Anda di halaman 1dari 1

Bab 22. Mengisahkan Sultan Zainul Abidin lari ke Melaka kerana Raja Muda merampas kuasa beliau.

Sultan arah bala tenteranya menyerang Raja Muda. Pasai tidak dapat dikalahkan kerana rakyat Melaka terlalu ramai. Ketika mereka berehat di sebuah dusun, Tun Pikrama Wira bercadang menyerang Pasai sekali lagi dan kali ini dibantu oleh Laksamana Hang Tuah, Tun Bija Diraja dan Hulubalang Melaka. Hanya Hang Isap, Tun Pikrama Dan Nina Isyak yang dapat bertahan kerana angkatan tentera Pasai terlalu ramai. Tun Pikrama memanggil semua hulubalang yang lari dan di antarannya ialah Tun Hamzah. Istana Raja Pasai ditawan manakala Raja Muda melarikan diri dan Sultan Zainul ditabal jadi Raja. Raja Zainul Abidin menyuruh orang Melaka pulang ke Melaka dan tidak mahu mereka tinggal di Pasai. Bendahara amat marah dengan kata-kata tersebut dan berangkat ke Melaka bersama angkatan Melaka. Beliau terdengar bahawa Raja Zainul Abidin diserang Raja Muda ketika beliau sampai di Jambu Air. Laksamana ingin membantu tetapi dilarang oleh Bendahara kerana Raja Zainul tidak mahu menyembah Raja Melaka. Di Melaka, Sultan Mansur Syah amat murka dengan tindakan tersebut tetapi apabila bendahara dipanggil ia sedikitpun tidak berdendam malah memuji-muji laksamana. Bab 23 Mengisahkan tentang Sultan Mansur Syah yang sangat sedih kerana anaknya Raden Kelang telah terbunuh. Baginda dalam keadaan gering dan menyampaikan pesanan supaya Raja Husin dijadikan Raja. Baginda Sultan Mansur mangkat selepas beberapa hari. Raja Husin pun ditabalkan menjadi raja digelar Alauddin Riayat Syah. Keadaan di Melaka ketika itu tidak aman kerana kegiatan mencuri. Baginda merancang bersama Hang Isap dan Hang Siak menangkap pencuri itu. Baginda meronda dan berjaya menangkap 5 orang pencuri lalu 3 orang pencuri dapat di bunuh dan yang lainnya berjaya melepaskan diri. Keesokkannya baginda memanggil Temenggong Seri Maharaja dan bertanya tentang kawalan dalam negeri dan temenggong menjawab semuanya dalam keadaan baik. Lalu baginda memanggil Hang Isap dan menceritakan semuanya. Setelah itu kawalan pun diperketatkan dan tiada lagi pencuri di negeri Melaka. Baginda juga memerintahkan Bendahara Paduka Raja supaya membuat sebuah balai di simpang empat di tengah-tengah negeri bagi mengumpulkan harta-harta yang tiada tuannya. Baginda juga menitahkan hukuman potong tangan bagi orang yang mencuri. Bab 24 Mengisahkan tentang Raja Pasai membunuh Raja Pahlawan beserta orangnya kerana mengamuk surat yang diperutuskan dibaca lain daripada yang ditulis sehinggakan ramai orang Pasai menjadi mangsa. Berita Raja Pahlawan dibunuh diketahui oleh Maharaja Diraja dan memerintahkan hulubalang menyerang Pasai dan menitahkan penglimanya Seri Indera merosakkan segala jajahan Melaka. Paduka Tuan, anak Bendahara Paduka Raja, laksamana dan Seri Bija Diraja dititahkan untuk menyerang orang Haru. Tun Isap dan Seri Bija Diraja mengamuk memerangi orang Haru. Mereka dapat mengalahkan orang Haru untuk kali pertama. Maharaja Diraja amat marah dan menyerang jajah Melaka sekali lagi. Di Dungun, kedua-dua buah negeri itu berperang. Angkatan perang Haru berjaya dikalahkan oleh orang Melaka dan Maharaja Diraja pun menghantar surat utusan berdamai kepada Paduka Tuan.

Anda mungkin juga menyukai