Anda di halaman 1dari 4

Jawapan: Perkataan hampir sama bunyi Contoh ayat bagi perkataan hampir sama bunyi.

hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu. hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu. rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku. perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas. melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun. mentafsir - Saya cuba mentafsir katakata yang diucapkan kepada saya tadi. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan. menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas. menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang.

menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam. menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu. meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu. melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu. menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari. rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton. digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang. laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.

seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas. menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok. secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran. sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun. tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan. sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya. penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum.

menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam. sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh. menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu. belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik pelancong. mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida. mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita. mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri.

tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan. tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin. menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana. bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu. gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya. menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya. memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain. melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.

bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu. berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate. menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam. menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh. melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya. melayurkan - Ibu melayurkan ulamulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala. mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.

pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar. meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan Mancister. beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan. menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk. pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain. beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah. hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca. lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.

tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit. rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya. pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum.