Anda di halaman 1dari 8

Sinopsis Novel Papa (Akhirnya kau tewas jua!

) Bab 1 Julia sedang berbual-bual dengan Mak Cik Noraini didapur dan terlihat akan keintiman mama dan papanyadi kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Diamenyatakan perasaan kurang senangnya apabila melihatkan kemesraan mama dan papanya yang dirasakan berlebih-lebihan.

Bab 2 Hari itu, Ju pulang dari sekolah menaiki bas. Biasanya,dia pulang bersama-sama dengan mamanya yang juga guru di situ. Mamanya telah dijemput oleh papanyakerana kurang sihat dan dibawa ke hospital. Mama danpapanya pulang dari hospital dengan gembira. Jusangat gembira apabila mendapat tahu bahawamamanya mengandung. Namun begitu, Mak Cik Noraini berasa bimbang kerana dia tahu bahawa mama pernahmengalami komplikasi sewaktu melahirkan Julia.

Bab 3 Julia terdengar perbualan mama dengan Mak CikNoraini yang menyarankan mama supayamenggugurkan kandungannya. Mama bertegas tidakakan menggugurkan kandungannya tambahan pulapapa sangat menginginkan anak lagi. Dia relaberkorban untuk papa yang dikasihinya. Petang itu,Julia mengajak papanya bermain tenis. Papanyamenolak kerana penat. Julia mahu mengajak mamanyapula tetapi dilarang kerana mama sedang mengandung.Akhirnya, papanya mengalah dan bersetuju untukmenemani Julia bermain tenis. Di gelanggang tenis, adaseorang gadis menyapa papa. Papanyamemperkenalkan gadis itu kepada Julia sebagaipelajarnya yang bernama Aisyah. Mereka minumbersama. Julia kurang senang serta bimbang papanyaakan terpikat kepada pelajarnya itu.

Bab 4 Julia dimarahi oleh mamanya kerana lewat turun kekereta. Dia memberitahu mamanya bahawakelewatannya disebabkan rakannya meminjam notageografinya. Pada masa yang sama, Cikgu suziemenumpang kereta mama ke bengkel kerana keretanyarosak. Dalam perjalanan, Cikgu Suzie menyatakankebimbangannya terhadap kandungan mama akibatpengalaman kandungan mama yang terdahulu. Mamaagak tersinggung. Mama memberitahu Cikgu Suziebahawa dia amat menyayangi suaminya dan bersediauntuk menggembirakan dan berkorban demi suaminya.

Bab 5 Mama menyatakan kebimbangannya kepada papaseandainya pengalaman lalu berulang ketika diamelahirkan anak nanti. Papa menenangkan mama.Julia kurang senang melihat cara papanya. Juliabertanyakan kisah kelahirannya kepada Mak CikNoraini. Mak Cik Noraini menyatakan bahawa saiznyahanya sebesar anak kucing, sering menangis, dan sukardijaga kerana Julia tidak mahu minum susu formulaketika itu.

Bab 6 Di kolej, Aisyah sering berjumpa dengan papa. Selainitu, dia juga sering menumpang kereta papa untukpulang ke rumahnya. Julia pernah menduga hatipapanya agar berkahwin lagi. Papa memberitahubahawa dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidakmahu menduakan mama yang dikasihinya.

Bab 7 Julia telah masuk ke Tingkatan Lima. Saat mama untukmelahirkan anak pula semakin hampir. Doktor telahmemberitahu bahawa mama mengandungkan anakkembar. Papa sangat gembira. Dia telah membeli duabuah katil serta kelengkapan bayi. Mak Cik Norainimenegur perbuatan papa tetapi tidak diendahkan olehpapa. Sewaktu mama mahu melahirkan, Juliadikejutkan oleh papa supaya membantunya untukmembawa mama ke hospital. Papa membawa mama keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Papalebih yakin untuk membawa mama ke situ berbanding dengan hospital swasta walaupun jaraknya agak jauh.Ketika disorong ke bilik bersalin, mama memintaampun daripada papa.

