini juga menyertai pertandingan peringkat daerah. Murid ini merupakan Pengerusi Unit Beruniform Puteri Islam, Setiausaha untuk Permaian Bola Baling, Setiausaha Kelab Doktor Muda dan juga Setiausaha Rumah Merah serta AJK Badan Pengawas Sekolah. Mendapat 4A 1B dalam Ujian pertama dan meningkat dengan bola baling dan pertandingan bola jaring

memperoleh 5A dalam Ujian Pra UPSR serta mendapat 7A dalam UPKK. Tokoh Sahsiah yang dimaksudkan ini ialah NURUL SAADAH BINTI NORAZMINORDIN.

TOKOH SAHSIAH

Murid ini dilahirkan pada 19 Oktober 2001, merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Puteri kepada Encik Burkaini bin Nadar dan Puan Nurasni binti Parisa ini bercita-cita ingin menjadi seorang Angkasawati, Doktor ataupun Guru. Hobi pada masa lapang si gadis hitam manis ini pula suka melukis dan menulis. Subjek Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah antara matapelajaran yang sangat digemari oleh murid ini. Seorang yang sangat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan dengan menyertai pertandingan Perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah dan pertandingan Choral Speaking hingga ke peringat negeri. Menyedari sukan amat penting, murid ini juga menyertai pertandingan bola baling dan pertandingan bola jaring peringkat daerah. Murid ini merupakan Ketua bagi Badan Pengawas Perpustakaan Sekolah dan sangat berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Murid ini juga merupakan Naib Pengerusi Permainan Bola Tampar, Penolong Pengerusi bagi Rumah Kuning, Setiausaha Kelab Seni dan Budaya dan AJK Unit Beruniform Tunas Puteri. Murid ini mendapat 2A 3B dalam Ujian pertama dan semakin meningkat dengan mendapat 4A 1B dalam Ujian Kedua. Murid ini semakin cemerlang dengan memperoleh 5A dalam Ujian Pra UPSR serta mendapat 8A dalam UPKK. Murid yang sentiasa tersenyum ini amat disenangi di kalangan guru dan rakan-rakan. Sifat sentiasa menghormati guru dan rakan menjadi amalan murid ini. Tokoh Sahsiah yang dimaksudkan ini ialah

MELIYANA BINTI BURKAINI.

TOKOH AKADEMIK

Murid yang dilahirkan pada 11 Mac 2001 ini merupakan anak sulung daripada 2 orang adik beradik. Putera kepada Encik Abdull bin Awang dan Puan Norhayati binti Mustaffa ini seorang yang sangat meminati matapelajaran Bahasa Inggeris. Bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor yang dapat menolong orang ramai pada suatu hari nanti. Murid ini suka menghabiskan masa dengan membaca buku dan bermain catur. Murid yang sangat menghormati guru ini adalah merupakan Ketua bagi Badan Pengawas Sekolah, terpilih sebagai Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah, Bendahari Rumah Biru dan AJK untuk Persatuan Bahasa Arab dan Permainan Kriket. Selain memegang jawatan-jawatan penting di sekolah, murid ini juga seorang yang sangat aktif dengan menyertai pertandingan Dikir Arab, Bercerita Cerita Islam dan pertandingan permainan Kriket hingga peringkat Negeri. Turut mewakili sekolah ke Kem Kepimpinanan Pengawas (PUSAKO). Bukan setakat itu sahaja, murid ini juga menyertai Pertandingan Nilam dan menjadi Johan peringkat daerah. Mendapat 2A 2B dan 1C dalam Ujian pertama dan semakin meningkat dengan mendapat 3A 2B dalam Ujian Kedua. Pelajar ini semakin cemerlang dengan memperoleh 5A dalam Ujian Pra UPSR serta mendapat 8A dalam UPKK. Tokoh Akademik yang kami maksudkan, tidak lain dan tidak bukan..... ialah AIMAN DANIEL BIN ABDUL.

TOKOH MURID

Murid yang dilahirkan pada 1 Oktober 2001 ini merupakan puteri keempat kepada Encik Zol bin Samsudin dan Puan Rosnah binti Abdullah. Merupakan murid yang sangat suka membaca dan sangat meminati matapelajaran Sains. Sesuai dengan subjek yang diminati, pelajar ini bercita-cita murni, iaitu hendak menjadi seorang Doktor yang dapat membantu orang ramai kelak. Murid ini merupakan Pengerusi bagi Kelab Doktor Muda, Pengerusi Puteri Tunas, Pengerusi Rumah Biru, Setiausaha Badan Pengawas

Sekolah dan Setiausaha Permainan Hoki Murid ini merupakan seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti kurikulum dan juga kokurikulum. Murid ini menyertai pelbagai pertandingan seperti bola jaring, bola baling, bowling dan olahraga peringkat daerah. Murid ini juga telah menyertai pertandingan Choral Speaking, Perarakan Maulidur Rasul, pertandingan bercerita dan mengikuti Kem 1 Murid 1 Sukan. Selain itu, ketokohan murid ini jelas menonjol apabila terpilih dalam Tokoh Doktor Muda peringkat negeri sekaligus telah mengharumkan nama sekolah. Bukan setakat itu sahaja, pelajar ini juga telah terpilih sebagai olahragawati sekolah bagi tahun 2013. Pencapaian yang menjadi kebanggan adalah dengan mewakili sekolah dalam Kuiz Doktor Muda Harapan hingga ke peringkat Kebangsaan. Mendapat 4A 1B dalam Ujian pertama dan Pra UPSR. Pelajar ini juga cemerlang dalam UPKK dengan memperoleh 8A. Tokoh Murid yang kami maksudkan, tidak lain dan tidak bukan..... ialah Siti Zhafrina Izrin binti Zol.