Bab 8 Julia, papanya, dan Mak Cik Noraini menanti di luar bilikbersalin. Mama mengalami komplikasi dan memerlukanpembedahan. Selepas pembedahan, doktor menemuipapa dan memberitahu mama telah melahirkan anakkembar siam tetapi kedua-duanya telah meninggaldunia sebelum dilahirkan. Doktor juga memberitahupapa bahawa mama koma kerana terlalu lemah dankehilangan banyak darah. Papa menamakan adik Juliadengan nama Ahmad dan Muhammad. Jenazah merekadikebumikan di tanah perkuburan berhampiran denganrumah mereka. Papa kesal kerana keinginannya untukmendapatkan anak lagi telah menyebabkan hal iniberlaku.

Bab 9 Selepas kelahiran itu, mama koma dan dirawat dihospital. Sejak itu, Julia pulang dari sekolah denganpapanya. Di kelasnya ada seorang pelajar baharubernama Rasylan. Daripada reaksi yang ditunjukkan,Julia tahu bahawa Rasylan menyukainya. Suatu petang,Rasylan menyatakan bahawa dia ingin mengajak Juliake perpustakaan. Namun begitu, Julia menolak keranadia terpaksa mengikut papanya ke hospital.

Bab 10 Julia dan papanya melawat mama di hospital. CikguSuzie turut serta. Mama masih di wad ICU. Sewaktu dirumah, Julia melihat album perkahwinan mama danpapanya. Dalam album tersebut terselit surat papa yang menyatakan kasih sayang dan penghargaannya kepadamama. Dalam bab ini juga dinyatakan kisah Mak CikNoraini yang juga sepupu papa Julia. Suami serta duaorang anaknya meninggal dalam kemalangan manakalaMak Cik Noraini terselamat. Sejak itu, papa Juliamembawa Mak Cik Noraini tinggal bersama-sama dengan mereka. Kelahiran Julia telah mengubat dukaMak Cik Noraini apabila dia menjadi pengasuh Julia.

Bab 11 Suatu hari Mak Cik Noraini mencadangkan agar papaJulia berkahwin lagi. Papa Julia membantah keranasukar untuk mencari isteri seperti Intan Maliana. Julia meminta izin daripada papanya untuk ke rumahRasylan selepas habis SPM. Papanya tidak mengizinkandengan alasan seorang perempuan tidak sesuaimendahului pergi ke rumah lelaki. Namun begitu,papanya tidak melarang Julia berkawan dengan Rasylanasalkan Julia pandai menjaga diri.

Bab 12 Mama Julia dibawa pulang ke rumah atas permintaanpapa. Semua kelengkapan untuk mama disediakanoleh papa. Aisyah datang untuk mengambil Juliabermain tenis. Pada mulanya Julia menolak ajakanAisyah kerana ingin menjaga mama di rumah, tetapipapanya mendesak agar Julia pergi kerana telahberjanji. Selepas bermain tenis, Aisyah mengajak Juliake rumahnya. Sekembalinya Julia ke rumah, diadimarahi oleh papanya kerana pulang lewat.

Bab 13 Selepas SPM tamat, Rasylan berkunjung ke rumahJulia. Perbualan antara Rasylan dengan papa Julia telahmenyingkap kisah peribadi Rasylan yang merupakananak yatim dan diambil oleh Datuk Mustakim menjadianak angkat. Papa Julia menceritakan kisah DatukMustakim yang melanggar ibu bapanya ketika pulang dari solat tarawih. Bapanya meninggal dunia manakalaibunya lumpuh. Papa Julia berasa marah kerana DatukMustakim tidak berhenti selepas kemalangan ituwalaupun dia menanggung kos rawatan ibunyahinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylanmencadangkan agar bapanya bertemu dengan DatukMustakim tetapi papa Julia enggan.

Bab 14 Ketika berjumpa dengan Julia di kedai buku, Rasylanmenyatakan kepada Julia bahawa papanya seorang yang sombong. Papa melarang Julia berkawan rapatdengan Rasylan kerana tidak mengetahui asal-usulketurunannya. Walaupun Julia cuba mempertahankanRasylan, namun papanya tetap berkeras. Julia sedih.Bab 15Sejak pertemuan dengan papa Julia, Julia dan Rasylan bertemu secara sembunyi-sembunyi kerana tidak mahu diketahui oleh papa Julia. Julia dan Rasylan mendapatkeputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Semasameraikan kejayaan mereka, Julia ternampak ayahnya bersama-sama dengan seorang wanita yang dikenalinyaiaitu Aisyah di Starbucks Coffee. Setibanya di rumah,papanya sudah mengetahui akan keputusanpeperiksaannya. Julia bercadang hendak melanjutkan pelajaran di matrikulasi UIA dalam bidang ekonomi.

Bab 16 Julia berjaya mendapat tempat di matrikulasi UniversitiIslam Antarabangsa Malaysia (UIA) dan tinggal diasrama. Rasylan juga berjaya mendaftarkan diri ditempat yang sama iaitu di UIA. Hujung minggu ituRasylan menemani Julia ke kedai buku. Selepasmembeli buku, mereka bercadang untuk minum di Starbucks Coffee. Rasylan kurang senang akan sikap Julia yang suka membuang duit di restoran mahal. Sekali lagi, Julia ternampak papanya bersama-sama dengan Aisyah di restoran tersebut.

Bab 17 Pada cuti hujung minggu itu Julia pulang ke rumah. Juliabermanja dengan papanya tetapi caranya bermesra ituditegur oleh Mak Cik Noraini memandangkan dia sudahdewasa. Julia memikirkan persoalan bapanya denganAisyah. Papanya kelihatan agak kurus. Kini, masanyabanyak dihabiskan untuk menjaga mama. Hari mingguberikutnya Julia tidak pulang. Dia mahu menyiapkankerja kursus. Rasylan pula diminta oleh Encik Muaz al-Khalibi supaya membuat ujian DNA. Semasa bersama-sama dengan Rasylan di sebuah restoran, sekali lagiJulia ternampak papanya bersama-sama denganAisyah.

Bab 18 Minggu berikutnya Julia pulang ke rumah. Diamelangkah masuk ke rumah secara senyap-senyapuntuk mengejutkan Mak Cik Noraini. Dia terdengarperbualan papanya dengan Mak Cik Noraini tentang pengganti mama. Selepas berehat, dia menemuibapanya yang sedang membaca artikel tentang poligami. Julia memberitahu papanya bahawa diapernah melihat papanya bersama-sama dengan Aisyahbeberapa kali di restoran. Dia membantah niat papanyauntuk berpoligami kerana mama hidup lagi dan tidakmahu bapanya berlaku curang. Julia dimarahi danditampar oleh papanya. Esoknya pagi-pagi lagi Juliapulang ke asrama tanpa dihantar oleh papanya.

Bab 19 Julia dan Rasylan bercerita tentang papa Julia. Rasylanmahu Julia lebih bersikap rasional. Julia tidak dapatmenumpukan perhatian pada pelajaran selamabeberapa hari. Rasylan memberitahu Julia bahawa ujianDNA yang dilakukannya positif. Hal ini membuktikanbahawa dia anak Encik Muaz. Tetapi Rasylan tidakboleh menerimanya. Hujung minggu berikutnya Juliatidak pulang ke rumah. Telefonnya juga dimatikan. Diamasih tersinggung oleh sikap papanya. Suatu hari,semasa hendak bertemu dengan Rasylan, papanyamuncul dan membawanya keluar untuk berterus terang kepada Julia tentang hasratnya hendak mencari temanhidup yang baharu. Julia keras membantah. Papamenurut pendirian Julia. Julia sedih melihat keadaanpapanya. Akhirnya, dia memberi kebenaran kepadapapanya untuk berkahwin lain.

Bab 20 Encik Muaz memberitahu Rasylan bahawa dia lahirhasil hubungannya dengan warga Indonesia yang bekerja sebagai pengemas bilik. Setelah tujuh bulandilahirkan, dia ditinggalkan di tepi jalan berhampirandengan longkang besar. Ibunya pulang ke Indonesiakerana malu. Julia dibawa oleh bapanya bertemudengan bakal ibu tirinya. Julia juga diminta papanyasupaya pulang pada hujung minggu itu bagi meraikanpernikahannya.

Bab 21 Julia demam panas dan dibawa ke hospital olehpapanya. Dia bermimpi didatangi oleh seseorang yang mirip papanya. Dalam mimpinya, Julia meluahkan isihatinya bahawa dia tidak suka papanya berkahwin lagikerana tidak mahu kehilangan kasih sayang papanya.Setelah mendengar pendapat lelaki yang mirip wajahpapanya itu, akhirnya Julia sedar bahawa dia harusberkorban untuk kebahagiaan orang yang dikasihinya.Setelah dia sedar daripada mimpinya, papa dan MakCik Aisyah berada di sisinya.

Bab 22 Setelah berada di hospital selama tiga hari, Julia dibawapulang oleh papanya dan Mak Cik Aisyah. Selepastamat cuti pertengahan semester, Julia pulang keasrama. Sepanjang bersama Mak cik Aisyah, Julia dapatmerasakan sifat penyayang yang ditunjukkan oleh MakCik Aisyah. Walau bagaimanapun, Julia masih belumdapat menerima kehadiran Aisyah sepenuhnya. Selepaspeperiksaan semester tamat, Julia pulang ke rumah.Julia bercuti selama enam minggu. Pada suatu hari,Julia terdengar perbualan antara papanya dengan MakCik Aisyah yang tidak membenarkan Mak Cik Aisyahmemasuki bilik mama tanpa ditemani oleh papa. Juliamemberitahu Mak Cik Noraini bahawa Mak Cik Aisyahdimarahi oleh papa kerana bimbang Mak Cik Aisyahakan meracuni ibunya. Semasa perbualan antara Juliadengan Mak Cik Noraini itu, tiba-tiba papa dan Mak CikAisyah masuk. Julia terkesima lantas memohon maaf kepada Mak Cik Aisyah.

Bab 23 Julia belajar dalam semester ketiga. Julia bertengkardengan Rasylan berikutan sikap cemburunya apabilamelihat Julia berbual-bual dengan pelajar lelaki. Cutipertengahan semester bermula lagi. Julia memilih untukpulang dengan menaiki bas bersama-sama denganRasylan. Rasylan mengambil keputusan tidak akanmemberitahu bapa angkatnya perihal dia menemuibapa kandungnya. Dia juga tidak mahu menerimatawaran Encik Muaz sebagai bapanya.

Bab 24 Julia bercuti di rumahnya. Mak Cik Aisyah mengesan sikap Julia yang mungkin bermasalah tentang teman lelaki. Rasylan menelefonnya untuk mengajaknya keluar. Namun begitu, Julia menolak dengan alasan mahu menjaga mamanya. Papa mencadangkan Julia bertukar ke universiti tempat bapanya bekerja jika dia bermasalah, tetapi Julia menolak cadangan tersebut.Usai solat berjemaah dengan papa dan mak ciknya, Julia dan papa ke bilik mama. Setelah ditegur, mama mula membuka mata dan menggerakkan tangan dan jari-jarinya serta mencuba untuk berkata-kata. Aisyahmasuk ke bilik apabila mendengar papa berbual dengan seseorang. Mama memerhatikan Aisyah yang sedang memegang bahu papa. Papa memperkenalkan Aisyah sebagai isterinya dan menjelaskan sebab-sebab dia mengahwini Aisyah. Apabila mendengar alasan papa, mama mendengus keras serta melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya, dalam keadaan kecewa, mama menghembuskan nafasnya yang terakhir dan buat pertama kalinya Julia melihat papanya menangis .

Anda mungkin juga menyukai